Khamis, 17 Februari 2011

JIKA BEGINI...ADA POTENSI UNTUK MEMELUK ISLAM....INSYAALLAH....TAUFIK HIDAYAH ITU DITANGAN ALLAH SWT....

Adik Wee Soo Yen TOKOH MAAL HIJRAH.



Taniah kepada adik Wee Soon Yen yang baru berusia 16 tahun kerana telah dipilih TOKOH MAAL HIJRAH 2011. Adik Wee Soon Yen yang berasal daripada KELANTAN BANDARAYA ISLAM merupakan tingkatan empat telah dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Beliau dipilih berdasarkan kepada pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010. Beliau juga telah mengejutkan ramai pihak kerana telah mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Wee Soon Yen merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Wee Soon Yen begitu sopan ketika hadir ketika menerima Anugerah Maulidur Rasul 2011. Beliau mengenakan tudung yang hampir menutup hampir keseluruhan rambutnya.

Alhamdulillah.

Inilah yang tok guru kita "TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT" selalu sebutkan. Mahu bukan islam mengenal islam dan dapat menerima Islam. Ini membuktikan dakwah tok guru berjaya di Kelantan.

Dan taniah juga diucapkan kepada First Lady kita kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama pada majlis sambutan MAAL HIJRAH 2011. Datin Paduka Sri Rosmah Mansor juga pernah dinobatkan tokoh Maal Hijrah pada tahun 2010.

Dan kini pada tahun 2011.

Apakah tokoh atau gelaran yang ingin kita berikan kepada beliau~

Tiada ulasan: