Ahad, 13 Februari 2011

KALAU BUKAN SAPE2 YANG BUAT....TENTULAH HANTU YANG BUAT ATAU MULAKAN SAMBUTAN INI....

Amalan maksiat: Gabungan gereja berang
Feb 11, 11 1:51pm


Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

NONE Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Tiada asas dalam Kristian

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.



Valentine bukan amalan Kristian
Feb 11, 11 4:54pm


Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menarik balik andaiannya dalam satu fatwa yang dibuat pada 2005 berhubung amalan orang Islam dan Hari Valentine.

Setiausaha agung CCM Hermen Shastri berkata, majlis fatwa itu telah membuat kesimpulan yang salah dengan menyatakan Hari Valentine sebagai satu acara keagamaan Kristian.

Hermen dalam satu kenyataan hari ini berkata kesimpulan itu telah "mengguris perasaan masyarakat Kristian" di Malaysia.

“Hari Valentine merupakan satu amalan sekular, dan ia tidak disambut secara keagamaan di Malaysia atau mana-mana tempat di dunia," katanya.

Jelasnya, walaupun perkataan Valentine itu membayangkan kaitan dengan seorang santo dalam ajaran Kristian, pihak berkuasa gereja Roman Katolik mahupun Protestan tidak menyokong kaitan tersebut.

Hermen juga berkata, saranan bahawa Hari Valentine disambut oleh penganut Kristian dalam fatwa itu merupakan satu tindakan "tidak adil" dan "mengelirukan."

Pada 2005, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa yang menghalang orang Islam daripada menyambut Hari Valentine kerana sambutan itu didakwa "bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam."

Fatwa yang dikeluarkan itu menyebut: "Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah."

Dalam alasan yang dikemukakan bersama fatwa berkenaan, majlis tersebut turut menyebut mengenai seorang santo berpengaruh bernama Velentino pada waktu pemerintahan Ratu Isabelle di Sepanyol.

"(Valentino) merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam.

"Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol," dokumen tersebut dipetik.


MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah
Feb 11, 11 7:55pm


MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.

"Kedua-dua pihak, Media Prima dan Siti Bahyah patut segera meminta maaf kerana menyinggung sensitiviti masyarakat Kristian," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat dan majlis presiden MCA.

"Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan."

Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.

NONESambil memberitahu bahawa sambutan itu tiada asas dalam ajaran Kristian, Pemuda CCM mendakwa Siti Nor Bahyah menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran lain dengan pandangan yang salah dan diperolok-olokkan sebagai fakta.

Urus pertembungan


Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah - yang terkenal cadangan "urutan cakar harimau"- sebagai hasutan.

valentines day 200209 02Katanya, dakwaan yang dibuat selebriti rancangan agama dan motivasi itu langsung tidak berasas, dan berdasarkan pendirian individu yang jahil dan prejudis.

"Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru.

"Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.

suhaizan kaiatSementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata isu Hari Valentine kini "semakin panas" setelah timbulnya rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

"Perkara ini berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini. Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

"Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik. Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat dialog ini," katanya.

Tiada ulasan: