Jumaat, 18 Februari 2011

BERILAH HAK...MENANG KALAH ADAT BERTANDING...JIKA PUAK KITA SAJA NAK MENANG...TAK PAYAH ADA PERTANDINGAN...HABIS CERITA..TAK ADIL MACAM TAK TERPELAJAR

Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak
Abdul Rahim Sabri
Feb 17, 11
9:51am



Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.

NONEMereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Mereka juga menggoncang pintu pejabat tersebut, menyebabkan engselnya tercabut.

Bagaimanapun, sekumpulan pegawai keselamatan menghalang mereka daripada masuk ke dalam pejabat tersebut.

Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.

Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.

NONESeorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.

Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.

Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.

NONE"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.

Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.

Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.

Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.

um campus election 03

Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.

Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.

Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.

Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.

um campus election 02

Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.

Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.

Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.

NONEMereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.

Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.

Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".

Selain UM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon masing-masing hari ini, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.



'Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful'
Hafiz Yatim
Feb 17, 11
8:50am


Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


LAPORAN LANGSUNG

4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.

3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.


NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.

Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.



Dr M: Polis halang saya mansuh ISA
S Pathmawathy
Feb 17, 11
2:09pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

mahathir mohamad hari raya open house 2Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.

Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.


'Ketumpulan' Ali senjata PAS di Merlimau
Elissa Helmy
Feb 17, 11
3:42pm

Pakatan Rakyat dilihat tidak banyak memainkan isu tempatan dalam menghadapi pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang berbaki hanya dua minggu sahaja lagi.

NONESehingga kini belum ada isu besar berkaitan masalah tempatan dimainkan Pakatan sebagai senjata ampuh untuk menawan kawasan kubu kuat BN itu.

Cuma yang disentuh soal kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia sehingga menimbulkan kekacauan.

Itulah isu wajib yang sering disuarakan penceramahnya setiap kali mengalunkan kempen mereka di Merlimau.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat, suasana di Mesir dan Tunisia amat berbeza dengan Merlimau. Di kedua-dua negara berkenaan rakyat bangkit berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap perhatian serta kebajikan mereka.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Tetapi, di sini, belum pun penamaan calon pada 26 Februari ini, rakyat di DUN Merlimau yang disandang pemimpin BN awal-awal sudah mencurahkan apa yang dianggap rezeki bagi mereka.

Biarpun boleh dianggap sebagai umpan untuk menarik perhatian pengundi, apa yang penting, bagi lebih 10,000 rakyat di DUN Merlimau, ia adalah pembangunan fizikal dan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap.

merlimau, melaka townSejak berlangsungnya dua pilihan raya umum juga, masyarakat Merlimau dianugerahkan dua pusat pengajian tunggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun ke Merlimau baru-baru ini juga yakin tiada isu tempatan yang boleh diutarakan berikutan Merlimau dilabel sebagai kawasan pembangunan.

Tiada kelompok miskin


Merlimau juga menurut Muhyiddin, tiada lagi kelompok rakyat miskin. Malah, katanya, kerajaan negeri sentiasa memikirkan usaha bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

fisherman jetty at Kampung Pengkalan Samak, merlimauTerbaru, sebanyak RM500,000 diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di seluruh DUN Merlimau sudah cukup mengembirakan rakyat Merlimau.

Masyarakat nelayan juga merasakan mereka tidak terpinggir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini.

Malah mereka juga bakal meraih pendapatan tambahan dengan terlaksananya perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan jeti berbumbung, sekali gus bakal menukar persepsi penduduk daripada jeti termundur di Melaka kepada jeti tercanggih di Melaka.

NONEPakatan setakat ini hanya menegur tindakan BN yang didakwa terus menggunakan kemudahan awam untuk program kepentingan politik mereka.

PAS dilaporkan kesal apabila Dewan Politeknik Merlimau digunakan untuk program suai kenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Merlimau, yang turut melibatkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selain itu, politeknik berkenaan turut pernah digunakan untuk perasmian jentera pilihan raya BN dan perjumpaan dengan jawatankuasa Umno cawangan dan kawasan DUN itu.

Bagi PAS, perkara itu tidak wajar kerana ianya jelas mengheret institusi pendidikan ke kancah politik. Rasa tidak puas hati PAS juga tidak berakhir dengan masalah tersebut.

Rencah kempen

Terbaru, akhbar web parti Islam itu Harakahdaily memetik sebuah blog yang mendakwa BN menggunakan nama Jabatan Pendidikan Daerah Jasin bagi menganjurkan majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

NONELaporan itu juga memetik, guru yang hadir dianggap 'kuda tunggangan' setelah majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu langsung tiada agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan.

Sebaliknya kain rentang majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri' sehingga ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong BN.

Bagaimanapun PAS dijangka akan terus menggunakan topik apa yang didakwa mereka sebagai 'kelemahan' pentadbiran Mohd Ali.

Ia termasuklah isu 'pembaziran' dengan pembinaan jam bunga di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang didakwa menelan belanja RM500,000; lapangan terbang yang didakwa bernilai ratusan juta ringgit tetapi tiada pesawat beroperasi dan projek 'Eye On Malaysia' yang terpaksa ditutup.

NONEDi samping itu juga, ada banyak lagi isu kelemahan kerajaan yang ditadbir Mohd Ali Rustam dijangka bakal menjadi rencah Pakatan untuk menyedapkan kempen di Merlimau nanti.

Bagaimanapun, bagi menjawab segala persoalan, ketua menteri Melaka itu dikatakan bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pemimpin Pakatan bagi menjawab segala persoalan berkenaan.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.



Pendidikan seks jadi subjek di kem PLKN
Feb 17, 11 9:00pm

Pendidikan Seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) hari ini rasmi menjadi subjek untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Perasmian PKRS sebagai subjek dalam PLKN disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kem PLKN Sri Perkasa di Seremban.

Ketika berucap, menteri itu berkata subjek PKRS diharap dapat membimbing seramai 100,000 remaja pada setiap tahun mengenai kemahiran hidup berkeluarga, kemahiran menjalinkan hubungan positif antara gender seperti hormat dan menghormati di antara lelaki dengan perempuan..

Beliau berkata kementeriannya akan melatih seramai 1,500 fasilitator untuk mengajar subjek itu di kem-kem PLKN di seluruh negara tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shahrizat berkata anak muda perlu diberikan maklumat yang betul dan berhemah mengenai seks supaya mereka memahami tindakan yang akan mereka ambil dalam soal itu dan memikirkan akibat perbuatan itu.

"Kumpulan pelatih PLKN ini adalah di peringkat umur yang perlukan bimbingan. Misal kata, jika mereka berkecimpung dalam seks bebas, mereka akan tahu implikasi dan risiko yang bakal ditanggung," katanya.

Beliau mengharapkan inisiatif kementeriannya akan dapat mengurangkan kadar tingkahlaku berisiko di kalangan golongan muda seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan internet dan kehamilan luar nikah.

Subjek PKRS akan diajar dalam bentuk interaktif kepada para pelatih PLKN supaya ianya tidak membosankan, kata Shahrizat.

Katanya Modul Kesejahteraan Hidup dalam PKRS mengandungi tajuk mengenai gender, kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan isu-isu keganasan yang dibangunkan oleh pakar-pakar daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Kesihatan, Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan
Reproduktif Malaysia (FRHAM), Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Pasific Outreach.

Pada majlis itu, tetamu dihiburkan penyanyi Sohaimi Mior Hassan berduet dengan artis remaja, Heliza menyampaikan lagu yang penuh pesanan untuk menjauhi pergaulan bebas ketika berkasih bertajuk "Jika Berpacaran".

- Bernama



Pekedai dakwa pengalaman ngeri di tangan polis
Stephen Tiong
Feb 17, 11
7:31pm


Seorang pemilik kedai aksesori kereta mendakwa telah melalui pengalaman ngeri di tangan polis bulan lalu, yang mungkin menghantuinya sepanjang hayatnya.

Dia dibebaskan awal bulan ini selepas ditahan sebanyak lapan kali, yang baginya untuk jenayah yang tidak wujud.

Sepanjang tempoh tersebut, Kong Ing Luk, 34, dibawa ke beberapa balai polis, dikurung, dibebaskan dan kemudiannya ditangkap semula sebelum dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, Kong mendakwa, polis masih belum memulangkan wang tunai RM155, telefon bimbitnya dan kereta Kancil miliknya.

Kong yakin dia tidak akan berdepan dengan sebarang tuduhan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Bahkan, saya tidak dikenakan jaminan polis."Saya masih marah dengan polis," katanya sambil menegaskan beliau telah menjadi mangsa kekasaran polis.

Hadir bersamanya di sidang akhbar di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching hari ini ialah bapanya, Kong Sieng Chung, 59; ibunya Tang Kie Ying, 58, dan ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Kong telah membuat dua laporan polis, masing-masing satu di stesen Batu Kawa dan di Kota Samarahan.




Dr M setuju tempoh PM dihadkan lapan tahun
Feb 17, 11 6:04pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Beliau berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

"Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang," katanya.

Dr Mahathir, yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, berkata demikian pada sesi soal jawab di forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan supaya seseorang yang menjawat jawatan perdana menteri dihadkan selama lapan tahun saja.

Katanya, tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.

"Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya," katanya.

Dr Mahathir ketika mengulas mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, akta tersebut adalah baik, namun jangan disalahgunakan.

"ISA bukanlah satu keperluan dan saya juga mencadangkan supaya ISA dihapuskan. Namun selepas mendapat nasihat daripada penasihat saya iaitu polis, maka ISA tidak dihapuskan," kata beliau.

- Bernama


Air mani 'lelaki Y' ditemui pada seluar Saiful
Feb 17, 11 7:20pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa air mani milik 'lelaki Y' telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NONEAhli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong (kanan) turut mengesahkan kehadiran air mani 'lelaki Y' itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful Bukhari.

Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti 'lelaki Y' dalam laporannya.

Katanya, kesan air mani 'lelaki Y' turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.

Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani 'lelaki Y' tidak ada pada semua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.

Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, 'lelaki Y' dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.

Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik 'multiplex polymerase chain'.

NONEAnwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.

"Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.

Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

- Bernama

Jejantas pejalan kaki lebih murah, kata Datuk Bandar
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Feb 17, 11
5:07pm

Jejantas pejalan kaki sepanjang 152 kaki berhawa dingin bernilai RM9.5 juta - yang menyambungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan Hotel Impiana - diluluskan kerana ia lebih murah berbanding dengan di Singapura atau Hong Kong, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Beliau memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa DBKL telah membuat penilaian terperinci mengenai kos untuk membina jejantas tersebut dan membuat kesimpulan bahawa ianya adalah lebih murah, berbanding dengan di Singapura atau Hong Kong.

NONE"Kita (Malaysia) membayar RM12,500 bagi setiap meter persegi, sedangkan di Singapura, harganya RM14,000 bagi setiap meter persegi," kata Ahmad Fuad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Pada 8 Februari lalu, Nurul Izzah menuntut penjelasan mengapa RM10 juta diperlukan untuk membina jejantas pejalan kaki dingin sepanjang 142 meter, di Kuala Lumpur.

Terdapat perbezaan RM1,500 bagi setiap kaki persegi antara kedua-dua negara tersebut.

Menjawab soalan mengenai kos permulaan projek tersebut (iaitu RM7.5 juta) dan sekarang berjumlah RM9.5 juta, Ahmad Fuad berkata, ia kerana panjang jejantas tersebut telah ditambah 10 meter lagi.

Selain itu, tegasnya, jejantas pejalan kaki itu juga dilengkapi alat penghawa dingin dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pejabat keselamatan DBKL dan ibupejabat polis Bukit Aman.

Kawasan KLCC merupakan tempat tumpuan pelancong asing yang datang untuk membeli belah, dan Ahmad Fuad berkata kemudahan CCTV itu akan membantu mengurangkan kes ragut dan jenayah lain.



Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan
Hafiz Yatim
Feb 17, 11
2:54pm

Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

NONEBagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.




Sultan Johor mansuh kuasa Jaksa Pendamai
Feb 17, 11 6:26pm

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini serta merta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu.

NONESetiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata keputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini.

"Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh kerana itu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan serta merta dan tauliah mereka dikembali ke Istana," katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, sejak penganugerahan tauliah JP bermula pada 1948 sehingga 1980 seramai 55 individu telah menerimanya, tetapi hanya empat penerima yang masih hidup sehingga hari ini.

Menurut Abdul Rahim, penganugerahan JP itu dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948, dengan penerima hanya mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.

Katanya, penerima JP Johor kebanyakannya terdiri daripada pegawai tadbir negeri yang menjalankan tugas sebagai JP disebabkan masalah kekurangan majistret di negeri ini tidak lama dulu.

Bagaimanapun, ketika ini, katanya, dengan bilangan majistret yang mencukupi di setiap daerah telah menjadikan tugas sebagai JP tidak lagi relevan mengikut peredaran waktu.

Sementara itu, Abdul Rahim juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."

Beliau juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi Sultanah Nora Ismail digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."

"Kedua-dua Tunku Puan itu tidak dibenarkan menggunakan gelaran Sultanah," katanya sambil menambah, keistimewaan yang diberikan selari dengan gelaran Sultanah itu turut ditarik balik.

Gelaran Diraja Johor bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, disebut sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith di dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan "Tuanku," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: