Khamis, 10 Februari 2011

JANGAN MAULIDIRASUL...HANYA JADI BUDAYA SAMBUTAN ATAU ACARA TAHUNAN...TAPI JAUH DARI PATUH DAN MENGIKUT SUNAH...SEDANGKAN MAKSIAT YANG TAK DIBENDUNG..

Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama
Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 9 Feb: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu.

Menurut Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata.

Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.

“Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.

"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.

"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.

Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.

“Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi.


Pelancongan di Kedah menggalakkan - MB

Muhayat Jasmin
ALOR SETAR, 9 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Sei Dr.Ng Yen Yen yang menyelar kerajaan negeri Kedah kononnya kemasukan pelancong ke negeri tersebut merosot.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ng telah membidas kerajaan negeri Kedah apabila beliau menyifatkan jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot walaupun peruntukan bagi pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tinggi.


Tunjuk perasaan masih berterusan


Sejumlah penunjuk perasaan anti-Presiden Hosni Mubarak meletakkan bendera gergasi di depan bangunan Parlimen di Kaherah semalam.


KAHERAH - Aktivis-aktivis anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak mendesak para penyokong mereka meningkatkan lagi tunjuk perasaan di negara ini.

Desakan itu dibuat walaupun Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman memberi amaran bahawa sikap berlembut pemerintah terhadap penunjuk perasaan tidak akan berkekalan buat selama-lamanya.

Tunjuk perasaan bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan itu dibuat sejak 25 Januari lalu.

Omar yang mengendalikan krisis tunjuk perasaan itu menyatakan kelmarin bahawa para penunjuk perasaan tersebut mungkin akan disuraikan.

Para penunjuk perasaan itu menegaskan mereka tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

"Beliau (Omar) mengancam untuk melaksanakan undang-undang darurat yang bermakna semua orang yang berhimpun di Dataran Tahrir akan dipaksa mengosongkan tempat ini," kata seorang jurucakap bagi lima buah kumpulan yang mendalangi protes anti-Hosni di Dataran tahrir, Abdul-Rahman Samir.

"Kami akan memprotes dan tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan," tambahnya. - Agensi



DUNIA

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam


GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung.


LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi


40 terbunuh di Kharga



KUMPULAN penentang kerajaan Hosni Mubarak menunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen negara itu di Kaherah, semalam.
KUMPULAN penentang kerajaan Hosni Mubarak menunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen negara itu di Kaherah, semalam.
PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.
PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.

KAHERAH: Kumpulan pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin berkata semalam, sekurang-kurangnya 40 penunjuk perasaan terbunuh di Kharga, selatan negara itu ketika revolusi rakyat di seluruh Mesir masuk hari ke-16 semalam.

Ikhwan, dalam kenyataannya berkata, pasukan keselamatan Mesir mensasarkan penunjuk perasaan antikerajaan di daerah itu dengan peluru hidup.


Sementara itu, Medan tahrir di Kaherah terus sesak dengan penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sehingga ini, pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, hampir 300 orang terbunuh akibat tunjuk peerasaan itu, se selepas pegawainya melawat sembilan hospital. Dalam pada itu, Naib Presiden, Omar Suleiman berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan begitu lama.


Omar berkata demikian ketika 50,000 penunjuk perasaan menghalang Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada memasuki pejabatnya di Kaherah sambil mendesak beliau meletak jawatan bersama-sama anggota Kabinetnya yang lain.


Orang ramai juga berarak ke Kementerian Dalam Negeri dan bangunan Parlimen di ibu negara itu meskipun kerajaan berjanji untuk melakukan pembaharuan pada perlembagaan dan menaikkan gaji kakitangan awam.

Omar juga berkata, kerajaan mempunyai rancangan dan jadual untuk pemindahan kuasa secara aman.


Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, ramai penunjuk perasaan meluahkan rasa marah terhadap sikap Amerika Syarikat dalam menangani revolusi di negara itu.

Sementara itu, beribu-ribu pekerja di bandar Suez dan Ismailia melancarkan mogok. - Agensi


Al-Jazeera sambung siaran


KAHERAH: Syarikat televisyen satelit milik Mesir, Nilesat semalam memulihkan semula siaran saluran berita yang berpusat di Qatar, Al-Jazeera.

Syarikat berkenaan menghentikan siaran itu 1 Februari lalu, pada hari yang sama penyokong Presiden Hosni Mubarak melakukan tunjuk perasaan dan menyerang penunjuk perasaan antikerajaan di Medan Tahrir.

Pegawai Mesir menuduh Al-Jazeera menghasut penduduk Mesir dan membesar-besarkan tunjuk perasaan di negara itu. - AP

Tiada ulasan: