Khamis, 2 Februari 2012

PASAL BABI JANGAN JADI KECOH...SIASAT DAN TANGKAP SERTA HUKUM SETIMPAL KEJAHATANNYA...MEREKA NAK LARI MANA...HUKUM ALLAH MENYUSUL JUGA...KECUALI ADA AGENDA TERSIRAT..MEREKA MERANCANG...ALLAH JUGA NERANCANG..MEREKA AKAN MATI..MEREKA TAK BOLEH LAWAN ALLAH...DOA SAJA...ALLAH MAHA MENDENGAR....

Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!

Harakahdaily, 02 Feb 2012
KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada  projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.

“Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?

"Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.


1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);

2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira  hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.

3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.

4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.

5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas.

“Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?” soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS.

Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut.

AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran.

Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.

Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.

Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh  pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.

“Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian,” kata Tuan Ibrahim.

PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini,” tegas beliau.

Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali

Nazri Abdullah, 02 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu.

"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.

"Dalam konteks parti ini bukan tumpuan utama buat masa ini sebab seluruh jentera kita harus fokus kepada pilihan raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap siri jelajah oleh Dr Hasan yang antara lain menyerang beberapa pimpinan parti itu.

"Walau apapun, kita akan pantau perkembangan dia (Hasan) dan bagaimana serangan dia kepada PAS.

"Kalau kita lihat serangan itu bersifat fitnah atau sebagainya, kemungkinan ada pihak akan ambil tindakan undang-undang secara peribadi," katanya.

Mengulas penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh Dr Hasan pula, Tuan Ibrahim yakin ianya tidak menjejaskan PAS sama-sekali.

Malah sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Hasan sememangnya berhak berbuat demikian dan PAS sama sekali tidak menghalang.

"Nak tubuh NGO Jati ke apa ke, ikut dia la sebab negara kita dasar terbuka dan dia bebas untuk tubuhkan apa-apa dia mahu," tegas Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu kepada beberapa media sebelum ini berkata, penubuhan NGO Jati itu juga bukan satu ancaman kepada PAS.

Malah beliau juga yakin ahli PAS sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan Dr Hasan itu.

Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.

“Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan ‘kemuncup’ yang ada,” katanya.

Pemandu bas mogok bantah gaji Perbadanan KM

Aizat Bahrudin, 02 Feb 2012
MELAKA, 2 Feb: Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru di bawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT), pagi tadi.

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49, menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

"Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu," katanya.

Beliau mendakwa jika bekerja lebih masa di bawah skim gaji yang baru itu dengan bekerja 12 jam sehari, mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1,300 hingga RM1,400.

Pemandu-pemandu bas terbabit telah mengadakan mogok selama tiga hari bermula 31 Januari lalu.

Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.

Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Harakahdaily difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Datuk Seri Ali Rustam dilihat sekali lagi gagal dalam menguruskan masalah perkhidmatan awam sedangkan perkara itu merupakan perkara asas dan keperluan bagi rakyat Melaka untuk bergerak.

Justeru, apakah kerajaan negeri terlalu sibuk memikirkan soal pelancong dengan pelbagai projek pelancongan sehingga rakyat sendiri terus hidup susah dan terbeban.

Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangat buat sibuk

Harakahdaily, 02 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan MCA supaya tidak perlu ‘sibuk-sibuk’ membuat kenyataan berkenaan sokongan pengundi Cina terhadap PAS.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, tetapi MCA perlu menyedari kemampuan parti mereka sendiri untuk menarik semula sokongan pengundi Cina kepada mereka.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Naib Presiden MCA di dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang menyebut bahawa sokongan masyarakat Cina kepada PAS adalah bersifat sementara sahaja dan mereka hanya berpura-pura menyokong PAS kerana parti itu tidak boleh dipercayai.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap kenyataan Dr. Ng sebenarnya adalah hasil daripada rasa takut MCA melihat perkembangan mutakhir ini yang memperlihatkan sokongan masyarakat pengundi bukan Melayu khususnya orang-orang Cina semakin cenderung dan tertarik dengan PAS itu sendiri,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, berkemungkinan Yen Yen hanya mendapat maklumat daripada ‘pengampu-pengampu’ yang cuba membodek beliau sahaja, bak kata pepatah Melayu ‘kalau tiada angin bertiup masakan pokok boleh bergoyang’.

Oleh itu, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan MCA supaya ‘mengkoreksi diri sendiri’ dan perlu merasa ‘gerun’ dengan sokongan terbuka masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana MCA dan Barisan Nasional sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat khususnya masyarakat Cina.

Ada penerima BR1M dipaksa bersumpah

Aslani M, 02 Feb 2012

KOTA BHARU, 2 Feb: Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.

Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.

Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.

“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada majlis tersebut di Dataran Ilmu, pekan Peringat malam tadi.

Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.

Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.

Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.

Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri

Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama

Harakahdaily, 02 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius  insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul seperti mana yang dilaporkan di media massa hari ini.
“Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali  tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam,” kata setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Katanya, provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu amat dikesali serta sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.

“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.

Tegasnya, perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima serta dijustifikasikan dalam keadaan atau atas apa nama sekalipun.

Apa yang pasti, katanya umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah Allah.

Tambahnya, Abim ingin menjelaskan bahawa masjid dan surau merupakan tempat yang amat suci dan mulia di sisi umat Islam dan tidak sama sekali akan berdiam diri sekiranya rumah ibadat mereka terus diperlakukan sedemikian.

Justeru, ujarnya lagi tindakan tegas daripada agensi-agensi pihak berkuasa terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah digesa untuk mengelakkan tindakan berniat jahat sebegini daripada berulang sekali lagi, serta merebak menjadi epidemik politik, agama dan perkauman yang tidak dapat dikawal lagi.

“Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim menggesa agar pihak PDRM serta pihak yang berkenaan agar melaksanakan siasatan segera serta mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, Abim pada masa yang sama memohon agar seluruh umat Islam di negara ini agar bertenang serta memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani polemik itu serta mengelakkan diri dari mengamalkan pendekatan witch hunt.

“Dalam hal ini, Abim mengharapkan agar umat Islam tidak bertindak melangkaui batasan yang ditetapkan dalam ajaran Islam serta menzahirkan bantahan mereka berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam kerangka perundangan negara,” ujarnya.

Katanya, Abim juga menyeru agar jawatankuasa masjid di seluruh negara dapat mengambil inisiatif untuk mengadakan solat hajat pada hari ini dan selepas solat Jumaat esok memohon agar kesucian masjid dan surau di seluruh negara terpelihara serta pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.

Tiada ulasan: