Isnin, 21 Februari 2011

INGAT! KUASA DITANGAN ALLAH...KITA JAGA MACAM MANA PUN...JIKA ALLAK KATA JATUH...MAKA JATUH LAH...BERTAQWALAH...

Utusan 'putar belit' kenyataan TG Nik Aziz
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa akhbar Mingguan Malaysia terus membuat fitnah apabila secara sengaja memanipulasi kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dilaporkan di muka depan akhbar itu hari ini.

Ianya merujuk kepada laporan bertajuk “Nik Aziz Ubah Nada: Bimbang Penurunan Sokongan Masyarakat Melayu terhadap PAS" yang memetik kenyataan Nik Aziz sebagai berkata “Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan.

Akhbar itu juga memetik Tuan Guru sebagai berkata "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," yang berbeza dengan kenyataan sebenar yang diucapkan.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akhbar pro-Umno itu sengaja memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS itu demi mencapai tujuan politik murahan tuanya.

"Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini.

"Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah.

"Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja," jelasnya merujuk ucapan Tuan Guru Nik Aziz di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa- Jamina PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Selain menjadi ejen fitnah, akhbar itu juga ujarnya sanggup merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan.

Tambahnya lagi, tidak timbul soal Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

"Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini.

"Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah," tegasnya.


Calon Hilang: Pro-M mahu pentadbiran UM bertanggungjawab
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini menuntut pihak pentadbiran universiti bertanggungjawab di atas kehilangan seorang calon kerusi umum Pro-M, Masturah Abu Bakar.

Masturah dilaporkan hilang oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di pangsapuri Pantai Permai, kira-kira jam 4.15 petang semalam.

Berikutan kehilangan itu, Nurhanis membuat laporan polis di balai polis Pantai, jan 12.20 malam tadi, selepas enam jam kehilangannya.

Menurut laporan Nurhanis, Masturah bersama beberapa orang wakil calonnya menziarahi rakannya di pangsapuri berkenaan jam 3.15 petang semalam untuk meminta rakan-rakannya di luar kampus turun mengundi esok.

Sepanjang tempoh ziarah tersebut, mangsa dan beberapa orang rakannya menyedari mereka telah diekori oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari jarak yang jauh.

Hanis menceritakan bahawa Masturah turun untuk membeli kredit telefon bimbitnya di kedai berhampiran blok D dan mangsa menyuruhnya menunggu di blok E.

"Setelah kira-kira 10 minit menunggu, saya mendapati Masturah tidak juga kelihatan dan telefon bimbitnya gagal dihubungi," ceritanya.

Manakala satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang lagi wakil calon, Rohayu Rosli berhubung panggilan telefon berbau ugutan yang diterimanya jam 11.15 pagi hari ini.

Individu yang membuat pangilan berkenaan mengugut Rohayu supaya tidak melaporkan kes tersebut kepada polis sekiranya mahu mangsa selamat.

200 berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor

Sementara itu, sekumpulan Pro-M berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC) petang tadi bagi menyerahkan memorandum menuntut pihak universiti bertanggungjawab di atas kehilangan itu.

Memorandum berkenaan juga membantah tempoh kempen yang diadakan pada waktu cuti, ketika kebanyakan pelajar tiada di kolej kediaman.

Perhimpunan dan serahan memorandum tesebut diketuai Pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah.


Calon pilihan raya Universiti Malaya didakwa hilang


MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.


KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam.


Masturah dijumpai
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar ditemui selepas berapa siri kempen di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarganya dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.


Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan
Suhaimi Mokhtar
Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat,pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak,pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik,undang-undang darurat ditarik,parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan.Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru diMesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria.Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam.Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi.Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Disebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu ,sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masadepan Mesir ,bumi ambia’ yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya.Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya.Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas , yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun keDataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka.AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia,Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan.

Kebangkitan diJordan ,Algeria,Bahrian,Yaman,Libya,Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat,maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kukubesi lagi dirantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan stratijik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir,walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.


BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit
Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.

"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.

"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.

"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.

PAS ganti Umno

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.

Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.

Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.


Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi


RIBUAN penduduk berhimpun dalam tunjuk perasaan meminta kuasa raja dikurangkan di Rabat, Maghribi semalam.


RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.

Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.

Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.

"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.

Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.

Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956. - Agensi

"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.

"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.

Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.

Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.

Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.

Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.


200 maut di Libya


SEORANG penunujuk perasaan yang cedera diusung di bandar Benghazi, Libya pada Jumaat lalu.


KAHERAH - Sekurang-kurangnya sejumlah 200 orang telah terbunuh dalam operasi pihak berkuasa memerangi kebangkitan rakyat yang menentang pemimpin Muammar Gaddafi di Libya, kata seorang doktor di bandar Benghazi semalam.

Menurut doktor itu, hospital tempat dia bekerja menerima 200 mayat yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan sejak beberapa hari lalu. Mayat-mayat itu merupakan penunjuk perasaan menuntut Gaddafi meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Doktor itu menyatakan, hospitalnya itu mengalami masalah kekurangan bekalan perubatan untuk merawat lebih 70 penunjuk perasaan yang cedera.

Sebelum ini seorang pegawai pertubuhan Human Right Watch, Tom Porteous memberitahu agensi berita AFP, bahawa keadaan di negara itu sukar digambarkan kerana komunikasi di Libya amat sukar.

Dia berkata, pemerintah Libya menutup semua komunikasi Internet sejak kelmarin dan gangguan dalam perkhidmatan telefon telah menyebabkan amat sukar untuk memperoleh maklumat mengenai apa yang berlaku di negara berkenaan.

Tentera Libya dilapor melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang menghadiri pengebumian rakan mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di bandar Benghazi kelmarin.

Dalam kejadian itu, 15 orang dilaporkan mati akibat ditembak anggota-anggota pihak berkuasa.

Sementara itu, sejumlah penunjuk perasaan tidak mempedulikan operasi memerangi tunjuk perasaan apabila mereka kembali berhimpun di sebuah dataran di luar sebuah bangunan di bandar Benghazi.

Para penunjuk perasaan itu menuntut Gaddafi supaya berundur selepas melihat penunjuk perasaan di Kaherah yang berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Gaddafi, 68, yang memerintah selama empat dekad masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai tunjuk perasaan itu.

Beliau menjadi pemimpin selepas mengetuai beberapa pegawai tentera lain melakukan rampasan kuasa aman daripada pemerintah Libya, Raja Idris pada 1 September 1969.

Ketika rampasan itu, Raja Idris berada di Turki untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Rampasan itu dibuat ekoran perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Raja Idris yang dianggap tidak cekap.

Minyak merupakan eksport Libya yang mewakili dua peratus daripada eksport minyak dunia.

Syarikat-syarikat minyak seperti Shell, BP dan Eni melabur berbilion-bilion dolar dalam industri minyak di negara itu. - Agensi

Tiada ulasan: