Isnin, 14 Februari 2011

UNTUK KUASA JANGAN PENTINGKAN PARTI...SEBAB PARTI DIWAKILI MENANG...TAK MUSTAHIL KUAR PARTI...NI MEMANG DAH TERJADI...

Azmin: PAS turut intai kawasan PKR
Aidila Razak
Feb 14, 11
4:32pm


PKR kini menghadapi rundingan sukar dengan rakannya PAS apabila kedua-dua parti kini mengintai kerusi yang sama dalam pillihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Tanpa menamakan kawasan terlibat, Timbalan Presiden PKR Ali berkata, ia melibatkan kawasan tanpa majoriti sesuatu kaum atau dengan kata lain dirujuk sebagai "kawasan bercampur".

pkr congress pc 271110  azmin"Tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin (kiri) pagi ini.

PAS secara tradisionalnya menikmati sokongan daripada masyarakat Melayu tetapi pilihan raya demi pilihan raya kecil baru-baru ini membuktikan bahawa perkara itu kini menjadi cabaran untuk gabungan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, dalam pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, calonnya Normala Sudirman tewas apabila 83.3 peratus sokongan Melayu pergi kepada BN.

Sebagai parti yang lebih tua dan lebih tersusun daripada PKR, PAS dijangka menyandarkan kepada kekuatan jenteranya di peringkat kawasan untuk berunding bagi pembahagian kerusi.



Selebriti akan serah borang ahli PAS
Fakhri Ali

TASEK GELUGOR, 14 Feb: Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Ini akan memberi kejutan dan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini mendakwa mereka mendapat sokongan padu semua golongan masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai, turut menyatakan himpunan yang akan diadakan nanti adalah sebagai kesinambungan untuk meneruskan agenda perjuangan PAS untuk menggerakan Pemuda PAS supaya lebih efisien dalam gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sebagai sebuah parti yang telah siap sedia untuk menggantikan Umno sebagai peneraju pentadbiran negara dan juga sebagai parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan juga bukan Melayu, maka gerakan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan yang ada.

"Kita optimis himpunan ini akan melebihi sasaran yang kita tetapkan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh generasi muda terhadap kepimpinan PAS selepas pilihan raya 2008 yang lalu," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri.



Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora
Feb 14, 11 10:18am


Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.

Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.

Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

- AFP

Suruhanjaya Diraja siasat Teoh Beng Hock bermula
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock muila bersidang di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini dengan media dan orang ramai menyaksikannya melalui kamera litar tertutup.

Ini berikutan orang ramai yang penuh sesak mahu mengikuti kes tersebut.

Perbicaraan juga boleh diikuti di luar mahkamah di tingkat tiga bangunan itu.

Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen bersidang bersama Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Selventhiranathan Thiagarajah, Dr Bhupinder Singh dan Dr Mohamed HJatta Shaharom.

Hadir pagi ini adalah adik Beng Hock, Teoh Lee Lan yang diiringi oleh peguamnya, Karpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Selain menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga akan menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.

Teoh yang merupakan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat semalaman di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut.

Suruhanjaya ini dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April.

Siasatan akan dijalankan dari hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.

Tolak dua bantahan

Dalam sessi pertama pendengaran hari ini, suruhanjaya menilai dua bantahan dari wakil keluarga Teoh Beng Hock.

Karpal Singh memohon pendengaran ini ditangguhkan sehingga mahkamah tinggi membuat keputusan berikutan tindakan pejabat Peguam Negara merayu keputusan mahkamah koroner kepada mahkamah tinggi.

Seorang lagi wakil keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mempertikaikan kebebesan tiga wakil Jabatan Peguam Negara dalam suruhanjaya ini iaitu Awang Armadajaya Awang Mahmud, Amarjeet Singh and Kwan Li Sa.

Suruhanjaya memutuskan untuk meneruskan pendengarannya dan hanya akan membuat keputusan semula selepas mahkamah tinggi membuat keputusannya nanti.

Suruhanjaya juga menolak bantahan terhadap ketiga-tiga wakil Jabatan Peguam Negara dan yakin mereka bertiga akan bertindak tanpa terikat dengan Jabatan Peguam Negara.

Namun mereka boleh diketepikan pada bila-bila masa berdasarkan kuasa yang ada pada suruhanjaya itu.



Tiada ulasan: