Jumaat, 3 Februari 2012

REDA KEKAFIRAN MAKA KAFIR KITA...DISEBUT DALAM MUSTIKA HADIS JILID 1 KELUARAN JAB.PEN.MENTERI...KHIANAT PERBUATAN BODOH DUNIA DAN AKHIRAT..HUKUM AKHIRAT DAH TENTULAH..DUNIA TAKUT ADA TANGAN2 GHAIB...SEMUA PEKERJAAN DIDUNIA AKAN DIPERTANGGUNG JAWAB...DUNIA NI NAFILAH WALAUPUN 1000X..SABIT SALAH NERAKA TEMPATNYA...

Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar
Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmad"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan  ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.
Motif politik: PKR bantah lawatan Najib ke Batu Caves
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks kuil Batu Caves kuil bersempena sambutan Thaipusam minggu depan hanya bermotifkan politik, dakwa ahli-ahli PKR.

NONESehubungan itu, ketua penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan ketua pemuda cawangan itu A Kalaimughilan membuat laporan polis pada hari Rabu lalu sebagai membantah lawatan tahunan Najib ke kuil itu yang dijadualkan pada 7 Feb ini.

Minggu lalu, jawatankuasa kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana bimbang ia mungkin mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Jika Najib berdegil untuk datang, Arjunan dan Kalaimughilan berkata mereka akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang bagi membuat bantahan.

Najib adalah a perdana menteri kedua yang melawat kuil Sri Subramaniam di Batu Caves semasa Thaipusam. Sebelum ini, hanya ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang berbuat demikian.

thaipusam mb khalid visit 290110 01"Jelas Najib tahu bahawa BN parti itu tidak akan dapat sokongan daripada kalangan kaum India," kata Kalaimughilan dalam satu kenyataan.

Beliau juga membidas presiden jawatankuasa kuil itu, R Nadarajah yang mendakwa bahawa sambutan Thaipusam perlu "bebas dari politik".

"Pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan adil dan berkecuali, tidak menyebelahi mana-mana pihak, jika mereka jemput Najib, mereka juga perlu jemput Anwar Ibrahim tanpa sebarang motif politik," katanya.

Beliau menambah bahawa lawatan Najib juga akan menjadi menggangu acara keagamaan penganut Hindu kerana langkah keselamatan akan diperketatkan dengan kehadiran perdana menteri itu.
PKR: Lagi pendedahan sambut kepulangan Shahrizat
PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation -- syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.

"Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepadaMalaysiakini.

Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.

Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu.

NONEPKR sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian kondominium mewah bernilai kira-kira RM10 juta di Singapura namun tidak dapat mengesahkan bahawa dana NFC digunakan untuk membeli hartanah tersebut.

Keluarga menteri itu setakat ini masih belum mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, sebahagian daripada pinjaman RM250 juta untuk projek NFC disahkan telah diguna untuk membeli dua unit kondominium mewah atas nama NFC.
 

Menteri Agama nafi guna wang Yayasan Taqwa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan wang peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politiknya di Jerai.

NONE"Ini dakwaan tidak betul. Ia bukan duit Yayasan Taqwa," katanya.

Jamil juga berkata, dakwaan Pemuda PAS Wilayh Persekutuan bahawa peruntukan yayasan itu hanya untuk kawasan itu sahaja juga adalah tidak betul.

Sebaliknya, kata beliau lagi, berdasarkan matlamat penubuhannya, ia sebenarnya untuk memberi bantuan ke seluruh negara.

"Seluruh negara kita beri bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru ni saya bagi bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Semalam Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jamil menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEAntaranya bantuan yang diberikan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk di kawasan yang didakwa akan ditandinginya.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.
DAP dakwa Umno peralatkan MIC bagi tipu India
DAP mendakwa pemimpin Umno memperalatkan rakan-rakan MIC untuk menipu masyarakat India demi kepentingan politik mereka.

NONESebagai buktinya, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar berkata meskipun kepimpinan MIC diberi portfolio Menteri Sumber Manusia, namun tidak ada sebarang perubahan dalam pengambilan pekerja-pekerja baru dari kalangan masyarakat India ke dalam sektor awam.

“Sudah pasti jawatan Menteri Sumber Manusia itu adalah satu jawatan boneka yang tidak boleh membantu masyarakat India.

“Akhirnya terbongkar juga bahawa  Menteri Sumber Manusia hanya layak menjadi bahan hiasan dalam kabinet Malaysia. Segala janji-janji yang diberikan masih tidak ditunaikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media dan disiarkan dalam portal DAP - Roketkini.

Sehubungan itu,  Sivakumar  yang juga Adun Tronoh meminta kerajaan BN, khususnya MIC, yang mendakwa mereka membantu masyarakat India supaya menjelaskan tiga persoalan utama tentang kedudukan orang India dalam sektor perkhimdatan awam.
  • Nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kaum India  yang berkhidmat dalam sektor awam  pada masa ini?
  • Nyatakan peratus pegawai dan kakitangan kaum India dalam sektor awam dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan sektor awam?
  • Nyatakan jumlah pengambilan pegawai dan kakitangan baru dari kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?
Menurut Sivakumar, hanya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dapat membuktikan sama ada kerajaan BN benar-benar membela kaum India atau hanya cakap kosong sahaja.

azlan“Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam.

“Pada satu ketika dahulu ramai kaum India bekerja dalam sektor awam. Sekarang kita dapat melihat di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu langsung tidak mempunyai pekerja India.

“Kenapakah  ini berlaku? Ini sudah semestinya akibat dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan BN yang mempunyai agenda tersendiri,” katanya lagi.

Tiada ulasan: