Rabu, 23 Februari 2011

TAHUKAH BAGAIMANA DIKIRA MATI SYAHID TU....JANGAN SALAH ANGGAP ATAU SALAH TAFSIR....JUGA SALAH FAHAM...

Menteri Libya letak jawatan, enggan ikut arahan Gadhafi


2011/02/23

TOBRUK (Libya): Menteri Dalam Negeri Libya, Abdul Fattah Younis al Abidi, berkata beliau sudah meletakkan jawatan daripada kerajaan dan menyertai penunjuk perasaan, yang mana disifatkannya akan mencapai kejayaan dalam tempoh "beberapa hari atau jam".

Katanya, beliau sudah meletakkan jawatan Isnin lalu selepas mendapat tahu 300 rakyat yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi dalam tempoh dua hingga tiga hari dan mendakwa pemimpin Libya, Moammar Gadhafi merancang serangan ke atas orang awam dalam skala yang lebih meluas.
"Gadhafi memberitahu saya beliau merancang menggunakan pesawat terhadap rakyat di Benghazi dan saya memberitahunya ratusan rakyat akan terbunuh jika ia dilaksanakan," katanya dalam temubual telefon berbahasa Arab di sini, Rabu (waktu tempatan).

Abdul Fattah berkata, beliau kini menyokong rakyat dan revolusi. - CNN.COM


Gaddafi perintah hancurkan pemberontak
Feb 23, 11 11:08am


Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

NONEPada ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan negaranya.

Sambil mendakwa pemerintahnnya juga disokong oleh rakyat, beliau mengarahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang kian ramai berdemonstrasi. Setakat ini, angka korban meningkat kepada ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.

Gaddafi memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.

Beberapa jam kemudian, kerajaan Libya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh negara iaitu 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.

Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.

Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.

- AFP

Libya umumkan 300 orang maut, termasuk 111 askar


2011/02/23

TRIPOLI: Buat pertama kali pihak berkuasa Libya hari ini mengeluarkan angka kematian sejak rusuhan yang berlaku di negara itu seminggu lalu dengan 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.

Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.
Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.

Peru gantung hubungan diplomatik dengan Libya


2011/02/23

LIMA: Peru menjadi kerajaan asing pertama menggantung hubungan diplomatiknya dengan Libya berikutan tindakan kerajaan negara itu menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang mahu Presiden Muammar Ghaddfi berundur.

“Peru menggantung semua hubungan diplomatik dengan Libya sehinggga keganasan terhadap orang awam dihentikan," kata Presiden Peru, Alan Garcia dalam satu kenyataan awal hari ini.
“Peru amat kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Gaddafi yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang menuntuk pembaharuan domokrasi di negara itu yang diperintah orang sama selama 40 tahun," katanya.

Gaddafi perintah hancurkan pemberontak, sedia mati syahid


2011/02/23

TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Dalam ucapannya di kaca televisyen awal hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan tanah airnya.
Sambil mendakwa perjuangannya itu disokong oleh rakyat, beliau memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang kian meningkat yang kini mengorbankan ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.

2 pelajar maut serangan penunjuk perasaan di Yaman

2011/02/23

SANAA: Dua pelajar dilaporkan ditembak mati oleh penyokong kerajaan, manakala 11 lagi cedera dalam tunjuk perasaan di Sanaa University, malam tadi yang menuntut Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh berundur.

“Dua penunjuk perasaan terbunuh manakala 11 orang lagi cedera apabila sekumpulan penyokong regim kerajaan mengeluarkan senjata dan menembak rambang di pekarangan kampus Sanaa University,” kata seorang saksi.
Serangan itu berlaku pada lewat tengah malam.

Libya semakin tegang


Penunjuk perasaan mengibarkan bendera gergasi Libya di bumbung sebuah bangunan dalam satu bantahan antikerajaan di bandar pelabuhan Tobruk, kelmarin. – Reuters


WASHINGTON 22 Feb. – Kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi terus menerima tekanan untuk berundur apabila duta-duta Libya di luar negara menyokong pengunduran tersebut.

Duta Libya ke Amerika Syarikat (AS), Ali Adjali menyertai para diplomat lain mendesak Gaddafi berundur dan meminta masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan kejam rejim itu dalam menyuraikan demonstrasi bantahan di negara tersebut.

“Saya rasa beliau patut melepaskan jawatannya selepas apa yang berlaku di negara kami sekarang. Bagaimana saya hendak menyokong kerajaan yang membunuh rakyatnya sendiri,’’ katanya yang berkhidmat sebagai duta negara itu ke AS sejak 2009.

Duta Libya ke Dhaka, Bangladesh, Ahmed A. H. Elimam pula meletakkan jawatannya bagi menyatakan sokongan kepada demonstrasi bantahan terhadap Gaddafi.

Elimam menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam dan telah memaklumkan pihak berkuasa Bangladesh tentang keputusannya itu, lapor akhbar Prothom Alo yang memetik seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Tindakan sama turut diambil oleh duta Libya ke India, Ali al-Essawi yang melepaskan jawatannya hari ini.

Al-Essawi hari ini memberitahu Associated Press bahawa beliau membuat keputusan tersebut kerana tidak dapat menerima tindakan keganasan kerajaannya terhadap rakyat Libya.

Dalam pada itu, Kedutaan Libya di Australia hari ini dilapor memutuskan hubungan dengan Gaddafi.

Pegawai kedutaan itu tidak dapat dihubungi namun Kaunselor Kebudayaan kedutaan, Omran Zwed berkata, mereka kini mewakili rakyat Libya dan bukan lagi rejim negara itu.

Sementara itu, para diplomat Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melahirkan sokongan terhadap pengunduran pemimpin negara itu dan meminta tentera campur tangan.

Dalam satu kenyataan, timbalan ketua misi Libya ke PBB dan kakitangan lain menyatakan, mereka yang menyediakan perkhidmatan untuk rakyat mendesak pengunduran rejim dengan segera dan menggesa kedutaan Libya lain mengambil tindakan sama. – AP/APF/dpa

Gaddafi sedia mati syahid

TRIPOLI 22 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi hari ini dalam sebuah ucapan menerusi stesen televisyen rasmi berikrar untuk mati sebagai seorang syahid biarpun pasukan tentera yang telah memberontak menyatakan bahawa bahagian timur Libya tidak lagi berada di bawah penguasaannya.

"Saya tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang syahid.

"Saya tetap tidak akan tunduk kepada desakan itu," kata Gaddafi dalam ucapannya.

Sebelum ini, saksi yang berada di sepanjang sempadan Libya dan Mesir berkata, Gaddafi menggunakan kereta kebal, pesawat perang dan askar upahan dalam usaha untuk mengekang pemberontakan yang semakin bertambah buruk.

Di timur bandar raya Tobruk pula, wartawan Reuters yang berada di sana berkata, letupan sekali-sekala boleh kedengaran di kawasan itu yang disifatkan sebagai petunjuk terbaru bahawa penguasaan Gaddafi ke atas negara pengeksport minyak dan gas itu kian lemah.

"Kesemua kawasan di selatan negara ini kini tidak lagi berada di bawah penguasaan Gaddafi. Orang ramai dan tentera kini berganding bahu di sini," kata seorang bekas mejar tentera.

Terdahulu, Gaddafi menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri ke Venezuela.

Gaddafi tampil ketika protes merebak ke Tripoli, apabila semakin ramai penyokong setia rejim meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan.

"Saya akan menemui belia di Dataran Hijau semata-mata untuk membukti kan saya berada di Tripoli dan bukan di Venezuela dan untuk menafikan laporan televisyen anjing-anjing itu," katanya sambil memegang payung dalam hujan lebat sebelum melangkah ke keretanya. - REUTERS/AFP

Kroni kuasai kerajaan Yemen

SANAA 22 Feb. - Seorang ahli Parlimen pembangkang Yemen berkata, Presiden Ali Abdullah Saleh akan mengalami nasib yang sama seperti Presiden Mesir dan Tunisia jika beliau tidak membersihkan kerajaannya dan mula memerangi rasuah.

"Keadaan sekarang tidak boleh diterima sama sekali. Tentera dipenuhi oleh ahli keluarganya, sumber negara terutamanya minyak dan gas berada di tangan beliau atau anak-anak didik beliau," kata Abdulmoez Dabwan kepada Reuters dalam wawancara di sini semalam.

Katanya, institusi tidak wujud di Yemen dan rakyat Yemen mahu pembaharuan tulen sedangkan kenyataan Presiden hanya cakap kosong.

"Beliau belum mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia," kata Dabwan.

Penunjuk perasaan yang mendapat inspirasi daripada penggulingan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali di Tunisia dan Presiden Hosni Mubarak di Mesir mengadakan protes di Universiti Sanaa di ibu negara dan beribu-ribu lagi berhimpun di beberapa bandar di Yemen.

"Kita belum menyaksikan gerakan besar-besaran kerana kebanyakan penunjuk perasaan setakat ini terdiri daripada golongan muda," kata Dabwan. - Reuters

Tiada ulasan: