Harakahdaily | ||
KAHERAH, 14 Feb: Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu. Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka. Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan. Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir. Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini.
Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam. Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan. Tentera bubar Parlimen MesirKAHERAH - Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir semalam membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan semalam. Langkah pembubaran parlimen dan menggantung perlembagaan itu merupakan tuntutan para penunjuk perasaan yang sebelum ini berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Tentera mengambil alih kuasa memerintah Mesir selepas Hosni meletakkan jawatan pada Jumaat lalu selepas penunjuk perasaan mendesak beliau berundur sejak 25 Januari lalu. Pengumuman mengenai pembubaran parlimen dan perlembagaan digantung itu dibuat menerusi siaran televisyen. Dalam pengumuman itu, tempoh masa enam bulan ditetapkan untuk satu pilihan raya diadakan sekali gus mengembalikan semula pemerintahan kepada orang awam. Pengumuman itu dibuat selepas sejumlah penunjuk perasaan masih berkumpul di dataran berkenaan tetapi dalam jumlah yang kecil bagi menuntut parlimen dibubarkan dan perlembagaan digantung. Hosni dibenci oleh rakyatnya selepas pemerintahannya selama hampir 30 tahun gagal membawa kemakmuran ekonomi dalam kalangan penduduk miskin selain melakukan penindasan ke atas kebebasan bersuara. - Agensi Anak muda Mesir enggan undurSOKONG REVOLUSI...seorang wanita membawa anaknya menyertai rapat umum bagi meraikan kejatuhan Hosni di New York, Amerika Syarikat, semalam. KAHERAH: Kumpulan utama menggerakkan protes warga Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak sebagai presiden berikrar terus bertahan di Dataran Tahrir bagi mendesak perubahan dilakukan di negara itu. Berjanji unntuk tidak menghalang aliran trafik, kumpulan anak muda Mesir itu menganggap revolusi mereka belum berakhir.
“Revolusi ini masih diteruskan.
Banyak artifak berharga dilarikan dari Muzium MesirKAHERAH: Beberapa artifak penting dilarikan dari Muzium Mesir, termasuk arca Raja Tutankhamun, kata Menteri Antikuiti Mesir, Zahi Hawas, semalam. Turut dicuri, kata Zahi, adalah patung kayu dari abad ke-18 yang dianggap sebagai dewa. Penyamun memecah masuk ke muzium berkenaan pada 28 Januari ketika rakyat Mesir bangkit mengadakan tunjuk perasaan bagi menyingkirkan Hosni Mubarak. Kebanyakan artifak yang hilang itu adalah tinggalan kerajaan purba kira-kira 3,000 tahun lalu. - AFP Menteri Britain usul tindakan antarabangsa jejak aset HosniLONDON: Seorang menteri Britain semalam berkata, perlu ada tindakan di peringkat antarabangsa bagi menguruskan aset Hosni Mubarak di luar negara. Setiausaha Bisnes, Inovasi dan Kemahiran Britain, Vince Cable, berkata pelbagai pihak perlu bekerjasama bagi mengesan aset Hosni yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di seluruh dunia.
Semalam, akhbar Sunday Times melaporkan, Pejabat Penipuan Serius (SFO) Britain yang mengendalikan kes kewangan, melancarkan gerakan mengesan aset berkaitan Hosni.
“Tetapi adalah jelas bahawa ada keperluan tindakan konkrit dilakukan di peringkat antarabangsa.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 14 Februari 2011
MOGA2 TERTUBUHNYA PEMERINTAHAN YANG TAAT PADA ALLAH SWT...
Tentera bubar parlimen Mesir, gantung perlembagaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan