Isnin, 21 Februari 2011

JANGAN SAMPAI IBADAH ATAU AGAMA DIJUAL DENGAN DUNIA


HAJI NI SATU IBADAH...JANGAN DINIAGAKAN...LARAT KE JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI...TUBUH LAGI BEBERAPA BADAN MACAM TABUNG HAJI BARU ADA PERSAINGAN



Pakej haji tanpa melalui Tabung Haji disiasat


KUOTA untuk menunaikan ibadah haji dalam kalangan rakyat Malaysia hanya diberi kepada Tabung Haji. - Gambar hiasan


YAN - Kerajaan akan menyiasat sebuah syarikat yang dikatakan menawarkan perkhidmatan haji di negara ini tanpa melalui Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Di negara ini, katanya, hanya Tabung Haji yang diberi kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi dan bukan terus kepada syarikat-syarikat yang beroperasi.
"Syarikat yang menjadi ejen perkhidmatan itu perlu mendapatkan kebenaran dan kuota daripada Tabung Haji sebelum menjual perkhidmatan itu kepada orang ramai dan ia di bawah seliaan Tabung Haji.
"Ia bukan soal nak halang dan untuk monopoli perkhidmatan haji tetapi kita kena berhati-hati dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak berkenaan. Kita bimbang ia akan membawa padah kepada rakyat kita akibat tidak mempunyai kebenaran visa di Mekah nanti.
"Kerajaan Arab Saudi memandang serius mengenai kuota haji dan umrah yang diberikan kepada setiap negara.
"Saya bimbang ada rakyat kita terperangkap di sana nanti ekoran tidak memiliki visa yang sah dan akan menimbulkan masalah besar kepada negara," katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Kering di sini semalam.

Tiada ulasan: