Selasa, 7 Februari 2012

JIKA KITA TUDUH ORANG PARASIT..JIKA DIA TIDAK PARASIT..TUDUHAN BERBALIK KEPADA MUKA KITA...JANGAN KITA BERMUKA2...JANGAN KITA DAH TAK DE MUKA...DAN ORANG DAH TAK BERI MUKA...JANGAN KITA BUAT ORANG TAK SUKA...LAGI BERAT JIKA ALLAH JUGA TURUT TAK SUKA..HINGGA DAH TAK DAPAT MEMBEZA MANA YANG BATIL DAN MANA YANG HAQ...SEDARLAH KITA BUKAN ULAMAK..DAN BUKAN AHLI IBADAH YANG KUAT...DAN BUAT ORANG YANG ZUHUD...DAN BUKAN ORANG MENGUTAMA@PENAMPILAN SUNAH SEPERTI PERPAKAIAN...NAMPAK REMEH..TAPI ITU TANDA SAYANG RASULLULLAH SAW....

Pas Selangor tak mahu layan Hasan Ali
AHMAD NORMAN ABU TALIB
6 Februari 2012
Dr Abd Rani Osman
SHAH ALAM – Pas Selangor tidak akan melayan sebarang tuduhan bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana menyifatkannya sebagai memberikan ‘talian hayat’ kepada bekas ahli Pas itu untuk terus mengkritik parti tersebut.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.
“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.
“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada Pas Selangor sedia tampil memperjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam beberapa siri ceramah dan sidang medianya.
 
Abd Rani berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Pas Pusat berhubung isu pemecatan Hasan.
 
Katanya, beliau menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.
 
Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.
 
“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.
 
“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.
 
“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.
 
Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.
 
Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.
 
“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.
 
Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.
 
“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.
 
“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.
Adun: Pas Pusat serah kepada Hasan Ali
NOOR AZURA SAHRIL
6 Februari 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kepada Datuk Dr Hasan Ali sama ada mahu kekal menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Gombak Setia atau sebaliknya.
Justeru Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" memberitahu, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu seorang yang bijak dan oleh itu, orang lain tidak perlu mendesaknya berbuat demikian.
"Beliau seorang yang bijak. Tidak perlu mendesak beliau, terserah kepadanya," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan Ketua Penerangan,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan Hasan meletakkan jawatan ekoran kemenangannya itu atas tiket Pas.
Dalam kenyataan semalam, Tuan Ibrahim berkata, parti akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
Menurutnya, adalah lebih baik bagi  Hasan berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
Mengulas lanjut berhubung tindakan Hasan yang enggan merayu pemecatannya,  Mohamad berkata, itu adalah hak beliau dan terserah kepadanya.
"Itu terserah kepadanya. Beliau mempunyai kebebasan untuk merayu atau tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anaknya di sini, hari ini.
Kelmarin, Hasan mengumumkan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas atas alasan ia dilakukan secara autokratik dan tidak de­mokratik.
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan itu.
Pas desak Hasan Ali letak jawatan Adun
NORJIMI AZMI LATIF
6 Februari 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
 
Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
 
“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.
 
“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.
 
Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.
 
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.
 
Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.
 
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
 
“Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya.

Hasan Ali tekad tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS

February 04, 2012
ADUN Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali hari ini membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS berkenaan pemecatannya yang dibuat parti Islam tersebut pada 8 Januari lalu.
"Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya yang mana tempoh tamat rayuan tersebut adalah pada 7 Februari ini," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.
Bekas Pesuruhjaya PAS itu membuat keputusan selepas menimbangkan beberapa faktor yang tidak dipersetujuinya seperti penguasaan golongan "parasit" di dalam parti yang memaksa pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi PAS.
Hasan turut menjelaskan, selagi wujud golongan parasit dalam PAS, beliau tidak akan mungkin mempertimbangkan untuk menyertai parti tersebut semula.
"Selagi wujudnya parasit di dalam PAS, saya tidak akan kembali kepada parti," demikian penegasan Datuk Dr Hasan Ali ketika diminta mengulas sama ada beliau akan kembali menyertai PAS atau tidak.
"Saya berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala perkara yang melibatkan saya telah selesai selepas pertemuan di Kota Bharu pada 27 Disember lalu.
"Saya mendapati hala tuju PAS telah terpesong dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan parti, sedangkan elemen inilah yang mendorong saya menyertai PAS 15 tahun dahulu," katanya.
Menurut bekas exco hal ehwal Islam Selangor ini juga, beliau sendiri menghadapi kesukaran untuk mendaulautkan Islam, Melayu, dan Raja di Selangor berikutan PAS lebih gemar mendengar pendapat parti komponen lain Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP berbanding ahlinya sendiri.
Selain itu, pimpinan parasit PAS juga lebih gemar mengkritik beliau menggunakan media dan kerap menyuarakan pandangan negatif terhadap perjuangannya memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Raja di Selangor.
"Saya menetapkan hati untuk tidak merayu terhadap pemecatan saya, malah, saya membantah pemecatan yang dibuat secara arbitari dan autokratik oleh PAS terhadap saya," tegasnya.
Tambahnya, pihak pimpinan parti juga tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.
"Banyak kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pemimpin dan parti, dan mereka diberi peluang membela diri berdasarkan prinsip "right-to-be heard", tetapi situasi itu tidak berlaku kepada saya," tambahnya.
Tambahnya, walaupun PAS kembali kepada perjuangan asalnya memartabatkan Islam, itu tidak cukup meyakinkan beliau untuk kembali ke pangkuan parti yang disertainya sejak 15 tahun itu kecuali golongan parasit tersebut dihapuskan.
"Selagi wujudnya parasit dalam PAS, saya tidak bersedia bekerja bersama-sama PAS," katanya dalam sidang media tersebut.
"Parasit tersebut merupakan pihak yang bertanggungjawab mengubah hala tuju PAS membentuk negara Islam kepada hanya fokus menawan Putrajaya," tambahnya.
Menurutnya lagi, selagi setiap kebaikan yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional (BN) itu dikatakan "agenda Umno," selagi itulah juga parasit berkenaan masih lagi menguasai PAS.
Hasan Ali turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad yang menyatakan dirinya merupakan parasit sebenar dalam parti tersebut dengan mengatakan "saya tidak bernah bersekongkol dengan DAP dan PKR, tidak memesongkan hala tuju PAS, dan tidak pernah menyokong membabi buta hasrat mereka untuk menawan Putrajaya."
Menurut Hasan, beliau sendiri khuatir kerana matlamat dan halatuju parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR pada pandangannya kabur dan beliau sendiri tidak yakin pakatan tersebut akan berjaya membentuk perikatan yang kukuh untuk menawan Putrajaya.
Tambahnya, hasrat beliau menyertai PAS adalah bukan untuk memesongkan matlamat dan perjuangan parti seperti yang dilakukan parasit di dalam PAS, sebaliknya mahukan penambahan golongan ulama terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.
"Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut," tegasnya lagi.
Dalam sidang media tersebut, Hasan turut mencadangkan agar Majlis Syura PAS harus diperkasa bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi supaya dasar parti tidak diperkotak-katikkan oleh parasit dalaman PAS.

Gesaan Hasan Ali tak pengaruhi Pemuda PAS
Gesaan pembersihan "parasit" oleh bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam parti tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap PAS, kata Dewan Pemudanya.

NONESebaliknya, menurut ketua dewan itu Nasrudin Hassan, perjuangannya berdasarkan prinsip Islam dan dasar-dasar parti.

Dr Hasan pada Sabtu menggesa Pemuda PAS dan golongan ulama dalam parti membersihkan PAS dari dalam dan dalam masa yang sama beliau akan berusaha daripada luar parti.

Golongan itu didakwa bukan ulama yang membawa PAS keluar dari landasannya.

Ditanya tentang kewujudan parasit itu, Nasrudin juga berkata tidak mengesannya.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: