Selasa, 22 Februari 2011

BILA PERTANDINGAN JUJUR DAN TELUS MULA DIABAI...BILA CARA MENIPU KIAN TERSELAH DAN TERBUKA...PEMIMPIN TIADA AMANAH LAGI

P'raya kampus: Kubu Aspirasi mula bocor
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Feb 22, 11
5:10pm

Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas dua daripada lima universiti awam utama pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di Universiti Malaya (UM), - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 11 daripada 27 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai 'Aspirasi' kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan Aspirasi sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa camp tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada kosong yang dimenangi tahun lalu. Kem Aspirasi masih selesa dengan 23 kerusi manakala seorang calon Bebas menang satu lagi.

NONEDi Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa memperbaiki kedudukan mereka dengaan memenangi 12 kerusi, berbanding 10 pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan Aspirasi yang memenangi 31 kerusi.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 15 sebelumnya.

NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon Bebas.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) akan mengadakan pemilihan wakil pelajarnya hari ini. Namun kumpulan pro-Mahasiswa dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menguasai universiti berkenaan.


Liwat II: Adakah Saiful homoseksual pasif?
Hafiz Yatim
Feb 22, 11
1:13pm


Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEPerbicaraan pagi ini tertumpu kepada persoalan sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau mempersoalkan bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful tidak dicatatkan dan ingin tahu sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut dikemukakan.

Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.





PAS mahu pengarah Politeknik Merlimau disiasat
Elissa Helmy
Feb 22, 11
1:24pm


PAS Jasin membuat laporan polis berhubung tindakan BN dan Umno yang didakwa menjadikan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakannya dengan menjalankan program untuk kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau.

Laporan dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau.

Menurut Jasme, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dianggap tidak bertamadun oleh Umno dan BN, sekali gus mahu parti itu menghentikan segera semua program yang berjalan atau akan dijalankan di situ.

Dakwanya, tindakan itu tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakannya.

NONE"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.

"Para pelajar juga terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu," laporan polis itu dipetik.

Turut mengiringinya ADUN Banda Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin.

Ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau, Jasme berkata, antara program yang dijalankan Umno dan BN adalah pelancaran jentera pilihan raya BN (24 Januari) oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

"Umno dan BN juga menyalahgunakan lokasi berkenaan berikutan mengadakan majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 19 Februari lalu.

"Jelas penyalahgunaan berlaku apabila mereka mengadakan kursus untuk memenangi DUN Merlimau kepada petugas Umno dan BN pada 20 Februari lalu dan terbaru, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Melaka," katanya.

Katanya, memandangkan Politeknik itu digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, Jasme mendakwa ia memberikan kelebihan kepada BN untuk "memanipulasi serta peluang mensabotaj PAS".

Akhbar palsu: K'jaan negeri tuntut tindakan
S Pathmawathy
Feb 22, 11
1:46pm


Kerajaan negeri Selangor hari ini mendesak pihak polis memperhebatkan lagi siasatan berhubung penerbitan 'Selangor Terkini' yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata penerbitan tabloid itu juga dianggap satu bentuk 'penderhakaan' kerana memamparkan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah pada halaman utamanya.

NONE"Kami membuat laporan polis berhubung penerbitan itu di ibu pejabat polis Shah Alam pada 17 januari lalu tetapi sehingga hari ini tiada menerima sebarang maklumat berhubung siasatan mereka,” katanya.

Menurut Faekah, semakan dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengawal perlesenan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) menunjukkan tiada lesen yang dikeluarkan kepada penerbit akhbar berkenaan.

Kerajaan negeri juga tidak pasti jumlah penerbitan yang telah dicetak ataupun bila ia bermula.

"Kami hanya memperolehi tiga edisi dalam simpanan bermula Januari dan Februari tetapi tidak pasti kekerapan penerbitan itu,” kata Faekah.

Faekah berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.

NONEKatanya, perasaan curiga mereka diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan pada satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus.

Akhbar berkenaan diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.

Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.

Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.




Duta Libya di M'sia tidak sokong Gaddafi
Feb 22, 11 4:35pm


Kakitangan kedutaan Libya di Malaysia hari ini membidas 'penyembelihan' penunjuk perasaan anti kerajaan di negara itu dan berkata mereka tidak lagi setia kepada pemimpinnya Muammar Gaddafi.

"Kami tidak lagi setia kepadanya, kami setia kepada rakyat Libya,” kata duta Bubaker al-Mansori kepada AFP apabila kira-kira 200 rakyat Libya mengadakan demonstrasi anti kerajaan di luar pejabat kedutaan di Kuala Lumpur.

Penunjuk perasaan membakar gambar pemimpin Libya itu sambil melaungkan “Masa untuk Gaddafi sudah berakhir" dan "Hentikan pembunuhan" sebelum kedutaan itu membuka pintu pagar bagi membolehkan orang ramai masuk ke perkarangannya.

"Penunjuk perasaan berdemonstrasi membantah pembunuhan yang berlaku di Libya,” kata duta itu dalam perbualan telefon.

"Kita tidak boleh berdiam diri dan membenarkan ini berlaku kepada masyarakat Libya, jadi termasuk kakitangan kedutaan kami juga memprotes.”

Pejabat kedutaan kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengutuk pertumpahan darah dan penyembelihan yang mengakibatkan nyawa orang awam yang tidak bersenjata melayang ketika menunjuk perasaan secara aman.

Nafi tinggalkan Libya

Awal hari ini, Gaddafi menafikan beliau sudah meninggalkan Libya selepas penunjuk perasaan kini menguasai beberapa bandar raya bagi mendesaknya berundur daripada pemerintahan selama empat dekad itu.

“Saya akan bertemu golongan remaja di Dataran Hijau di pinggir Tripoli hari ini," katanya yang muncul di kaca televisyen yang dipancarkan secara langsung dari kediamannya, awal hari ini.

“Saya ingin membuktikan bahasa saya masih berada di Tripoli dan bukan di Venezuela dan saya mahu menafikan laporan televisyen yang seperti 'anjing' itu (laporan tidak benar)," katanya sambil memegang payung melindunginya daripada hujan sebelum memasuki keretanya.

Hujan lebat membasahi Tropili sejak petang semalam.

Ia adalah kemunculan pertama Gaddafi sejak penunjuk perasaan meletus di negara itu dan laporan sebelum ini menyebut beliau sudah melarikan diri ke Venezuela.

Syarikat Singapura keluarkan rakyat Malaysia

Sementara itu, Bernama melaporkan sebuah syarikat Singapura mengeluarkan 31 pekerjanya terutama warga Singapura dan Malaysia, dari tapak operasinya di Libya.

Menurut Boustead Singapore, mereka berjaya menghantar balik enam pekerja Singapura dan Malaysia semalam yang bekerja di projek perbandaran Al-Marj di Tripoli.

Tiga lagi meninggalkan Tripoli untuk ke Filipina.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, ia membawa balik pekerjanya dengan selamat setelah berlakunya demonstrasi dan keganasan di beberapa bandar utama di timur Libya.

Syarikat itu juga mengatur supaya semua kakitangan Boustead, yang terbabit dalam projek itu termasuk yang tinggal di Tripoli, diterbangkan keluar dari Libya dengan penerbangan paling awal yang ada.


PKR: Siapa kaut 1.5 bilion saham bumiputera?
Salhan K Ahmad
Feb 22, 11
1:21pm


PKR hari ini mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan semua penerima saham khas bumiputera berjumlah 1.5 bilion unit yang diagihkan tahun lalu.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionSetiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution berkata pengumuman itu perlu bagi membuktikan peningkatan ekuiti golongan bumiputera dalam sektor swasta sebanyak 22 peratus seperti diumumkan kerajaan.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham ini.

Jelasnya, langkah itu bagi mengelakkan kehilangan saham bumiputera bernilai RM52 bilion itu tidak berulang.

Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada saham bumiputera bernilai RM54 bilion melalui agihan sama sebelum ini.

"Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini sehingga mewujudkan budaya politik naungan," kata Saifuddin lagi dalam satu kenyataan.

Jelasnya, keadaan itu berlaku apabila golongan yang terlibat itu "mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai alasan 30 peratus ekuiti bumiputera."

azlan"Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapat kekayaan mudah," katanya lagi.

Tambahnya, mekanisme ini "mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak."

Kenyataan beliau dibacakan oleh pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.




Hari ketiga: Ahli kimia terus diasak
Hafiz Yatim
Feb 22, 11
9:56am


Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.

Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair.

NONEPada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya.

"Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.

Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025.

"Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.”

Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.

Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu.

"Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya.

Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel.

"Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.

Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti.

Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.

Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian.

Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini.

Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik.

Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya".

Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.

Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".

Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.

Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

'Rogol amah': Blogger mohon masa fail pembelaan
Feb 22, 11 12:15pm


Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat apabila pihak-pihak berkenaan menemui hakim itu pada 17 Februari.

Berikutan permohonan itu, Hakim Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte. Sebelum ini, hakim menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan itu.

Pada 2 Februari, Rais mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda PKR, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

rais yatim pc 020709 01Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga anggota parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

--Bernama

Tiada ulasan: