Ahad, 5 Februari 2012

SHAHRIZAT OH SHAHRIZAT...BAGAIMANA DENGAN ALLAH...TUTUP AURAT TAK LENGKAP...KURANG AJAR TAK...GILA KUASALAH...TAK MAHU LETAK JAWATAN...KUASA@TENAGA ALLAH YANG BERI...BUKAN MAHKLUK MAMPU BERI KUASA..SEMUA DENGAN IZIN ALLAH JUA...

Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

shahrizat general hospital 050212Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMenurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.
"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.

"When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya.
Perkara biasa

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.

"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.
Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.

azlanPengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Shahrizat: Pembangkang 'jambu mengendap' saya
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membidas seorang tokoh pembangkang yang kerap mengheretnya dengan skandal projek ternakan lembu syarikat  Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sejak tiga bulan yang lalu.

shahrizat general hospital 050212"Semalam, apabila saya pergi ke Perak, ramai (ahli Umno) Wanita memberitahu saya bahawa terdapat seorang ahli pembangkang muda yang sering mengendap saya sejak tiga bulan yang lalu.

"Mereka beritahu bahawa orang ini bercita-cita jadi ketua Wanita, jadi adalah sesuai jika kita hantar pakaian seragam merah dan putih kepadanya," katanya selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ditanya wartawan jika beliau merujuk kepada ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar atau pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, Shahrizat menjawab: "Beliau seorang lelaki."

"Saya lihat jika dia memakai seragam wanita (Umno), dia akan kelihatan agak ‘cun’ kerana dia ini ‘jambu’ sedikit."

Apabila diasak lanjut bagi menjelaskan sindirannya itu, Shahrizat berkata orang itu mempunyai cita-cita politik yang tinggi dan ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONESebelum ini, Rafizi, seorang pemimpin PKR sejak tiga bulan lalu telah membuat pendedahan demi pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh NFC di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusinya.

Ini termasuk pembelian kondominium mewah RM13.8 juta di Bangsar, RM3.4 juta untuk tanah di Putrajaya, RM830,000 untuk tuntutan percutian dan RM530,000 untuk pembelian kereta mewah.

NFC dituduh membelanjakan sebahagian daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan bukan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan.
Shahrizat: 'Paparazi Si Jambu intip saya'
NORJIMI AZMI LATIF
5 Februari 2012
Shahrizat: Paparazi 'Si Jambu' intip saya
KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.
Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.
Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.
Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.
"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.


OKU memberi saya kekuatan, kata Shahrizat

5 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan tuduhan atau tohmahan seperti yang dihadapinya berkaitan kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai perkara biasa yang dialami seseorang pemimpin.
Malah, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN).

"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.

 "When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Shahrizat berkata beliau tidak akan menjawab soalan-soalan berkaitan dengan NFC kerana siasatan sedang dijalankan dan meminta semua pihak tidak melabelkan beliau bersalah sehingga keputusan dibuat.
"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, tidak mendapati seseorang itu bersalah sehingga terbukti demikian. Itu undang-undang dalam negara," katanya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata yang menjadi kekuatan kepada dirinya untuk terus berjuang apabila melihat semangat dan kekuatan wanita dan golongan kurang upaya (OKU) yang tidak goyah ketika menghadapi cabaran dan dugaan.

"Apa yang beri inspirasi kepada saya ialah kumpulan sasar kementerian iaitu wanita, kanak-kanak, OKU dan orang miskin kerana saya mempunyai vision untuk mereka dan saya sayang kepada mereka," katanya.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Sementara itu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, seramai 13 bayi terdiri daripada tujuh lelaki dan enam perempuan dilahirkan di HKL, dua daripadanya dilahirkan secara "caesarean". - Bernama
Shahrizat tak mahu layan desakan berundur

3 Februari 2012
Shahrizat Abdul Jalil
SEPANG - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
Beliau berkata, tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan  semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
"Dan, kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur.
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
Katanya, beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurutnya, beliau yang baharu sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - Bernama
Sharizat sedia hadapi serangan pembangkang

4 Februari 2012
Shahrizat Abdul Jalil
BERUAS - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan
setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata sebaliknya serangan  yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera
Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi
Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu  akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru
pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.
"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.

Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya beliau akan memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.

"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita Umno dan parti komponen lain mantap," katanya. - Bernama

Sharizat tidak gentar hadapi pertuduhan NFC

February 04, 2012

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. — Gambar fail
BERUAS, 4 Feb  — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata beliau sudah bersedia dan tidak gentar menghadapi pertuduhan rasuah terhadap Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas berbulan lamanya menafikan penglibatan dirinya terhadap skandal berkaitan pusat ternakan lembu tersebut.

Dipetik Bernama Online, Shahrizat berkata, skandal yang menyaksikan pertuduhan ke atas diri dan keluarganya telah menjadikan lebih "bersemangat".

"Tidak mengapa. Kami ahli politik. Akan jadi lebih bersemangat apabila diuji," jelas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu di majlis Barisan Nasional di sini.

Shahrizat menjelaskan kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR,  Rafizi Ramli bahawa akan berlaku lebih banyak pendedahan akan menyambut kepulangan Shahrizat selepas bercuti selama tiga minggu.

Menteri Kanan Kabinet itu dijangka menyambung tugasnya semula Rabu ini.

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan "bercelaru" oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

PKR mendakwa, sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Parti Pembangkang turut menuduh Shahrizat dan keluarganya menggunakan hampir  RM600,000 daripada dana NFC bagi membayar bil kad kredit mereka pada 2009.

Namun begitu, pihak pengurusan NFC mempertahankan penggunaan tersebut dibuat untuk kegunaan syarikat.

Menteri itu turut menyaman Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung tuduhan mereka itu.

Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat

February 05, 2012

Shahrizat tidak menamakan "penghendap", tetapi secara jelasnya merujuk kepada Rafizi Ramli dari PKR—Gambar oleh Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil  hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.
Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.
“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.
“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”
Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan “bercelaru” oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.
Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta  telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.
Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.
Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.

Tiada ulasan: