Bahagian 5
PEPERANGAN RASUL S.A.W.
A) Peristiwa-peristiwa Sejarah
Nabi s.a.w. hampir-hampir tidak sempat menetap selesa di Madinah apabila siri peperangan antara Baginda dengan Quraisy dan kabilah-kabilah Arab yang menyokong mereka bermula. Ahli-ahli sejarah Islam meletakkan beberapa istilah bagi siri peperangan ini. Mereka menamakan peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh Nabi s.a.w. sebagai Ghazwah. Sementara pertempuran kecil yang berlaku antara kedua pihak dan tidak disertai oleh Rasul s.a.w. dinamakan sebagai Sariyyah. Bilangan ghazwah sebanyak 26 ghazwah sementara bilangan sariyyah pula sebanyak 38 sariyyah. Namun dalam perbincangan tergesa-gesa ini, kami hanya menyebut ghazwah yang terkenal sahaja, iaitu sebanyak 11 ghazwah:
1. Ghazwah Badar al-Kubra
Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Suffian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Suffian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansor. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi s.a.w. memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansor. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik. Kemudian Ansor menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansor, berkata kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami besok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu. Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah."
Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasul s.a.w. merasa gembira dengan
jawapan itu, seraya bersabda:
"Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tentera."
Kemudian Rasul s.a.w. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu; di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?"Rasul s.a.w. menjawab:
"Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah".
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasul s.a.w. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu."
Oleh itu, Nabi s.a.w. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasul s.a.w. meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid. Baginda bersabda:
BERMAKSUD.....
"Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga."
Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasul s.a.w. mula berdoa. Antara doa Baginda:
BERMAKSUD....
"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."
Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah.
Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu."
Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira- kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya, Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu
Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasul s.a.w. menerima
cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.
Terdapat beberapa ayat al-Quran al-Karim telah turun berkenaan Ghazwah Badar ini.
Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran:
BERMAKSUD.....
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan ?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. (All Imran: 123-127)
Al-Quran juga menegur Rasulullah s.a.w. kerana menerima tebusan harta bagi tawanan
perang. Allah Taala berfirman:
BERMAKSUD.....
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu rnenghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah rnenghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu. (Al-Anfal: 67-68)
2.Ghazwah Uhud
Ghazwah Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal, tahun ke-3 hijrah.
Sebab berlaku ghazwah ini Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan dalam Ghazwah Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasul s.a.w. di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang, tidak termasuk bilangan tentera Ahabisy.(4) Dalam angkatan ini terdapat 700 tentera berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda. Bersama mereka juga, 17 orang wanita termasuk Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Suffian. Bapanya telah terbunuh dalam Ghazwah Badar. Quraisy bergerak sehingga sampai ke tengah-tengah wadi menghala ke Uhud (sebuah bukit tinggi yang terletak dua batu di utara Madinah) bertentangan dengan Madinah. Mengikut pendapat Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat, orang Islam tidak perlu keluar menghadapi mereka. Bahkan orang Islam hendaklah bertahan di dalam kota Madinah. Sekiranya orang musyrik menyerang mereka, orang Islam akan menghalang mereka. Namun sebahagian pemuda-pemuda Islam serta sesetengah Muhajirin dan Ansor bersemangat untuk keluar dari Madinah dan meiawan orang musyrik di tempat perhimpunan mereka. Khususnya mereka yang tidak turut serta dalam Ghazwah Badar dan tidak memperolehi kemuliaan berperang dalam ghazwah tersebut.
Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. telah beralah kepada pendapat mereka. Baginda masuk ke dalam rumah, memakai baju perisai, seraya meletakkan dinding perisai di belakang tubuhnya dan memegang tombak di tangan. Kemudian Baginda keluar menemui orang Islam dengan menggantung pedangnya di leher. Mereka yang mencadangkan kepada Baginda untuk keluar berperang di luar Madinah telah menyesal, kerana mereka menjadi sebab memaksa Baginda melakukan tindakan yang bertentangan dengan pendapat peribadi Baginda. Mereka berkata kepada Rasul s.a.w.: "Kami tidak seharusnya menyalahi pendapat kamu. Oleh itu, buatlah apa yang kamu mahu, atau kamu duduk di sini sekiranya kamu mahu."
Maka Rasul s.a.w. menjawab kepada mereka dengan sabda Baginda:
“Tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai baju perisainya untuk dia menanggalkannya semula, sehinggalah Allah memberikan hukuman antaranya dan musuhnya.”
Kemudian Baginda bersama kira-kira 1,000 orang Islam telah berangkat keluar
Madinah termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda.
Ketika orang Islam berhimpun untuk keluar, Rasul s.a.w. melihat satu kumpulan Yahudi mahu turut keluar bersama Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang munafik. Rasul s.a.w. bertanya: "Adakah mereka telah Islam?" Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah." Baginda bersabda:
“Suruh mereka pulang. Kita tidak meminta pertolongan orang musyrik untuk
memerangi orang musyrik.”
Di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik
(4) Kaum yang dihubungkan kepada sebuah bukit di sebelah bawah Makkah yang dipanggil "Habisy". Mereka
merupakan sekutu Quraisy
menarik diri daripada turut serta membantu orang Islam berperang. Oleh itu, bilangan orang Islam hanya tinggal 700 orang. Kemudian Rasul s.a.w. meneruskan perjalanan sehingga sampai ke medan Uhud. Baginda menjadikan tenteranya membelakangi bukit Uhud dan menghadap tentera musyrik. Baginda telah membariskan tentera Islam, melantik seorang ketua bagi setiap pasukan. Baginda juga memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansori, untuk melindungi bahagian belakang orang Islam daripada serangan balas tentera musyrik dari arah belakang. Baginda berpesan kepada mereka:
"Lindungi belakang kami supaya mereka tidak datang menyerang kita dari arah belakang. Hujani mereka dengan anak-anak panah. Kuda tidak dapat melawan panah. Kita akan terus menang selagimana kamu tetap tidak berganjak daripada tempat kamu. Ya Allah, aku bersaksikan Engkau dalam menghadapi mereka ".
Dalam riwayat lain, Baginda berpesan kepada mereka:
"Jika kamu melihat kami dilanggar garuda (kiasan kepada kebinasaan yang cukup teruk), jangan kamu tinggalkan tempat kamu ini sehingga aku kirim utusan kepada kamu. Sekiranya kamu melihat kami mengalah-kan kaum (musyrik) itu atau kami menewaskan mereka dan mereka terbunuh, jangan kamu tinggalkan tempat kamu sehingga aku hantar utusan kepada kamu."
Kemudian, bermulalah peperangan. Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka. Orang Islam telah membunuh sebilangan mereka. Pihak musuh kemudiannya melarikan diri. Oleh itu, orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang yang mereka dapati di kem orang musyrik. Para pemanah di belakang mereka melihat perkara tersebut. Mereka berkata: "Apa yang kita akan buat sedangkan Allah telah memenangkan Rasul-Nya?" Mereka terfikir untuk meninggalkan posisi masing-masing untuk memperolehi habuan rampasan perang. Lantas, ketua mereka, Abdullah bin Jubair memperingatkan mereka tentang pesanan Rasul s.a.w.. Namun, mereka menjawab bahawa peperangan telah tamat dan tidak perlu lagi untuk kekal di tempat mereka, Hanya Abdullah berserta 10 orang lain enggan meninggalkan posisi masing-masing. Khalid bin al-Walid (sebagai ketua sayap kanan angkatan orang musyrik ketika itu) melihat para pemanah telah meninggalkan posisi mereka di belakang tentera Islam, lantas berpatah balik menyerang hendap dari arah belakang.
Angkatan tentera Islam tidak menyedari serang hendap melainkan setelah pedang- pedang menyerang mereka di sana sini. Ikatan barisan mereka menjadi kacau bilau. Ketika itu juga, tersebar khabar angin bahawa Rasul s.a.w. telah terbunuh. Sebahagian mereka telah lari pulang ke Madinah. Orang musyrik dapat sampai kepada Rasul s.a.w.. Batu-batu yang mereka lontar mengenai Baginda sehingga Baginda jatuh pengsan, mukanya luka, kedua lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah. Dua cincin rantai topi itu telah terbenam masuk ke pelipis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai menyerang Rasul s.a.w. untuk membunuh Baginda. Baginda s.a.w. tetap bertahan bersama- sama sekumpulan orang mukmin, antara mereka ialah: Abu Dujanah yang bertindak menjadi perisai Rasulullah s.a.w.. Dia melindungi Baginda daripada anak-anak panah orang musyrik. Anak-anak panah itu telah menembusi belakang tubuhnya. Antara mereka lagi, Saad bin Abi Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah. Antaranya lagi, Nasibah Ummu 'Umarah al-Ansoriyyah. Dia meninggalkan tugas memberi minum tentera yang cedera, untuk bertempur menggunakan pedang dan memanah demi mempertahankan Rasulullah. Dia terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap mengenai tengkuknya, menyebabkan luka yang dalam. Bersama-sama Nasibah juga, suami dan dua orang anaknya yang turut serta mempertahankan Rasulullah. Rasulullah s.a.w.
mendoakan untuk mereka:
“Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga.”
Lantas Nasibah berkata: "Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di
syurga."Lantas Baginda berdoa:
"Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga."
Nasibah r.ha. berkata selepas itu: "Aku tidak mempedulikan lagi bencana yang menimpaku
dalam urusan dunia."
Baginda s.a.w. telah berkata berkenaan Nasibah:
"Aku tidak menoleh ke kanan dan he kiri pada hari Ghazwah Uhud,
melainkan aku melihatnya berperang di hadapanku".
Pada hari tersebut, Nasibah mendapat 12 luka, sama ada akibat tikaman tombak
mahupun tetakan pedang.
Pada saat-saat genting itu, Ubai bin Khalaf telah cuba untuk sampai kepada Rasul s.a.w. bertujuan membunuh Baginda. Dia bersumpah tidak akan berpatah balik. Maka Nabi s.a.w. mengambil sebatang tombak daripada sahabat yang bersama Baginda, lalu merejamnya ke leher Ubai. Rejaman tersebut menyebab kematiannya. Ubai bin Khalaf juga merupakan satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi s.a.w. dalam semua ghazwah Baginda.
Kemudian Baginda s.a.w. dapat berdiri dan bangun dipangku oleh Tolhah bin Ubaidillah. Baginda memandang ke arah orang musyrik dan ternampak sekumpulan daripada mereka berada di atas bukit. Lantas Baginda menghantar sahabat menghalau mereka turun seraya berkata:
"Tidak sepatutnya mereka berada lebih tinggi daripada kita. Ya Allah, tiada
kekuatan bagi kami metainkan dengan Kamu".
Pertempuran telah berakhir. Abu Suffian menyatakan kelegaan hatinya dan hati orang musyrik yang lain, setelah berjaya menebus kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar dengan kata-katanya: “Hari ini merupakan bayaran bagi hari Badar.”
Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya. Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata:
“Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku
akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka.”
Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat.
Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang,
sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang.
Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran:
BERMAKSUD......
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurgapadahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalam perjuangan)? (Maksud Ali Imran: 139-142)
Selang beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman lagi:
BERMAKSUD.....
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurgapadahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalam perjuangan)? (Maksud Ali Imran: 139-142)
Selang beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman lagi:
BERMAKSUD....
menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman. (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah mem-balas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Maksud Ali Imran: 152-153)
3. Ghazwah Bani Nadhir
Bani Nadhir merupakan salah satu ras Yahudi yang tinggal berjiran dengan kota Madinah. Mereka juga merupakan sekutu Khazraj. Mereka telah memetarai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang telah kami sebut sebelum ini. Namun tabiat jahat dan khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi mendorong mereka untuk melanggar perjanjian mereka. Ketika Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir, Baginda telah bersandar ke dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk membunuh Baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah Baginda. Baginda s.a.w. mengetahuinya, lantas bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan. Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir memberitahu: "Kamu hendaklah keluar daripada negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku di sini. Kamu telah cuba belot." Kemudian Baginda s.a.w. memberi tempoh 10 hari kepada mereka untuk keluar dari kampung tersebut.
Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari kampung mereka ekoran amaran itu. Namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munafik mengutuskan utusannya kepada mereka. Melalui utusannya, beliau melarang mereka keluar dan berjanji untuk menghantar 2,000 orang daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Justeru itu, mereka mengubah fikiran daripada keluar meninggalkan kampung halaman kepada bertahan di dalam kubu mereka. Mereka menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan: "Kami tidak akan keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kamu mahu." Oleh itu, Baginda s.a.w. bersama sahabatnya keluar untuk memerangi mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali bin Abi Tolib. Apabila Yahudi melihat tentera Rasulullah, mereka merejam anak panah dan batu ke arah tentera Islam. Bantuan yang dijanjikan kepada mereka oleh ketua munafik tidak sampai. Baginda s.a.w. mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan. Lantaran itu, Baginda terpaksa menebang pokok-pokok kurma mereka. Pada ketika itu, mereka berkata: "Kami akan keluar dari negeri kamu." Baginda s.a.w. mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata. Mereka hanya dibenarkan keluar bersama harta mereka yang mampu dibawa oleh seekor unta. Baginda juga menjamin darah mereka akan terpelihara, tidak akan ditumpahkan walau setitik. Apabila mereka ingin keluar dari kampung halaman mereka, mereka mengambil segala benda yang boleh dibawa dan meruntuhkan rumah-rumah mereka. Agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Mereka berangkat keluar, sebahagian mereka berhenti menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah.
Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang
Sementara sebahagian yang lain berhenti menetap di Jarsh, selatan Syam. Namun hanya dua
orang sahaja daripada mereka yang selamat.
Surah al-Hasyr telah diturunkan berkenaan peperangan ini. Antaranya firman Allah
Taala:
BERMAKSUD.....
Dia-lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng- benteng mereka akan dapat menahan serta memberi pertindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetap-kan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa nerakapada hari akhirat kelak. (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amat-lah berat azab seksa-Nya. (Maksud Al-Hasyr: 2-4)
4. Ghazwah al-Ahzab
Ghazwah al-Ahzab dinamakan juga dengan Ghazwah Khandak. Ia berlaku pada
Syawal, tahun ke-5 hijrah.
Sebabnya, apabila Bani Nadhir selesai diusir, beberapa orang ketua mereka datang ke
Makkah mengajak dan mengapi-apikan Quraisy untuk memerangi Rasul s.a.w.. Quraisy telah menyahut ajakan itu. Seterusnya pemimpin-pemimpin Yahudi pergi ke Ghatfan. Di sana, Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Asyjak telah menerima ajakan mereka dan berangkat menuju ke Madinah. Apabila Baginda s.a.w. mendengar kedatangun angkatan mereka, Baginda bermesyuarat dengan para sahabat. Salman telah mencadangkan kepada Baginda supaya digali parit di sekeliling Madinah. Lalu Rasul s.a.w. memerin-tahkan agar digali parit. Baginda sendiri turut terlibat menggali parit-parit itu. Apabila Quraisy dan sekutu mereka
sampai, mereka merasa terpegun dengan parit-parit yang mereka saksikan. Ini kerana Arab tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam penggalian parit seperti ini. Bilangan tentera bersekutu Quraisy sejumlah 10,000 orang sementara bilangan orang Islam hanya 3,000 orang. Huyai bin Akhtob salah seorang Yahudi yang berperanan menyemarakkan semangat Quraisy dan sekutu-sekutunya menentang orang Islam, telah pergi menemui Kaab bin Asad, penghulu Bani Quraizoh. Dia meminta beliau melanggar perjanjian damai antara Bani Quraizoh dengan orang Islam. Nabi s.a.w. terfikir untuk melakukan perdamaian dengan Bani Quraizoh dengan cara membayar satu pertiga hasil buah-buahan Madinah kepada mereka. Namun kaum Ansor dengan rasa megah terhadap agama mereka, menolak untuk tunduk kepada pihak Bani Quraizoh yang telah belot kepada perjanjian dan pakatan.
Peperangan bermula apabila beberapa pahlawan berkuda musyrik berjaya melepasi parit tersebut di salah satu bahagiannya yang sempit. Orang Islampun bertempur dengan mereka. Selanjutnya, Nu'aim bin Mas'ud bin 'Amir datang bertemu Rasul s.a.w. memberitahu Baginda bahawa dia telah memeluk Islam, sedangkan kaumnya tidak mengetahui keislamannya. Beliau juga merupakan kawan kepada Bani Quraizoh. Mereka mempercayai dan meyakininya. Beliau berkata kepada Rasul s.a.w.: "Arahkan aku apa yang kamu mahu." Maka Rasul s.a.w. bersabda kepadanya:
"Di kalangan kita, kamu hanyalah seorang sahaja. Oleh itu, sekiranya kamu dapat, lakukanlah sesuatu untuk mengalahkan musuh. Sesungguhnya perang adalah tipudaya".
Justeru itu, Nu'aim menggunakan kelicikannya sehingga berjaya memecahbelahkan pakatan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Quraizoh. Dia menimbulkan prasangka dalam hati setiap kumpulan terhadap kumpulan lain. Allah telah menghantar angin kencang ke atas tentera bersekutu pada suatu malam yang amat sejuk, sehingga periuk-periuk bertaburan dan khemah-khemah mereka terkoyak. Jiwa tentera bersekutu diselubungi rasa takut, lalu mereka berangkat pulang pada malam itu juga. Apabila pagi, orang Islam tidak men-dapati seorang pun orang musyrik yang masih berada di situ.
Dalam peperangan ini, Allah menurunkan beberapa ayat dalam kitab-Nya yang
mulia:
BERMAKSUD....
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan
bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (Maksud Al-Ahzab: 9-11)
Kemudian Allah menjelaskan pendirian golongan munafik, sikap mereka yang tidak membantu dan tindakan mereka yang menarik diri dari medan pertempuran. Seterus-nya Allah menerangkan pula perihal orang-orang mukmin:
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka, pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.(Maksud Al-Ahzab': 22-25)
5. Ghazwah Bani Quraizoh
Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas Ghazwah Ahzab. Ini kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan bagaimana isi hati Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Ghazwah Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka. Tujuannya agar tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan membinasakan orang Islam. Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w. pulang pada hari Ghazwah Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala itu, Jibril datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya berkata: "Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya." Baginda bertanya: "Di mana?" Jibril berkata: "Di sana." Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizoh
Aishah berkata: "Maka Rasulullah s.a.w. keluar memerangi mereka."
Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang pun daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh. Kemudian Baginda keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a.. Orang Islam yang terkumpul seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor. Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda. Beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak menghampiri Bani Quraizoh yang keji itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda, mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan mengampu mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana yang dijangka oleh Baginda s.a.w.. Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam. Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.. Mereka telah dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus. Bani Quraizoh merupakan sekutu kepada kaum Aus. Saad telah menghukum pejuang-pejuang mereku dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta-harta mereka dibahagi-bahagikan. Rasul s.a.w. melaksanakan hukuman beliau itu. Dengan itu, konspirasi, adu domba dan komplot Yahudi di Madinah dan sekitarnya ke atas Rasulullah s.a.w. dan dakwahnya telah habis dihapuskan.
Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan pembelotan Yahudi, pelanggaran mereka terhadap perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong orang Islam dalam Ghazwah Ahzab:
BERMAKSUD.....
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlu-kan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam). Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja. Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah)janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). Katakanlah (wahai Muhammad)
"Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja". (Maksud Al-Ahzab: 13-16)
BERMAKSUD....
Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi)yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (fiukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan. Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah- rumah serta harta benda mereka, danjuga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu men-jejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Maksud Al-Ahzab: 26-27)
6. Ghazwah al-Hudaibiyyah
Ghazwah al-Hudaibiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 hijrah.
Antara latar belakang peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bermimpi bahawa
Baginda memasuki Baitullah al-Haram bersama para sahabatnya dalam keadaan aman dan bercukur kepala atau memotong rambut. Mereka tidak merasa takut kepada sesuatu. Maka Baginda memerintah orang ramai bersiap keluar ke Makkah bagi mengerjakan umrah dan bukan untuk berperang dengan Quraisy. Muhajirin dan Ansor telah keluar bersama Baginda didorong oleh rasa rindu untuk melihat Baitullah al-Haram setelah dihalang berbuat demikian selama enam tahun. Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi. Baginda s.a.w. meletakkan di hadapannya "Hadyu" iaitu unta dan binatang ternakan korban yang dibawa ke Baitullah al-Haram sebagai mengagung dan memuliakannya. Baginda telah berihram di satu tempat bernama Zul Hulaifah agar orang ramai khususnya Quraisy mengetahui bahawa Baginda bukan mahu berperang.
Bilangan mereka yang keluar bersama Baginda kira-kira 1,500 orang. Mereka tidak keluar membawa senjata kecuali senjata bagi para pengembara pada zaman tersebut iaitu pedang yang bersarung. Baginda berjalan sehinggu tiumpai di Usfan. Seorang lelaki datang yang memberitahu Baginda:
"Quraisy telah mendengar kedatanganmu. Oleh itu, mereka telah keluar dengan memakai (kulit harimau seraya bersumpah dengan nama Allah, bahawa kamu tidak akan sekali-kali masuk ke Makkah". Maka Baginda s.a.w. bersabda:
"Hai kasihannya Quraisy, mereka mabuk perang! Apa yang akan menimpa mereka, jika mereka membiarkan aku berurusan dengan semua orang Arab?! Sekiranya bangsa Arab mencederakan aku, itulah yang mereka mahukan. Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas bangsa Arab, mereka boleh
memasuki Islam beramai-ramai. Kalau Quraisy tidak mahu berbuat demikian, mereka boleh berperang. Mereka mempunyai kekuatan. Apa yang Quraisy sangkakan? Demi Allah, aku akan terus berjuang demi agama yang Allah utuskan aku, sehingga Dia memenangkannya, atau urat tengkuk ini bercerai (aku mati)".
Apabila Baginda sampai di Hudaibiyyah (satu tempat berhampiran Makkah dan sekarang ini terletak antara kota itu dengan jalan Jeddah), beberapa orang lelaki daripada bani Khuzaah datang menemui Baginda bertanyakan sebab kedatangan. Baginda memberitahu bahawa Baginda hanya datang untuk menziarahi Baitullah dan mengerjakan umrah. Lalu mereka pulang dan memberitahu Quraisy: "Kamu tergopoh-gapah terhadap Muhammad. Dia tidak datang untuk berperang, bahkan datang hanya untuk menziarahi Baitullah ini." Quraisy berkata: "Tidak. Demi Allah (kami tidak akan benar) dia memasuki Makkah untuk menguasai kami secara kekerasan buat selama-lamanya. Dan orang Arab tidak menuduh sedemikian terhadap kami."
Kemudian Quraisy menghantar Urwah bin Mas'ud at-Thaqafi untuk berunding dengan Rasul s.a.w. tentang perkara tersebut. Selepas perbincangan, dan selepas berlaku beberapa peristiwa antara Urwah dengan sebahagian sahabat, dia pulang menemui Quraisy lalu menceritakan apa yang dilihat. Dia menceritakan bagaimana kecintaan para sahabat kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka begitu hormat kepada Baginda dan cenderung untuk melakukan perdamaian. Namun Quraisy enggan menerimanya. Kemudian Rasul s.a.w. mengutus Othman bin Affan menemui penduduk Makkah untuk menegaskan kepada mereka tujuan kedatangan Baginda s.a.w. dan para sahabat. Othman terlewat pulang lalu tersebar berita di kalangan orang Islam bahawa beliau telah dibunuh. Ketika itu, Rasul s.a.w. berkata:
"Kita tidak akan berganjak sehingga kita memerangi kaum tersebut."
Baginda mengajak orang Islam berbaiah untuk berjihad dan mati syahid di jalan Allah. Mereka telah berbaiah dengan Baginda di bawah sebatang pokok "Tolh" (pokok acacia). Mereka berjanji tidak lari dari medan; penentuannya sama ada diadakan perdamaian ataupun mati syahid.
Apabila Quraisy mengetahui berita baiah tersebut, mereka merasa takut. Pada pandangan mereka, perdamaian bersyarat dengan Baginda perlu dilakukan. Baginda dikehendaki pulang ke Madinah pada tahun itu dan datang kembali pada tahun depan. Baginda hanya dibenarkan bermukim selama tiga hari di Makkah dengan hanya membawa senjata biasa seperti tombak dan pedang yang tersarung. Untuk itu, Quraisy mengutuskan Suhail bin 'Amru bagi menyempurnakan perdamaian tersebut. Akhirnya perdamaian dimeterai mengikut kemahuan Quraisy. Berlaku gencatan senjata di antara kedua-dua pihak selama 10 tahun. Perdamaian Hudaibiyyah juga memutuskan, sesiapa yang datang daripada pihak Muhammad ke Makkah, mereka tidak memulangkannya, sementara sesiapa yang datang kepada Muhammad dari Makkah, mereka perlu memulangkannya. Perkara tersebut begitu sukar diterima oleh orang Islam. Seba-hagian mereka berbahas dengan Nabi s.a.w. berkenaan syarat-syarat tersebut. Antara mereka yang paling keras menentang ialah Umar, Sehinggakan Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Aku adalah hamba Allah. Dia tidak akan mempersia-siakan aku".
Kemudian Rasul memerintahkan para sahabat melakukan tahallul (langkah-langkah keluar daripada ikatan ihram) umrah. Namun, mereka tidak melakukannya ekoran terlalu kesal, setelah dihalang memasuki Makkah. Mereka juga sukar untuk menerima syarat-syarat perdamaian tersebut. Oleh itu, Baginda s.a. w. mengambil inisiatif memulakannya sendiri. Lalu Baginda bertahallul daripada umrah. Lantas tindakan Baginda itu diikuti oleh semua
orang Islam. Namun selepas itu, syarat-syarat yang sukar diterima oleh orang Islam tetapi diredhai oleh Rasul s.a.w. ternyata memberi faedah besar. Ini tercapai kerana Baginda berpandangan jauh, berfikiran tajam dan mendapat bantuan wahyu sehingga membolehkan Baginda berfikir dan bertindak dengan tepat.
Lantaran pulangan faedah yang banyak ini, Allah telah menamakan peperangan ini
sebagai kemenangan yang nyata. Allah berfirman:
BERMAKSUD.....
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh- penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). (Maksud Al-Fath: 1-3)
Kemudian Allah memperkatakan tentang perjanjian baiah dengan Rasul s.a.w.
melalui firman-Nya:
BERMAKSUD.....
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia (baiah) kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka hanya-sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanji-kannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Maksud Al-Fath: 10)
Allah telah meredhai mereka yang terlibat dalam Baiah ar-Ridhwan yang berlangsung
di bawah sebatang pokok. Firman-Nya:
BERMAKSUD.....
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika
mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di
bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (Maksud Al-Fath: 18)
Allah memperkatakan tentang mimpi Rasulullah yang menjadi sebab berlakunya
Ghazwah Hudaibiyyah:
BERMAKSUD.....
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa yang ditentukan-Nya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidakpun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan peng-khianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (Maksud Al-Fath: 27)
Moga-moga ini merupakan isyarat kepada pembukaan Makkah yang merupakan hasil daripada perdamaian Hudaibiyyah. Ini akan kami sebutkan dalam pengajaran dan pedoman, insya Allah. Kemudian Allah menegaskan tentang penguasaan agama ini dan kemenangannya. Firman-Nya:
BERMAKSUD.....
(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu).( Al-Fath: 28)
7. Ghazwah Khaibar
Ghazwah Khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar "merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam.
Sebab berlaku peperangan ini: Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada
pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk
membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Tindakan ini diambil setelah Yahudi
dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh. Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan kotor dan tipudaya. Oleh itu, masalah ini perlu dibersihkan segera sebelum mereka menjadi punca kekacauan dan kebimbangan orang Islam di ibukota mereka, Madinah. Dengan ini, Rasul s.a.w. bersepakat untuk keluar memerangi mereka pada akhir Muharram. Baginda keluar memerangi mereka dalam satu angkatan seramai 1,600 orang pejuang termasuk 200 orang pahlawan berkuda. Baginda telah mengumumkan panggilan perang kepada para sahabat yang menyertai Baginda dalam Ghazwah Hudaibiyyah sebelum ini. Baginda berjalan sehingga tiba di pinggir Khaibar lalu berkata kepada para sahabat: "Berhenti!". Kemudian Baginda berdoa:
BERMAKSUD.....
“Ya Allah, Tuhan seluruh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan seluruh bumi dan apa yang ditanggungnya, Tuhan seluruh syaitan dan apa yang disesatkan mereka, Tuhan seluruh angin dan apa yang diterbangkannya. Kami memohon kepada Kamu kebaikan kampung ini, kebaikan penduduknya dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Kami berlindung dengan Kamu daripada kejahatannya, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa yang ada di dalamnya. Maralah kamu semua dengan nama Allah .”
Apabila sampai di Khaibar, Nabi s.a.w. berpengkalan hampir dengan salah satu kubu
Khaibar bernama Hisn an-Natoh. Yahudi telah menghimpunkan pejuang-pejuang mereka di
dalamnya. Hubab bin al-Munzir mencadangkan agar angkatan tentera Islam berpindah
tempat, kerana dia cukup kenal dengan penduduk an-Natoh. Mereka terkenal dengan
panahan yang jauh dan tepat apatah lagi kedudukan mereka terletak lebih tinggi daripada
kedudukan orang Islam. Oleh itu, anak-anak panah mereka lebih cepat meluncur turun
mengenai barisan tentera Islam. Mereka juga boleh menyerang hendap orang Islam pada
waktu malam dengan berselindung di celah-celah pokok-pokok kurma yang banyak. Oleh
demikian, Rasul s.a.w. bersama tentera Islam mengambil langkah berpindah ke tempat yang
lain. Pertempuran kemudiannya bermula dan orang Islam membuka satu demi satu kubu
kecuali dua kubu terakhir. Penduduk kedua kubu tersebut mahu berdamai dengan syarat
darah pejuang-pejuang mereka terpelihara dan zuriat mereka dilepaskan (tidak dijadikan
tawanan). Mereka juga meletakkan syarat agar mereka dibenarkan keluar dari bumi Khaibar
bersama-sama zuriat. Mereka setuju keluar dengan hanya sehelai sepinggang. Baginda s.a.w.
berdamai dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut. Sekiranya mereka menyembunyikan
sesuatu ketika keluar dari kubu tersebut, perlindungan Allah dan rasul-Nya terbatal. Mereka
kemudiannya meninggalkan kedua-dua kubu tersebut. Orang Islam mendapati di dalam
kedua-dua kubu tersebut terdapat senjata yang banyak dan lembaran-lembaran Taurat.
Yahudi telah datang menuntut kitab tersebut. Baginda mengarahkan agar ia dipulangkan
kepada mereka. Bilangan Yahudi yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 93 orang
sementara orang Islam yang syahid seramai 15 orang.
8. Ghazwah Mu'tah
Ghazwah Mu'tah berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke-8 hijrah. Mu'tah merupakan sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang ia dinamakan dengan al-Karak. Letaknya di tenggara Laut Mati.
Sebab peperangan ini; Rasul s.a.w. telah mengutus al-Harith bin Umair al-Azdi
Beliau membawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah yang menjadi wakil Herkules. Dalam surat itu, Baginda s.a.w. mengajaknya kepada Islam (ia merupakan antara surat yang diutuskan oleh Baginda s.a.w. kepada maharaja-maharaja dunia dan raja-raja Arab. Perutusan ini dilakukan selepas perdamaian Hudaibiyyah). Apabila utusan Baginda tiba di Mu'tah, salah seorang raja Arab Ghassan yang tunduk kepada Caesar Rom bertanya kepadanya: "Kamu mahu pergi ke mana? Boleh jadi kamu salah seorang utusan Muhammad?" Lantas utusan Baginda s.a.w. menjawab: "Ya." Lalu raja tersebut mengikat dan memenggal lehernya.
Berita pembunuhan tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda merasa amat sedih kerana tiada utusan Baginda yang dibunuh selain daripada beliau. Baginda mempersiapkan satu angkatan tentera Islam seramai 3,000 orang. Baginda melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima mereka. Baginda berpesan, sekiranya Zaid mati syahid, mereka hendaklah melantik Jaafar bin Abi Tolib (sebagai penggantinya). Sekiranya Jaafar pula mati syahid, mereka hendaklah melantik Abdullah bin Rawwahah (sebagai pengganti seterusnya). Baginda mengarahkan Zaid mara ke tempat pembunuhan al-Harith bin Umair (di Mu'tah) dan menyeru penduduk di sana kepada Islam. Sekiranya mereka menolak seruan tersebut, tentera Islam hendaklah memohon pertolongan Allah dan memerangi mereka. Baginda berpesan kepada mereka dengan sabdanya:
“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan berbuat baik kepada orang Islam yang bersama kamu. Perangilah sesiapa yang kufur kepada Allah dengan nama dan demi jalan Allah. Jangan kamu belot (jika diadakan perjanjian) atau mencuri rampasan perang (sebelum diagih- agihkan). Jangan kamu membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua yang tak berdaya dan pendita yang memencilkan diri digereja. Jangan kamu memusnahkan pokok kurma, memotong pokok atau meruntuhkan binaan.”
Kemudian angkatan tentera Islam berangkat dengan mengharapkan keberkatan Allah. Rasul s.a.w. sendiri telah menghantar mereka berlepas (dari Madinah). Mereka terus berjalan sehingga sampai ke Ma'an(5). Di sana, mereka mendapat berita bahawa Herkules telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar. Angkatan tersebut telah berpengkalan di Maab, salah sebuah kampung al-Balqak (kawasan perkampungan yang dibangunkan oleh Damsyik. Kotanya dikenali dengan Amman). Mereka terdiri daripada bangsa Rom dan Arab yang menganut agama Nasrani. Bkoran itu, orang Islam telah bermesyuarat sesama mereka. Mereka berpandangan untuk meminta bantuan daripada Rasulullah s.a.w. atau Baginda memberi arahan lain untuk mereka lakukan. Namun Abdullah bin Rawwahah membangkang seraya berkata: "Demi Allah, peperangan yang kamu benci ini merupakan tujuan sebenar kamu keluar. Kamu mengejar mati syahid. Kita tidak memerangi manusia berdasarkan bilangan, kuantiti yang ramai mahupun kekuatan. Kita memerangi mereka hanya berbekalkan agama yang Allah muliakan kita dengannya. Sesungguhnya kesudahan perang ini hanya salah satu daripada dua kebaikan: sama ada kemenangan ataupun mati syahid."
Oleh itu, orang ramai bersetuju dengan beliau untuk memasuki kancah pertempuran.
Seterusnya, peperangan bermula. Zaid telah berperang sehingga syahid. Kemudian Jaafar bin Abi Tolib menerima panji-panji angkatan tentera Islam menggantikan beliau. Jaafar pada mulanya berperang di atas kudanya kemudian terpaksa turun dan berperang dengan berjalan kaki. Tangan kanannya telah terpotong, lantas dia memegang panji-panji Islam dengan tangan kirinya. Kemudiannya tangan kirinya pula terpotong. Lalu dia memeluk panji-panji itu sehingga akhirnya beliau r.a. turut syahid. Pada mayat beliau, terdapat lebih
(5) Sebahagian ulama memanggilnya Mu'an
daripada 70 kesan luka antara tetakan pedang ataupun tikaman lembing. Kemudian Abdullah bin Rawwahah mengambil panji-panji tersebut dan berperang sehingga dia turut syahid. Setelah itu orang Islam bersepakat melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima tentera (ini adalah peperangan pertama yang beliau sertai setelah memeluk Islam). Beliau menggunakan kelicikan perangnya sehingga berjaya menyelamatkan angkatan tentera Islam daripada binasa. Dia pulang bersama-sama angkatan tentera Islam itu ke Madinah.
Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang dilalui oleh orang Islam di luar semenanjung-tanah Arab untuk melawan Rom. la dinamakan sebagai Ghazwah sekalipun tidak dihadiri oleh Rasul s.a.w. kerana ramai bilangan pejuang yang terlibat dalam peperangan ini mencecah sehingga 3,000orang. Ini berbeza dengan bilangan tentera dalam sariyyah-sariyyah yang lain.
Rasulullah s.a.w. telah menggelarkan Khalid bin al-Walid dalam peperangan ini
dengan gelaran "Saifullah" (Pedang Allah).
9.Ghazwah al-Fath
,
Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah. Ia berlaku pada
Ramadan, tahun ke-8 hijrah.
Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah Arab
melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.jika mereka mahu. Mereka juga bebas untuk melakukan pakatan dengan Qurasiy. Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan Quraisy, sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.. Pada tahun ke-8 hijrah, Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah. Quraisy turut terlibat membekalkun harta dan senjata kepada Bani Bakar. Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w., Baginda merasa amat marah, lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy. Namun Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya, supaya Quraisy tidak bersiap sedia. Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi tentera Islam, ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang terkorban).( Hatib bin Abi Baltaah al-Badariy telah mengutuskan surat secara rahsia ke Makkah, memberitahu penduduk Makkah berkenaan kedatangan Rasul untuk menyerang mereka. Namun, Allah telah memberitahu Rasul-Nya tentang surat tersebut. Baginda menghantar beberapa orang sahabatnya mengejar wanita yang membawa surat itu untuk memeriksanya. Mereka akhirnya menemui surat tersebut. Oleh itu, Rasul s.a.w. memanggil Hatib, seraya bersabda: "Apa yang mendorong kamu melakukan perbuatan ini?" Hatib menjawab: "Wahai Rasulullah, demi Allah, aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Aku tidak berubah atau menukar imanku. Namun, aku seorang lelaki yang tidak mempunyai asal-usul dan hubungan kekeluargaan dalam kaum itu (Quraisy). Sedangkan aku mempunyai anak dan keluarga yang tinggal dengan mereka. Oleh itu, aku berlagak baik dengan mereka untuk keselamatan kaum keluargaku."
Lantas Umar berkata: "Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal lehernya. Sesungguhnya lelaki ini telah munafik." Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar: "Dia telah terlibat dalam Ghazwah Badar. Kamu tidak tahu boleh jadi Allah memerhati ahli-ahli Badar, lalu Dia berfirman: Lakukanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu."
Rasul s.a.w. telah bertolak daripada Madinah pada 10 Ramadan. Dalam perjalanan tersebut Baginda telah berbuka puasa. Tindakan tersebut diikuti oleh orang ramai, ekoran kepenatan dan kesusahan yang mereka hadapi dalam perjalanan. Bilangan mereka ketika keluar dari Madinah seramai 10,000 orang. Dalam perjalanan beberapa kabilah Arab
bergabung dengan mereka. Ketika di Marr az-Zohron, pengawal-pengawal Rasulullah s.a. w. terserempak dengan Abu Suffian bersama dua orang temannya. Lalu para pengawal Baginda menahan dan membawa mereka mengadap Nabi s.a.w.. Kemudian Abu Suffian memeluk Islam.
Al-Abbas (Rasulullah telah menemuinya di pertengahan jalan. Al-Abbas ketika itu sedang menuju ke Madinah untuk berhijrah dan memeluk Islam) berkata: Abu Suffian seorang lelaki yang cintakan kemegahan. Anugerahkan kepadanya sesuatu yang boleh dibanggakannya. Maka Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia mendapat keamanan."
Kemudian tentera Islam sampai di Makkah. Penyeru Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan: "Sesiapa yang masuk ke rumahnya dan mengunci pintu, dia mendapat keamanan. Sesiapa yang memasuki masjid, dia mendapat keamanan. Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia juga mendapat keamanan." Namun, terdapat 15 orang Ielaki yang melakukan jenayah besar terhadap Islam dan Rasulnya telah dikecualikan daripada jaminan keamanan tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah dengan menaiki tunggangannya. Baginda masuk Makkah dalam keadaan tunduk sehingga dahinya hampir-hampir menyentuh pelana tunggangannya, sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas kemenangan yang paling besar itu. Selepas itu Rasul s.a.w. tawaf di Baitullah dan menghapuskan berhala- berhala di sekelilingnya yang mencapai bilangan 360 buah. Kemudian Baginda memasuki Kaabah dan bersembahyang dua rakaat di dalamnya. Setelah selesai, Baginda berdiri di muka pintu Kaabah, sementara Quraisy mengintai-ngintai apakah yang akan diperbuat oleh Baginda kepada mereka. Antara kata-kata Baginda ketika itu ialah: "Wahai sekelian Quraisy, apakah yang kamu sangka aku akan lakukan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan. Kamu saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari ini, aku katakan kepada kamu sebagaimana kata-kata saudaraku, Yusuf sebelum ini: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani." (Yusuf: 92). Pergilah kamu. Kamu semua dibebaskan."
Kemudian orang ramai berhimpun di sekitar bukit Sofa untuk berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. di atas nama Islam. Rasul s.a.w, duduk mengadap mereka di atas bukit Sofa . Baginda mengambil baiah dengan janji untuk mendengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya sedaya upaya mereka. Kaum lelaki telah melakukan baiah terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh wanita. Baginda tidak berjabat tangan dengan mana-mana wanita di kalangan mereka. Di antara wanita yang berbaiah ialah Hindun, isteri Abu Suffian. Hindun tergolong di kalangan orang yang telah dihalalkan darahnya oleh Baginda pada hari pembukaan Makkah. Namun, apabila Baginda mengetahui beliau turut serta dalam baiah tersebut, Baginda memaafkan beliau disebabkan baiah yang dilakukannya itu.
Pada hari pembukaan Makkah tersebut, Rasulullah s.a..w. memerintahkan Bilal agar melaungkan azan solat Zohor di atas Kaabah. Quraisy yang hadir terkejut besar dengan perbuatan tersebut. Ketika itu mereka belum memeluk Islam lagi. Namun Rasulullah s.a.w. ingin perbuatan itu dilakukan dengan sengaja kerana ia mengandungi rahsia yang besar dan hikmah yang agung.
10. Ghazwah Hunain
Ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah, beberapa hari selepas
pembukaan Makkah.
Sebabnya; apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin
Hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan masalah di Makkah, Baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran itu, mereka berazam untuk memulakan dahulu peperangan dengan Baginda. Mereka telah melantik Malik bin Auf sebagai ketua. Pada hari tersebut dia baru berusia 30 tahun. Malik telah memerintahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. Dia mengarahkan demikian agar ia lebih mendorong mereka untuk terus berjuang. Bilangan pejuang mereka dalam pertempuran yang ditunggu- tunggu ini antara 20,000 hingga 30,000 orang.
Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan keazaman Baginda untuk keluar memerangi mereka. Semua orang yang berada di Makkah turut keluar berperang. Mereka terdiri daripada para sahabat yang datang bersama Baginda dalam pembukaan Makkah dan orang-orang yang baru memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. berjalan sebingga sampai ke Wadi Hunain, tiba-tiba Hawazin dan sekutu-sekutunya menyerang mereka dalam kesuraman subuh. Orang Islam telah menyerang balas menyebabkan musuh susut dan tewas. Kemudian orang Islam sibuk mengumpul harta rampasan perang. Oleh itu, orang musyrik kembali menyerang orang Islam dengan anak-anak panah sehingga ikatan barisan tentera Islam bercerai berai. Penduduk Makkah dan orang Islam yang baru memeluk Islam lari sedangkan Rasulullah s.a.w. tetap kekal bertahan di atas baghal Baginda, seraya bersabda:
"Aku Nabi, tidak dusta. Aku keturunan Abdul Muttolib."
Tersebar berita angin di kalangan orang Islam bahawa Nabi s.a.w. telah terbunuh. Kebanyakan mereka mencampak-kan senjata lantaran berputus asa. Namun ada sekumpulan Muhajirin dan Ansor tetap berjuang di sekeliling Baginda. Al-Abbas (beliau seorang yang bersuara lantang) menyeru orang Islam: "Rasulullah masih hidup." Lalu orang Islam yang lari berpatah balik kepada Baginda. Bilangan mereka semakin ramai sehingga mereka mencapai kemenangan untuk kali kedua. Tentera Islam mengejar tentera musyrik, membunuh dan menawan mereka. Harta rampasan musuh amat banyak. Rasul s.a.w. terlebih dahulu membahagi-bahagikannya kepada golongan muallaf yang baru memeluk Islam, tanpa memberi apa-apa kepada Ansor berdasarkan keimanan dan kejujuran keislaman Ansor (yang tidak perlu lagi kepada balasan habuan keduniaan terhadap pengorbanan mereka).
Al-Quran telah turun berkenaan pertempuran ini:
BERMAKSUD....
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan
semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (Maksud At-Taubah: 25-26)
Peperangan ini adalah pertempuran penting yang terakhir berlaku antara Islam dan orang musyrik. Tak lama selepas itu, seluruh bangsa Arab telah memecahkan berhala-berhala dan memeluk agama Islam.
11. Ghazwah Tabuk
Ghazwah Tabuk dinamakan juga dengan Ghazwah al-'Usrah (Peperangan yang Susah). Ia berlaku pada Rajab, tahun ke-9 hijrah. Tabuk ialah nama sebuah tempat yang terletak di antara Wadi al-Qura di bumi Hijaz dengan Syam.
Sebab peperangan ini ialah, Rom telah mengumpul angkatan tentera yang ramai di Syam termasuk daripada kabilah Lakhm, Juzam, Amilah dan Ghassan yang merupakan kaum Arab beragama Nasrani. Tujuan Maharaja Rom, Herkules mengumpulkan angkatan tentera tersebut adalah untuk menyerang Madinah dan menghapuskan negara yang baru terbina di semenanjung tanah Arab tersebut. Berita-berita tentang Madinah serta siri kemenangannya menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada beliau.
Rasulullah s.a.w. mengajak orang ramai untuk keluar berperang. Waktu itu merupakan waktu amat susah dan panas. Orang-orang mukmin yang jujur menyahut seruan, tersebut dengan rela hati. Namun terdapat tiga orang yang tidak menyertai angkatan tersebut. Padahal mereka merupakan golongan beriman yang jujur. Rasul s.a.w. juga meminta golongan berada agar membiayai keperluan ketenteraan tersebut. Lantas mereka menyumbangkan harta benda yang banyak. Abu Bakar telah menyumbang seluruh hartanya, sejumlah 40,000 dirham. Umar pula menyumbang separuh hartanya. Sementara Othman turut menyumbang harta yang banyak. Beliau telah mempersiapkan satu pertiga keperluan tentera Islam, hinggakan Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk beliau dengan sabdanya:
"Selepas hari ini, apa-apa yang dilakukan Othman tidak akan
memudaratkannya."
Beberapa orang sahabat yang miskin datang bertemu Baginda lantaran mereka tidak
mempunyai tunggangan yang boleh mereka naiki. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Aku tidak dapat menyedia tunggangan yang boleh membawa kamu."
Oleh itu, mereka bersurai dengan air mata bergelinangan kesedihan lantaran tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkan. Manakala seramai lebih 80 orang munafik tidak menyertai peperangan ini. Terdapat juga segelintir Arab Badwi mengemukakan keuzuran kepada Baginda dengan alasan-alasan yang tidak benar. Walau bagaimanapun, Baginda tetap menerima alasan mereka itu.
Rasulullah s.a.w. berangkat dengan tenteranya seramai 30,000 orang pejuang dan 10,000 ekor kuda. la merupakan angkatan tentera paling besar yang pernah dilihat oleh Arab ketika itu. Baginda meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke Tabuk. Baginda bermukim di situ selarna kira-kira 20 malam tanpa menghadapi sebarang tipu daya daripada musuh, mahupun peperangan. Peperangan ini merupakan Ghazwah terakhir yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.. Mengenai ghazwah ini, Allah Tabarak wa Taala berfirman:
BERMAKSUD.....
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka. Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepada-Nya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (Maksud At-Taubah: 117-118)
Turut diturunkan ayat-ayat yang mencerita tentang sikap orang-orang munafik dan Arab Badwi yang meminta keuzuran agar tidak menyertai peperangan. Dalam ayat-ayat ini terdapat teguran Allah kepada Rasul-Nya yang menerima alasan mereka Kamu akan temui ayat-ayat ini dalam surah at-Taubah.
B) Pengajaran dan Pedoman
Terlebih dahulu kita akan memperkatakan tentang pensyariatan perang dalam Islam,
faktor-faktor dan kaedah-kaedah umumnya.
Rasul s.a.w. memulakan dakwah Baginda dengan seruan yang baik dan nasihat. Baginda membacakan kitab Allah kepada kaumnya. Di samping berbicara dengan mereka melalui hati dan akal, Baginda turut berbicara tentang perkara-perkara yang boleh mencelikkan mata mereka terhadap kepercayaan keberhalaan, khurafat, kesesatan dan kejahilan mereka. Namun kaumnya membalas seruan lembutnya itu dengan halangan dan ejekan. Kemudian dengan tuduhan yang direka-reka dan tindakan menyakiti (Baginda serta orang Islam). Akhirnya dengan komplot untuk membunuh Baginda. Sehinggalah Allah menyediakan satu tempat untuk dakwah Baginda yang membolehkan Baginda menetap dengan aman dan tenang. Namun begitu, di penempatan barunya itu, Baginda berhadapan pula dengan dua kekuatan yang menunggu-nunggu peluang untuk membinasakan Baginda:
a) Quraisy yang tidak lena tidur ekoran penghijrahan Nabi dan para sahabat Baginda ke Madinah. Apatah lagi penduduknya telah beriman dengan dakwah Baginda. Lantaran itu Baginda memperolehi kekuatan. Senario ini mengoyak-ngoyakkan lagi urat hempedu Quraisy (menaikkan lagi kemarahan mereka).
b) Yahudi. Sejak awal Nabi s.a.w. menetap di Madinah, Baginda bersungguh-sungguh untuk
mengadakan hubungan damai dengan Yahudi. Namun Yahudi mempunyai perangai suka
berdengki, gemar melakukan tipu daya dan konspirasi. Oleh itu, belum sempat Nabi s.a.w. stabil di Madinah dan memperolehi kepimpinan daripada Muhajirin dan Ansor, rasa dengki dan marah pemimpin-pemimpin Yahudi telah terpancar terhadap kepimpinan Baginda. Kerana Baginda telah menyaingi mereka dan menguasai sepenuhnya Madinah.
Sepanjang tempoh Rasul s.a.w. menetap di Makkah, ayat-ayat al-Quran turun kepada
Baginda memintanya agar bersabar terhadap kata-kata orang musyrik.
BERMAKSUD....
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (Al-Muzzammil: 10)
Setiap kali turun ayat-ayat yang menggesa agar Baginda bersabar terhadap tindakan orang-orang musyrik yang menyakiti mereka, setiap kali itu juga orang musyrik meningkatkan usaha menyakiti, melakukan tipu daya dan permusuhan terhadap orang Islam. Pada ketika itu, orang Islam tidak berupaya untuk menyekat angkara mereka. Ini disebabkan orang Islam ketika itu lemah dan bilangan mereka sedikit. Apabila kedudukan dan pengaruh Nabi.s.a.w. telah stabil di Madinah dan orang Islam mempunyai kekuatan dan perlindungan, mereka mula bersemuka dengan kekuatan dan permusuhan Quraisy. Mereka juga bersemuka dengan hasad dengki dan sifat keji Yahudi yang berkemungkinan menceroboh mereka pada bila-bila masa. Islam adalah agama yang realistik. Islam tidak memejamkan mata daripada realiti dengan mengikut sangkaan waham atau nilai yang ideal di hadapan kaum yang tidak beriman dan tidak menghormati' nilai tersebut. Islam mestilah berlindung di belakang kekuatan dan bersedia untuk menghapuskan apa-apa pencerobohan. Islam juga terpaksa bertindak menghapuskan kekuatan dan kemampuan batil. Tindakan ini perlu agar medan dakwah terbuka dengan baik dan bebas. Ini membolehkan dakwah berdailog dengan akal, membersihkan jiwa, memperbaiki kefasadan dan menegakkan panji-panji kebaikan yang dijadikan petunjuk. Menara-menara api kebenaran akan menyinari jalan kepada sesiapa yang mencari petunjuk, kebaikan dan panduan.
Oleh kerana semua faktor ini dan faktor lain, Allah telah mensyariatkan perang
kepada orang-orang mukmin pada tahun ke-2 hijrah, dengan menurunkan ayat-ayat berikut:
BERMAKSUD......
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). laitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan
tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak- banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj: 39-41)
Ayat di atas merupakan ayat-ayat pertama yang diturunkan berkenaan peperangan dan keizinan untuk terlibat dengannya. Eloklah kita meneliti sejenak, mengenali hikmah keizinan untuk berperang, faedah dan objektifnya:
1)Pada permulaan ayat disebut, orang-orang mukmin diizinkan berperang. Perkara yang sepatutnya diperhatikan; Allah menggunakan lafazχθè=tG≈s)ム(mereka yang diperangi) untuk orang-orang mukmin. Di antara kaedah bahasa Arab yang dimaklumi, apabila sesuatu hukum
dihubungkait dengan mana-mana kata terbitan, ia memberi erti kata dasar perkataan itu menjadi' illah (sebab) kepada hukum tersebut. Perkataanχθè=tG≈s)ム(mereka yang diperangi) adalah kata terbitan daripada kata dasar
(perang). Maksudnya: Orang-orang mukmin yang diizinkan berperang adalah golongan yang telah diperangi; iaitu golonganyang telah ditindas, disiksa dan diisytiharkan perang ke atas mereka. Ini jelas menunjukkan 'illah (sebab) keizinan kepada mereka untuk berperang iaiah kerana berlakunya penindasan ke atas mereka sebelum ini. Dengan itu, perang tersebut berperanan menghapuskan pencerobohan terhadap mereka. Ia juga sebagai menangani tindakan pihak lain dengan tindakan yang sama. Ini sebagaimana firman Allah Taala:
BERMAKSUD.....
Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu... (Al-Baqarah: 194)
Juga firman-Nya:
BERMAKSUD....
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah
kejahatan yang bersamaan dengannya... (As-Syura: 40)
2)Ayat ini juga mengandungi kenyataan bahawa orang Islam telah diperangi dan
dicerobohi secara zalim tanpa sebarang alasan yang wajar. Ini terkandung dalam firman
Allah; oleh kerana mereka dizalimi. Justeru itu, orang-orang mukmin di Makkah bukanlah golongan yang zalim mahupun kejam. Mereka hanyalah golongan yang mempertahankan aqidah. Mereka juga merupakan golongan yang menyeru kaum mereka untuk membebaskan diri daripada sangkaan waham, khurafat dan akhlak yang buruk.
3)Dalam ayat yang kedua pula terdapat keterangan berkenaan fakta-fakta berkaitan penindasan yang berlaku dalam sejarah. Ia menyatakan orang-orang mukmin yang diizinkan berperang ini telah diusir keluar daripada kampung halaman mereka. Tiada kezaliman yang lebih dahsyat; daripada perbuatan mengusir manusia dari negara tumpah darahnya dan perbuatan menghalau dari tanahnya.
4)Dalam ayat ini juga, terdapat penjelasan tentang sebab yang menjadi punca orang- orang mukmin ini diusir dari kampung halaman mereka. Puncanya; pegangan mereka berbeza dengan kaum mereka. Iaitu dalam soal anutan ajaran berhala dan penyembahan tuhan-tuhan palsu. Mereka menyembah Allah yang Satu lagi Esa. Oleh itu, golongan mukmin telah ditindas kerana soal aqidah. Kafir Quraisy tidak mahu mereka mempunyai kebebasan dalam soal tersebut.
5)Selagi mana orang-orang mukmin tidak memiliki kebebasan beraqidah, selagi itulah peperangan dibolehkan. Kerana peperangan disyariatkan untuk menjamin kebebasan aqidah ini. Pada kebiasaannya, kebebasan dalam soal aqidah merupakan nilai hidup yang paling dibanggakan oleh manusia.
6)Kemudian Allah menjelaskan faedah peperangan yang disyariatkan kepada orang mukmin. la tidak terbatas kepada jaminan kebebasan beragama bagi kelompok mereka sahaja, bahkan pengikut-pengikut agama Samawi yang lain, Yahudi dan Nasrani turut mendapat faedah. Pada hari tersebut orang Islam berperang dengan golongan penyembah berhala yang tidak mempunyai agama. Jika orang-orang mukmin kuat, mereka berupaya melindungi tempat-tempat ibadat Yahudi dan Nasrani di samping melindungi masjid-masjid. Mereka berperang agar golongan penyembah berhala dan atheis tidak berkuasa. Orang mukmin berperang untuk menyekat golongan tersebut dari-pada memerangi agama-agama Ilahi dan menutup tempat-tempat ibadat mereka. Perkara tersebut jelas dalam firman-Nya dalam ayat ini: tempat pertapaan rahib-rahib-dinamakan juga biara, gereja-gereja Nasrani dan rumah ibadat Yahudi.
Dengan itu, jelas peperangan dalam Islam bukan untuk memusnahkan agama-agama Samawi mahupun meruntuhkan tempat-tempat ibadatnya. Bahkan untuk melindungi agama- agama ini daripada penguasaan golongan atheis dan penyembah berhala, dan menghalang mereka daripada memusnah dan menutup tempat-tempat ibadat.
7)Dalam ayat ketiga pula, terdapat keterangan berkenaan natijah yang diperolehi daripada kemenangan orang-orang mukmin dalam peperangan yang disyariatkan ini. Kemenangan orang-orang mukmin dalam perang tidak mengakibatkan bangsa-bangsa lain dijajah, sumber alam mereka dikuasai, kekayaan negara mereka dirampas atau maruah mereka dihina. Bahkan ia menatijahkan kemaslahatan kemanusiaan dan faedah komuniti- komuniti manusia, iaitu:
a) Menyebarkan kerohanian yang tinggi dalam alam sejagat menerusi jalan ibadat.
(mereka mendirikan solat).
b) Menyebarkan keadilan aosial antarabangsa-bangsa menerusi jalan zakat. (mereka
mengeluarkan zakat).
c) Merealisasikan kerjasama demi kebaikan masyarakat, kemuliaan dan peningkatan
tarafnya. (mereka menyuruh perkara kebaikan)
d) Bekerjasama membanteras kejahatan jenayah dan kerosakan. (mereka mencegah
kemungkaran).
Ini merupakan hasil kemenangan orang-orang mukmin dalam peperangan mereka dengan musuh-musuh. Ia akan menegakkan negara Islam, yang bekerja demi meningkatkan ketinggian rohani dan amalan saling bantu-membantu dalam masyarakat. Begitu juga, kedudukan manusia ditingkatkan melalui jalan kebaikan di samping bekerja menghalang keruntuhannya akibat jalan kejahatan. Apakah matlamat kemanusiaan yang lebih mulia berbanding matlamat yang diletakkan dalam pensyariatan perang dalam Islam ini? Adakah matlamat peperangan lain yang pernah diketahui oleh bangsa-bangsa dahulu mahupun sekarang, yang menyamai matlamat ini? Sama ada dari segi faedahnya yang meliputi semua manusia, mahupun pembinaan komuniti-komuniti masyarakatnya? Proses pembinaan masyarakat ini dilaksanakan dengan langkah yang membawa kepada peningkatan dan kemajuan kemanusiaan yang konstruktif, tanpa berpatah kembali kepada era jahiliah yang pertama. Era jahiliah yang pertama adalah zaman yang dipenuhi kebebasan tanpa batas, terungkainya nilai-nilai akhlak, ketidakpercayaan kepada Tuhan (atheisme), peperangan dan pertumpahan darah. Gejala ini telah berlaku dalam proses pembangunan yang dilakukan dalam tamadun material Barat.
Apabila kita telah mengetahui objektif dan matlamat Islam membenarkan peperangan, kita. akan memahami erti sebenar kata-kata "perang di jalan Allah". Jihad dijalan Allah adalah jihad untuk merealisasikan kebaikan, kesejahteraan, ketinggian dan keadilan dalam masyarakat. Sabilillah bermaksud jalan menuju kepada Allah. Jalan menuju kepada Allah tidak akan tercapai kecuali menerusi jalan kebaikan, kasih sayang serta kerjasama dalam kebajikan dan taqwa. Bukan melalui kerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan.
Ini merupakan perbincangan ringkas berkenaan objektif-objektif pensyariatan perang dalam Islam dan sebab-sebab sejarah mengapa peperangan diizinkan. Seterusnya, kita akan membicarakan tentang pengajaran dan pedoman yang terkandung dalam pertempuran- pertempuran awal Islam pada zaman Rasul s.a.w. Saya ingin membicarakan pengajaran setiap pertempuran ini satu persatu. Namun masa adalah singkat. Pembicaraan sedemikan akan mengambil ruang berpuluh-puluh halaman muka surat. Oleh itu, saya terpaksa mengumpulkan semua pengajaran-pengajaran ini sekaligus. Bagi setiap pertempuran, saya sebutkan lebih daripada satu pengajaran. Semoga saya dapat menghuraikan pengajaran- pengajaran bagi setiap pertempuran secara terperinci dan satu persatu di kesempatan lain, insya Allah. Moga-moga saya juga diberi kelapangan masa dan sembuh daripada penyakit.
1.Pertempuran pertama yang dibicarakan ialah Ghazwah Badar. Nabi s.a.w. telah keluar untuk nienghalang kafilah dagang Quraisy yang dalam perjalanan pulang ke Makkah dari Syam. Namun kafilah tersebut dapat menyelamatkan diri mereka. Dalam masa yang sama tentera musyrik telah bertekad untuk berperang. Fakta pertempuran Badar telah kami sebutkan sebelum ini. Usaha menyekat kafilah dagang Quraisy ini bukan menunjukkan keinginan untuk mengambil harta atau menyamun di jalan, sebagaimana yang didakwa oleh para orientalis; pereka-cipta fitnah. Bahkan usaha tersebut didorong oleh tujuan menuntut ganti rugi daripada Quraisy. Tuntutan ini dibuat dengan cara mengambil harta dagangan mereka sebagai bayaran "ganti bagi harta-harta Muhajirin yang telah dirampas oleh mereka. Quraisy telah memaksa Muhajirin atau kebanyakan mereka meninggalkan rumah, tanah dan harta mereka Sesiapa yang diketahui telah berhijrah dan tiada lagi di Makkah, rumahnya akan dijual dan harta-hartanya dirampas. Undang-undang membalas tindakan pihak lain dengan tindakan yang sama, telah diperakui dalam undang-undang antarabangsa hari ini. Undang-undang ini mengharuskan perbuatan seumpama ini, sebagaimana yang berlaku
antara kita dengan Israel. Yang penting untuk kita beri perhatian, Ghazwah Badar ini telah didahului oleh tujuh percubaan menghalang rombongan dagang Quraisy. Mereka yang terlibat dalam percubaan-percubaan ini hanyalah di kalangan Muhajirin. Tiada seorangpun Ansor yang dihantar dalam percubaan-percubaan tersebut. Ini kerana, sekiranya Muhajirin menghalang kafilah dagang Quraisy dan menguasainya, Muhajirin melakukannya dengan hak yang diperakui oleh semua undang-undang; baik undang-undang Ilahi, mahupun perundangan wadhie (ciptaan manusia). Kami nyatakan tujuh percubaan tersebut:
1. Pengutusan Hamzah pada awal bulan yang ke-7 selepas Hijrah.
2. Sariyyah ‘Ubaidah bin al-Harith pada awal bulan ke-8 selepas Hijrah.
3. Sariyyah Saad bin Abi Waqqas pada awal bulan ke-9 selepas Hijrah.
4. Ghazwah Waddan pada bulan ke-12 selepas Hijrah.
5. Ghazwah Buwat pada awal bulan ke-13 selepas Hijrah.
6. Ghazwah Badar al-Ula juga pada bulan 13 selepas Hijrah.
7. Ghazwah al-‘Asyirah pada awal bulan ke 16 selepas Hijrah.
Semua anggota sariyyah dan ghazwah ini terdiri daripada kaum Muhajirin sahaja. Tiada seorang Ansor pun di kalangan mereka. Ini memperkuatkan huraian yang kami telah katakan.
2.Kemenangan dalam pertempuran bukan bergantung dengan kuantiti atau kelengkapan persenjataan sahaja, tetapi dicapai dengan kekuatan roh maknawi yang dimiiliki oleh tentera. Tentera Islam dalam pertempuran-pertempuran ini mewakili aqidah yang suci, iman yang menyala-nyala, kegembiraan untuk mati syahid, juga keinginan mendapat pahala dan syurga Allah. Mereka juga mewakili kegembiraan kerana bebas merdeka daripada kesesatan, perpecahan dan kerosakan. Sementara tentera orang musyrik pula mewakili aqidah yang rosak, akhlak yang punah, ikatan sosial yang terlerai, tenggelam hanyut dalam kelazatan dunia serta asobiyyah yang membuta tuli kepada adat resam yang lapuk, nenek moyang yang lalu dan tuhan-tuhan yang palsu.
Lihatlah tindak-tanduk yang dilakukan oleh kedua-dua angkatan tentera tersebut sebelum peperangan bermula. Sebelum peperangan bermula, orang musyrik berkeras untuk berpengkalan selama tiga hari (di Badar). Tujuan mereka ialah untuk berpesta arak sambil didendangkan nyanyian oleh penyanyi-penyanyi wanita dan diiringi pula dengan paluan gendang serta menyalakan unggun-unggun api di persekitaran mereka. Semua ini dilakukan agar bangsa Arab mendengar dan berasa gerun terhadap mereka. Mereka menyangka tindakan tersebut sebagai cara untuk mencapai kemenangan. Sebaliknya, sebelum peperangan bermula, orang Islam menghadapkan hati-hati mereka kepada Allah, memohon daripada-Nya kemenangan, mengharap-harapkan mati syahid dan menghidu bau-bauan syurga. Rasul s.a.w. menyungkur sujud dengan penuh rendah diri meminta Allah menolong hamba-hamba-Nya yang beriman. Natijahnya golongan yang bertaqwa lagi khusyuk beroleh kemenangan, manakala golongan yang leka dan berpoya-poya ditimpa kekalahan.
Sesiapa yang membandingkan bilangan tentera Islam dengan bilangan tentera musyrik dalam setiap pertempuran, dia akan dapati bilangan tentera musyrik jauh lebih ramai daripada tentera Islam. Meskipun begitu, kemenangan berpihak kepada orang Islam, termasuklah pertempuran Uhud dan Hunain yang telah dimenangi oleh orang Islam. Jika tidak kerana kesilapan yang dilakukan oleh tentera Islam dalam kedua-dua pertempuran dan tindakan mereka melanggar arahan Rasulullah s.a.w., nescaya orang Islam tidak akan menemui kekalahan langsung.
3.Kekuatan azam angkatan tentera, semangat untuk mengharungi pertempuran dan kegembiraan untuk bertemu musuh merupakan faktor-faktor yang mendorong panglima perang melaksanakan perancangannya. Faktor ini juga meyakinkannya untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Fenomena ini berlaku sebagaimana dalam pertempuran Badar.
4.Seorang panglima tentera tidak sepatutnya memaksa tenteranya untuk berperang atau mengharungi medan-medan pertempuran, sekiranya mereka tidak berminat dan tidak bersemangat untuk berperang. Dia tidak bertindak sedemikian sehinggalah dia benar-benar pasti tentang kerelaan dan semangat mereka. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda telah meminta pandangan sahabat-sahabatnya sebelum memasuki kancah pertempuran.
5.Sikap waspada tentera bawahan terhadap keselamatan nyawa pemimpin mereka merupakan tindakan yang diputuskan oleh keinginan untuk mencapai kejayaan dalam pertempuran dan dakwah. Seseorang pemimpin perlu menerima keputusan itu kerana hidupnya bererti hidupnya dakwah. Kehilangan nyawanya pula bererti kekalahan dalam pertempuran.
Kita dapat lihat dalam pertempuran Badar, bagaimana Rasul s.a.w. menerima dengan rela hati khemah ditegakkan khas untuk Baginda. Kita juga dapat lihat dalam pertempuran lain: Uhud dan Hunain, bagaimana orang-orang mukmin dan mukminat yang jujur dengan keimanannya melingkungi dan melindungi Rasul mereka daripada panahan musuh. Sehingga mereka menjadikan diri mereka sebagai perisai. Baginda s.a.w. tidak pernah melarang tindakan mereka padahal Baginda seorang yang berani dan mendapat sokongan Allah. Bahkan Baginda telah memuji para sahabat yang mempertahankannya. Baginda memuji keberanian dan mendoakan Nasibah, Ummu 'Umarah kerana melindunginya. Baginda berdoa agar beliau, suami dan anak-anaknya menjadi teman Baginda di syurga kelak.
6.Allah Tabarak wa Taala menghantar tentera-tentera-Nya mengelilingi hamba-hamba- Nya yang beriman lagi jujur dalam pertempuran-pertempuran mereka. Dia menurunkan para malaikat pada hari peperangan Badar dan menghantar angin kencang pada hari peperangan Ahzab.
Selagimana orang-orang mukmin berperang dijalan-Nya, Allah tidak akan meninggalkan
mereka sendirian lantaran Dia telah berfirman:
BERMAKSUD....
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. (Al-Hajj: 38)
Antara peribadi pendakwah.yang jujur ialah diaberharap agar musuh-musuhnya mendapat hidayah. "Dia juga membuka ruang kepada mereka (untuk beriman), dengan harapan moga-moga Allah mencampakkan petunjuk ke dalam hati mereka. Oleh itu kita dapat memahami rahsia mengapa Rasul s.a.w. cenderung untuk mengambil bayaran tebusan bagi tawanan perang Badar. Baginda berharap agar Allah akan memberi petunjuk kepada mereka. Baginda juga berharap zuriat selepas mereka akan menyembah Allah dan berdakwah kepada-Nya. Al-Quran al-Karim menegur tindakan Rasul s.a.w. tersebut kerana terdapat kemaslahatan lain bagi Islam ketika itu. Iaitu untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan
membanteras ketua-ketua penganjur fitnah dan kesesatan. Sekiranya tawanan-tawanan perang Badar dibunuh, nescaya penentangan Quraisy akan lemah. Kerana pemimpin- pemimpin mereka serta golongan yang mengapi-apikan fitnah untuk menentang orang Islam telah dihapuskan.
Rahsia lain Rasul s.a.w. menerima bayaran tebusan ialah; al-‘Abbas, bapa saudara Rasul s.a.w. turut menjadi tawanan perang Badar. Al-‘Abbas mempunyai beberapa jasa membantu Rasul s.a.w. sebelum beliau mengumumkan keislamannya. Beliau telah hadir bersama Baginda dalam peristiwa Baiah Aqabah Kedua yang berlangsung secara rahsia. Dia juga melaporkan kepada Rasul setiap pergerakan Quraisy. Bagi saya, perkara ini menunjukkan beliau merupakan seorang orang Islam yang menyembunyikan keislamannya. Bagaimana Rasul boleh membunuhnya sedangkan inilah kedudukan beliau bersama Baginda? Jika al-‘Abbas seorang Islam dan Rasul s.a.w. menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya, Baginda melanggar syariat yang mengharamkan pembunuhan seorang muslim. Sekiranya beliau seorang musyrik, syariat Islam tidak membezakan antara kaum kerabat mahupun orang asing. Syariat bersikap tegas dan memusuhi sesiapa saja yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Orang musyrik dan munafik pula akan merebut peluang ini untuk mengheboh-hebohkan diskriminasi ini. Mereka juga akan menggunakan peluang ini untuk melemahkan kepercayaan terhadap keadilan dan kebersihan Baginda daripada pengaruh hawa nafsu dalam segala tindak tanduknya. Perkara ini tidak membawa apa-apa kemaslahatan kepada dakwah.
8.Melanggar arahan pemimpin yang tegas dan jauh pandangannya akan membawa kepada kerugian dalam pertempuran. Ini terjadi dalam Ghazwah Uhud. Jika para pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w. di belakang tentera Baginda tetap tidak berganjak dari tempat mereka sebagaimana yang diarahkan, nescaya tentera musyrik tidak dapat mengepung tentera Islam.Tentera musyrik juga tidak akan berjaya menukar kekalahan mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan. Demikianlah kesan melanggar perintah pemimpin. Ia boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh. Allah telah memberi amaran azab kepada orang-orang mukmin sekiranya mereka melanggar perintah Rasul mereka. Dia berfirman:
BERMAKSUD....
Beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab
seksa yang tidak ferperi sakitnya. (An-Nur: 63)
9.Tamak kepada harta rampasan perang dan Iain-lain habuan kebendaan akan membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan. Ini berlaku dalam pertempuran Uhud, iaitu apabila para pemanah meninggalkan pos-pos mereka lantaran tamak untuk merebut harta rampasan perang. Situasi begini juga terjadi dalam pertempuran Hunain apabila orang Islam telah menang pada permulaannya. Sebahagian mereka merasa tamak kepada harta rampasan perang, lalu berhenti daripada mengejar musuh yang berundur. Akibatnya musuh kembali menyerang orang Islam dan mereka tewas. Jika bukan kerana sokongan Allah dan keteguhan Rasul s.a.w. bersama tentera mukmin yang jujur di sekelilingnya untuk tetap bertahan, nescaya kekalahan tersebut tidak akan bertukar kepada kemenangan besar sebagaimana yang berlaku.
Demikian juga sikap tamak para pendakwah terhadap habuan dunia dan tindakan mereka menghimpun harta, rumah dan tanah. Sikap ini akan menjejaskan dakwah dan memberi kesan negatif kepada jiwa manusia. Ia menyebabkan orang ramai meragui kejujuran pendakwah terhadap apa yang diserunya. Ia juga akan mendorong manusia menuduhnya
melakukan dakwah bukan kerana keredhaan Allah 'Azza wa Jalla. Bahkan demi mengumpul puing-puing habuan dunia dengan memper-gunakan nama agama dan pengislahan. Anggapan sedemikian merupakan halangan orang ramai untuk menerima agama Allah. Anggapan ini juga memburukkan imej sesiapa sahaja yang menyeru kepada pengislahan sekalipun dia jujur dan ikhlas.
10.Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu ‘Ammarah bersama suami dan anak-anaknya untuk terus tetap berdiri mengelilingi Rasulullah s.a.w. ketika pertahanan tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam perjuangan dakwah Islam. Ia juga menjadi bukti terhadap keperluan kita pada hari ini kepada wanita Islam yang memikul bebanan dakwah kepada Allah. Wanita Islam berperanan untuk berdakwah kepada Allah di tengah kelompok pemudi, isteri dan ibu. Mereka juga berperanan mengasuh anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, berpegang dengan Islam dan ajarannya, juga bekerja untuk kebaikan dan kemurnian masyarakat.
Selagi mana medan dakwah tidak disertai oleh pendakwah di kalangan pemudi Islam atau bilangan mereka tidak men-cukupi, selagi itulah dakwah akan terus melangkah pendek dan gerakan islah akan terus tempang. Situasi ini akan berterusan sehinggalah separuh umat ini (golongan wanita) mendengar dakwah kebaikan. Seterusnya, sanubari dan hati-hati mereka tersedar untuk mencintai kebajikan, tampil maju untuk agama dan segera berpegang dengan ikatannya yang kukuh.
11.Kecederaan Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Uhud merupakan peransang kepada para pendakwah agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa mereka dijalan Allah. Sama ada berbentuk kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan dengan dipenjara mahupun ditangkap ataupun dihukum mati mahupun dibunuh. Allah Taala telah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
BERMAKSUD...
Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar-nya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3)
12.Perbuatan orang musyrik mengkelar mayat tenteraIslam dalam peperangan Uhud, khususnya Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w., merupakan bukti jelas bahawa musuh Islam tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati peruti. Mengkelar si mati bukanlah menyakitinya sebagaimana kambing yang disembelih tidak merasa sakit kulitnya disiat. Namun ia menjadi bukti kebencian yang bersarang di jiwa mereka. Perasaan benci ini terserlah melalui perbuatan-perbuatan ganas sebegini. Tindakan kejam ini menyakiti perasaan manusia yang hidup dan berperikemanusiaan.
Sebagaimana tindakan orang musyrik terhadap mayat tentera Islam pada peperangan
Uhud, demikianlah juga kita dapat melihat perlakuan Yahudi terhadap mayat orang Islam
yang terbunuh dalam pertempuran Palestin. Tindakan kejam kedua-dua golongan ini terbit daripada sumber yang satu, iaitu jiwa mereka yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat. Itulah tanda kebencian mereka terhadap orang-orang beriman kepada Allah, Rasul- rasul-Nya dan hari Akhirat dengan iman yang benar lagi jujur.
13.Tindakan Rasul s.a.w. menerima cadangan al-Hubab bin al-Munzir agar berpindah dari tempat pertempuran yang dipilih Baginda pada peperangan Badar, begitu juga ketika peperangan Khaibar, meruntuhkan rasa bongkak golongan diktator yang menguasai rakyat tanpa kemahuan dan kerelaan mereka.Golongan ini mendakwa diri mereka bijaksana dan berpandangan jauh. Ini mendorong mereka memperlekehkan kemahuan rakyat. Mereka juga mengenepikan cadangan para intelek, bijak pandai dan tokoh pemikir. Padahal Rasulullah s.a.w. (yang Allah tahu mempunyai sifat-sifat paling kamil yang melayakkan Baginda membawa risalah paling akhir dan paling sempurna) menerima pandangan para sahabatnya yang pakar dalam hal ehwal ketenteraan dan bentuk bumi yang diperlukan dalam pertempuran. Baginda tidak berkata: "Aku Rasulullah. Padaku, cukup apa yang aku suruh atau apa yang aku larang. Aku tak perlu kepada yang lain." Bahkan, Baginda menerima cadangan dan buah fikiran mereka dalam urusan yang wahyu tidak diturunkan kepada Baginda. Bagaimana pula dengan kebanyakan penguasa yang kita lihat mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan akal, ilmu atau pengalaman berbanding orang ramai? Bahkan kelebihan mereka terletak kepada cengkaman mereka ke atas jentera pemerintahan setelah dia berpeluang menguasainya. Apatah lagi dengan golongan yang mempunyai pengetahuan, ilmu dan pengalaman yang lebih rendah daripada kebanyakan rakyat di bawah pemerintahan mereka? Tidakkah menjadi kewajipan mereka meminta pandangan para bijak pandai, menerima nasihat para penasihat dan mengambil kepintaran mereka yang berpengalaman?!
Peristiwa-peristiwa sejarah yang dekat mahupun yang lampau, menunjukkan kepada kita bahawa kesombongan diktator telah membinasakan mereka dan umat. Dia menghumbankan umat ke jurang yang dalam dan sukar untuk didaki kembali melainkan selepas puluhan atau ratusan tahun. Oleh itu, tindakan Rasul s.a.w. menerima pandangan al- Hubab dalam peperangan Badar dan Khaibar menjadi contoh teladan kepada setiap pemerintah yang ikhlas, setiap panglima yang bijak dan setiap pendakwah yang jujur.
Antara slogan pemerintahan dalam Islam yang paling tertonjol ialah konsep syura.
BERMAKSUD....
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat (bersyura) sesama
mereka. (As-Syura: 38).
Manakala sifat paling terserlah bagi pemerintah Islam yang terbilang dalam sejarah; dia meminta pandangan orang lain dan tidak bersikap kuku besi. Dia bertukar-tukar pandangan dengan pakar-pakar yang berkecimpung secara khusus dalam setiap isu yang dikendalikannya.
BERMAKSUD....
Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
hal-Hal keduniaan) itu. (Ali Imran: 159)
BERMAKSUD....
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika: kamu tidak mengetahai. (An-Nahl: 43 & Al~Anbiya: 7)
14.Posisi Baginda berada di barisan hadapan dalam setiap pertempuran dan penglibatan Baginda dalam kancah peperangan bersama tentera Islam (kecuali dalam peperangan yang dicadangkan oleh para sahabat Baginda untuk tidak berbuat demikian), menjadi dalil bahawa jawatan kepimpinan hanya disandang oleh seorang yang berani dan tetap teguh pendiriannya. Mereka yang pengecut dan lemah tidak layak memimpin rakyat, menerajui tentera, atau untuk mengepalai gerakan-gerakan pengislahan dan dakwah kebaikan. Keberanian pemimpin dan pendakwah yang dilihat menerusi tindak tanduk dan gerak kerja beliau akan menaikkan semangat dan motivasi tentera juga penyokongnya. Ia lebih ampuh berbanding 1,000 pidato bersemangat yang disampaikan di khalayak ramai. Menjadi kebiasaan tentera bawahan dan para penyokong untuk mengambil bekalan kekuatan daripada keutuhan panglima dan pemimpin mereka. Sekiranya semasa berlaku pertembungan pemimpin bersikap pengecut dan lemah di saat-saat genting, beliau akan merosakkan perjuangan. Sedangkan beliau yang mengangkat panji-panjinya. Sikap beliau tersebut benar-benar merosakkan perjuangan.
15.Tentera bawahan dan penyokong dakwah tidak boleh melanggar arahan pemimpin yang tegas lagi berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh beliau. Setelah mereka bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan pandangan kepadanya, pemimpin yang memikul tanggungjawab paling besar seperti ini patut diberi kepercayaan. Sekiranya selepas perbincangan tersebut, beliau memutuskan sesuatu perkara, mereka mestilah mentaatinya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah s.a. w. semasa perdamaian al-Hudaibiyah. Rasul s.a.w. telah memilih syarat-syarat perdamaian. Tenyata syarat-syarat ini membawa kemaslahatan kepada
dakwah. Perdamaian itu merupakan kemenangan politik kepada Baginda. Bilangan orang yang baru beriman dalam tempoh dua tahun selepas perdamaian itu meningkat berkali-kali ganda berbanding bilangan mereka yang memeluk Islam sebelumnya. Kejayaan ini tercapai sedangkan para sahabat merasa sukar untuk menerima sesetengah syarat perdamaian tersebut. Hinggakan sebahagian mereka telah terkeluar daripada adab sopan santun yang sepatutnya dijaga ketika berurusan dengan Rasul atau pemimpinnya. Fenomena yang sama terjadi kepada Abu Bakar semasa kes-kes murtad mula timbul (di kalangan kabilah-kabilah Arab). Semua sahabat berpandangan agar tidak keluar memerangi golongan murtad itu. Sebaliknya Abu Bakar berpandangan mereka perlu memerangi golongan tersebut. Apabila beliau memutuskan demikian, mereka mentaatinya. Mereka bertungkus lumus berperang. Ternyata keputusan yang diambil oleh Abu Bakar untuk memerangi golongan murtad tersebut, itulah yang memperkukuhkan Islam di semenanjung tanah Arab. Ia juga membolehkan orang-orang mukmin menjelajah serata ceruk bumi selaku pembuka negara, pembawa petunjuk dan pemberi pedoman.
16.Di antara pemintaan Rasul s.a.w. kepada Nu’aim bin Mas’ud dalam Ghazwah Ahzab ialah agar dia memecahkan kerjasama antara tentera bersekutu sedaya upayanya. Permintaan ini menjadi dalil bahawa melakukan tipu daya dalam memerangi musuh adalah diakui syara', sekiranya tipu daya tersebut boleh membawa kemenangan. Setiap cara yang membawa kemenangan (dalam perang) dan mengurangkan pertumpahan darah adalah diterima dari perspektif Islam, kecuali belot dan khianat. Permintaan ini merupakan kebijaksanaan politik dan strategi ketenteraan Rasul s.a.w. Ia tidak menafikan prinsip-prinsip akhlak Islam. Maslahat mengurangkan bilangan mangsa perang merupakan maslahat kemanusiaan. Maslahat mengalahkan kejahatan, kekufuran dan fitnah juga merupakan maslahat kemanusiaan dan maslahat akhlak. Oleh itu, menggunakan tipu daya dalam pertempuran selaras dengan akhlak kemanusiaan yang melihat peperangan sebagai satu kejahatan yang besar. Sekiranya keadaan darurat menuntut berlakunya peperangan, menjadi kewajipan untuk
menamatkannya dengan apa cara sekalipun. Ini kerana perkara darurat dilakukan sekadarnya sahaja. Allah mensyariatkan peperangan hanya untuk memelihara agama, umat atau bumi. Oleh itu, melakukan tipu daya yang membawa kepada kekalahan musuh merupakan satu usaha mempercepat-kan kemenangan hak. Oleh itu, diriwayatkan daripada Rasul s.a.w. dalam Ghazwah Ahzab, Baginda bersabda kepada Nu'aim bin Mas'ud:BERMKASUD..
"Perang adalah tipu daya."
Ini merupakan prinsip yang diterima pakai dalam semua syariat dan undang-undang.
17.Rasulullah s.a.w. menerima cadangan Salman untuk menggali parit sedangkan teknik ini tidak pernah diketahui oleh bangsa Arab sebelum itu, menjadi dalil bahawa Islam tidak menyekat untuk menggunakan pengalaman bangsa-bangsa lain yang memberi faedah kepada umat dan manfaat kepada masyarakat. Tidak ragu-ragu lagi, penggalian parit memberi faedah besar kepada usaha mempertahankan Madinah daripada bahaya tentera bersekutu Quraisy. Tindakan Rasulullah s.a.w. menerima cadangan ini juga menjadi bukti sikap fleksibel dan kesediaan Baginda s.a.w. untuk menerima perkara-perkara baik yang terdapat di kalangan bangsa-bangsa lain. Rasul s.a.w. telah bersikap demikian lebih daripada sekali. Ketika Baginda ingin mengutuskan suratnya kepada para raja, gabenor dan pemimpin negara, Baginda diberitahu: Menjadi kebiasaan raja-raja tidak menerima apa-apa surat kecuali surat yang dicop dengan nama pengutusnya. Dengan itu, Baginda terus memerintahkan agar diukirkan untuk Baginda satu cincin yang bertulis: Muhammad Rasulullah. Sejak itu, Baginda mengecop surat-suratnya dengan cincin tersebut. Selepas pembukaan Makkah, apabila rombongan daripada seluruh pelusuk tanah Arab datang
menemui Baginda menyatakan keislaman mereka, Baginda diberitahu: Wahai Rasulullah, menjadi kebiasaan raja-raja dan pemimpin-pemimpin menyambut kedatangan mana-mana rombongan dengan pakaian yang cantik dan mahal. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar dibelikan untuk Baginda sehelai pakaian baru yang bermutu. Dikatakan harga pakaian itu sampai kepada 400 dirham. Ada pula yang mengatakan ia berharga 400 ekor unta. Baginda kemudiannya menyambut rombongan yang datang dengan memakai pakaian tersebut. Inilah tingkah laku Rasul yang diutuskan dengan agama paling akhir dan kekal sehingga ke akhir zaman. Menjadi kemaslahatan kepada para pengikut Baginda pada setiap zaman dan semua keadaan untuk mengambil apa-apa yang terbaik yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain. Mereka, perlu mengambil apa-apa yang berfaedah dan tidak bercanggah dengan hukum hakam serta kaedah umum syariat mereka daripada bangsa-bangsa lain. Keengganan untuk berbuat demikian adalah kebekuan yang tidak diterima oleh tabiat Islam. Dalam perlembagaannya yang kekal (al-Quran) dinyatakan:BEMAKSUD...
Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama).(Az-Zumar: 17- 18)
Sikap beku ini juga tidak dapat diterima oleh tabiat Rasulnya. Kita telah lihat contoh- contoh berkenaan perkara baik yang diambil Baginda daripada bangsa-bangsa lain. Baginda jugalah yang bersabda:BERMAKSUD....
“Hikmah itu barang yang hilang daripada orang mukmin. Dia menuntutnya
di mana sahaja dia temui”(6)
Pada zaman mutakhir ini, khususnya selepas zaman kebangkitan Eropah, orang Islam ditimpa keruntuhan. Orang Islam lupa terhadap prinsip Islam yang agung ini. Mereka juga menentang setiap pengislahan yang dicedok daripada orang lain sedangkan mereka amat memerlukannya. Mereka mundur ketika mana orang lain semakin maju.
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj: 41)
18.Berdasarkan pesanan Rasulullah s.a.w. kepada angkatan tentera Islam dalam Ghazwah Muktah, kamu dapat perhatikan nilai belas kemanusiaan yang terdapat dalam peperangan Islam. Islam tidak membunuh sesiapa yang tidak berperang mahupun merosakkan apa yang ditemui dalam perjalanannya kecuali kerana dharurat yang amat sangat. Selepas kematian Baginda, para sahabat dan orang Islam pada pelbagai zaman mematuhi pesanan-pesanan ini. Peperangan mereka merupakan peperangan yang paling bersifat belas kasihan yang pernah diketahui sejarah. Orang Islam semasa berperang lebih lembut akhlaknya dan lebih bersikap belas kasih berbanding umat-umat lain semasa mereka tidak berperang. Sejarah telah mencatatkan lembaran-lembaran putih untuk orang Islam berkenaan perkara ini. Sebaliknya, ia mencatatkan halaman-halaman hitam untuk umat-umat lain. Bahkan sejarah masih terus mencatat fenomena tersebut hingga ke hari ini. Siapakah di kalangan kita yang tidak tahu tentang keganasan yang digunakan oleh tentera Salib untuk membuka Baitul Maqdis? Atau tidak tahu tentang sikap perikemanusiaan yang dilakukan oleh Solahuddin terhadap tentera Eropah, apabila beliau mengambil kembali Baitul Maqdis?! Siapakah di kalangan kita yang melupai keganasan panglima-panglima dan tentera-tentera Salib ketika mereka menguasai ibu-ibu kota Islam seperti Tarabulus, al-Maarrah dan Iain-lain lagi? Atau melupai sikap belas rahmat panglima-panglima dan tentera-tentera Islam ketika mereka mengambil kembali kota-kota tersebut daripada genggaman penjajah dan perampasnya?
Kita pada hari ini, hidup dalam era sikap bermuka-muka Eropah. Mereka mendakwa bertamadun, berperikemanusiaan dan cintakan kebaikan untuk bangsa-bangsa, sedangkan mereka merosakkan negara-negara serta menumpahkan darah orang tua, wanita dan kanak- kanak yang tidak bersenjata. (Amat dukacita), kita hidup pada zaman tertegaknya negara Israel di atas bumi Palestin yang dirampas. Dunia mengetahui kedahsyatan perangai primitif dan ganas Yahudi di Dir Yasin, Qubayyah, Haifa, Yafa, ‘Akka, Sofad dan lain-lain lagi bandar mahupun kampung. Namun begitu, Yahudi mendabik dada kononnya mereka mendokong kemanusiaan. Padahal mereka melakukan sebaliknya. Sedangkan kita bekerja untuk kemanusiaan, bukan sekadar ucapan manis di bibir. Ini kerana kita merupakan bangsa yang jiwanya (benar-benar) menjunjung seindah-indah prinsip akhlak, baik semasa aman mahupun perang. Kita melaksanakan prinsip-prinsip ini dengan jiwa yang ceria lagi tenang. Sementara jiwa Yahudi pula kosong daripada prinsip-prinsip ini. Mereka hanya sekadar mencanangkannya untuk bermuka-muka dan melekakan orang lain. Kita juga merupakan bangsa yang beriman dengan Allah yang Maha Gagah lagi Maha Pengasihani. Kekuatan kita hanyalah melalui sikap belas rahmat. Sedangkan mereka (Yahudi) berpandangan, salah satu cara bermuka-muka ialah dengan mengingkari perbuatan kita yang menyifatkan Allah
6 Lihat Kitab “Kasyful al-Khafa” karangan al-‘Ajluni berkenaan riwayat-riwayat hadis ini.
dengan sifat kuat dan keras. Mereka mendakwa bahawa mereka menyifatkan-Nya dengan sifat kasih sayang dan belas simpati. Padahal hubungan mereka dengan bangsa-bangsa lain tidak menunjukkan tanda-tanda kasih sayang dan belas simpati (yang digembar-gemburkan) tersebut. Begitu juga peperangan mereka dengan orang Islam dan penganut agama mereka sendiri yang bermusuh dengan mereka. Kita merupakan bangsa yang tidak berperang kecuali untuk kebaikan kemanusiaan. Kita juga merupakan manusia yang paling berjasa kepada kemanusiaan. Sementara mereka hanya berperang untuk menyerang, merampas, menguasai dan menjajah. Mereka adalah manusia yang paling memusuhi kemanusiaan.
Kita berperang dengan mereka pada hari ini untuk mempertahankan tanah, hak dan kemuliaan. Tiada gunanya kita mendendangkan prinsip-prinsip kita kepada kaum yang tidak memahami prinsip belas kasihan, akhlak mulia dan perikemanusiaan. Bahkan kita wajib meneruskan perjuangan kita menentang mereka, dengan berpegang kepada prinsip-prinsip (akhlak) yang dianjurkan oleh Rasul dan syariat kita. Sehinggalah Allah mejatuhkan hukumannya antara kita dan mereka. Dialah sebaik-baik hakim.
19.Sekiranya tentera tidak mempunyai semangat, iman dan kejujuran yang seia sekata. Bahkan ada segolongan yang berjiwa kalah sebelum berjuang, mengejar upah dan cuai, ia tidak dapat menjamin kemenangan ke atas musuhnya. Ini sebagaimana yang berlaku dalam Ghazwah Hunain. Demikian juga perihal dakwah. Ia tidak boleh bergantung harap kepada ramainya pihak yang bertepuk tangan untuknya. Bahkan perlu bergantung kepada bilangan orang-orang yang beriman dengannya dan sanggup berkorban di jalannya.
20.Pengajaran lain yang dapat kita ambil daripada Sirah Rasul s.a.w. tentang peperangan Baginda ialah pendirian Baginda terhadap Yahudi. Begitu juga pendirian mereka terhadap Baginda dan dakwahnya. Sejak Rasul s.a.w. mula menetap di Madinah, Baginda cukup prihatin terhadap mereka. Baginda mengadakan hubungan damai dengan mereka, memberi jaminan terhadap agama dan harta mereka serta mengadakan perjanjian bertulis dengan mereka. Namun mereka kaum yang khianat. Tak lama kemudian, mereka melakukan komplot untuk membunuh Baginda. Komplot ini menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Nadhir. Selanjutnya mereka membatalkan perjanjian ketika saat-saat paling kritikal semasa Ghazwah Ahzab. Tindakan mereka ini pula menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Quraizoh. Kemudian, mereka berhimpun pula dari segenap rantau, mempersiapkan senjata dan merancang konspirasi. Mereka berkumpul untuk menghapuskan Madinah dan orang-orang mukmin di kota itu secara khianat dan keji. Usaha ini telah menjadi sebab kepada Ghazwah Khaibar. Mereka merupakan kaum yang tiada guna berbuat baik , tidak boleh dipercayai janjinya dan tidak setia kepada perjanjian. Adakah Nabi perlu membiarkan tindakan mereka? Adakah Baginda perlu menanggung risiko komplot jahat, pengkhianatan dan pelanggaran janji mereka? Adakah Baginda dan sahabat-sahabatnya sentiasa perlu hidup dalam suasana bimbang dan waspada menunggu fitnah dan konspirasi (mereka)? Dengan ketegasan Nabi terhadap Yahudi, Baginda telah menjamin keamanan sempadan negara barunya. Penyebaran dakwahnya ke seluruh semenanjung tanah Arab dan ke serata pelusuk dunia juga dapat dijayakan. Hanya Yahudi, orang yang taksub dan imperialis yang mencela tindakan tegas Baginda terhadap mereka. Saksikanlah sejarah kehidupan Yahudi selepas zaman Rasulullah s.a.w.. Tidakkah semua sejarah mereka merupakan konspirasi, komplot jahat, kerosakan dan pengkhianatan? Seterusnya lihatlah perjalanan kehidupan mereka pada zaman moden kini, bukankah ia juga sedemikian? Ada di kalangan kita yang tertipu dengan kata-kata manis Yahudi termasuk ketika berlaku perang Palestin dan tertegaknya negara Israel. Mereka mengajak untuk bekerjasama dengan Yahudi. Ada di kalangan kita, pihak yang diseret oleh negara-negara besar selaku rakan-rakan Yahudi untuk menganjurkan kerjasama dengan Yahudi. Hasilnya, mereka berputih mata menyerah kalah dan timbul idea-idea yang buruk ketika menangani isu Palestin. Selepas ini, sepatutnya tiada siapa lagi yang terpedaya dengan
mereka (Yahudi). Kita tidak mempunyai jalan lain untuk membebaskan diri daripada kejahatan Yahudi melainkan dengan bersikap tegas sebagaimana ketegasan Rasul s.a.w. dalam ber-interaksi dengan mereka. Ketegasan ini dilakukan supaya kita dapat menjamin keselamatan negara kita. Agar kita boleh memperuntukkan waktu bagi peranan baru kita pada masa mendatang dalam membawa risalah Islam dan kesejahteraan kepada bangsa- bangsa di seluruh dunia.
Ini merupakan amanah yang kita sampaikan kepada generasi baru dengan penuh kejujuran dan keimanan. Mudah-mudahan mereka dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh generasi kita yang mengalah ini.
21.
Ghazwah Mu'tah merupakan pertembungan pertama orang Islam dengan Rom. Jika bukan kerana Arab Ghassan telah membunuh utusan Rasulullah yang diutus kepada Raja Basrah, ada kemungkinan pertembungan ini tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, pembunuhan utusan Baginda kepada Raja Basrah dianggap sebagai satu perbuatan menceroboh oleh semua syariat agama, di samping menunjukkan tiadanya semangat kejiranan yang baik. Ia juga menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan kejahatan di kalangan agen-agen Rom dan wakil-wakil boneka ciptaan mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk menghantar angkatan tentera ke Mu'tah sebagai amaran kepada penduduk Mu'tah dan ketua-ketua mereka daripada bangsa Rom tentang kekuatan negara baru Islam, juga kesediaan negara itu untuk mempertahankan dirinya. Amaran tersebut supaya mereka tidak terfikir untuk mencerobohi negara Islam tersebut. Apabila orang Islam sampai ke Mu'tah, mereka mendapati bala tentera yang terdiri daripada bangsa Rom dan Arab beragama Nasrani yang tunduk di bawah pemerintahan mereka. Ahli-ahli sejarah menganggarkan bilangan bala tentera ini seramai 200,000 orang dan dipimpin oleh saudara lelaki Herkules. Mereka berpengkalan di Maab, yang terletak berhampiran Amman pada hari ini. Bala tentera ini memperkuatkan lagi ramalan Rasulullah berkenaan tekad Rom untuk memerangi dan menghapuskan negara baru Islam. Ini kerana mereka bimbang tertegaknya sebuah negara Arab yang berdaulat di semenanjung tanah Arab. Ia menjadi amaran berakhirnya penjajahan mereka ke atas negara tersebut. Ia juga menjadi amaran tamatnya perhambaan mereka terhadap Arab yang tinggal bersempadan negara mereka dan berhampiran Hijaz. Demikianlah latar belakang bermulanya pertempuran antara orang Islam, dengan Rom.
22.
Ghazwah Tabuk ataupun Ghazwah al-‘Usrah merupakan tanda-tanda yang jelas bagaimana peranan iman yang benar terhadap jiwa-jiwa mukmin. Iman tersebut membakar keazaman mereka untuk berperang dan mendorong tangan-tangan mereka untuk menghulurkan harta. Iman juga menimbulkan kemanisan jiwa untuk menempuh cuaca panas, kesulitan dan kepenatan demi jalan Allah dan mengejar keredhaan-Nya. Oleh itu, apabila tiga orang mukmin yang memiliki keimanan yang benar tidak keluar berperang dalam Ghazwah ini tanpa keuzuran, Rasul s.a.w. memerintahkan supaya mereka diboikot. Dengan itu, isteri- isteri dan bapa-bapa mereka tidak lagi berbual dengan mereka, apatah lagi kebanyakan orang Islam. Pemboikotan ini mendesak sebahagian mereka mengikat dirinya di tiang masjid. Yang lain pula mengurungkan diri di rumah. Sehinggalah Allah menerima taubat mereka. Iaitu setelah orang Islam. mempelajari satu pengajaran yang cukup mendalam tentang sesiapa yang tercicir daripada menunaikan kewajipan tanpa sebarang alasan. Alasan yang ada hanyalah mengutamakan kerehatan daripada berpenat lelah dan memilih naungan yang teduh daripada kepanasan juga keterikan matahari.
23.Dalam ghazwah pembukaan Makkah pula terkandung pengajaran dan pedoman yang tidak dapat dihuraikan dalam helaian halaman muka surat yang sedikit ini. Dalam peristiwa ini, kita dapati tabiat Rasul s.a.w. selaku pendakwah yang tidak mempunyai apa-apa perasan...
benci dendam terhadap para penentangnya. Baginda telah menabur jasa kepada mereka setelah bertarung dengan mereka selama 21 tahun. Setelah mereka melakukan segala cara untuk menghapuskan Baginda dan pengikutnya. Namun, apabila Baginda berjaya menewaskan mereka dan menakluki ibu kota keberhalaan mereka, Baginda hanya memohon keampunan Allah bagi pihak mereka dan membebaskan mereka.
Dalam sejarah tiada manusia yang melakukan tindakan atau perbuatan sebegini. Namun ia dilakukan oleh seorang Rasul yang mulia. Baginda tidak menginginkan jawatan raja atau kekuasaan daripada dakwahnya. Bahkan Allah mengkehendaki Baginda untuk berperanan sebagai penunjuk hidayah dan pembuka hati juga akal. Oleh kerana itu, Baginda memasuki Makkah dalam keadaan khusyuk merendah diri dan bersyukur kepada Allah. Baginda tidak angkuh sebagaimana keangkuhan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh agung yang menakluki negara-negara.
24.Tindakan yang dilakukan oleh Rasul s.a.w. terhadap penduduk Makkah mempunyai hikmat yang lain. Allah telah mengetahui bahawa Arab akan menjadi pembawa risalah-Nya kepada alam semesta. Oleh itu, Dia mengekalkan nyawa penduduk Makkah yang merupakan
pemimpin-pemimpin
Arab
agar
mereka
menganut
agama Allah, selanjutnya berangkat membawa risalah petunjuk dan nur hidayah kepada bangsa seluruh dunia. Mereka menyumbangkan nyawa, kerehatan dan jiwa mereka untuk menyelamatkan bangsa-bangsa ini daripada buta petunjuk, juga mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.
25.Pengajaran terakhir daripada pembukaan Makkah dan pertempuran-pertempuran Baginda s.a.w. ialah tentang kemenangan Allah. Kemenangan ini berlaku dalam tempoh begitu singkat yang tidak dapat digambarkan oleh akal. Ini antara bukti paling besar yang menunjukkan Muhammad s.a.w. benar-benar seorang utusan Allah. Ia juga menunjukkan Islam merupakan seruan Allah yang pasti dibantu oleh-Nya. Allah membantu dakwah Islam, para pendakwah, orang-orang beriman dan pembawa panji-panji-Nya. Dia tidak akan membiarkan dakwah-Nya yang benar lagi menjadi rahmat dan cahaya penyuluh kehidupan begitu sahaja. Allah merupakan Tuhan yang Maha Benar, lagi Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Rahmat-Nya meliputi setiap perkara. Allah juga penyinar kepada langit dan bumi (dengan menurunkan hidayat-Nya). Siapakah yang dapat memadamkan cahaya (hidayat) Allah?! Bagaimana Dia boleh meredhai batil menang menewaskan kebenaran dalam pertarungan penamat? Atau meredhai keganasan, kekerasan dan kerosakan mendapat kejayaan akhir mengalahkan kasih belas dan kebaikan?!
Walaupun begitu, Rasulullah s.a. w. dan orang Islam juga mendapat kecederaan dalam pertempuran Uhud dan Hunain. Sebahagian mereka pula terkorban syahid. Ini kerana, dalam dakwah pasti berlaku ujian, kecederaan dan korban.BERMAKSUD....
Dan sesungguknya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguknya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al-Hajj: 40)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan