Rabu, 23 Februari 2011

SAMPAI BILA KITA NAK SOROK KELAKUAN BURUK...TIPU MENIPU...MENYAPU HAK RAKYAT....KESUDAHAN ATAU AKHIRNYA AKAN TERBUKA JUA...

UPM tarik balik pembatalan kemenangan calon pro-M
Abdul Rahim Sabri
Feb 23, 11
2:56pm

Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil

NONEPagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.

Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.

Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.

"Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya.

Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.



Roslan Ahmad calon BN di Merlimau
Elissa Helmy
Feb 23, 11
4:30pm


BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.

NONEPemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

SPR sebelum ini menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi adalah pada 26 Februari ini.



Liwat II: Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan
Hafiz Yatim
Feb 23, 11
10:43am


[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

NONENor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora (kanan) berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.

Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal

Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.

Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi.

Sehelai bulu

azlanHakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.

Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

Katanya, berada di makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 yang mengandungi elemen bukti kes liwat diperolehi daripada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin kemudian menyoal keadaan empat bungkusan berkenaan.

"Dalam keadaan baik dan masih ditutup rapat," kata Aidora.

Peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut.

"Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada exhibit berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," kata Aidora.

Keunikan DNA

Sebelum itu, Aidora telah menerangkan kepada mahkamah bahawa calitan DNA diambil pada berus gigi, tuala muka, botol mineral dan serpihan kertas berdasarkan bahan bukti yang diterima sebelum semuanya ditempatkan di dalam sampul dan dilabel.

NONEBeliau menambah, profil DNA dilakukan pada 19 Julai 2008 sehari selepas ujian dilakukan dan keputusan lengkap diperolehi pada 21 Julai 2008.

Aidora turut menerangkan kepada mahkamah tentang keunikan DNA.

"Tiada siapa yang mempunyai DNA yang sama kecuali kes kecil bagi kembar seiras," katanya.

Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.

Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.




Kecoh, pelajar cuba larikan fail bukti
Abdul Rahim Sabri
Feb 23, 11
1:02pm


Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

NONEKejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu.

Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit.

Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.

Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman.

Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

NONEBerikutan itu, kira-kira penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.

Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.




Lokman: Mengapa saya cuba larikan fail
Abdul Rahim Sabri
Feb 23, 11
1:20pm


Bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah berkata beliau yakin bahan-bahan bukti yang dijadikan alasan untuk membatalkan kemenangan semua calon pro-M yang menang di Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah palsu.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini, Lokman mendakwa, ia termasuk bahan bukti yang didakwanya mengandungi tandatangan palsu dari calon yang membantah mengenai dengan pencalonan pro-M dan resit yang dibayar sebanyak RM100 atas nama 'Khairul Faizi'

"Saya minta (bahan bukti itu) dari timbalan naib canselor (TNC (timbalan naib canselor) HEP, saya minta nak tengok, lepas itu saya cuba bawa keluar menyebabkan TNC menjerit," katanya

Berikutan itu, katanya, beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahannya.

Pengawal keselamatan tersebut kemjudian bertindak merampas balik fail dari Lokman.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

NONEBagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

Berikutan itu, kira-kira penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.

Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.




Laman web anti-Taib dikendali ipar bekas PM UK
Feb 23, 11 4:20pm


Sebuah akhbar harian Britain mendedahkan bahawa adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - adalah orang di sebalik lamanweb Sarawak Report, dan dan stesen radio bebas - Radio Free Sarawak.

Lamanweb tersebut menumpukan kepada pendedahan mengenai dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan empayar perniagaannya di peringkat global.

NONEClare Rewcastle Brown (kiri) dan rakan setugasnya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak yang mengendalikan siaran radio
tersebut, memutuskan untuk tampil kehadapan kerana bimbangkan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh, manakala bekas pekerja Taib, yang mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu.

Menurut tabloid London Evening Standard, Rewcastle Brown menubuhkan stesen radio itu empat bulan lalu dan mengambil Jaban bekerja di situ untuk mengendalikan siaran dari London di bawah nama pena 'Papa Orang Utan'.

Rewcastle Brown, 51, seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjayanya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown - Andrew - yang juga bekas wartawan dan sekarang seorang ahli strategi media.

Clare Rewcastle, yang dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia, tinggal di kawasan tersebut sehingga berusia lapan tahun, lapor harian tersebut.

Tiada ulasan: