Mohd Sabri Said | ||||||||||||||||
KEPALA BATAS, 10 Feb: Jika rakyat mengamalkan 'revolusi mulut ke mulut' secara bermaklumat sudah memadai untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Menurutnya, ianya tidak payah menerusi revolusi Facebook sebagaimana yang menjadi amalan rakyat Mesir untuk menghukum presiden mereka, Hosni Mubarak. "Kita di sini jika mengamalkan ‘revolusi mulut ke mulut pun’ dah memadai asalkan ia dilaksanakan secara agresif pasti Umno dan BN tumbang lama dah. Tapi masalahnya terutama orang Melayu tidak mahu buka mulut untuk menyedarkan pada orang lain walaupun tahu mereka dizalimi," terang beliau ketika berceramah di Permatang Tinggi 'C' malam tadi. Revolusi tersebut, katanya walaupun nampak mundur tetapi amat berkesan kerana melalui percakapan ia membawa kepada kepekaan rakyat. Tambahan pula, ujarnya rakyat sendiri sedang melihat kenaikan harga barangan seharian, kadar tol, petroleum dan sebagainya. Tugas anggota Pakatan Rakyat, ujarnya ialah menyalurkan maklumat terkini kepada semua ahli dan pendukung supaya ia dibawa ke serata kampung, pinggir pekan, taman perumahan mahupun bandar supaya mereka memahami masalah yang dihadapi negara. "Kumpulan yang sedar harus menyedarkan kumpulan yang mungkin kesedaran mereka masih jauh. Inilah tugas kita sebagai anggota masyarakat yang aktif menjalankan usaha melalui revolusi mulut ke mulut secara bermaklumat," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tambahnya, satu lagi perkara yang harus diketengahkan kepada masyarakat ialah tentang penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang tidak membawa apa-apa keuntungan pada orang Melayu. Penubuhan Teraju sambungnya, sekadar menonjolkan kebanggaan BN sahaja di saat akhir pilihan raya umum walhal semua orang tahu penubuhannya sekadarmembuka pekung di dada bahawa selama ini Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sebagainya gagal membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu. "Pembubaran Kementerian Usahawan dan Koperasi di era Tun Abdullah Ahmad Badawi pun jelas membuktikan kerajaan tidak serius membantu kaum Bumiputera sedangkan kementerian tersebut merupakan satu kementerian yang ada menteri, timbalan menteri dan setiausaha kementerian," tambahnya. Teraju kata beliau, hanya ada seorang CEO yang berfungsi mengawal semua yang berkaitan agenda ekonomi untuk orang Melayu yang tentunya kerja itu menjadi bertambah sukar dan mustahil berjaya melakukan pembaharuan ekonomi ataupun politik orang Melayu. Doakan keselamatan rakyat Mesir esok
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 10 Februari 2011
AKAL FIKIRAN SERTA HATI SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH....APABILA ALLAH BERI TAUFIK DAN HIDAYAH TIADA SAPE BOLEH MENENTANG..KETIKA ITU YG BATIL TUMBANG
Revolusi ‘mulut ke mulut’ mampu jatuhkan BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan