Rabu, 16 Februari 2011

BILA KITA NAK INSAF DAN SEDAR....KIAMAT KECIL(MATI) PASTI ....SYURGA DAN NERAKA ADALAH BENAR....



SEX MENJADI MASALAH DUNIA...TAK MENGIRA UMUR...PANGKAT DAN STATUS....BEGITU KUMPULAN JANTINA....ITU SEBAB UNDANG2 ALLAH JUGA YANG AMPUH SERTA AJAIB@MENAKJUBKAN UNTUK MEMBENTERASNYA...INGAT ALLAHLAH MENCIPTA SEGALANYA...INGAT!...DUNIA DAN SEGALANYA BUKAN MILIK KITA....JANGAN TAK SEDAR ATAU BUAT2 TAK SEDAR.....KIAMAT ITU PASTI TIBA...DAN DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR NANTI BARU SEDAR...APA YANG DIBUAT DIDUNIA SALAH ATAU BETUL....MASA TU BARU RASA GERUN DAN KESAL...BILA MELIHAT API NERAKA MENJULANG2 MENUNGGU TETAMU YANG DEGIL PADA ALLAH DIDUNIA......

Cemar hari mulia

PETALING JAYA – Seorang anggota tentera berusia 39 tahun dan pasangannya wanita berusia 24 tahun antara ditahan dalam operasi cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen Damansara Damai awal pagi semalam.

Ketika serbuan wanita itu yang tidak mempunyai seurat benang melarikan diri ke dalam tandas .

Ketika disoal siasat anggota tentera itu mengakui sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak memberi alasan mahu berehat bersama adik angkatnya yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi.

Imam Masjid Al - Muhtadeen Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pasangan itu menyewa bilik hotel dengan harga RM 70 semalam.

“Melalui pemantauan yang telah dibuat di kawasan itu, pasangan terbabit mengambil kesempatan menyewa hotel kerana keadaannya yang agak tersembunyi,”katanya.

Di lokasi sama sepasang kekasih masing-masing berusia 24 tahun diberkas ketika cuba melarikan diri.

”Kedua-duanya mengaku menyewa bilik pada kadar harga RM 25. satu jam dan sudah pun membayar RM 60. semata-mata membuat hubungan seks,”katanya.

Dalam operasi di Apartment Saujana Damansara , dua orang warga Indonesia berusia 28 dan 24 tahun yang sedang leka bercumbu.

Kedua-dua pasangan itu terperanjat dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap semula.

Sementara itu di Apartment Idaman, dua pelajar sekolah berusia 16 dan 14 tahun ditangkap biro keselamatan ketika duduk berdua-duaan di tempat gelap antara blok.

Ketika disoal remaja lelaki berusia 16 tahun itu mahu memberikan hadiah kepada kekasihnya sempena hari Valentine tanpa mereka ketahui tindakan mereka turut mencemar kan hari Maulidur Rasul..

“Rata-rata ditahan dalam adalah ’orang luar’ dan mereka menjadikan Damansara Damai kerana kawasan ini ada hotel bajet yang memudahkan mereka buat maksiat,”katanya.


20 pasangan ditahan JHEAIPP

GEORGETOWN - Dua anggota keselamatan antara yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) apabila dipercayai berkelakuan sumbang di tempat awam dalam operasi cegah maksiat awal pagi semalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya menahan tiga pasangan kekasih termasuk dua anggota keselamatan itu dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar itu.

“Dalam operasi semalam, kita menahan tiga pasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam yang mana kedua-dua anggota keselamatan itu kita tahan semasa berada dalam kereta di tempat gelap dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 1 pagi.

“Mereka di tahan ketika berada di tempat duduk penumpang dan pemandu di kawasan tempat letak kereta di Jalan persiaran Bayan Indah, Pantai Jerjak dengan pakaian terbuka dipercayai sedang melakukan perbuatan kurang sopan dan enggan bekerjasama. Kita percaya mereka ini sepasang kekasih yang mana lelaki itu berusia 40-an manakala teman wanitanya berusia 20-an,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi JHEAIPP yang diadakan awal pagi semalam, sebanyak 20 pasangan kekasih diperiksa sempena Hari Kekasih yang mana operasi bermula dari jam 11 malam sehingga 3 pagi melibatkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa JHEAIPP.

“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan operasi dibuat di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap kali dikunjungi untuk mereka bermadu kasih antaranya Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.

“Dari pemeriksaan yang dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala baki yang lain didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dilepaskan,” katanya.

Khairul berkata, setiap pasangan yang ditahan dikehendaki hadir di pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri dan siasatan lanjut yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Derita penyakit di usia muda


RASHIDI (kiri) melihat kesan pembedahan usus pada perut Anas Muhaimin sambil diperhatikan Mohd. Fauzi (dua dari kanan) di Nibong Tebal semalam.



NIBONG TEBAL - Melihat fizikalnya yang normal dan tingkah lakunya yang lincah, pasti ramai yang menyangka Anas Muhaimin Mohd. Fauzi, 2, sedang membesar seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya.
Namun tidak siapa menduka, Anas Muhaimin sebenarnya sudah menanggung derita seawal usianya apabila disahkan menghidap masalah pada usus manakala paru-parunya pula dijangkiti kuman.
Bagaimanapun, kini kanak-kanak malang itu menderita jangkitan kuman pada paru-parunya selepas pembedahan masalah usus dilakukan pada 3 Februari lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada 3 Februari lalu.
Bapanya, Mohd. Fauzi Nordin, 32, berkata, anak sulungnya itu disahkan menghidap kedua-dua masalah itu pertengahan bulan lalu setelah menjalani pemeriksaan di sebuah klinik berhampiran.
Mengimbas kembali penderitaan Anas Muhaimin, Mohd. Fauzi memberitahu, sebelum itu dia menyangka anaknya itu hanya mengalami demam biasa tetapi setelah beberapa hari tidak sembuh, dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
"Bimbang dengan kesihatan Anas, saya bawa dia menjalani pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) selama dua minggu.
"Selepas itu, baru doktor kesan dan sahkan dia menghadapi masalah pada usus dan paru-parunya," katanya ketika ditemui di rumahnya ketika lawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol di Kampung Changkat di sini semalam.
Pada lawatan itu, Rashidi menghulurkan sedikit bantuan.
Disebabkan saluran usus anaknya semakin membengkak, satu pembedahan dilakukan di HSB sebelum dimasukkan semula ke HSJ untuk rawatan lanjut.
Jelas Mohd. Fauzi, biarpun berhabis kira-kira RM2,000 untuk pembedahan itu, kebimbangannya masih belum reda kerana masalah jangkitan kuman pada paru-paru anaknya masih belum selesai.
"Pihak hospital memberitahu saya, keputusan mengenai jenis penyakit yang menyerang paru-paru anak saya hanya akan diketahui April ini.
"Dengan pendapatan sebagai pemandu lori, saya tidak mampu menanggung kos perubatannya yang terpaksa diambil secara berkala selain kos pembedahan paru-paru yang mungkin akan dijalankan nanti," ujarnya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd. Fauzi di talian 012-4964483 atau menghulurkan sumbangan ke akaun EON Bank melalui nombor 0078200065882.

SPRM tahan tiga anggota JPJ

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dan seorang orang awam kerana disyaki meminta rasuah.
Jurucakap SPRM negeri berkata, mereka ditahan sekumpulan pegawai SPRM dalam satu operasi khas di sekitar Shah Alam, Selangor kelmarin.
Menurut beliau, penahanan keempat-empat suspek itu dibuat selepas SPRM menerima aduan daripada orang awam bahawa empat suspek terbabit meminta rasuah sebagai balasan untuk membatalkan saman yang dikeluarkan oleh jabatan itu.
“Dalam operasi itu kita menahan seorang orang awam yang disyaki menjadi orang tengah ketika dia mengambil wang berjumlah RM500 daripada seorang pengadu yang mempunyai masalah saman.
“Selepas soal-siasat lelaki itu mengaku bahawa dia diarahkan oleh tiga anggota JPJ terbabit untuk mengambil wang daripada pengadu,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Dua beradik mati minum susu beracun

KAJANG – Perasaan cemas seorang warga emas apabila menantunya enggan membuka pintu bilik walaupun berkali-kali diketuk terjawab apabila wanita itu ditemui dalam keadaan nazak bersama dua anaknya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8.17 malam itu, M. Viyhasini, 30, yang didakwa mempunyai masalah mental ditemui terbaring di sisi mayat dua anak perempuannya selepas dipercayai minum racun.
Sebelum Viyhasini cuba membunuh diri, dia dipercayai terlebih dahulu memberikan susu bercampur racun kepada dua anak perempuannya iaitu Rashmeka, 4, dan Neehareka Laxmi, 1.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob (gambar) berkata, semasa kejadian suami Viyhasini, S. Sivarajah, 33, tiada di rumah kerana bekerja di sebuah kedai gunting rambut.
“Ibu mertua Viyhasini menghubungi Sivarajah selepas menantunya enggan membuka pintu bilik,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.
Menurut beliau, Sivarajah yang sampai ke rumah terus menggunakan kunci pendua masuk ke bilik isterinya.
Namun, semuanya sudah terlambat apabila kedua-dua anaknya itu ditemui dalam keadaan mulut mereka sudah berbuih manakala isterinya pula tidak sedarkan diri.
Azman memberitahu, Sivarajah kemudian menghantar isteri dan dua anaknya ke Hospital Pakar An Nur di sini.
“Doktor yang memeriksa dua beradik itu mengesahkan mereka telah meninggal dunia dipercayai akibat minum racun.
“Viyhasini pula dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Hospital Serdang,” kata beliau.
Difahamkan, Viyhasini menghadapi masalah mental sejak beberapa tahun lalu.
Dia didakwa kerap berkelakuan ganjil dan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

NEGARA


Gedung maksiat Kelantan runtuh


ANGGOTA penguat kuasa membantu seorang wanita di percayai pelacur yang cedera dalam kejadian rumah pelacuran runtuh di Lorong Limau Manis, Kota Bharu se malam.



KOTA BHARU - Tingkat satu sebuah rumah pelacuran dua tingkat di Lorong Limau Manis di sini yang menjadi sarang maksiat sejak 20 tahun lalu runtuh dalam satu operasi cegah maksiat malam kelmarin.
Kejadian berlaku sebaik sahaja 27 anggota penguat kuasa dari pelbagai jabatan melakukan serbuan serentak ke atas rumah berkenaan sekali gus menyebabkan keadaan menjadi panik dan kecoh dengan jeritan.
Enam orang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita dipercayai pelacur rakyat Malaysia berketurunan Siam dan dua kanak-kanak berada dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam.

MAKSIAT...MUNGKAR SELURUH NEGERA....PUSAT PELACURAN....DLL DISEBUT ADA SELURUH NEGARA...MACAM DAH TAK DITUTUP DAN SELINDUNG....BAGAIMANA DIKATAKAN MEMBELA AGAMA...HUKUM ALLAH DINAFI DAN MASIH TAK DILAKSANAKAN...CAKAP PANDAI...BESOK JAWAB DIAKHIRAT....BOLEH MEREKA NI CAKAP BERBELIT2 DIHADAPAN ALLAH SWT.......KITA TUNGGUUUU.........


“Belum bebas maksiat”

PASIR PUTEH – Pendedahan bloggers mengenai wujudnya kegiatan maksiat, termasuk judi membuktikan negeri ini belum bebas daripada maksiat dan ia berpunca daripada kegagalan pemimpin.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, lesen minuman keras terus diberikan walaupun pemerintah memberitahu ia diharamkan.

“Tempat maksiat dikatakan tidak boleh dilaksanakan di Kelantan, tetapi secara haram terlalu banyak tumbuh macam cendawan, pusat karaoke yang mempunyai GRO sudah ada di negeri ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Sebelum itu, Zawawi bersama lebih 1,000 ahli UMNO dan NGO di jajahan ini telah menyertai perarakan Maulidur Rasul sebagai menyemarakkan lagi sambutan hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, di bandar ini.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan yang berkuasa selama 21 tahun tidak mampu menyediakan ruang pekerjaan kepada anak-anak muda sehingga berlaku penghijrahan ke Kuala Lumpur.

Zawawi berkata, rakyat Kelantan khususnya golongan belia akan membawa pulang perkara tidak bermoral dari ibu kota.

Beliau berkata, dalam hal ini, pemimpin yang dipilih rakyat bertanggungjawab menjaga keharmonian negeri.

Mengenai sambutan Maulidur Rasul, Zawawi berkata, dipihak pimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh sambutan tersebut adalah untuk memperingatkan masyarakat setempat tentang kebesaran Islam.

“Lebih-lebih lagi kepada golongan muda di sini dan perarakan secara besar-besaran yang kami lakukan ini bukan bertujuan bermegah-megah tetapi untuk meningkatkan syiar Islam,” katanya.

Zawawi berkata, di Kelantan sendiri sudah 21 tahun tiada sebarang sambutan Maulidur Rasul secara besar-besaran diadakan sedangkan sambutan sebegini adalah salah satu cara mengingatkan kita kepada agama Islam
MPKB-BRI terus gempur sarang maksiat

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) meneruskan operasi menggempur premis hiburan bagi membebaskan bandar ini daripada aktiviti mungkar.

Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussin berkata, operasi diteruskan dari semasa ke semasa sama ada secara bersepadu atau hanya membabitkan anggota MPKB-BRI.

Menurutnya, pemantauan dibuat bagi memastikan kawasan yang sudah dikenal pasti itu tidak lagi menjadi sarang maksiat.

“Dalam Ops Bersepadu malam kelmarin, kita terus menumpukan kepada premis di Limau Manis, dua lelaki lagi berjaya ditahan dan mereka yang berusia 20-an dan 30-an itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya selepas Ops Bersepadu yang berakhir kira-kira jam 11 malam.

Operasi dihentikan lebih awal kerana lantai tingkat atas premis usang yang diserbu itu runtuh lalu menimpa kaki kiri wanita yang menyewa premis berkenaan.

Ketua Operasi, Izuddin Ab Rashid berkata, pihaknya terpaksa menghubungi ambulans untuk membawa wanita terbabit ke hospital.

Sehari sebelum, Ops Bersepadu berjaya menahan dua lelaki dan satu wanita di premis sama selain merampas peralatan judi mahjung.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, pihaknya meminta pemilik tanah di kawasan terbabit menyelenggarakan persekitaran dengan lebih baik.

Menurutnya, mereka perlu memagar kawasan itu dengan kemas bagi mengelak ia diceroboh secara bebas.

“Penduduk sekitar sememangnya bersedia membantu pihak berkuasa, namun sesetengahnya takut kerana premis itu dikatakan dilindungi kumpulan tertentu,” katanya.

Lima pasangan dicekup

BATU PAHAT – Lima pasangan dicekup Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam satu Operasi Bersepadu Penutupan Pusat Hiburan dan Pencegahan Maksiat sempena malam Maulidur Rasul.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, turut ditangkap seorang warga Bangladesh bersama pasangannya warga Myanmar dan seorang penjawat awam.

Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar kawasan yang disyaki menjadi sarang maksiat seperti di hotel dan rumah tumpangan di sekitar daerah Batu Pahat serta Yong Peng.

“Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

“Manakala dua daripada pasangan berkenaan turut dituduh di bawah Seksyen 23 (1) (2), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, kerana melakukan persetubuhan luar nikah.

“Jika disabitkan :kesalahan, kedua-dua pasangan terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau tiga tahun penjara atau lima kali sebatan atau ke semuanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota dari pelbagai unit Pejabat Kadi Batu Pahat turut disertai Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Pejabat Daerah Batu Pahat dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan diteruskan khususnya pada cuti umum dan hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat berleluasa terutamanya di kalangan remaja.

“Jika dahulu, suspek yang dicekup hanya didakwa kerana berkhalwat, tetapi kini ada antara mereka yang dicekup telah mengandung anak luar nikah,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat :berkaitan kegiatan maksiat boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-434 1141.
Ops Selera gempur warga asing

JOHOR BAHRU – Seramai 14 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam satu serbuan di dua buah premis perniagaan makanan dan minuman berasingan sekitar kawasan Kempas, di sini, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Johor, Gajendra Bahadur berkata, serbuan Ops Selera itu menyaksikan kesemua pekerja warganegara Indonesia terbabit diperiksa dan ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, kesemua pekerja asing terbabit berumur lingkungan 22 hingga 46 tahun itu gagal meloloskan diri sebaik sahaja anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor bertindak memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa.

“Hasil daripada serbuan di premis perniagaan pertama mendapati 10 pekerja warga Indonesia melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Tiga daripadanya didapati melakukan kesalahan melanggar syarat permit, tidak memiliki dokumen pas yang sah (enam) dan dokumen permitnya sudah tamat tempoh (seorang).

“Malah kami turut menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki melakukan :kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) mengambil dan mengajikan pekerja asing tanpa pas yang sah,” katanya.

DUNIA


PM Itali dibicara atas dakwaan seks


SILVIO BERLUSCONI duduk di kerusi belakang sebuah kereta di Mineo dekat Catania, Sicily, Itali semalam. RUBY (gambar kecil)



MILAN - Seorang hakim Itali semalam memerintahkan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dibicarakan atas tuduhan membayar sejumlah wang kepada seorang gadis bawah umur dari Maghribi untuk mendapatkan khidmat seksnya dan cuba menutup perbuatan itu.
Hakim Cristina Di Censo membuat keputusan tersebut semalam dan menetapkan kes Berlusconi dibicarakan pada 6 April depan.
Kes beliau akan didengar oleh satu panel yang disertai oleh tiga juri wanita.
Berlusconi didakwa membayar gadis tersebut yang dikenali sebagai Ruby yang ketika itu berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan pengaruhnya untuk membebaskan Ruby yang nama sebenarnya Karima El Mahroug daripada tahanan polis.
Ruby ditahan polis kerana disyaki mencuri wang berjumlah AS$4,103 (RM12,522) tetapi Berlusconi campur tangan bagi meminta polis membebaskannya.
Perdana Menteri itu dipercayai berusaha untuk membebaskan gadis tersebut kerana bimbang rahsianya akan bocor.
Undang-undang Itali membenarkan pelacur dilanggan tetapi mengharamkan hubungan seks dengan remaja berusia di bawah 18 tahun.
Bagi kesalahan pertama, beliau berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun manakala hukuman salah guna kuasa adalah lebih serius iaitu penjara maksimum 12 tahun.
Berlusconi, bagaiamanapun, menafikan semua tuduhan ke atas dirinya itu.
Perdana menteri berkenaan memberitahu, arahan pembebasan Ruby dilakukan bagi mengelak ketegangan diplomatik kerana beliau percaya gadis itu ialah cucu Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak.
Hosni telah meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.
Berlusconi turut mendakwa tindakan pihak pendakwa raya mengheretnya ke mahkamah adalah bermotifkan politik dengan tujuan untuk menggulingkannya.
Berlusconi, 74, pernah dibicarakan kerana beberapa kes berkaitan perniagaan tetapi ini adalah kali pertama beliau dihadapkan ke mahkamah kerana tingkah lakunya.
Berlusconi didakwa susulan pihak pendakwa raya memberitahu, mereka memiliki bukti kukuh untuk mensabitkannya dalam kes tersebut. - AP

Berlusconi dibicara

ROME: Silvio Berlusconi akan dibicarakan kerana mengupah seorang remaja untuk mendapatkan perkhidmatan seks dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Itali.
Ketika membuat keputusan itu di Milan semalam, hakim Cristina Di Censa berkata, perbicaraan itu akan diadakan pada 6 April ini.

Cristina menetapkan tarikh itu selepas menerima permohonan pendakwa untuk mempercepatkan perbicaraan berkenaan.
Melalui pertuduhan itu, Berlusconi, 74, didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja digelar Ruby Si Pencuri Hati - berusia 17 tahun ketika itu - di sebuah vila peribadinya.

Berlusconi juga dituduh menggunakan kedudukannya mempengaruhi polis membebaskan remaja keturunan Maghribi itu yang ditahan kerana disyaki mencuri pada Mei tahun lalu.

Mendapatkan perkhidmatan pelacur tidak dianggap jenayah mengikut undang-undang Itali, tetapi mengupah seseorang yang berusia di bawah 18 tahun untuk mengadakan hubungan seks dianggap satu kesalahan.

Berlusconi dan Ruby menafikan mereka pernah berasmara.

Sementara itu, peguam Berlusconi berkata, mereka memang menjangkakan keputusan hakim berkenaan.
Berlusconi dijadual akan diadili tiga hakim wanita apabila kesnya mula dibicarakan nanti. - AFP

Hakim tolak kes Beckham saman pelacur


IRMA NICCI



NEW YORK - Walaupun kecewa kes saman fitnah terhadap majalah popular In Touch digugurkan oleh sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS), bintang bola sepak David Beckham dan isterinya, Victoria tetap menyambut Hari Kekasih dengan keluar bersama untuk makan malam di sebuah restoran di sini kelmarin.
David menaiki penerbangan untuk menyertai Victoria, 36, yang kini sibuk melakukan persiapan untuk Minggu Fesyen New York.
Kelmarin, mereka meraikan Hari Kekasih bersama untuk kali pertama sejak tujuh tahun lalu kerana jadual kerja masing-masing yang begitu padat.
Bintang bola sepak berusia 35 tahun itu membawa isterinya makan malam romantis di restoran Minetta Tavern di sini.
Victoria kini berbadan dua dan dijangka melahirkan anak keempat mereka pada musim panas tahun ini.
David yang bermain untuk kelab bola sepak Los Angeles, LA Galaxy, menyaman majalah In Touch kerana menyiarkan artikel bahawa dia melanggan seorang pelacur, Irma Nicci dengan bayaran AS$3,228 (RM9,860) untuk semalaman pada 2007.
Bintang bola sepak itu memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada September tahun lalu kerana mendakwa artikel tersebut tidak benar dan menceroboh kehidupan peribadinya.
Hakim Manuel Real yang mendengar kes tersebut kelmarin bagaimanapun mengetepikan saman itu kerana berpendapat pasukan peguam David gagal membuktikan bahawa artikel berkenaan berniat jahat.
"Hakim bagaimanapun tidak menolak artikel itu adalah tidak benar," kata seorang jurucakap Beckham.
Menurutnya, Beckham akan merayu keputusan tersebut. - Agensi

Kes bapa laku hubungan seks dengan anak tiri dibicarakan

KOBLENZ - Kes perbicaraan seorang lelaki Jerman yang mengaku dia melakukan hubungan seks dengan seorang anak perempuan tirinya sehingga memperoleh tujuh orang anak bermula di sini semalam.
Lelaki itu yang berusia 48 tahun dan dikenali sebagai Detlef S. (gambar), berdepan 350 dakwaan mencabul dua gadis bawah umur dalam jagaannya di antara tahun 1987 hingga 2010 selain 35 dakwaan mengadakan hubungan seks dengan juvenil.
Dia berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.
Menurut kertas pendakwaan, defendan mula mencabul anak tirinya itu yang merupakan pasangan kembar pada 1987 ketika mereka berusia sekitar empat tahun.
Kedua-dua anak tirinya itu kini berusia 28 tahun.
Tiada pengakuan dibuat manakala peguam tertuduh mengaku anak guamnya adalah bapa tujuh anak si mangsa.
"Anak guam saya mengaku bapa kepada anak-anak itu dan ia bukan sebahagian pertuduhan terhadapnya. Dia tidak bersalah sehingga terbukti sebaliknya," kata peguam tersebut.
Tertuduh ditahan sejak Ogos tahun lalu selepas seorang anak perempuan tirinya membuat laporan polis. - AP


Tragedi malam Valentine

KLANG – Kegembiraan seorang gadis menyambut malam Valentine berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh selepas kenderaannya terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di kilometer 22 Lebuhraya Kesas, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa, A Peny Sules, 27, yang merupakan pekerja di sebuah syarikat swasta meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya selepas bertemu sepupunya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi berseorangan ketika itu dalam perjalanan menghala ke Klang dan mangsa dipercayai berada di lorong tengah.

“Berdasarkan siasatan, polis percaya kereta dipandu mangsa gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di laluan kiri.

“Berikutan itu, kenderaan mangsa berpusing beberapa kali sebelum terbakar di bahagian enjin,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori dan orang ramai yang berada di tempat kejadian segera mengeluarkan mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, dia disahkan meninggal dunia. Manakala, kereta mangsa yang terbakar keseluruhannya berjaya dipadamkan anggota bomba yang berkejar ke tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Rosly Abd Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiada ulasan: