Harakahdaily | |||||
KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan. PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan. “Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter. Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu. Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia. “Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat. Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel. “Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya. Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara. Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira. Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah. Iktibar bagi BN Ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari sehingga menumbangkan Presiden Hosni Mubarak mula mencurah. Di Malaysia, antara yang terawal berbuat demikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi blognya berkata rakyat Mesir berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan. “Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka. “Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” tulis Anwar. Katanya, beliau berharap pengorbanan rakyat Mesir itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Pilihanraya telus, adil Menular seluruh dunia Turut menyambut kemenangan gerakan pro-demokrasi Mesir, yang dianggotai pelbagai golongan, termasuk belia, mahasiswa dan pensyarah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Iktibar bagi BN Lewat malam semalam, naib presiden Mesir, Omar Suleiman dalam siaran televisyen negara itu mengumumkan Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya dengan meletakkan jawatan.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 13 Februari 2011
TAK TAHULAH..KITA SUKA IKUT ORANG..HARI IBU..HARI BAPA...HARI GURU DLL..NAK BERI HADIAH DLL TAK PAYAH HARI TERSEBUT..BILA2 BOLE BUAT DAN BELANJA..DLL
Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan