Selasa, 7 Februari 2012

JANGAN KITA AMBIK KUASA SECARA BATIL..SEGALANYA AKAN DIADILI DIAKHIRAT...MEREKA AKAN DISERET KE NERAKA JIKA SABIT MENGAMBILAN KUASA SALAH DARI SEGI SYARAK...HARAM KITA MENGHALALKAN CARA....HARAM TETAP HARAM...KECUALI TERLALIU DAHRURAH

Mengapa Umno P Pinang pinggir 400 keluarga miskin?

Roketkini,06 Feb 2012
GEORGETOWN, 6 Feb: Selepas tiga tahun diminta penjelasan, akhirnya Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui bahawa bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009 telah diberikan kepada 301 keluarga miskin di negeri ini.

Zainal selaku Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini telah dilaporkan oleh Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukan untuk SPKR untuk membantu 22 keluarga miskin tegar sahaja.

Dengan itu, ia bermakna bantuan SPKR adalah untuk 301 keluarga, dan bukannya 22 keluarga sebagaimana yang dilaporkan oleh media kawalan Umno BN berkenaan tiga tahun lalu.

Penjelasan Zainal menunjukkan bahawa setiap dripada 301 keluarga miskin itu memperolehi RM3,654.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa hanya 301 keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang.

“Mengapa 400 keluarga miskin tegar lain tidak mendapat perhatian daripada kementerian yang diwakili oleh Datuk Zainal?

“Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Datuk Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta  di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar.

“Ini bermakna RM22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin atau pun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, ini menimbulkan persoalan bagaimana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Zainal atau pihak kementerian kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Namun, beliau tetap mengalu-alukan kesediaan Zainal, walau pun selepas menanti selama tiga tahun, untuk memberikan maklumat tentang 301 keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan SPKR pada 2009.

Beliau telah menugaskan Ahli Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh untuk mendapatkan maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Zainal untuk dibandingkan dengan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulen agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka.

Mustapa Mohamed ‘bohongi’ rakyat Kelantan

Aslani M,06 Feb 2012
KOTA BHARU, 6 Feb: Pada 2008 Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membayar pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sebanyak RM12 juta.

Pinjaman tersebut dibayar mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kewangan.

Oleh itu kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya pinjaman lebih RM500 juta dilulus kerajaan pusat diberi percuma tidak berasas sama sekali.

Malah ramai menyifatkan fakta tersebut merupakan satu pembohongan bermesej politik peringkat tertinggi yang membabitkan seorang berjawatan menteri.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit cukup mengelirukan.

Katanya, pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sejak 2001 tidak diberi secara percuma, sebaliknya perlu dibayar.

“Kenyataan seperti itu secara jelas cuba mengelirukan rakyat. Pada 2008 AKSB telah membayar pinjaman yang terima sebelum ini sebanyak RM12 juta.  Pinjaman itu tidak diberi secara percuma seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.

Mustapa ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Tanah Merah baru-baru ini dilaporkan mendakwa pinjaman RM600 juta diberi percuma kepada Kelantan bagi meningkatkan bekalan air.

Pinjaman tersebut yang dilulus di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta).

Ini bermakna jumlah pinjaman yang diluluskan dalam tiga RMK sebanyak RM547 juta, sedangkan dijanjikan RM600 juta. Jumlah pinjaman yang diberi itu mengambil masa tiga RMK dan bukan diberi sekaligus.

Pinjaman pertama diterima pada 2001 dan projek awal yang dijalankan siap pada 2003.

(Ikuti maklumat lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

NUBE lapor polis terhadap CEO Maybank

Mohd Nor Yahya,06 Feb 2012
KOTA BHARU, 6 Feb: Tindakan Maybank memecat Naib Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen sebagai kakitangan bank terbabit mendapat bantahan meluas anggota kesatuan berkenaan.

Malah, Pengerusi NUBE Cawangan Kelantan, Mohd Azhar Yusoff membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Berhad, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar di atas tindakan tersebut.

Laporan polis juga dibuat terhadap Ketua Kumpulan Modal Insan Maybank, Nora Abd Manaf dan Ketua Perhubungan Perusahaan Maybank, Looi Heong Meng. Turut dipecat Maybank Bendahari Kehormat NUBE, Chen Ka Faat.

Mohd Azhar berkata, laporan polis dibuat kerana pemecatan kedua-dua Exco NUBE tersebut bersalahan dengan Seksyen 59(1) (d) dan (e) Akta Pehubungan Perusahaan.

“Ini kerana alasan pemecatan kedua-dua pimpinan NUBE amat tidak munasabah, ia dikatakan berpunca tindakan mereka mewakili NUBE memegang sepanduk di luar bangunan PBB dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa di Geneva Jun 2011.

“Sepanduk itu antara lain bertulis "Maybank robs poor Malaysian workers(Maybank merompak pekerja miskin Di Malaysia),” katanya selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pjabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Sehubungan itu kata Mohd Azhar NUBE mengambil langkah membuat laporan polis di setiap cawangan bermula hari ini.

Beliau berkata, NUBE tidak lagi boleh berurusan dengan Maybank Berhad setelah banyak perkara yang didedahkan berkaitan penindasan pengurusan bank itu terhadap ahli NUBE.

“NUBE mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Maybank. Ini merupakan satu tindakan perusahaan dibenarkan oleh Akta,” ujar beliau.

3 tahun tragedi hitam, kembalikan Perak kepada PR

Johari Jaafar,06 Feb 2012
IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.

Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.
Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.

Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.

"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.

Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: