NI LAH KESAN BILA HUKUM YANG DIGUBAL TIDAK MENAKUT PELAKU2 SEX...SEOLAH2 KITA TAHU TAHAP NAFSU MANUSIA....SEOLAH2 KITA MENCIPTA NAFSU...KITA TAHU BAGAIMANA NAK MEMBENDUNGNYA....SEDANGKAN KITA SEDAR ALLAH YG MENCIPTA NAFSU....MAKA ALLAH YANG BERSIFAT MAHA BIJAKSANA...MAHA SEMPURNA...MAHA ADIL SUDAH TENTU IA TAHU BAGAIMANA NAK MENGAJAR MANUSIA YANG SUKA BERZINA DLL....SEBENAR AKAL KITA TELAH DIJAJAH...DAH TAK NAMPAK KEBENARAN HUKUM ALLAH....KITA LEBIH SUKA MENGAMAL....PERBUATAN2 AHLI NERAKA...
Pemain Perlis dituduh cabul
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.
Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.
Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin manakala tertuduh diwakili peguambela, T Jayaraj. Sebutan semula kes berkenaan pada 21 Mac depan.
Jel 7 tahun jadi 2 dekad
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
srul@hmetro.com.my
HUKUM LAGI BERAT...Suresh (kanan) dan Saravanan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
“Mana-mana orang pun akan bersetuju hukuman penjara lima tahun tidak memadai,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki pada semakan kehakiman yang menyaksikan dua pekerja ladang menerima hukuman penjara 20 tahun akibat melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam.
Mohtarudin membuat keputusan terhadap K Sarawanan, 20, serta U Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman terhadap mereka berjalan mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 dan 12 September tahun lalu.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu selepas menolak rayuan difailkan Sarawanan, tetapi pada masa sama membenarkan semakan kehakiman difailkan pihak pendakwaan terhadap kedua-dua lelaki itu.
Kedua-duanya yang hadir dengan memakai pakaian penjara berwarna merah hati tergamam dengan keputusan berkenaan.
Pada 15 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Tiga individu lagi ialah pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.
Bagi setiap kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara maksimum iaitu tujuh tahun.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan.
Mereka antara lapan yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos tahun lalu.
Sarawanan mengaku menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, Noorhisham, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44, manakala rakannya itu mengaku membuang abu mayat mangsa.
Sarawanan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 26 Oktober tahun lalu, bagi mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan itu dengan alasan pengakuannya dibuat bukan secara sukarela.
Pada masa sama, mahkamah memutuskan satu semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan Majistret Teluk Datok, Hurman Hussain berikutan aduan awam terhadap pengendalian kes itu.
Dalam keputusannya semalam, Mohtarudin memutuskan Hurman terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun secara serentak terhadap Sarawanan dan Suresh atas empat pertuduhan melupuskan mayat mangsa dalam kes pembunuhan itu.
Justeru, katanya, mahkamah memutuskan untuk menggantikan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok itu kepada penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kesalahan tertuduh melupuskan bahan bukti itu untuk melindungi kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori amat serius.
“Oleh itu, mahkamah perintahkan hukuman lima tahun itu dijalankan berturut-turut (berasingan) dari tarikh tangkapan,” katanya.
Sementara itu, berhubung rayuan Sarawanan, Mohtarudin berkata, mahkamah menolak hujahan peguam mewakili lelaki itu kerana secara keseluruhan mendapati ia ‘pemikiran semula’.
Beliau berkata, afidavit dikemukakan perayu adalah tohmahan keterlaluan terhadap peguam, jurubahasa dan majistret yang mengendalikan kes itu di Mahkamah Majistret Teluk Datok.
Katanya, hujahan peguam bahawa Sarawanan tidak ditunjukkan gambar mangsa bunuh tidak dapat diterima kerana ia bukan penting terhadap pertuduhan.
“Hujahan lain dianggap remeh seperti jurubahasa Tamil tidak menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan serta fakta kes tidak diterangkan terhadap tertuduh.
“Tiada aduan ketika prosiding bahawa jurubahasa itu tidak dapat menguasai bahasa Tamil atau sebagainya,” katanya.
Mohtarudin berkata, berdasarkan alasan itu, mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan dan sabitan serta mendapati tiada penyalahgunaan proses mahkamah sepanjang pengendalian kes itu di Mahkamah Majistret.
Kena jel 20 tahun buang abu mayat Sosilawati
|
|
SHAH ALAM - Dua pekerja ladang yang sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, sangat serius pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 15 Oktober tahun lalu.
Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak rayuan Sarawanan yang mendakwa bahawa pengakuan salahnya itu tidak dibuat secara sukarela dan berlaku paksaan untuk dia berbuat demikian.
"Perlu diingat prosiding yang dijalankan oleh majistret adalah perbicaraan terus mengikut Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah di mana kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah serta faham sifat dan akibat pengakuan," katanya.
Sebelum ini, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos tahun lalu.
Peragut terbunuh
Oleh Hadzlihady Hassan dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.
Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.
Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.
Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.
“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.
“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.
“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.
“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.
Maut tertonggeng dalam longkang
AMPANG JAYA – Kegembiraan dua lelaki warga asing untuk meraikan kejayaan dapat menyamun beg tangan seorang wanita tidak bertahan lama apabila salah seorang mereka mati manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggangi merempuh kereta mangsa di Jalan Mega 11, Taman Mega Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang suspek berusia 35 tahun mati selepas tertonggeng ke dalam longkang hingga menyebabkan kemaluannya pecah.
Rakannya yang berumur 24 tahun pula kritikal selepas cedera parah di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang di sini.
Kejadian itu berlaku di satu persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari lokasi beg tangan mangsa disamun.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian, Siti Aisyah Mahayuddin, 28, dikatakan hendak menutup pintu pagar rumahnya selepas meletakkan beg tangan di tempat duduk penumpang depan kereta Toyota Vios miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan