Isnin, 28 Februari 2011

SEKALI PANDANG...ATAU FIKIR PELIK KENYATAAN TUAN GURU...TAPI BENAR...RASULLULLAH SAW PUN BUKAN MELAYU...YANG PENTING AKIDAH BENAR..IBADAH SAH....

Chan didakwa tipu bekas PM dalam skandal PKFZ
Feb 28, 11 2:50pm


Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONEBeliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden MCA dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.

“Saya terkejut kerana didakwa tetapi saya yakin dengan sistem perundangan negara dan ini beri peluang bagi saya membersihkan nama,” kata Chan ketika ditemui wartawan selepas membayar wang ikat jaminnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

NONEChan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.




Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar
Kow Gah Chie
Feb 28, 11
1:08pm


Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Sim Tong Him merlimau lewd photosBercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.



Liwat II: Rakaman CCTV tak selari
Feb 28, 11 2:00pm


Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

NONEPeguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu itu naik ke tingkat 5 pada jam 2.42 petang.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondominium berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

desa damansara condominium 020708"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Sankara (kiri) kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," kata Fauziah cuba mempertahankan dirinya.

Fauziah juga mengakui analisais yang dilakukannya itu adalah rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

NONEKetua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," katanya.




Tembak mati Aminul: Polis diperintah bela diri
Feb 28, 11 11:57am


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menembak mati Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

NONEHakim Latifah Mohd Tahar berkata beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lalu.





Kerdau: Bukan semua mahu pembangunan
Jimadie Shah Othman
Feb 28, 11
4:53pm


Walaupun ramai beranggapan kawasan luar bandar di Kerdau, terutamanya di tiga kawasan Felda dan sebuah Felcra di DUN itu memerlukan lebih pembangunan, perkara itu rupa-rupanya tidak mewakili semua hasrat penduduknya.

Masih terdapat penduduknya, terutama di kawasan 3+1 - gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – yang mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.

NONE“Macam pembangunan itu rasanya tak perlu sangat. Kami peneroka, ilmu itu kurang,” kata Rokiah Lob – peneroka selama 14 tahun di Felda Jengka 22 – dalam nada mengeluh.

Rokiah, 47, yang pada mulanya malu diwawancara memberitahu Malaysiakini, beliau kecewa kerana sejak awal berpindah ke situ – 65 kilometer daripada Temerloh – tiada ustaz yang masuk dan menyentuh tentang masalah akidah umat Islam.

“Memanglah ada bab agama (diajar di masjid), tetapi bab fadhilat (kelebihan amalan) itu, fadhilat ini. Kita nak akidah. Itu yang penting,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Cik Kiah.

Antara pengalaman sedihnya, cerita Cik Kiah lagi, apabila hendak berangkat menunaikan haji ke Mekah sebelum ini, beliau mendapat berita yang menggambarkan betapa buruknya “masalah sosial” di kawasan itu.

“Ya Allah, masalah sosial ini, ingat lagi masa pergi haji baru-baru ini, ada budak datang, (beritahu) 'Cik Kiah, Cik Kiah tahu, ada tiga orang bersalin anak luar nikah...'

“Tak dan ambil SPM pun. Salah seorang itu memang cerdik budaknya,” kata Rokiah lagi.

Tolak pi, tolak mai


NONEDitanya sama ada beliau yakin calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah itu kerana mempunyai latar pendidikan agama, Rokiah menjawab ringkas:

“Kalau ustaz pun, kalau dia tak nak didik bab agama dulu, tak pentingkan agama dulu, rasanya sama saja.”

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Sementara itu, bagi tiga lagi peneroka Abd Hamid Mohd Zin, Abd Hamid Shafie dan Saifudin Ibrahim, isu sekitar kebajikan Felda nampaknya lebih penting kepada mereka berbanding siapa pun calon bertanding.

NONEAbd Hamid Mohd Zin, 58, sepanjang wawancara ringkas dengan Malaysiakini asyik ketawa bila ditanyakan soal calon pilihan hatinya.

“Calon macam mana? Macam biasalah. (ketawa) Kita tengoklah yang mana yang baik,yang mana yang tak baik,” katanya di atas motosikal ketika sampai ke kedai runcit berdekatan rumahnya.

Tetapi, selepas 31 tahun berhijrah daripada Kedah untuk menjadi peneroka di Pahang, bayaran RM1,500 untuk penduduk Felda yang ladangnya diuruskan oleh lembaga itu tidak memuaskan hatinya.

“Bayar sikit sangat. Dia bayar RM1,500. Tolak pi, tolak mai, tak banyaklah,” katanya yang masih pekat dengan loghat negeri kelahirannya.

Akhirnya PM pun umum...


NONERakan sebayanya Abd Hamid Shafie – yang kebetulan mempunyai nama dan umur sama- pula nampaknya gembira dengan perkembangan di Felda, khususnya selepas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi semalam.

“Dalam pilihan raya umum dulu, kita sudah minta CESS, Alhamdulillah Datuk Najib dah umum terus boleh. Daripada (zaman) arwah Datuk Zaharuddin (Abu Kassim) meninggal kami minta. Akhirnya PM pun umum,” katanya.

Berterus terang mahu terus mengundi calon BN kali ini, beliau berkata isu lain yang menjadi perbualan di kalangan peneroka meliputi soal bayaran bagi tanah yang diusahakan Felda dan isu pertukaran nama di geran apabila pemiliknya meninggal dunia.

“Saya ada tanya, katanya tengah dok proses geran. Dok ada 50 orang lagi (di sini) belum selesai masalah hak milik bila suami meningggal,” katanya.

NONESementara bagi anak muda berumur 28 tahun, yang memilih bekerja sebagai peneroka, membuat pilihan antara kedua-dua calon bertanding nampaknya masih sukar.

Tetapi, bagi Saifudin Ibrahim, sebagai generasi kedua, beliau mahukan diberikan tanah kepada kira-kira 300 orang muda sepertinya di Felda tersebut.

“Bukan dapat pun tanah, janji nak buat,” kata lelaki pendiam itu yang sedang berehat di bawah teduh pokok tengah hari semalam.

Banyak tidak OK

Bagaimanapun, penilaiaan Saifudin jelas apabila beranggapan prestasi wakil rakyat daripada BN sebelum-sebelum ini tidak memuaskan.

azlan“Banyak buat teruk, ambil tanah. Nak dapat bukan senang, payah,” katanya yang berkata menuggu sejak pilihan raya umum pada tahun 2008 dahulu.

Beliau juga berpendapat, walaupun banyak projek memasuki kawasan itu akhir-akhir ini, masih banyak yang “tidak OK”.

“Banyak tak OK. Kawasan ini banyak tak OK. (Gelanggang) futsal itu mana buat. Dekat pilihan raya saja buat. Baru-bari ini nak buat dewan serbaguna, (tapi) belum siap lagi,” katanya lagi.

Pertembungan di kawasan 3+1 itu amat penting kali ini bagi menilai sama ada undi orang Melayu masih kekal bersama BN.

Dengan pengundi seramai 3,721 orang di empat kawasan itu, ia amat penting untuk kedua-dua parti bertanding kerana mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi yang layak.




Muhyiddin gesa PAS tak maharajalela keluar fatwa
Aidila Razak
Feb 28, 11
3:33pm


Majlis Fatwa Kebangsaan adalah badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa di negara ini dan Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa kerana ia boleh menyelewengkan akidah umat Islam di Malaysia.

NONESehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang, khususnya PAS tidak perlu bermaharajalela mengeluarkan fatwa semata-mata kepentingan politik mereka.

“Pelbagai fatwa yang dikeluarkan (oleh PAS). Orang Islam dah ada pendidikan dan dipimpin oleh jabatan agama, jadi apa perlu tok-tok guru (PAS) yang turun ke bawah untuk bagi pelbagai fatwa baru?

“PAS dulu kata sokong Umno masuk neraka, imam Umno tak boleh jadi iman, kena imam dia saja.

NONE“Tak tahu kenapa perlu keluar fatwa songsang...mereka bermaharajalela keluarkan fatwa yang membawa kesan kepada umat Islam...untuk tujuan politik semata-mata,” kata Muhyidin ketika berucap sempena majlis anugerah kecemerlangan pelajar PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum dan jamuan rakyat di Merlimau, Melaka.

'Bukan sahaja kafir tapi jahiliah'

Menurut Muhyiddin, masyarakat di Merlimau yang terdidik tidak akan terpengaruh denga dakyah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat bagi memancing undi itu.

NONE"Kalau pembangkang rasional dia kena iktiraf... kebahagian yang diterima oleh rakyat jelata tapi pe'el pembangkang ni apa yang kita lakukan semua tak betul, malah ditokok tambah. Dia label orang yang tak sokong PAS bukan sahaja kafir tapi jahiliah,” katanya.

Pada perjumpaan ini Muhyiddin juga memberi jaminan untuk membantu sekolah berkenaan membina sebuah dewan serbaguna yang dianggarkan bernilai sekitar RM2 juta.

"Mungkin Datuk Ali boleh tolong setengah, saya tolong setengah." katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno ditanya andaian PAS mengatakan ia boleh menang pada pilihan raya kecil itu dengan jumlah peratus tertentu.

merlimau by election pas announcement candidate 240211Menurut Muhyiddin, parti pembangkang boleh membuat perkiraan tetapi itu hanya taktik dan helah politik.

Ditanya mengenai cadangan PAS menubuhkan skuad kamera untuk mengintip pergerakan calon BN bagi mengesan salah laku, Muhyiddin mengucapkan terima kasih.

"Kita senyum lebih'

“Terima kasih dia beritahu kepada kita, nanti bila depan kamera kita senyum lebih, kita beritahu dia terima kasih lah kerana nak berkempen membantu kita.

"Kita (BN) dalam strategi kempen kita tumpu kepada pengundi, kita tidak tumpu kepada calon dan jentera. Kita lebih kepada pengundilah. Kalau dia nak menang dia pergi kepada pengundi, pasal apa dia pergi pada calon kita, calon kita sudah tentu tidak sokong dia," katanya tindakan PAS itu kerana ia sudah ketandusan isu.

NONEMengenai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN, Muhyiddin mengalu-alukan sokongan tersebut dan berkata mereka mengetahui jasa yang dilakukan kerajaan BN.

Muhyiddin diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dalam lawatan kerja sehari ke DUN Merlimau.






Rosmah naik helikopter bantu Najib menang Kerdau
Jimadie Shah Othman
Feb 28, 11
11:48am


Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

NONESelain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Tinjaun Malaysiakini di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – semalam mendapati amat sedikit gambar calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad ditampal.

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada benar pandangan sesetengah pihak yang melihat keputusan dalam pilihan raya Kerdau sebagai referendum kepada pemerintahan Najib – anak jati negeri Datuk Bahaman itu?

najib visit kerdau 270211 02Atau ia sekadar bermaksud BN perlu bergantung sepenuhnya kepada Najib untuk mengekalkan penguasaan di DUN itu yang dimenangi secara turun-temurun.

Tetapi, sejauh mana kepentingan Kerdau kepada Najib sendiri? Menilai tindakan presiden Umno itu, Najib kelihatan lebih berhati-hati kali ini berbanding sebelumnya pengalaman sebelumnya di 14 pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Rosmah naik helikopter

Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu - yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.

rosmah mansor singingMalah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'Ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

najib visit kerdau 270211 04“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi semalam.

Semalam, sejak 9.30 pagi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.

Selain bertemu pengundi di tiga lubuk BN di Felda, beliau turut membawa khabar gembira, antaranya mengumumkan bahawa Felda memberikan pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka berhubung “bayaran CESS” dan bayaran balik tanaman semula dari getah kepada kelapa sawit.

Hanya keajaiban mampu menangkan PAS

Manakala beliau juga merasmikan pembinaan kemudahan kepada rakyat – yang dikritik pembangkang sebagai “projek memancing undi” - seperti dewan jalur lebar dan gelanggang futsal di kawasan dengan 3,031 pengundi atau satu pertiga daripada keseluruhan yang layak memilih.

NONEJusteru selain pertembungan bagi menilai sokongan Melayu sama ada terus setia kepada BN, ia juga menjadi seakan persaingan peribadi Najib bagi memastikan dirinya tidak dilukai di rumah sendiri.

Pemerhati politik berpendapat, kecuali keajaiban, PAS tetap akan tewas di DUN tersebut. Bagaimanapun, dilihat daripada nada parti Islam itu, termasuk dari mulut calonnya sendiri, mengurangkan jumlah majoriti BN sudah boleh dikira sebagai kejayaan yang besar.

“Sebenarnya kita berhasrat mengambil alih Kerdau. Tetapi berdasarkan mood rakyat dan penggunaan jentera kerajaan yang keterlaluan, saya kira perkara ini agak sukar dilakukan.

NONE“(Justeru) paling tidak, saya kata kita nak kurangkan majoriti Umno, kita yakin kalau ini berlalu akan memberikan signal (tanda) bahawa dalam pilihan raya kecil ke-13, Pakatan akan mengambil alih pemerintahan Pahang,” kata Hassanuddin kepada Malaysiakini pada Sabtu.

Mungkin menyedari siapa lawannya, tidak hairanlah PAS dalam ceramahnya malam kelmarin banyak memainkan isu nasional – seperti janji bersama Pakatan dalam Buku Jingga – daripada menyentuh banyak isu-isu tempatan.

Dalam pilihan raya umum lalu, Hassanuddin tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kasim dengan majoriti 1,616 undi – peningkatan hampir seribu undi daripada pilihan raya empat tahun sebelumnya.






JANGAN MENDAHULUI TAKDIR...BENDA KEDEPAN HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU...

Proton tidak akan kerugian kata Mahathir
Feb 28, 11 4:04pm


Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan Proton kurang kerana kerugian Lotus.

mahathir responses to suaram report 01"Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata Dr Mahathir, yang juga penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di Subang Jaya hari ini.

Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya.

Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.

Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.

Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.

Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga.

- Bernama


'Tidak apa jika saya tidak dilahirkan sebagai Melayu'
Feb 27, 11 10:35pm


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

NONENik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
NONEMengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.

- Bernama

Tiada ulasan: