Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.
“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,' kata Anwar.
Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.
Impak besar
“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja.
Anwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.
Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.
“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” katanya Anwar.
Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan.
“Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” katanya lagi.
Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri.
Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.
“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” katanya.
Anwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah.
“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.
“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” kata Anwar.
Menurutnya, pemimpin Hindraf itu kini berada di Balai Polis Jinjang, ditahan dan disiasat mengikut seksyen 27(5) Akta Polis mengenai mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan yang berkaitan pertubuhan yang tidak berdaftar.
Manoharan yang juga seorang peguam berkata ketua penerangan HRP, S Jayathas dan sembilan lagi pemimpin negeri-negeri parti itu turut ditahan di balai polis tersebut. Turut ditahan sejumlah penyokong HRP dan Hindraf.
Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah berkata sejumlah penyokong parti dan kumpulan itu kini ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti mereka itu ditahan mengikut peruntukan undang-undang mana.
"Saya tidak tahu di mengapa mereka ditahan. Kita masih belum membuat apa-apa perhimpunan... Kita hanya ingin berhimpun secara aman untuk pergi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis mengenai novel Interlok.
Tidak ada demonstrasi
"Tidak ada demonstrasi. Kita berhimpun untuk membuat laporan polis," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pejabat HRP petang ini.
Sehubungan itu, beliau mengecam tindakan polis yang menahan pemimpin dan penyokong kumpulan itu tanpa "memberi sebab atau alasan".
Manoharan turut memberitahu Malaysiakini bahawa baju Jayathas - yang memaparkan logo HRP - telah dirampas oleh polis.
Walaupun diberi jaminan akan dibebaskan, Manoharan berkata, Jayathas memberitahunya bahawa dia tidak akan keluar sehingga bajunya sehingga dikembalikan oleh polis.
Sementara itu, exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata rakyat berbilang bangsa di negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan yang dibuat oleh polis menjelang perhimpunan di KLCC.
Dakwanya, tindakan tersebut "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".
"Tindakan polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Bebas tanpa syarat
"Kerajaan Umno/ BN harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel 'Interlok' dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membebaskan Uthayakumar dan penyokong lain “serta merta” tanpa sebarang syarat.
"Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.
"Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan," katanya.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan perintah sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap regim Muammar Gaddafi, selain tuduhan terhadapnya kerana jenayah kemanusiaan.
Undi sebulat suara 15 negara Majlis Keselamatan yang dibuat pada mesyuarat yang berlarutan lewat tengah malam semalam itu juga memerintahkan sekatan senjata dikenakan terhadap Libya apabila PBB memaklumlam lebih 1,000 orang sudah terkorban dalam serangan yang diarahkan Presiden Libya itu.
Majlis Keselamatan itu juga menuntut agar serangan kerajaan Libya terhadap orang awam dihentikan serta merta.
Larangan perjalanan dan pembekuan aset mengikut Resolusi 1970 itu hanya membabitkan presiden berusia 68 tahun itu, tujuh anak lelaki dan anak perempuannya Aisha, anggota keluarga dan pegawai tertinggi perisikan dan pertahanan yang dituduh berperanan menyerang balas orang awam.Ia berlaku pada program menarik pelancong, "Pesta Angin Timur Perlis di Bendang 2011" di kawasan sawah padi di Kampung Banir Tembus dekat Kangar hari ini.
Para peserta membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan untuk membuat sambal seperti belacan, gula, garam, cili, asam dan limau nipis disediakan oleh pihak urusetia.
Turut menumbuk sambal ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan penyanyi Jamal Abdillah.
Kesungguhan para peserta menumbuk sambal di pesta itu tidak sia-sia apabila acara itu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai "kegiatan menumbuk sambal paling ramai peserta".
Pesta yang bermula semalam dan dirasmikan bersama Salang dan Md Isa hari ini dimeriahkan dengan demonstrasi membuat serunai batang padi, membuat penangin, pertandingan menggagau ikan, persembahan alu bunyi dan pameran peralatan menuai padi secara tradisional.
Salang berkata pesta tersebut merupakan program kerjasama yang pertama seumpamanya yang melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mendakwa, amalan itu sudah lama dipraktikkan Umno dan dibuktikan dalam pilihan raya kecil Merlimau.
"Ini telah lama berlaku dalam Umno. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti.
"Orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini," katanya hari ini.
Kamaruddin merujuk mengenai pemilihan calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, iaitu anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.
Pandangan berkenaan diperkukuhkan lagi apabila calon berkenaan juga adalah dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan PAS yang meletakkan calon muda, Yuhaizad Abdullah, 38, di Merlimau kerana ia merupakan satu usaha parti itu mengetengahkan pemimpin muda.
Beliau menjelaskan, tindakan itu bertujuan untuk memberi peluang pemimpin muda seperti Yuhaizad, menimba pengalaman bertanding.
Menurutnya, walaupun muda, beliau yakin Yuhaizad mampu menggalas tanggungjawabnya sekiranya diamanahkan.
"PAS berharap pengundi di DUN Merlimau akan memberi peluang kepada beliau apabila tiba hari mengundi nanti.
"Kita telah mengemukakan calon yang terbaik, seorang calon yang kuat berdikari yang mampu memberikan yang terbaik kepada pengundi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menjelaskan, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat berdasarkan merit.
Katanya, perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira dan tidak dapat dielakkan malah yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap beliau mengenai potensi calon itu sendiri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mengulas sama ada pemimpin Hindraf P Uthayakumar turut ditahan.
Beliau berkata yang ditahan termasuk lapan wanita, serta dua pemberita media alternatif mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis.
Mereka yang berumur antara 18 dan 66 tahun ditahan dalam tempoh 24 jam ini mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai demonstrasi haram, dan ada di antara mereka yang ditahan mengikut 45 (1) Akta Pertubuhan 1966 memandangkan polis menolak permohonannya untuk mengadakan demonstrasi, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata semua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu sejak 8 pagi tadi, dan polis juga turut merampas baju yang berbaur provokasi serta jika perlu polis akan melanjutkan tempoh tahanan reman mereka.
Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan