Jumaat, 3 Februari 2012

ISRAEL OH ISRAEL.MASING2 MENAFIKAN...TAPI YANG PUNYA DIRI TAHULAH..ALLAH LAGILAH TAHU..NAK TIPU RAKYAT TAPI KITA TAK BOLEH TIPU ALLAH..TAK BOLEH LAWAN TAKDIR ALLAH...

Dr Khir Toyo: Saya serik jadi Menteri Besar Selangor

"Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik," kata beliau.
Bahagian 2
SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau serik menjadi menteri besar Selangor yang disandangnya selama lapan tahun.
“Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik.
“Saya jalankan amanah, ekonomi baik, pekerjaan banyak setinggan saya hapuskan sehingga 98 peratus. Semua baik waktu itu.
“Saya bekerja 18 jam sehari sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga dan anak isteri,” katanya,” katanya ketika ditemui di pejabat perniagaannya di Glenmarie di sini.

Bekas menteri besar Selangor itu menjadi ahli perniagaan sejak tiga tahun lalu setelah BN tumbang dalam pilihan raya umum 2008.
“Saya berniaga sejak tidak menjadi menteri besar, untuk mencari makan. Saya lebih senang begini.
“Ada masa untuk bersama isteri dan anak-anak,” kata Adun Sungai Panjang itu lagi.
Dr Khir menjadi menteri besar Selangor pada 2000 ekoran perletakan jawatan Tan Sri Abu Hassan Omar.Waktu itu beliau berumur  36 tahun – menteri besar kedua termuda selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Khir mengesahkan beliau  tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
“Saya tidak akan mempetahankan kerusi DUN itu walau yakin menang jika saya bertanding. Berilah kepada orang lain. Serik,” tambahnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, Dr Khir berjanji akan terus membantu BN merampas semula kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.
Akan bangkit
Beliau kini berdepan hukuman penjara setahun ekoran kesalahan memiliki rumah lebih murah dari harga sebenar.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu yakin akan bangkit lagi dalam politik.
“Saya masih muda, 45 tahun banyak masa lagi. Jalan saya masih panjang untuk pergi…
“Lihat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dipecat dan kemudian menjadi perdana menteri,” katanya.
Dr Mahathir kalah dalam pilihan raya umum 1969 dan dipecat dari Umno kerana mengkritik Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun, beliau diterima semula Umno semasa  Tun Razak Hussein menjadi perdana menteri.

Najib masih guna khidmat pegawai Israel- Tian Chua

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 3 Feb: Tindakan pemimpin Umno bersama media kawalannya memainkan isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel menyerlahkan sikap hipokrit mereka, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Menurut Tian Chua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat seorang pegawai Israel bernama Paul Stadlen, sebagai pegawai media beliau.
Beliau difahamkan sehingga kini, Paul Stadlen – bekas Pengarah Urusan APCO di Malaysia- masih berkhidmat untuk Najib di Jabatan Perdana  Menteri.
“Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih mengupah Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
“Siapa Paul ini? Beliau ialah bekas Pengarah Apco di Malaysia yang kini antara tugasnya menonjolkan imej baik Najib,” kata Tian kepada Keadilandaily.com hari ini.
Menurut beliau lagi, Najib sebelum ini juga bersetuju supaya Malaysia menyertai pasukan keselamatan yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan, ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tahun lalu.
“Lagi bukti betapa pentadbiran Najib merupakan balaci Israel ialah dalam pertemuan dengan Obama tahun lalu, beliau menyatakan persetujuannnya agar Malaysia menyertai pasukan keselamatan Amerika di Iraq dan Afghanistan selepas Amerika menyerang negara Islam berkenaan.
“Hakikatnya dunia Islam tahu dalang serangan Amerika ini didalangi Zionis-Israel dan ditentang majoriti negara Islam seluruh dunia,” tegasnya.
Sekatan terhadap Iran
Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan tindakan tidak konsisten pentadbiran Najib berhubung sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat terhadap  Iran.
“Iran kita tahu adalah negara Islam dan sekatan ekonomi Amerika ini hasil desakan ‘Negara’ Israel dan Najib membisu berhubung sekatannya itu semata-mata mahu menjaga hubungan dengan Amerika-Israel.
“Kalau Najib tidak menyokong Israel, kita cabar beliau desak Amerika tarik balik sekatan ekonomi itu,” katanya.
Pentadbiran Najib sebelum ini membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.
Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.
Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26176


Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.
Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel
Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.
“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.
“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.
Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.
Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.
“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.
“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com
Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.
Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.
Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.
FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26170

APCO: Anwar digantung enam bulan dari Parlimen


Bangunan Parlimen

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen seperti dijangka mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung dari sidang Parlimen selama enam bulan.
Cadangan tersebut akan dibahas pada hari Khamis ini, hari terakhir sidang Dewan Rakyat berlangsung.
Awal tahun ini Anwar membuat pendedahan berkenaan campur tangan APCO, agensi perhubungan awam yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, dalam idea 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Dalam pendedahan tersebut, Najib dikatakan membayar sebanyak RM77 juta kepada APCO untuk menasihati beliau dalam usaha membaik pulih imejnya di mata rakyat Malaysia. Hasil cadangan APCO, Najib menggagaskan idea 1Malaysia yang sebelumnya juga turut digunapakai di Israel dengan nama One Israel.
Pada 3 Disember lalu juga, Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen membuat keputusan tidak memanggil Anwar untuk memberi penerangan atas alasan mereka akan  membuat keputusan berdasarkan sepucuk surat dari APCO  semata-mata.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=2387

APCO: Kerajaan Najib gagal jawab persoalan pokok

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lari dari isu utama APCO dan menjawab persoalan sebenar yang ditimbulkannya di Parlimen.
Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab atas keputusan mengupah APCO, sedangkan bersikap munafik apabila menuduhnya sebagai ejen Yahudi sekalipin mengubah firma pelobi Amerika  yang mempunyai pertalian rapat dengan agensi risikan dan badan politik Israel bagi membantu kerajaan melaksanakan fungsi komunikasi dan penerangan.
Dalam kenyataan media, Anwar berkata, pendedahan ang dibuatnya di Parlimen bukan semata-mata memfokus isu remeh seperti siapa mencipta slogan 1Malaysia semata-mata, sebaliknya, beliau mahu kerajaan Umno BN bertanggungjawab terhadap pembaziran duit rakyat yang digunakan bagi membaiki imej Umno-BN.
Selain itu, katanya, kerajaan Umno BN perlu bertanggungjawab kerana mendedahkan negara kepada risiko keselamatan apabila mengupah firma perhubungan awam dengan rekod lampau yang diragui seperti APCO.
“(Kita mahu) kerajaan bertanggungjawab terhadap tindakan boros mereka membelanjakan duit rakyat sebanyak RM77 juta bagi memperbaiki imejnya sendiri di mata rakyat.
“Kita mahu PM menjelaskan sikap kurang tanggungjawabnye mengupah APCO dan pada waktu sama mengabaikan rekod lampau APCO yang diragui,” kata Anwar.
APCO sebagai pelobi politik antarabangsa pernah memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya.
Mengulas surat akuan bersumpah Robert Schrum, pelobi politik yang menafikan APCO cipta slogan  Malaysia, Anwar berkata jika pemikiran BN menerima surat tersebut sebagai bukti penafian APCO, maka surat akuan bersumpah P Balasubramaniam yang mengesahkan hubungan Najib dan Altantuya juga harus diterima sebagai bukti di mahkamah.
Berdasarkan logik sama juga, katanya, dua dokumen perjanjian antara kerajaan Umno BN yang berada dalam simpanan beliau perlu diterima sebagai bukti hubungan kempen 1Malaysia dengan kempen lain yang dijalankan oleh APCO untuk Israel-Zionis.
Anwar juga percaya pendedahan dokumen yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz sebagai usaha mengaburi masyarakat menutup kelemahan Umno BN yang gagal membawa dokumen berkenan  ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Maka, pendedahan dua dokumen oleh Umno BN itu tidak lebih daripada orkestra media untuk memastikan bukti tersebut tidak diteliti di muka pengadilan,” kata Anwar.
Perkara pokok yang masih belum dinafikan Najib sehingga kini, kata  Anwar, adalah campur tangan luar dalam pentadbiran Najib yang dimulakan Omar Mustapha, seorang pembantu kanan Najib yang membawa masuk APCO ke Malaysia dan kemudiannya meletakkan seorang pegawai APCO di pejabat Najib.
“APCO dan perunding perhubungan awam dari Amerika Syarikat membantu Najib merencana strategi 100 hari pentadbiran beliau. Ini termasuklah mesej 1 Malaysia Najib inisiatif-inisiatif utama lain pentadbiran Najib,” kata Anwar.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=3206

Saiz Teks: A A A

Najib guna blogger Amerika pro Israel

KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.
Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.
Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.
“Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti. Ia tepat dari segi sejarah, betul?”
Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis “Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol,”
Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.
Beliau  juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.
Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino ‘Red State’ , juga pembantu akaun Twitter ‘Malaysia Matters’ yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.
Laman web Malaysia Matters telah dimulakan pada tahun 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerjanya,  Jerome Amstrong.
Armsrong, yang juga ‘blogger upahan’ , ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- malah beliau menyenaraikan Malaysia sebagai  pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.
Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel ketika berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17504

Guna blogger Israel, tonjol sikap sebenar Najib – Nik Nazmi

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam.
Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing.
“Jika benar dakwaan tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.
“Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi  dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel,” katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap  membisu  Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu.
“Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu,” kata Nik Nazmi.
Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang  dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam.
Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah  membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter,  23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam.
Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk  mempersenda Nabi Muhammad.
Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services.
Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17508

Malaysia rakan dagang utama Israel di tangga ke 15

KUALA LUMPUR 9 Nov: Di sebalik sikap kerajaan cuba menjadi juara dalam memperjuangkan isu Palestin, namun pada masa sama bersekongkol dengan rejim Zionis melalui hubungan dagang.
Sikap talam dua muka Umno Barisan Nasional itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan pada 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.
Dokumen itu turut menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel, lapor sebuah blog.
Menurut blog berkenaan, di depan rakyat, kerajaan menunjukkan seolah-olah negara ini bersikap anti-Israel, tidak menjalinkan sebarang hubungan, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
“Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel.
“Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel,” ujar blog Milosuam.blogspot.com.
Menurut blog itu lagi, ramai mempersoalkan bagaimana sebuah kontena milik sebuah syarikat Israel, ZIM boleh bergerak bebas di Malaysia sedangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara musuh umat Islam itu.
ZIM Integrated Shipping Services Ltd merupakan syarikat perkapalan terbesar Israel.
MiLo SuaM turut menyiarkan gambar kontena itu yang dibawa oleh sebuah treler menggunakan nombor pendaftaran Malaysia (JHE 3553).
Sebelum ini, kerajaan Umno-BN menggunakan khidmat syarikat perunding Israel- Apco Worldwide untuk meningkatkan imej Malaysia dengan bayaran sebanyak RM77 juta setahun.
Malah lebih mengejutkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan slogan 1Malaysia adalah mirip slogan One Israel yang diasaskan oleh pemimpin Israel, Ehud Barak.
Baru-baru ini, umat Islam di negara ini dikejutkan dengan kemasukan peserta tinju dari Israel, Ilya Grad yang telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk sebuah stesen televisyen.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22780

Kontrak Israel dengan PDRM: KDN dituntut penjelasan- Shamsul

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda (KEADILAN), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi penjelasan mengenai hubungan polis dengan Israel.
Shamsul berkata, isu itu berhubung pendedahan beberapa blog pro Umno mengenai penglibatan Israel dalam kontrak PDRM, sekaligus
mengukuhkan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Siri pendedahan pertama hubungan dengan Israel itu mula didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat April tahun lepas, sehingga beliau digantung dari menghadiri persidangan di Parlimen.
“Saya desak KDN tampil jelaskan perkara ini kerana semakin hari ada sahaja pendedahan terbaru hubungan dengan Israel.
“Hishamuddin tidak boleh berdiam diri, beliau mesti jelaskan perkara sebenar kerana melibatkan perkara serius, jangan pula kita digelar sebagai agen Yahudi,” kata Shamsul.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan semula serangan polis semasa perhimpunan aman, Bersih pada 9 Julai lalu yang didakwa menggunakan kanister yang sama diguna Israel terhadap rakyat Palestin.
“Isu kanister ini boleh dijadikan bahan bukti kerana ianya digunakan pihak Israel terhadap Palestin,” katanya.
Minggu lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.
Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.
Namun, tindakan Perkasa itu dilihat terlalu lambat memandangkan isu itu mula ditimbulkan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April tahun lalu mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.
Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18497

Umno-BN akan pro Israel jika menguntungkan mereka – Yusmadi

(Oleh: Nabiha Hamid)
KUALA LUMPUR 31 Jan : Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusuf berkata kerajaan Malaysia sebenarnya tiada dasar jelas apabila berdepan isu kritikal seperti pertikaian Israel-Palestin.
“Dasar luar kerajaan adalah opportunist (mengambil kesempatan)” katanya merujuk kepada tindakan Umno BN menggunakan khidmat APCO, agensi perhubungan awam Yahudi yang bertentangan dengan prinsip dasar luar negara.
Menurutnya, kerajaan Umno BN tidak konsisten apabila cuba melabel Anwar sebagai pro-Israel tetapi pada masa sama tidak teragak-agak mengupah APCO untuk kontrak gubahan imej negara.
“Pelantikan APCO langsung tidak menjaga sensitiviti dasar luar kerajaan yang mengharamkan sebarang hubungan diplomatik antara Israel,” kata Yusmadi lagi.
APCO adalah firma Yahudi yang diupah Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun.
Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu.
“Jadi apa dia dasar yang sebenar Kerajaan mengenai Israel ini? Ia masih tidak jelas sehingga kini,” kata Yusmadi.
Menurut Yusmadi, Pakatan Rakyat mahupun keadilan mempunyai dasar yang jelas mengenai ini iaitu menekankan prinsip keadilan, kemanusia dan keselamatan.
“Anwar telah beri pandangan tegas, bagaimana isu Israel dan Palestin adalah mengenai isu keselamatan individu dua belah pihak tanpa memberi sebarang dokongan kepada dasar luar Israel yang menindas. Itu yang diperjuangkan Anwar sehingga sekarang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26050

Bukti Nazri sebenarnya belum jawab isu APCO

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbohong mengenai isu Apco.
Sebaliknya, Yusmadi mempersoalkan mengapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan membela diri di peringkat jawatankuasa Hak dan kebebasan parlimen, sekiranya benar slogan 1Malaysia bukan merupakan nasihat daripada syarikat perunding Israel itu.
“Persoalannya, mengapa mereka tidak menjawab dan tidak memberikan ruang kepada Anwar untuk memberikan keterangan di dalam Jawatankuasa (Hak dan Kebebasan Parlimen) tersebut?” soalnya.
Dalam laporan sebuah portal berita hari ini, Nazri kononnya membawa bukti dua dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang membantu menggubal konsep One Israel.
Dalam laporan berita yang sama, Nazri turut menyatakan bahawa surat Apco itu menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib hanya untuk menyediakan sokongan komunikasi dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen bagi menjayakan imej Malaysia.
Mengulas lanjut, Yusmadi berkata terma komunikasi itu juga boleh ditakrifkan merangkumi pelbagai aspek, termasuk nasihat yang diberi APCO untuk memperbaiki imej kerajaan melalui media-media massa.
“Jadi, kenapa kerajaan perlu takut untuk menyatakan maklumat yang sebenar mengenainya? Jika Umno dan Barisan Nasional merasakan mereka benar mengenai hal ini, sila dedahkan kandungan surat tersebut dan adakan perbicaraan secara terbuka (berkaitan isu Apco).
“Isu sebenar bukanlah semata-mata mengenai surat. Tidak kiralah sama ada perunding itu Apco, Coco atau apa nama pun. Ia adalah mengenai ketelusan kerajaan dalam mengemukakan maklumat sebenar kepada rakyat, tentang siapakah perunding yang diupah untuk membentuk dasar dan polisi kerajaan Malaysia hari ini,” tegas Yusmadi.
Dalam pada itu, Yusmadi turut mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Apco Worlwide, Brad Staples yang membatalkan sesi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 9 Jun 2010.
“Peliknya, mengapakah bukan wakil Apco Malaysia itu sendiri yang memberikan keterangan? Sepatutnya, orang yang bertanggungjawab menasihat kerajaan mengenai idea 1 Malaysia ini yang memberikan keterangan,” soal Yusmadi.
Justeru, Yusmadi menganggap surat yang dikemukakan hari ini oleh Nazri sebagai ‘incredible’ (tidak berwibawa) dan cuba mengelirukan rakyat.
“Mereka (Umno dan Barisan Nasional) sebenarnya tidak mampu menjawab dakwaan Pakatan Rakyat,” tegas Yusmadi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=3124

Nazri sahkan penglibatan Apco



Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengakui penglibatan firma perunding Israel, APCO Worldwide dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia, yang sekaligus mengesahkan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia.
Dalam laporan yang disiar sebuah portal berita semalam, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan APCO dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.
Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.
Mengulas perkara ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.
“1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,”jelasnya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan APCO dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar APCO kepada kerajaan BN?
“Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan APCO sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang,” kata Saifuddin lagi.
Nazri Aziz semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga Ahli Parlimen lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.
Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=3145

Tindakan Jawatankuasa Parlimen Sahkan Kekuasaan APCO – Anwar

DAMANSARA: Keengganan Jawatankuasa Hak kebebasan dan Keistimewan Parlimen memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri dan memberi keterangan beserta bukti menunjukkan penguasaaan APCO terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang itu sebelum ini dihadapkan ke jawatankuasa itu mendedahkan peranan APCO dalam menghasilkan slogan 1Malaysia yang diambil dari slogan One Israel yang digagas Menteri Ehud Barak pada 1991.
“Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini betapa APCO begitu berkuasa. Satu surat sahaja boleh membatalkan keterangan saya, dan semua dokumen yang saya ingin kemukakan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, beliau sudah menyiapkan dokumen berkaitan dengan termasuk perjanjian APCO dengan Mind Team pada 5 Ogos 2009, selain beberapa dokumen lain yang berkaitan.
“Tetapi Jawatankuasa Hak Kebebasan menafikan hak saya sebagai Ahli Parlimen yang dituduh. Saya kesal dan membantah cara yang sedemikian yang menghina, mengaibkan kedudukan dan kemuliaan Parlimen,” katanya.
Kata Anwar, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini memberi jaminan bahawa keterangannya akan diambil dan beliau sepatutnya dipanggil untuk mengemukakan bukti-bukti dan fakta dakwaannya.
Berikutan itu, beliau mungkin digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat akan berikutan usul seorang Ahli Jawatankuasa terbabit iaitu Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dan disokong Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn.
“Bantahan kami bukan sahaja akan dijalankan di dalam Dewan Rakyat, bahkan kami akan adukan kepada Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU). Kalau kamu tuduh saya, dengarlah keterangan saya,” kata Anwar.
Terdahulu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa menarik diri dari menganggotai jawatankuasa itu berikutan tindakan sedemikian tidak adil terhadap mana-mana ahli parlimen.
Pada 8 Jun lalu, Anwar dipanggil Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen berikutan pendedahannya mengenai slogan 1Malaysia yang digembar-gembur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diambil dari  One Israel yang digagas Menteri Ehud Barak pada 1991.
Kerajaan Umno BN dilapor membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada APCO Worldwide untuk khidmatnya itu, malah  memperbaharui kontrak firma perunding berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=1616

TPM: Mungkin benar Anwar cuba bawa Yahudi ...
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.

muhyiddin yasinBeliau berkata mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan  memancing kuasa Yahudi dalam pilihan raya umum ke-13.

"Itu kenyataan Mubarak, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak PAS, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat Kota Bharu, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika diminta mengulas Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang berkata pemerhatian pihaknya mendapati wujud tanda jelas campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia dan kenyataan Anwar bukti terbaru usaha membabitkan kuasa luar, khususnya rejim Yahudi dan konconya Amerika Syarikat.

Anwar sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal.

"Saya tidak dengar kenyataan daripada pemimpin DAP. kalau begitu, kenyataan beliau itu mungkin sama ada tidak disokong atau ada percanggahan dalam soal apa yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno.

anwar with us troopsMuhyiddin berkata sesiapa pun boleh membuat tafsiran apabila Anwar mengeluarkan kenyataan sebegitu dan laporan media juga menunjukkan pendirian pelbagai pihak bahawa kenyataan Anwar bukan sahaja bercanggah dengan dasar dalam dan luar negara ini berhubung dengan Israel dan Palestin tetapi banyak pihak mengatakan beliau tidak langsung mengambil kira perjuangan Islam dan mengetepikan hak orang Palestin untuk menentukan masa depan mereka.

"Ini bagi saya mungkin, secara tak tersirat apakah bermakna kalau Anwar Ibrahim akan ambil alih kerajaan akan dia ubah soal Israel dan Palestin atau dia akan gunakan penasihat-penasihat yang lain yang dia rasa boleh membantu dia dalam soal ini atau dia lebih mirip kepada tuntutan pelbagai pihak di Amerika untuk layan sentimen dan kehendak mereka, itu saya tidak tahu," katanya.

- Bernama
'Kenyataan Anwar sokong Israel amat memalukan'
Kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, adalah amat dikesali dan memalukan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

lan visit mustapa mohamed 200406 looking onBeliau berkata  Malaysia sebagai sebuah negara Islam amat bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis dan dasar luar  Malaysia adalah jelas iaitu menentang kekejaman dan kekerasan.

"Jadi kita harap rakyat Malaysia membuat penilaian tentang politik pemimpin ini yang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan  pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar memperkasakan kepimpinan Anggota Jawatankuasa Rukun Tetangga di Jeli, hari ini.

Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Kita mengakui perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan yang benar dan betul, kita tahu mereka ditindas dan dizalimi oleh Israel," kata  Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli.

Beliau berkata dasar luar negara ini sudah terbukti membawa banyak faedah kepada negara, bagaimanapun dasar tersebut akan berubah  sekiranya pembangkang memerintah.

Mengenai laporan akhbar hari ini bahawa orang Melayu paling ramai dikesan tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun mereka layak  berbuat demikian, Mustapa berkata rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun perlu segera mendaftar sebagai pengundi kerana negara demokrasi mengkehendaki semua rakyatnya yang layak mengundi.

Mengenai lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini, esok, Mustapa yang juga Pengerusi Badan  Perhubungan Umno Kelantan berkata lawatan Muhyiddin itu akan menyuntik semangat kepada jentera BN negeri untuk bekerja keras menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Kelantan dan BN Kelantan di  Bangunan Umno Negeri di Jeli, pada pukul 9 pagi dan kemudiannya merasmikan Majlis Pemantapan Profesion Perguruan di Pejabat Yayasan  Kemiskinan Kelantan di Ketereh dekat sini dan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di Kuala Krai  pada pukul 3.50 petang,

- Bernama
 
 
Dr M didakwa lupa hubungan 'akrab' dengan Amerika
PKR menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Israel-Palestin tetapi melupakan "hubungan akrabnya" dengan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) berkata, Dr Mahathir mungkin kelihatan lantang menentang Zionis dan Barat tetapi dia didakwa mempunyai hubungan baik dengan mereka hingga menandatangani perjanjian ketenteraan dengan Amerika sebelum ini.

NONE"Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan Umno nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka," katanya.

Nik Nazmi merujuk kepada Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) yang membolehkan Amerika Syarikat menjalankan latihan ketenteraan di Malaysia pada tahun 1984.

Dr Mahathir semalam berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Anwar yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi berkata, Dr Mahathir juga membayar pelobi Zionis Jack Abramoff untuk mengatur pertemuannya dengan presiden Amerika Syarikat ketika itu George W Bush.

"Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam perang melawan keganasan.

"Dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

Menyentuh kenyataan Anwar kepada akhbar antarabangsa Wall Street Journal, Nik Nazmi mempertahankan kenyataannya bosnya itu selari dengan penyelesaian dua negara yang diterima dunia Arab, Malaysia malah pejuang Palestin Hamas sendiri.
 
PKR: Mahathir sengaja putar belit, lupa fakta
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2012
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja memutarbelitkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika Syarikat (AS) ketika menerajui kerajaan.

Semalam, Dr Mahathir menyatakan bahawa Anwar, Ketua Umum PKR, merupakan simpatisan Yahudi.

"Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan Umno dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin," kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Azmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 iaitu Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC), yang membolehkan AS menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

"Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri," katanya lagi.

Katanya, Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel.

"Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin.

"Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006," katanya lagi.

Menurut Nik Nazmi, selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan Umno nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka," katanya lagi.

Tiada ulasan: