PAS hari ini membentuk satu piagam yang menggariskan jaminan parti itu ke atas komitmen mengupayakan bangsa Melayu.
Jaminan berkenaan dikemukakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kertas kerja yang dibentangkan terdahulu dalam satu konvensyen di Shah Alam hari ini.
Kertas kerja itu menumpukan jaminan PAS dari sudut kedudukan politik, kedudukan ekonomi dan kedudukan agama Islam.
Konvensyen hari ini juga diadakan bagi melaksana strategi serampang dua mata PAS – mengukuhkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan meraih sokongan pengundi baru dari kalangan warga muda.
Dalam kertas kerja itu, Abdul Hadi menekankan "penyahan prejudis" terhadap PAS serta usaha untuk menjelaskan "cita-cita murni" parti itu dan juga menghadapi persepsi yang tergambar ke atasnya.
Abdul Hadi menyatakan, persepsi itu termasuk "PAS kononnya luntur dalam perjuangan Islamnya kerana diperkudakan rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP."
Realiti baru
Pembentangan itu turut dibincangkan oleh anggota panel yang mengulas hujah Abdul Hadi daripada sudut pandangan berbeza.
Salah seorang anggota panel itu, Wong Chin Huat berkata, PAS perlu berhadapan dengan dakwaan seperti itu dalam menempuh realiti baru dalam lanskap politik semasa.
Katanya, perubahan lanskap politik ini boleh dilihat berdasarkan pencapaian PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu sejak tahun 1955.
Sejak tahun itu, PAS sentiasa menang di kawasan yang majoriti pengundinya dibentuk oleh masyarakat Melayu-Islam, kata Wong.
Namun, realiti kini menunjukkan bahawa kawasan parlimen yang mencatat prestasi paling baik ketika pilihan raya umum 2008 ialah kawasan Kota Raja di mana majoriti pengundinya terdiri daripada bukan Islam.
Katanya, PAS boleh menangkis persepsi seperti itu dengan menjadi sebuah parti Islam demokrat.
Jelasnya, melalui pendekatan itu, PAS perlu menjamin nilai-nilai konservatif yang sesuai dengan nilai daripada agama konservatif lain.
Isu-isu seperti pengambilan arak, kegiatan maksiat dan judu, umpamanya, perlu dijelaskan dengan alasan yang munasabah mengikut fahaman lain.
Kesannya, PAS akan mendapat manfaat dalam menyebarkan nilai Islam dan juga bagi meraih pengaruh daripada golongan muda.
"PAS masih belum kuat dalam generasi muda. Masih belum ramai generasi muda yang dapat bercakap dalam bahasa yang sama dengan PAS.
"Orang muda ini lebih suka dipujuk dan bukannya dipaksa," katanya lagi.
Penjelasan Wong itu dipercayai berhubung pendekatan yang sering diambil PAS dalam menangani kegiatan anak muda seperti bantahan yang dilakukan oleh sayap pemuda parti itu ke atas penganjuran konsert dan juga sambutan Hari Valentine.
Berdepan atau elak?
Sementara itu, seorang lagi anggota panel, Saifuddin Nasution berkata, PAS kini perlu memilih sama ada untuk berdepan dengan Umno dalam isu-isu melibatkan kaum Melayu atau terus mengelak daripada membicarakan soal berkenaan.
Setiausaha agung PKR itu berkata, PAS perlu membuat pilihan itu memandangkan Umno akan terus mendapat kelebihan apabila isu seperti itu dibangkitkan.
Isu berkenaan akan terus menghantui PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya tidak dihadapi.
"Kalau elak, belum tentu sokongan bertambah. Tapi kalau berdepan, belum tentu akan kurangkan undi Melayu," katanya lagi dalam sesi perbincangan sama.
Jelasnya, PAS perlu menggariskan strategi bagi "memusnahkan" dogma berhubung slogan Ketuanan Melayu sekiranya parti itu memilih untuk berdepan dengan Umno dan "NGO lain seirasnya" dalam soal melibatkan kepentingan masyarakat itu,
"Risikonya besar," kata Saifuddin lagi yang menegaskan bahawa, PAS perlu mempunyai strategi bagi menghadapi isu yang berbentuk emotif seperti itu.
PAS juga perlu mengenalpasti kumpulan sasarannya untuk menjelaskan isu berkenaan.
Kumpulan yang paling terkesan dari sudut emosi berhubung isu seperti ini ialah golongan muda dan masyarakat Melayu berpendapatan rendah.
Dalam usaha itu, PAS perlu menghadapi NGO yang terdiri daripada golongan menengah seperti PERKASA yang menjuarai isu tersebut, kata Saifuddin lagi.
Terdahulu, satu lagi kertas kerja bertajuk 53 Tahun Merdeka-Hak Melayu Terhakis telah dibentangkan oleh seorang lagi pemikir, Professor Abu Bakar Abdul Hamid.
Ia turut dibincangkan oleh dua ahli panel – ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Kamarudin Jaffar dan juga presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini dibuat tanpa kehadiran peguam kerajaan negeri.
"Perkara itu akan dibuat rayuan oleh Speaker kerana pada masa tersebut, perwakilan atau peguam dari pihak kerajaan negeri dan (speaker) Datuk Teng Chang Kim tidak menyertainya.
"Jadi kita mempunyai peluang untuk tetapkan masa keputusan dalam satu perbicaraan yang akan datang," katanya kepada pemberita, hari ini.
Khamis lalu, mahkamah membatalkan pengisytiharan speaker DUN Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut.
Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.
Speaker Datuk Teng Chang Khim akan memfailkan permohonan menerusi peguamnya bagi mengetepikan keputusan mahkamah minggu hadapan.
Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu.
Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.
Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.
Sementara itu, Khalid sebelum itu menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah (notis 5A) dengan nilai premium baru kepada 117 penduduk Kampung Gombak Setia.
Menurut Najib, situasi berkenaan juga pernah berlaku iaitu mengadakan pilihan raya serentak membabitkan di DUN Galas di Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah pada tahun lalu.
"Tiada masalah untuk membuat pilihan raya kecil serentak, kerana dahulu kita pernah buat di Sabah dan BN mempunyai jentera yang menyeluruh.
"Kita boleh bertindak dalam menghadapi pilihan raya di beberapa kawasan sekalipun, bukan sahaja dua, malah banyak kawasan serentak pun kita boleh," katanya.
Perdana menteri berkata kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama jentera PRK di kawasan DUN Merlimau di Politeknik Merlimau hari ini.
PRK di DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Manakala PRK di DUN Merlimau pula, diadakan setelah kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu juga kerana penyakit sama.
Najib juga berkata, jentera BN untuk menghadapi PRK Merlimau telah menghadapi persiapan yang kemas dan mantap malah motivasi pemimpin-pemimpin BN di kawasan terbabit juga adalah sangat tinggi.
"Segala perancangan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebagai Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya menunjukkan persiapan kita malah BN sudah pun mengerakkan jentera.
"Saya percaya kita punyai perlaksanaan dan tindakan kita berdasarkan pada persiapan kita, Insya-Allah kita akan menjuruskan kepada kemenangan BN.
"Saya pesan kepada jentera BN supaya bekerja dengan penuh semangat secara berterusan sebab di PRK ini kita tidak tahu apa yang boleh kita andaikan tetapi kalau kita ambil tindakan berdasarkan kepada perancangan yang telah kita susun atur, saya percaya apa yang kita hasratkan akan menjadi kenyataan," katanya.
Mengenai calon yang akan diketengahkan menurut Najib, setakat ini pihaknya hampir membuat keputusan calon yang layak.
"Kita sedang meneliti tujuh calon yang sesuai, setakat ini masih belum ada calon pun yang disenarai pendekkan.
"Bagaimanapun, untuk PRK di Kerdau, kita sudah pun menerima senarai calon dan tarikh diumumkan calon adalah 22 Februari manakala Merlimau pada 23 Februari ini," katanya.
Mengenai Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Perlis yang mencadangkan SPR mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya termasuk had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat, setakat ini menurut Najib pihaknya belum membuat keputusan.
"Pasal umur calon, kita belum putus lagi, itu sekadar cadangan sahaja, biar kita fikir dahulu perkara ini, saya tidak mahu membuat kenyataan, kalau saya buat kenyataan seolah-olah kata putus," katanya.
Walaupun penamaan calon dan waktu berkempen masih tinggal Kurang seminggu,, Merlimau mula meriah dengan kehadiran ramai pemimpin utama negara.
Selain kehadiran Najib dan isterinya Rosman Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan n Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar turut turun ke situ.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.
Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.
Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.
Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN Kerdau sedang kritikal.
Penceramah popular itu berkata, mereka juga sudah bersedia kerana sudah berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat lain di negeri itu.
Bangga dengan pencapaian negara yang mencatat pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus tahun lepas, dan menyifatkannya sebagai pencapaian tertinggi ekonomi negara dalam tempoh 10 tahun, Najib berkata ia didorong oleh langkah pengenalan dua pakej rangsangan ekonomi, selain pengurusan kewangan dan pengurusan sistem perbankan negara yang mempunyai kecairan serta pemantauan yang sangat baik oleh Bank Negara.
"Dan, tahap keyakinan berasaskan kepada ETP (Program Transformasi Ekonomi) kita telah menampakkan apa yang kita harapkan. Kita sasarkan enam peratus, namun kita dapat 7.2 peratus.
"Saya percaya jika kita dapat meneruskan momentum ini, maka pencapaian yang membanggakan juga boleh kita capai untuk tahun 2011, walaupun menghadapi cabaran yang lebih besar untuk mencapai sasaran itu jika permintaan luar ataupun pasaran luar, lemah," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita, di Jasin hari ini.
Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kini dalam rangka lawatan kerja sehari ke Melaka. Beliau diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Semalam, Bank Negara mengumumkan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 7.2 peratus, angka tertinggi sejak 2000, susulan pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain sektor eksport dan import yang semakin cergas.
Kerajaan yang melaksanakan pakej rangsangan membabitkan peruntukan RM67 bilion dua tahun lepas untuk merangsang ekonomi yang teruk terjejas akibat kelembapan dunia, sebelum ini mengunjurkan keluaran dalam negara kasar berkembang lebih 6.0 peratus tahun lepas. Tahun ini, pertumbuhan dijangkakan antara 5.5 dan 6.0 peratus.
Dalam pada itu, Najib berkata permintaan dalam negara adalah kukuh.
"Kita boleh lihat dari segi tambahan pelaburan domestik dan FDI (Pelaburan Langsung Asing) serta perbelanjaan penggunaan yang terus meningkat pada kadar yang tinggi manakala inflasi masih dikawal pada paras dua peratus.
Najib berkata beliau dapat melihat keceriaan penduduk di Merlimau itu yang memberi gambaran bahawa masyarakatnya, baik di kawasan bandar dan pinggir bandar, mendapat limpahan kesan daripada pertumbuhan ekonomi, seperti kontraktor-kontraktor besar kecil dapat projek.
"Dan, mereka yang merupakan pekebun-pekebun kecil, dapat keuntungan daripada peningkatan harga getah dan sawit, dan ini bererti bahawa kekayaan dalam negara kita ini dapat dirasai oleh rakyat jelata," katanya.
Katanya, Singapura dan Indonesia masing-masing mencatatkan pertumbuhan 14.5 dan 6.1 peratus pada tahun 2010.
"Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura," kata Anwar.
Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.
Menurut kenyataan itu lagi, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu dan diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, berbeza dengan pertumbuhan Singapura yang disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pengilangan pada kadar 29.7 setahun, pencapaian Malaysia masih malap dalam kedua-dua aspek.
Angka 7.2 peratus perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5peratus dan 6.1peratus dalam tahun 2010.
Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.
Pertumbuhan 14.5 peratus yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7 peratus pertumbuhan tahunan.
Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4 peratus hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.
Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya - padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia.
Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi.
Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.
Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010.
Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan kerajaan persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit.
Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3 peratus (perlombongan) dan 4.3 peratus (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2 peratus (perlombongan) dan 1.7peratus (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.
Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara.
Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.
Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.
Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai.
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.
Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.
Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6. 1peratus dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia.
Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura.
Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2 peratus kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi.
Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1 peratus dan 28.3 peratus berbanding KDNK bagi tahun 2010.
Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1 peratus berbanding saiz KDNK negara.
Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.
Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7 peratus dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6 peratustahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3peratusbagi tahun 2010.
Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk FDI sebanyak AS$7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah AS$37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.
Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2 peratus hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran.
Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.
Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.
Malangnya, kerajaan persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik.
Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan