PERISTIWA PENTING SELEPAS
PEMBUKAAN MAKKAH SEHINGGA
KEWAFATAN RASUL S.A.W.
(A) GHAZWAH HUNAIN
Kaum Hawazin telah berhimpun untuk memerangi Rasul s.a.w. selepas Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya dan orang-orang Islam. Tambahan pula penentangan Quraisy yang memakan masa selama 21 tahun sejak permulaan risalah runtuh akibat pembukaan itu. Akhirnya tercetuslah pertempuran antara Hawazin dengan tentera Islam. Pendetailan peristiwa ini kamu boleh dapati dalam “Sirah Ibnu Hisyam”.
Kami sebutkan antara pengajaran yang diperolehi daripada ghazwah ini sebagaimana
berikut:
1.Pengajaran daripada sikap bongkak Malik bin 'Auf (ketua Hawazin) dan kedegilannya enggan mendengar nasihat Duraid bin as-Simmah (bekas ketua Hawazin). Sikapnya ini timbul kerana kerakusan untuk memimpin, terpedaya dengan fikiran sendiri yang disangka betul dan rasa angkuh tidak mahu dikeji kaumnya (sedangkan dia seorang pemuda yang kuat lagi ditaati). Dia bimbang kaumnya akan berkata: "Dia mendengar nasihat seorang tua bangka yang tak berdaya lagi." Sekiranya dia mendengar nasihat Duraid, kerugian besar harta dan aib yang teruk lantaran wanita-wanita mereka menjadi tawanan perang dapat dielakkan. Namun sikap bongkak dan keangkuhan sebagai pemimpin membawa kebinasaan dan mengakibatkan kerugian kepada bangsa. Rasa bongkak Malik menyebabkan dia enggan menyerah kalah kepada kekuatan Islam yang telah berjaya menundukkan keangkuhan Quraisy. Quraisy ditundukkan setelah perjuangan yang panjang dan pertarungan yang sengit. Malik menyangka dirinya dan para pengikut, juga harta yang dimilikinya, mampu mengalahkan kekuatan Islam. Sedangkan kekuatan baru Islam mengatasi kemampuan beliau dan kaumnya. Sama ada dari segi spiritual, objektif dan susunan organisasi. Selanjutnya, sikap bongkak beliau menyebabkan wanita-wanita dan harta benda kaumnya turut dibawa bersama keluar berperang. Tujuan beliau berbuat demikian untuk menyekat kaumnya daripada menyerah kalah. Dia melanggar nasihat Duraid yang berkata kepadanya: “Tidak ada apa yang boleh mempertahankan orang yang tewas.”(7) Dia alpa terhadap kekuatan orang Islam yang akan diperanginya. Mereka tidak bergantung kepada harta, bilangan mahupun persiapan untuk mengharapkan kemenangan. Bahkan mereka hanya bergantung kepada kekuatan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah, dan janji-Nya untuk memberi kemenangan dan syurga. Malik juga lupa kekalahan tidak dapat dihalang oleh keinginan melindung wanita dan harta. Sebaliknya ia dapat ditolak dengan kecintaan meluap-luap untuk mendapat pahala Allah dan takutkan hukuman-Nya. Allah telah mengancam orang-orang yang melarikan diri kerana menyerah kalah di medan jihad dengan azab yang pedih dan pembalasan yang dahsyat:
BERMAKSUD...
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali
(7) Maksudnya: wanita dan harta benda tidak dapat membantu mereka jika mereka tewas dalam perang. Oleh itu.
bukan tindakan yang bijak untuk melibatkan wanita dan harta benda dalam pertempuran. (pent.)
\
dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain -maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatriya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. (Al- Anfal: 16)
Demikianlah kekalahan yang menimpa Malik dan kabilahnya, Hawazin serta orang lain yang turut bersama mereka. Akibat sikap bongkak dan takabur beliau ini tidak hanya menimpa dirinya sahaja, bahkan seluruh kaumnya. Ini kerana mereka taat dengan sikap degil dan bongkak beliau. Apabila Malik mengancam untuk membelah perutnya jika mereka tidak menyokong pendapatnya, mereka segera mematuhi Malik. Jika sekiranya mereka mengikut nasihat bekas ketua mereka yang berpengalaman dan menyekat keangkuhan pemimpin muda mereka, nescaya mereka tidak ditimpa kekalahan tersebut. Mereka takut dengan kemarahan pemimpin yang bongkak. Jika mereka bertanya kepada diri sendiri: “Apa yang akan berlaku kalau kita menyebabkan dia marah?” Jawapannya ialah: “Mereka akan kehilangan pemimpin mereka!” Apakah akibatnya jika berlaku demikian? Apakah akibat kehilangan pemimpin yang bongkak dan individualistik; peminpin yang ingin mendapatkan kemuliaan bertempur melawan musuh yang lebih lama berkecimpung dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal pertempuran? Adakah setaraf nyawa seorang individu dengan nyawa kabilah atau umat manusia semuanya? Allah telah memperingatkan kita dalam al-Quran tentang akibat orang ramai tunduk kepada hawa nafsu pembesar dan pemimpin yang bongkak. Allah Taala berfirman tentang kisah Musa dengan Firaun:
BERMAKSUD...
Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik. Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut), Dan kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian. (Az Zukhruf : 54-56)
Maksudnya: Apabila mereka membuatkan Kami (Allah) murka (dengan perbuatan mereka berpaling daripada kebenaran dan mengikut pemimpin mereka yang thaghut lagi bongkak), Kami menghukum mereka, lalu Kami tenggelamkan mereka semua...
2.Selain menunjukkan kewajipan melakukan persediaan yang sempurna untuk berperang(tindakan Rasulullah s.a.w. meminjam 100 baju perisai dan senjata yang diperlukan daripada Sofwan yang masih musyrik turut menunjukkan keharusan untuk rnembeli atau meminjam senjata daripada orang kafir). Pembelian dan pinjaman ini harus dengan syarat ia tidak menyebabkan orang kafir menjadi kuat dan mendapat kekuasaan. Atau mereka menggunakannya sebagai satu medium untuk menyakiti dan memudaratkan orang Islam. Rasulullah s.a.w. meminjam senjata daripada Sofwan selepas pembukaan Makkah. Ketika itu, Sofwan terlalu lemah dan tak bermaya sehingga dia tidak berdaya untuk mengenakan apa-apa syarat kepada Rasulullah s.a.w. Ketidakupayaan Sofwan ini terbukti melalui kata- kata beliau kepada Rasul s.a.w. apabila Baginda meminta senjata tersebut: "Adakah ini satu rampasan, wahai Muhammad?" Rasul s.a.w. menjawab: "Bukan, ia pinjaman yang dijamin sehinggalah kami memulangkannya kembali kepada kamu".
Peristiwa ini juga menjadi salah satu contoh kemuliaan akhlak orang-orang Islam dalam berurusan dengan musuh-musuh mereka yang telah kalah. Sekiranya Rasulullah s.a.w. ingin merampas senjata tersebut, Baginda memang boleh melakukannya dan Sofwan tidak mampu berbuat apa-apa. Namun ini merupakan tunjuk ajar Nabi tentang erti kemenangan dan cara berurusan dengan musuh yang tewas. Baginda juga mengajar agar kita tidak tamakkan harta mereka selepas tamat pertempuran. Kami tidak tahu sesiapa yang bersikap sedemikian sebelum mahupun selepas Muhammad s.a.w.. Cara tentera yang menang berurusan dengan lawan yang kalah sedangkan mereka monguasai harta, maruah dan hak-hak mereka merupakan bukti kukuh kata-kata kami.
bermaksud.....
Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar(8)itu sebagai ibumu, dan dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). yang demikian itu hanyalah perkataanmu dimulutmu saja. dan Allah mengatakan yang Sebenarnya dan dia menunjukkan jalan (yang benar). (Al-Ahzab: 4)
3.Ketika Rasulullah s.a.w. keluar untuk berperang dalam pertempuran ini, seramai 12,000 orang telah turut serta bersama Baginda. 10,000 orang adalah yang datang bersama Baginda dan Madinah dan terlibat dalam pembukaan Makkah. Mereka terdiri daripada Muhajirin, Ansor dan kabilah-kabilah yang berjiran dengan Madinah atau berada di pertengahan jalan ke Madinah. Dua ribu orang lagi merupakan rnereka yang baru memihak Islam selepas pembukaan Makkah. Kebanyakannya, hidayah Islam masih belum bertapak kukuh di dalam hati. Mereka memasuki Islam setelah segala harapan untuk menentang dan menewaskannya hancur. Oleh itu, dalam angkatan tentera Islam ini terdapat mereka yang benar-benar beriman. Mereka telah menjual nyawa dan jiwa mereka kepada Allah demi mengangkat kemuliaan agama-Nya. Angkatan ini juga mengandungi golongan yang lemah dan kurang pegangan agama. Mereka memeluk Islam kerana terpaksa, memendamkan kebencian kepada Islam dan kepedihan jiwa terhadap kemenangannya. Keseluruhan angkatan tentera tidak mempunyai tahap yang sama dari segi kekuatan roh spiritual dan keyakinan terhadap objektif perperangan yang dilakukan. Ada di kalangan mereka, pihak yang inginkan harta rampasan dan habuan kemenangan. Oleh itu, kekalahan awal yang berlaku bukanlah suatu yang pelik. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat tentera yang ramai bersamanya, Baginda bersabda:
"Kita tidak ditewaskan pada hari ini kerana bilangan tentera yang sikit(9)"
(8) zhihar ialah perkataan seorang suami kepada istrinya: punggungmu Haram bagiku seperti punggung ibuku atau
perkataan lain yang sama maksudnya. adalah menjadi adat kebiasaan bagi orang Arab Jahiliyah bahwa bila dia
Berkata demikian kepada Istrinya Maka Istrinya itu haramnya baginya untuk selama-lamanya. tetapi setelah
Islam datang, Maka yang Haram untuk selama-lamanya itu dihapuskan dan istri-istri itu kembali halal baginya
dengan membayar kaffarat (denda).
(9) Ucapan ini tidak terbukti daripada sabda Rasulullah saw.. Ibnu Ishaq meriwayatkannya dalam kitabnya,a l-
Maghazi, Rangkaian sanadnya putus dan ada perawinya yang tidak dikenali. Dikatakan: pengucap kata-kata ini
bermaksud....
Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) burnt yang luas itu menjadi sernpit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (At-Taubah: 25-26)
4.Ketika orang Islam dalam perjalanan ke medan pertempuran sebahagian mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah buatkan untuk kami Zat Anwat(10) sebagaimana mereka (orang musyrik) mempunyai Zat Anwat". Rasul sa.w. menjawab: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya, kamu telah berkata sebagaimana kaum Musa berkata kepadanya:
bermaksud..
ialah Salamah bin Salamah bin Waqsy. Ada yang mengatakan. Abu Bakar. Ada yang mengatakan: al-Abbas.
Dan ada yang mengatakan: Seorang lelaki daripada Bani Bakar.
(10) Nama gelaran pokok yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata dan berteduh oleh orang
musyrik. (Ibnu Athir al-Jazari, an-Nihayah fi Gharib al-Hadis). (pent)
bermaksud...
"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan."Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil." (al-Araf: 138).
Ia adalah jalan-jalan ikutan. Kamu akan mengikuti jalan-jalan orang-orang sebelum
kamu (Yahudi dan Nasrani)".
Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan umat ini akan mengikut jalan umat sebelum mereka. Baginda menyatakannya, sebagai amaran terhadap gejala ini. Umat Islam melakukannya kerana kejahilan menguasai mereka. Umat yang mengenali kebaikan dan kefasadan, jalan mudarat dan jalan manfaat, akan mengambil dan berpegang dengan kebaikan di samping menolak dan lari daripada kefasadan. Mereka enggan melalui mana- mana jalan yang memudaratkan sekalipun umat lain melaluinya. Oleh itu, apabila mereka mengikuti jalan taqlid tanpa mempedulikan akibatnya, mereka telah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Inilah kejahilan yang disebut oleh Allah:
bermaksud...
"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan." Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. " (Al-Araf: 138)
Umat yang mempercayai diri sendiri, bangga dengan keperibadiannya dan gembira dengan kebenaran dan kebaikan yang dimiliki, pasti enggan mengekori orang lain. Mereka tidak akan menuruti orang lain dalam perkara yang menyakiti diri dan menafikan prinsip- prinsip yang mereka pegang. Sekiranya mereka bertaqlid, bererti mereka berkeperibadian lemah, berpemikiran kacau bilau, tunduk kepada hawa nafsu dan terjebak dalam kelemahan juga kehancuran. Sifat-sifat tersebut merupakan sifat jahiliah. Allah menyelamatkan kita daripada sifat tersebut melalui perutusan Rasul, Kitab dan syariat-Nya. Dari perspektif dakwah pengislahan, berilmu dan jahil bukannya bermaksud kemampuan membaca dan buta huruf. Tetapi, ia bermaksud petunjuk dan kesesatan atau kesedaran dan kebodohan. Umat yang sedar tentang perkara yang memberi faedah dan perkara yang memudaratkan, merekalah umat yang berilmu sekalipun mereka buta huruf. Manakala umat yang tidak mendapat petunjuk tentang jalan dan manhaj kebaikan, merekalah umat yang jahil sekalipun mereka mengetahui pelbagai ilmu dan menguasai bermaeam rupa bentuk budaya.
Keruntuhan sesuatu umat (mana-mana umat sekalipun) berpunca daripadajahiliah menguasai perasaan dan hawanafsu anak bangsa mereka. Tanyalah kepada sejarah: Bukankah tamadun Yunan dan Rom runtuh akibat penguasaan jahiliah?!
Mereka yang bertaqlid tetap jahil walau setinggi mana mereka belajar. Mereka tetap kanak-kanak walau sedewasa mana umur mereka. Mereka akan terus dianggap sebagai keanak-anakan dan jahil sehinggalah mereka memerdekakan diri daripada taghut.
5.Setelah orang Islam tewas dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w. pada permulaan pertempuran, Syaibah bin Othman menyangka dia akan dapat menuntut bela ke atas Baginda s.a.w.. Bapanya telah terbunuh semasa Ghazwah Uhud. Syaibah berkata: "Apabila aku menghampiri Rasulullah s.a.w. untuk membunuh Baginda, datang sesuatu yang menakutkan aku. Aku tidak berdaya menghadapinya. Justeru itu, aku tahu bahawa Baginda terpelihara."
Peristiwa seperti ini berulang kali berlaku dalam sirah. Ia berlaku kepada Abu Jahal dan Iain-lain penentang di Makkah dan Madinah. Semua peristiwa membuktikan Allah mencampakkan rasa gerun musuh terhadap Nabi s.a.w.. Ia menakutkan mereka yang cuba membunuh Baginda. Ini merupakan bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. la juga menjadi bukti bahawa Allah tetap memelihara Nabi-Nya daripada segala tipudaya. Allah juga memelihara Baginda agar terus hidup sehinggalah Baginda berjaya menyam-paikan risalah, menunaikan amanah, menyelamatkan semenanjung tanah Arab daripada jahiliah dan menghantar-kan anak-anak bangsa itu ke seluruh dunia. Mereka mengajar, mendidik dan menyelamatkan manusia yang lain. Jika bukan kerana perlindungan Allah kepada Rasul-Nya, nescaya orang musyrik telah berjaya menamatkan riwayat Baginda sejak permulaan dakwah lagi. Jika ini terjadi, agama dan nikmat Allah tidak akan sempurna. Begitu juga, cahaya kebenaran, hidayah dan rahmat risalah tidak akan sampai kepada kita. Perjalanan sejarah pula tidak akan bertukar. Manusia tidak bebas daripada kesesatan dan kesengsaraan. Kemanusiaan telah merdeka hasil daripada penyebaran Islam serta tamatnya era kediktatoran dan kuku besi terhadap rakyat. Melalui Islam, kemanusiaan juga bebas daripada kuasa raja dan pemimpin yang menegakkan kekuasaan mereka di atas dasar pencerobohan dan kezaliman. Mereka menyekat rakyat daripada merasai kemuliaan harga diri atau menuntut bela atas kezaliman yang mereka alami. Semua ini tercapai dengan anugerah Allah yang memelihara Rasul-Nya, sehingga Baginda berjaya melaksanakan amanah (risalah) dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan.
Tidak ragu-ragu lagi, kurniaan Allah kepada Rasul-Nya begitu besar:
BERMAKSUD....
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam, (Al-Anbiya': 107)
Apa yang pasti, para pendakwah yang terselamat daripada tipu daya dan perangkap musuh merupakan penerusan kepada anugerah yang besar ini. Anugerah ini bermula dengan pemeliharaan Allah kepada Rasul-Nya.
Oleh itu, para pendakwah mestilah sentiasa meminta perlindungan Allah (setelah mengambil langkah berjaga-jaga dan waspada). Mereka juga mestilah bernaung di bawah keperkasaan dan kekuasaan-Nya serta meyakini Dia bersama mereka sebagai Penolong dan Penjaga. Mereka turut meyakini sesiapa yang diselamatkan Allah daripada tipu daya musuh dakwah, dia akan terselamat. Walaubagaimana hebat kekuasaan musuh dan selicik mana tipu daya, komplot dan jenayah mereka. Perlindungan hanyalah perlindungan Allah. Bantuan hanyalah bantuan Allah. Kegagalan adalah kerana tiada bantuan dan perlindungan-Nya. Yang pasti semua yang terlaksana merupakan ketentuan qada' dan arahan-Nya:
BERMAKSUD.....
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa
pun yang akan dapat mengalahkan kamu. (Ali Imran: 160)
Hebat mana sekalipun tipu daya manusia yang zalim, pertolongan Allah Yang Maha Adil lebih hebat dan agung. Oleh itu, seseorang pendakwah atau pengislah tidak boleh bersikap pengecut mahupun takut. Orang yang beriman dengan Allah lagi meyakini pertolongan dan sokongan-Nya tidak akan berlengah-lengah menunaikan tuntutan kebenaran.
BERMAKSUD...
Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang
yang beriman. (Ar-Rum: 47)
BERMAKSUD.....
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang rnenentang)." Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. (Al- Mujadalah: 20-21)
Hakikat ini bukanlah menafikan kejayaan musuh-musuh Allah bertindak ke atas sesetengah pemirnpin Islam di kalangan pendakwah islah. Ia juga tidak menafikan kemungkinan musuh-musuh itu dapat menghapus mahupun menyakiti mereka. Kematian adalah pasti. Ia merupakan salah satu suratan nasib anak Adam. Sesiapa yang tertulis suratan takdirnya mati di tangan orang-orang zalim, kematian itu merupakan satu kemuliaan dan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Kematian di jalan Allah adalah syahid. Manakala kesakitan demi dakwah kebenaran adalah kemuliaan. Sementara ujian kerana pengislahan adalah pahala yang kekal.
...
BERMAKSUD...
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (At-Taubah: 120)
6.Pada permulaan pertempuran, orang-orang Islam dikejutkan dengan serang hendap yang dilakukan oleh pihak musuh. Serangan itu menyebabkan tentera Islam kelam kabut, kacau bilau dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w., Hanya segelintir mereka
yang tetap teguh (bertempur) bersama Baginda. Rasulullah kemudiannya mula melaungkan:
"Datang kepadaku, wahai manusia! Ayuh datang kepadaku! Aku adalah
Rasulullah. Aku Muhammad bin Abdullah."
Namun, orang ramai tidak mendengar suara Baginda. Oleh itu, Baginda meminta al- Abbas; seorang yang bersuara lantang untuk melaungkan kepada tentera Islam: "Wahai pasukan Ansor! Wahai pasukan orang-orang yang berbaiah di bawah pokok Samurah (mereka yang berbaiah dalam Baiah ar-Ridhwan)!" Lantas mereka menjawab: "Ya, kami di sini sedia menerima arahan. Ya, kami di sini sedia menerima arahan." Terdapat tentera yang cuba memusing untanya (untuk menyahut seruan itu), namun tidak berupaya berbuat demikian. Lantaran itu, dia mengambil pedang, perisai dan menyarung baju besinya. Dia merempuh turun dan melepaskan untanya. Dia kemudian-nya menuju kepada arah suara tadi sehinggalah menemui Rasulullah s.a.w.. Setelah 100 orang berhimpun bersama Baginda, mereka bertindak menghadapi dan memerangi musuh. Akhirnya kemenangan berjaya dicapai.Dalam peristiwa ini terkandung beberapa pedoman dan pengajaran yang patut diteliti
oleh para pendakwah dan tentera kebenaran. Kekalahan dakwah dalam pertempuran kemungkinan berpunca daripada kelemahan aqidah sesetengah pendukungnya, ketidakikhlasan kepada kebenaran dan ketidaksediaan mereka untuk meleburkan segala-gala di jalannya. Keteguhan pemimpin dakwah menghadapi apa-apa krisis, keberanian dan keyakinan beliau kepada Allah dan pertolongan-Nya, mempunyai kesan besar untuk menukarkan kekalahan kepada kemenangan. Pejuang yang ada bersamanya akan mendapat semangat baru, meskipun sebelum itu mereka merasa lemah dan ragu-ragu. Kekalahan juga dapat ditukar menjadi kemenangan jika tentera jujur dan tetap teguh bersama pemimpin mereka yang berani lagi ikhlas. Mereka yang tetap teguh bertempur bersama Rasulullah s.a.w. setelah berlaku kekalahan pada permulaan perang; Mereka yang menyahut panggilan Rasul s.a.w. tidak melebihi 100 orang; Pada ketika mereka terhimpun, perjalanan pertempuran mula bertukar. Bantuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman juga mula tiba. Kesannya pihak musuh mula tewas. Semangat dan barisan mereka mula lemah. Setiap kali pemimpin dakwah memperingatkan para pengikutnya bahawa mereka berada di atas kebenaran dan Allah bersama orang-orang beriman yang jujur, semangat mereka akan bertambah kuat. Mereka akan semakin maju untuk berbakti dan berkorban.
Baginda s.a.w. bersabda: MAKSUD...
"Aku adalah Rasulullah."
Di dalam riwayat lain, bukan daripada Ibnu Hisyam pula, Baginda bersabda:
"Aku adalah Nabi. Aku tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Muttolib."
Kata-kata ini menjadi bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. Ia turut menjadi bukti keyakinan Baginda terhadap pertolongan Tuhannya. Seseorang pemimpin sepatut-nya bersikap sedemikian ketika menghadapi saat-saat genting. Dia hendaklah yakin dengan dirinya dan berlindung dengan Tuhannya. Dia juga perlu komited terhadap pertolongan dan penjagaan-Nya. Keyakinan pemimpin kepada objektif, matlamat dan risalah yang dibawanya memberi impak terbesar kepada kejayaan. Ia juga merupakan tarikan kepada orang ramai untuk bersamanya. Keyakinan ini membawa impak besar dalam meringankan bebanan jiwanya. Dia akan redha dan tenang dalam memikul keperitan perjuangan.
7.Pendirian Ummu Sulaim binti Milhan (dalam pertempuran ini) menjadi salah satu kebanggaan wanita muslimah pada zaman permulaan Islam. Beliau bersama suaminya, Abu Tolhah turut terlibat dalam pertempuran ini. Ketika itu, Ummu Sulaim yang sedang hamil
membebat perut dengan baju gaunnya. Dalam masa yang sama unta milik suaminya ada bersama-sama nya. Dia bimbang unta itu akan terlepas. Oleh itu, dia memasukkan tangannya ke dalam tali dan besi kekang unta tersebut. Rasulullah s.a.w. ternampak gelagatnya, lantas berkata: "Ummu Sulaim?" Dia menjawab: "Ya, demi bapa dan emak aku, wahai Rasulullah! Bunuhlah mereka yang melarikan diri daripada kamu sebagaimana kamu memerangi orang yang memerangi kamu. Mereka sememangnya layak diperlakukan demikian." Baginda menjawab:
"Tidak cukupkah Allah (berbuat demikian), wahai Ummu Sulaim?!"
Ummu Sulaim juga memiliki sebilah khanjar. Suaminya, Abu Tolhah bertanya kepadanya mengapa beliau memiliki khanjar tersebut. Dia menjawab: "Khanjar ini aku ambil, kalau-kalau orang musyrik menghampiriku, aku akan lukakannya!" Jawapan itu mengkagumkan Abu Tolhah dan menarik perhatian Rasul s.a.w..
Demikianlah kedudukan wanita Islam sebelum ini. Demikian juga kedudukan mereka yang sepatutnya pada masa mendatang. Dia berani, sama-sama memberi sumbangan dalam pertempuran mempertahankan agama dengan turut melibat-kan diri dalam kancah pertempuran. Apabila dia diperlukan atau musuh menghampirinya, dia sendiri membalas serangan tersebut agar tidak dijadikan tawanan perang. Wanita muslimah dalam sejarah permulaan Islam mempunyai lembaran-lembaran jasa bakti, pertarungan, pengorbanan dan keberanian yang gilang gemilang. Peristiwa-peristiwa ini menjadi tamparan kepada para orientalis dan golongan Barat yang taksub. Mereka memberitahu bangsa mereka bahawa Islam menghina dan memperlekehkan wanita. Mereka juga mendakwa risalah Islam dalam batasannya yang normal tidak memperuntukkan tempat yang selayaknya bagi wanita dalam masyarakat. Malah mereka terus mengada-adakan cerita palsu mendakwa Islam tidak membuka ruang syurga kepada wanita. Wanita tidak akan memasuki syurga walau macam sekalipun dia melakukan kebaikan, ibadat dan ketaqwaan!!!
Tanpa kita meneliti kepada nas al-Quran dan Sunnah yang terang-terang menolak dogengan ini, sejarah Islam sendiri telah mencatatkan jasa-jasa wanita Islam dalam menyebarkan Islam. berdakwah dan berkorban di jalannya. Ini sedikitpun tidak pernah dicatatkan oleh sejarah mana-mana agama lain. Peristiwa yang berlaku kepada Ummu Sulaim dalam pertempuran ini (pertempuran Hunain) merupakan satu contoh daripada ratusan contoh yang memperkatakan tentang peranan wanita. Bukan tujuan kami menjawab dakwaan musuh-musuh Islam yang taksub dalam topik ini. Kami lebih prihatin memetik pengajaran yang cukup jitu daripada peristiwa Ummu Sulaim ini bagi memberangsangkan kita agar menyeru wanita Islam. Menyeru mereka agar melakukan tugas asal dan semulajadi mereka iaitu berkhidmat untuk Islam dan mendidik generasi kita yang akan datang di atas petunjuk dan prinsip-prinsip Islam. Pada hari ini terdapat dua golongan wanita Islam; golongan wanita yang solehah lagi baik, tetapi hanya terbatas kepada perlaksanaan solat, tilawah al-Quran dan menjauhi perkara haram. Segolongan lagi hanyut dalam arus tamadun Barat. Mereka menukarkan adab sopan santun Islam dan akhlak wanita Arab Islam dengan kod etika dan nilai moral wanita Barat. Kod etika dan nilai moral ini telah mengheret mereka, keluarga dan bangsa kepada bala bencana dan kesengsaraan. Lebih malang lagi ada pihak yang berperanan menelanjangkan wanita Arab Islam daripada akhlak dan kriteria yang pernah diasuhkan oleh semulia-mulia generasi dalam sejarah. Generasi mulia tersebut mempunyai jasa dan kualiti yang tinggi, agung lagi abadi. Islam dan sejarahnya, khususnya sejarah Rasulullah s.a.w. pula mengajak wanita Islam hari ini untuk kembali tampil berkhidmat kepada Islam dan masyarakatnya. la mengajak mereka berkhidmat dalam ruang lingkup tugas semulajadi, mendidik dan ciri-ciri kewanitaan yang sejati seperti keperibadian mulia, kesucian diri, kesopanan dan sikap malu.
Kamu perhatikan, adakah para pemudi Islam kita yang komited beragama mengulangi sejarah Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama mereka? Adakah mereka memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi dan bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita pada hari ini? Adakah sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan Ummu Sulaim di kalangan mereka pada hari ini? Sekali-kali tidak. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama mereka. Namun, siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada zaman kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau tipu daya golongan penyesat dan ejekan musuh kepada kebaikan, kebenaran, kesusilaan dan agama?
8.Dalam pertempuran ini, Rasulullah s.a.w. menemui seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid bin al-Walid. Orang ramai mengerumuni wanita tersebut. Baginda bertanya: "Siapa ni?" Mereka menjawab: "Seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid bin al-Walid." Lantas Rasulullah s.a.w. mengarahkan beberapa orang sahabat yang ada bersamanya: "Cari Khalid dan katakan kepadanya: Rasulullah s.a.w. melarang kamu membunuh kanak-kanak, wanita dan buruh kerahan."
Tidak ragu-ragu lagi, larangan membunuh golongan lemah dan mereka yang tidak terlibat dalam peperangan merupakan peraturan yang tersendiri digariskan oleh Islam. Oleh itu Islam melarang tenteranya membunuh para pendita, wanita, orang tua, kanak-kanak dan mereka yang dipaksa berperang seperti petani dan buruh. Dalam sejarah peperangan di dunia, sebelum mahupun selepas Islam hingga hari ini, perundangan yang unggul lagi berperikemanusiaan sebegini tidak pernah berlaku. Satu kebiasaan dan diterima di kalangan semua bangsa, peperangan mengharuskan kaum yang berperang unt,uk membunuh musuh tanpa kecuali. Zaman ini ialah zaman diisytiharkan hak asasi manusia. la juga merupakan zaman ditegakkan badan dunia dan antarabangsa untuk menyekat pencerobohan serta membantu bangsa tertindas sebagaimana yang digembar-gemburkan. Namun, jiwa kemanusiaan masih belum mencecah tahap yang tinggi dan mulia hingga dapat mengisytiharkan pengharaman membunuh kelompok-kelompok masyarakat tadi. Kita cukup kenal dengan pemusnahan bandar dan penghuninya dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kita juga amat arif tentang peperangan yang dilakukan oleh golongan penjajah terhadap pemberontakan rakyat yang menuntut hak mereka untuk hidup mulia.
Golongan penjajah menghalalkan pemusnahan bandar dan kampung. Mereka menghalalkan pembunuhan ribuan atau puluhan ribu penduduknya dengan tujuan memadamkan api pemberontakan. Perancis telah melakukan kekejaman ini di Algeria lebih daripada sekali. Begitu juga dengan tindakan England di banyak koloni jajahannya. Ataupun tindakan Portugis terhadap koloni jajahannya di Afrika pada hari ini.
Kita tak pernah tahu sedikitpun dalam sejarah mana-mana untuk berperang. Namun Islam sejak 14 kurun lalu telah melarang secara jelas perbuatan membunuh mereka. Perkara bangsa di dunia, dahulu mahupun kini, terdapat larangan membunuh buruh dan kaum tani yang dipaksa ini tidak terhenti sekadar larangan perundangan, bahkan ia menjadi realiti yang berlaku. Kamu dapat lihat dalam pertempuran Hunain ini, Rasulullah s.a.w. selaku pendukung syariat dan penyampainya marah terhadap pembunuhan seorang wanita. Baginda menghantar arahan kepada beberapa panglimanya agar tidak menyerang wanita, kanak-kanak dan buruh kerahan.
Ketika Baginda mempersiapkan angkatan tentera Usamah untuk memerangi Rom (beberapa hari sebelum kewafatan Baginda), antara pesanan Baginda kepada mereka ialah: Larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan pendita yang tidak berperang atau tidak membantu peperangan. Pesanan yang sama dilakukan oleh pengganti Baginda, Abu
Bakar as-Siddiq r.a. ketika beliau meneruskan penghantaran Usamah, juga semasa beliau mengarahkan ketumbukan tentera untuk berperang di jalan Allah, jalan kebenaran, kebaikan, petunjuk dan keadilan. Demikian juga sikap yang dilakukan oleh "pedang Allah", Khalid bin al-Walid r.a. semasa pembukaan Iraq. Beliau tidak melakukan sebarang tindakan buruk kepada kaum petani yang sedang bercucuk tanam di tanah-tanah mereka. Prinsip-prinsip kemanusiaan yang mulia dan tidak diketahui oleh sejarah mana-mana tentera di muka bumi ini telah menjadi adat resam tentera Islam di mana-mana pada pelbagai zaman.
Kesungguhan tentera Islam untuk berpegang dengan adat resam ini ditunjukkan kepada kamu oleh tindak tanduk Solahuddin ketika berurusan dengan tentera Salib setelah beliau mengalahkan mereka dan mengambil kembali Baitul Maqdis. Beliau telah memberi keamanan kepada orang-orang tua, tokoh-tokoh agama, wanita, kanak-kanak, bahkan tentera- tentera Salib yang gagah. Beliau menghantar mereka kembali kepada kaum mereka dengan kawalan tentera Islam. Beliau juga tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka. Sedangkan sikap tentera Salib ketika menawan Baitul Maqdis jelas menunjukkan pengkhianatan, sikap keji, keganasan dan perangai hina. Tentera Salib menjanjikan keamanan nyawa dan harta kepada penduduk Islam Baitul Maqdis sekiranya mereka mengangkat bendera putih (menyerah kalah) di atas Masjid al-Aqsa. Oleh itu, orang-orang Islam berhimpun beramai-ramai di dalamnya kerana terpedaya dengan janji tersebut. Apabila tentera Salib memasuki Baitul Maqdis, mereka menyembelih semua orang yang berlindung di Masjid al-Aqsa tanpa mengira sesiapa. Bilangan mereka yang disembelih di dalam masjid itu mencecah kepada 70,000 orang. Mereka terdiri daripada para ulama, para zahid, wanita dan kanak-kanak. Hinggakan seorang penulis Kristian menghantar berita gembira penawanan kota itu kepada Pope dengan kata-kata bangga: Darah-darah telah mengalir di jalan-jalan sehinggakan panglima-panglima berkuda Salibi mengharungi limpahan darah yang menenggelami kaki-kaki kuda mereka.
Hari ini, kita memperkatakan perkara ini bukanlah untuk berbangga dan bermegah dengan sejarah pembukaan, para panglima dan tentera kita. Mereka digambarkan oleh Gustave Le Bon : "Sejarah tidak mengenali pembuka negara yang lebih berbelas kasih dan adil berbanding Arab". Kita mengimbaunya untuk menyedarkan bahawa kita sebelum ini lebih berperikemanusiaan dan berbuat kebajikan berbanding orang-orang Barat pada kurun ke-20 ini. Agar golongan Barat tidak dapat memperdayakan kita. Meskipun mereka mencanangkan kepada kita tentang hak asasi manusia, Hari Kanak-kanak, Hari Ibu sebagai bukti ketinggian tamadun mereka. Mereka menipu orang yang lurus bendul dan bebal.
Mereka memperdayakan golongan yang mendakwa dirinya anak bangsa dan para
cendikiawan kita tetapi hilang keyakinan dengan umat dan sejarah sendiri.
Kami mahu generasi kita pada hari kini menyedari komplot jahat ini. Mereka hendaklah yakin dengan agama dan warisan tamadun kemanusiaan mereka yang mulia. Justera itu, mereka tidak tunduk kepada golongan Barat seumpama tunduknya seorang fakir yang hina di hadapan seorang kaya yang berkuasa. Data pemikiran mereka juga tidak bertelagah sesama sendiri tanpa dapat membezakan antara kaca dan permata sebagaimana kelkatu yang bertelagah memasuki api lalu terbakar di dalamnya.
Ilmu mengesahkan Islam sebagai sebaik-baik agama. Dan ajaran yang paling hampir dengan fitrah dan paling menjamin kebaikan manusia. Sejarah juga membuktikan peperangan Islam merupakan peperangan yang paling berbelas kasihan, paling sedikit bala bencana, paling banyak kebaikan dan paling mulia misinya. Setiap hari ditemui bukti-bukti baru bahawa Islam merupakan agama Allah, Muhammad itu pesuruh Allah dan orang-orang Islam yang jujur itu merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih dan terbaik di kalangan seluruh manusia.
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) danpada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53)
9.Rasulullah dan orang Islam telah mengejar kaum Hawazin yang tewas sehingga mereka tiba ke penempatan kaum Thaqif di Toif. Baginda dan orang Islam mengepung kota itu beberapa hari tetapi gagal membukanya. Setelah itu, Baginda pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, Baginda membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain. la terdiri daripada 6,000 tawanan sahaya dan wanita di samping unta dan kambing yang tidak diketahui jumlahnya. Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Arab untuk menarik minat mereka kepada Islam.
Baginda juga memberi harta yang banyak kepada Quraisy. Namun Ansor tidak memperolehi apa-apapun. Sebahagian Ansor memperkatakan hal tersebut. Mereka melahirkan rasa sedih kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan tersebut. Hinggakan sebahagian mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. telah bertemu kembali kaum Baginda." Maksudnya: Baginda telah melupakan kita setelah Allah membukakan Makkah dan Quraisy memeluk Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengumpul kaum Ansor dan berucap kepada mereka Setelah Baginda memuji Allah, Baginda bersabda:
"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan, lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?" Mereka menjawab: "Benar! Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan lebih berbakti." Kemudian Baginda bersabda lagi: "Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan? Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti." Baginda bersabda: "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh jawab. Jawapan kamu adalah benar dan diterima. Kamu boleh jawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu), lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan, lalu kami berkongsikan harta denganmu.
Wahai kaum Ansor, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisa- sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman- Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah, rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."
Maka kaum Ansor menangis sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka
berkata: "Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah."
Di sini terdapat beberapa permasalahan yang boleh diberi komentar tentangnya:
Pertama: Isu harta rampasan perang sebagai satu bahagian daripada sistem perang
dalam Islam. Musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai medium untuk menyerang Islam. Mereka mendakwanya ia merupakan salah satu faktor material pengisytiharan perang dalam Islam. Ia juga sebagai insentif yang cukup berkesan kepada tentera-tentera Islam untuk berkorban dan berbakti. Lantaran itu, mereka bermati-matian merebut harta rampasan selepas tamat peperangan sebagaimana yang berlaku dalam pertempuran ini.
Tak diragui bahawa setiap pengkaji yang adil dan sedar menolak dakwaan ini. Ini kerana faktor peperangan dalam Islam berbentuk spiritual. Ia bertujuan menyebarkan kebenaran, menolak gangguan jahat dan pencerobohan. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis. Adalah pelik, seseorang sanggup berkorban nyawa dan mendedahkan keluarganya kepada pengabaian, kerana tamakkan habuan material walau macam mana besar habuan tersebut. Tamak kepada habuan material tidak berupaya melahirkan keperwiraan luar biasa yang terserlah di kalangan pejuang-pejuang Islam pada zaman permulaan Islam. Ia juga tidak dapat melahirkan natijah yang menakjubkan sebagaimana berlaku dalam peperangan Islam dengan Arab semasa hayat Rasulullah. Begitu juga pertempuran Islam dengan Parsi dan Rom selepas itu. Sedangkan pihak musuh-musuh Islam sendiri mempunyai dorongan ketamakan material. Harta-harta dan orang Islam pasti akan menjadi habuan mereka sekiranya orang Islam kalah. Orang Islam bukan satu-satunya pihak yang mengagih-agihkan harta dan memperhambakan musuh mereka apabila menang. Bahkan fenomena ini merupakan tindak tanduk mana-mana angkatan tentera yang berperang. Kenapakah ketamakan material yang dimiliki oleh musuh Islam ini tidak menghasilkan keperwiraan luar biasa atau natijah yang mengkagumkan? Sebagaimana yang terserlah di kalangan tentera Islam dan dipamerkan dalam siri peperangan Islam?
Berbagai peristiwa yang berlaku dalam peperangan menafikan sama sekali dorongan material merupakan pemangkin paling utama dalam jiwa tentera Islam. Dalam pertempuran Badar, Uhud, Mu'tah dan Iain-lain lagi, wira-wira Islam maju ke medan pertempuran mengharapkan kemuliaan mati syahid dan nikmat syurga. Hinggakan salah seorang daripada mereka melemparkan buah-buah tamar daripada mulutnya apabila mendengar janji Rasul s.a.w. tentang balasan syurga bagi para syuhada. Beliau mengharungi pertempuran seraya berkata: "Wah, bagusnya! Tiada apa lagi yang menghalang aku untuk memasuki syurga melainkan tamar-tamar ini? Demi Allah, (Jika aku menghabiskan makan tamar ini), ia adalah kehidupan yang panjang (melambatkan aku ke syurga)!" Selanjutnya, beliau terus berperang sehingga terbunuh. Yang lain pula tampil menyerang musuh seraya berkata: "Syurga! Syurga! Demi Allah aku mencium baunya lebih dekat dari Bukit Uhud." (Peristiwa ini berlaku ketika pertempuran Uhud).
Dalam pertempuran dengan Parsi, Rustum menawarkan harta atau pakaian kepada orang Islam agar mereka membatal-kan rancangan berperang dan pulang semula ke negara mereka. Namun ketua utusan tentera Islam menjawab: "Demi Allah, kami tidak keluar kerana perkara ini. Apa yang kami mahu ialah menyelamatkan kamu daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Sekiranya kamu memeluk Islam, kami akan pulang. Sementara kerajaan dan tanah kamu tetap kekal milik kamu. Kami tidak akan merebut apa-apa pun daripada kamu." Adakah ini jawapan gerombolan tentera yang keluar untuk mendapatkan rampasan perang juga menguasai tanah dan harta benda?!
Peristiwa para pejuang mengharapkan rampasan perang dalam pertempuran Hunain dan ketidakpuasan hati Ansor kerana tidak mendapat agihan dijadikan bukti dakwaan palsu mereka. Mereka sengaja bersikap memejamkan mata terhadap realiti pertempuran dan pihak- pihak yang terlibat dalam peperangan. Mereka yang mengharapkan rampasan perang tersebut terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam. Hidayah Islam masih belum bertapak
kukuh dalam jiwa mereka sebagaimana golongan Islam yang sebelumnya. Oleh itu, orang- orang Islam seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Tolhah, az- Zubair dan para sahabat besar yang awal menyahut seruan Islam, tidak mengharap habuan rampasan perang tersebut. Rasa tidak puas hati Ansor pula hanyalah kata-kata sesetengah mereka yang berpandangan pembahagian rampasan perang pada hari tersebut diagih tidak sama rata. Fenomena sebegini berlaku kepada kebanyakan manusia pada setiap zaman dan tempat. la timbul dalam diri mana-mana manusia yang berada dalam situasi seumpama ini.
Tangisan mereka apabila Nabi s.a.w. berucap kepada mereka adalah bukti paling jelas tentang keinginan Ansor untuk mencapai redha Allah, pahala dan syurga-Nya, juga ketaatan kepada Rasul-Nya. Antara ucapan Baginda: "Tidak-kah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?" Mereka mengutamakan untuk berdamping dengan Rasulullah dan tinggal berdekatan Baginda berbanding harta benda dan keuntungan. Adakah logik mereka dituduh: Mereka berjihad hanya untuk mengaut harta dan keuntungan?
Tiada guna untuk mempersoalkan: Kenapa Islam menjadikan rampasan perang hak tentera yang berperang bukan hak negara sebagaimana zaman kita ini? Kerana persoalan sebegini menunjukkan mereka alpa tentang tabiat manusia dan adat resam peperangan pada zaman tersebut. Bukan hanya tentera Islam membahagi-bahagikan 4/5 rampasan perang kepada tenteranya, Parsi dan Rom turut berbuat sedemikian. Bahkan pengagihan tersebut digunakan oleh semua angkatan tentera. Sekiranya seseorang mujtahid pada hari ini berpendapat rampasan perang yang diperolehi oleh tentera Islam pada zaman ini perlu diserahkan kepada negara, ia masih dalam lingkungan memahami persoalan ini berdasarkan prinsip dan ruh Islam.
Kedua: Keputusan Nabi s.a.w. memberi agihan rampasan perang lebih kepada mereka yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menunjukkan kebijaksanaan Baginda. Baginda s.a.w. arif dengan personaliti kaumnya dan berpandangan jauh dalam mengurus sesuatu perkara. Mereka merupakan golongan yang sentiasa memerangi Rasulullah dan enggan menerima dakwah sehinggalah pembukaan Makkah. Sebahagian mereka juga gembira dengan kekalahan orang Islam pada permulaan pertempuran ini (Hunain). Oleh itu, usaha menjinakkan hati dan menyemai perasaan tentang keistimewaan mereka memeluk Islam dari sudut material mesti dilakukan. Kerana mereka memerangi Islam disebab faktor material ini. Pada hakikatnya, mereka sebagai pemuka-pemuka kaum, memerangi Islam kerana ingin mengekalkan kepimpinan dan menjaga kepentingan material mereka. Apabila Islam menghancurkan kekuatan mereka dengan pembukaan Makkah, ada kemungkinan masih terdapat dalam jiwa mereka rasa benci terhadap kemenangan tersebut. Mungkin timbul juga rasa tidak puas hati dengan kekalahan dan runtuhnya kekuatan mereka.
Islam merupakan agama pembawa petunjuk dan pengislah. Islam tidak berpada dengan hanya memberi tekanan dan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan penerimaan jiwa dan hati, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan sistem yang bergantung kepada kekerasan untuk tertegak dan kekal. Bahkan hati mesti terbuka untuk menerima Islam, merasa gembira dengan petunjuknya dan rindu kepada prinsip juga teladannya. Pemberian tersebut merupakan tindakan bijak selagi pemberian (kurnia) kepada sesetengah manusia berfaedah untuk memperbaiki hati dan menghapuskan permusuhan mereka. Rasulullah mengambil keputusan yang sangat bijak sehingga mereka redha terhadap apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w..
Allah mengetahui dakwah-Nya pasti berkembang ke timur dan barat dunia setelah ia menguasai semenanjung tanah Arab. Oleh itu, seluruh Arab mesti disediakan untuk memikul risalah ini dan berkorban di jalannya. Sekiranyajiwa para pemuka dipulihkan dengan
pemberian ini, hati mereka akan terbuka untuk menerima cahaya dakwah. Mereka juga akan bersedia memikul bebanan dakwah. Inilah yang benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah menjinakkan hati para pemimpin tersebut, rasa tidak puas hati dan kebencian kepada Islam dan dakwahnya lenyap daripada diri mereka. Apabila tentera Islam mula menjelajah bumi demi menyampaikan prinsip Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya Islam, semenanjung tanah Arab telah bersedia untuk memikul tugas bersejarah yang agung ini. Para pemimpin yang telah jinak hati mereka ini merupakan golongan pertama yang redha dan mara dalam pertempuran pembebasan tersebut. Sejarah mengesahkan pertarungan hebat mereka dalam siri pembukaan tersebut. Mereka juga mempunyai jasa besar dalam memperkukuhkan tunggak-tunggak Islam di luar semenanjung tanah Arab. Mereka menguruskan kerajaan Islam yang luas dan memimpin tenteranya yang melimpah-limpah.
Mereka tetap diiktiraf sebagai mujahid. Meskipun pada permulaan Islam, mereka merupakan golongan yang dijinakkan (melalui berbagai pemberian). Ataupun mereka lambat memeluk Islam sehingga selepas pembukaan Makkah. Kebiasannya, mereka yang terkemudian berjaya menyusul mereka yang terdahulu. Orang yang lemah dapat mencapai keistimewaan orang yang kuat. Begitu juga ramai orang yang memperolehi keikhlasan beramal walaupun memulakannya tanpa ikhlas. Al-Hasan rahimahullah berkata: "Kami menuntut ilmu ini bukan kerana Allah, namun ilmu ini tetap mendorong agar ia dilakukan kerana Allah." Tokoh lain pula berkata: "Kami menuntut ilmu ini tanpa niat, namun niat datang kepada kami selepas itu." Cukuplah Allah menjanjikan kebaikan kepada golongan yang lewat memeluk Islam ini, sebagaimana firman-Nya:
BERMAKSUD....
Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.(Al- Hadid: 10)
Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w. mengumpul dan meredakan rasa terkilan Ansor kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan perang, menjadi bukti kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Baginda s.a.w. Apabila komen sesetengah Ansor berkaitan agihan rampasan perang sampai kepada Baginda, Baginda mengambil langkah proaktif untuk meredakan rasa terkilan tersebut. Baginda mengumpulkan mereka untuk tujuan itu. Baginda menyampai-kan ucapan yang bijaksana sekalipun Baginda tahu mereka mencintai dan setia mengikutinya. Mereka telah mengorban-kan darah dan harta mereka di jalan Allah. Tiada kebimbangan berlaku sesuatu yang mengurangkan iman atau menghumban mereka ke dalam kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Namun Baginda memilih untuk menghilangkan prasangka yang mula tersemat dalam fikiran sesetengah mereka tentang isu tersebut. Ini salah satu sunnah terpuji yang mesti diikuti oleh para pemimpin dan ketua bersama penyokong dan pencinta mereka. Musuh menunggu-nunggu untuk mengekploitasi apa-apa kejadian atau kata-kata yang melemahkan pergantungan para
pengikut terhadap pemimpin mereka. Syaitan mem-punyai komplot yang jahat dan licik tipudayanya. Oleh itu, para pemimpin tidak boleh cuai mendapatkan dukungan penyokong walau mereka amat mempercayai para penyokong mereka.
Seterusnya, perhatikan teknik bijak lagi berkesan yang digunakan oleh Baginda s.a.w. agar mereka berpuas hati dan yakin terhadap hikmah keputusan Baginda tersebut. Baginda menyebut jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda dan inisiatif segera mereka untuk memperbenarkan Baginda. Sedangkan ketika itu kaum Baginda sendiri mendustai dan mengusir Baginda. Baginda menyebut jasa-jasa mereka ini setelah memperingatkan mereka tentang jasa Allah kepada mereka. Allah telah menyelamatkan mereka daripada kesesatan, perpecahan dan permusuhan. Semua ini disebut agar mereka mudah menerima kehilangan semua keuntungan harta dunia (rampasan perang tersebut) jika dibanding dengan kebahagiaan dan petunjuk yang mereka perolehi. Dengan demikian, Baginda menegaskan dua perkara kepada mereka:
a) Baginda tidak menyebelahi kaumnya dengan melupakan Ansor, sebagaimana dakwaan
sesetengah mereka.
b) Keputusan Baginda menyekat mereka daripada menerima rampasan perang berdasarkan kepada kekuatan beragama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul- Nya.
Sepanjang usiaku, tiada teknik lain yang lebih berkesan daripada teknik ini untuk memuaskan hati mereka yang berjasa dan lama dalam dakwah. Iaitu di kalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas, jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Selawat dan salam Allah ke atas Baginda. Alangkah benar firman Allah berkenaan Baginda:
BERMAKSUD...
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(Al-
Qalam: 4)
Keempat: Reaksi Ansor setelah mendengar ucapan Baginda s.a.w. merupakan contoh kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang paling menarik. Mereka juga mengenang jasa Allah kerana memberi petunjuk dan menganugerahkan taqwa kepada mereka. Mereka menyifatkan usaha mereka menolong, menyokong dan berjihad sebagai kurniaan Allah dan Rasul-Nya. Mereka juga menyatakan bahawa, jika bukan kerana Allah, nescaya mereka tidak mendapat petunjuk. Jika bukan kerana Rasul-Nya, nescaya hati dan pandangan mereka tidak mendapat cahaya petunjuk. Jika bukan kerana Islam, nescaya Allah tidak akan menyatukan kembali kaum mereka setelah berpecah, atau memelihara darah mereka yang mengalir tanpa nilai. Jika bukan kerana Islam, pasti Allah tidak akan menyelamatkan mereka daripada penguasaan Yahudi kepada kemuliaan Islam, atau membebaskan mereka daripada jiran mereka (Yahudi) yang memperkudakan mereka. Mereka juga mengisytiharkan; mereka mengutamakan Rasulullah mengatasi segala limpahan harta dan keseronokan dunia Apabila Rasulullah s.a.w. mendoakan kerahmatan untuk mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka, air-air mata mereka bercucuran gembira kerana keprihatinan Rasulullah s.a.w.. Apatah lagi doa Baginda merupakan doayang mustajab. Adakah lagi bukti lain kepada kejujuran iman? Adakah di sana cinta yang lebih mulia dan indah daripada cinta ini? Semoga Allah meredhai mereka dan menjadikan mereka redha. Semoga Dia mengabadikan nama mereka di dunia dan menyertakan kita bersama mereka dalam syurga an-Naim. Hidup di samping Rasul-Nya yang dicintai lagi agung dan golongan yang Allah telah kurniakan nikmat ke atas mereka di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada' dan mereka yang hampir dengan-Nya.
Akhimya, peristiwa yang berlaku antara Rasulullah s.a.w. dan Ansor ini, mestilah diingati oleh setiap pendakwah dan dihafal oleh setiap penuntut ilmu. la antara peristiwa yang dapat menambahkan iman serta menggelorakan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya r.a.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan