Jumaat, 11 Februari 2011

SIRAH 8

(C) GHAZWAH TABUK

Secara ringkas, pengajaran dan pedoman yang paling penting dalam Ghazwah ini
ialah:
Pertama: Sebab ghazwah ini berlaku; Rom telah mengumpulkan angkatan tentera

yang besar di Syam. Maharajanya, Herkules telah memberi upah kepada penduduk- penduduknya selama setahun. Kablah-kabilah Arab juga telah bergabung dengan tentera ini. Mereka terdiri daripada kabilah: Lakhm, Juzam, Ghassan dan Amilah. Rom kemudiannya menghantar pasukan tentera hadapan mereka al-Baqa’ (kawasan perkampungan yang dibina oleh penduduk Damsyiq. Terletak antara Syam dan Wadi al-Qura). Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., Baginda mengajak orang ramai untuk keluar berperang ke Tabuk. Baignda menyeru mereka supaya bersiap sedia, di samping menyeru golongan kaya untuk meyumbang dan menderma.

Ini menjelaskan kepada kita tabiaat peperangan dalam Islam. Peperangan dalam Islam bukan bersikap menceroboh atau provokasi. Tetapi bertujuan mempertahankan agama dan negara, mencegah penceroboh serta menghalang mereka daripada mengganggu dan membuat kerosakan. Ini dinyatakan secara jelas oleh banyak ayat al-Quran. Kami telah memperkatakan tentang sebab-sebab disyariatkan perang dalam Islam, objektif dan jalan-jalannya. Kami telah terangkan perkara-perkara tesebut dalam nota kuliah untuk tahun satu. Keberangkatan Rasulullah s.a.w. untuk keluar ke Tabuk selepas persiapn dan perhimpunan angkatan Rom menjadi penyokong kepada kata-kata kami ini.

Kesediaan sesetengah kabilah Arab untuk bersama Rom menentang orang Islam menjadi bukti bahawa mereka berada jauh daripada kefahaman dan risalah pembebasan yang dibawa oleh Islam kepada manusia secara umum dan Arab secara khusus. Jika mereka mengetahuinya, nescaya mereka akan menolak untuk emnajdi pembantu Rom melawan anak bangsa mereka sendiri di kalangan orang Arab Islam.
Kedua: Seruan Rasul s.a.w. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketiak waktu

susah, panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera menyahut seruan Rasul tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Demikianlah, hakikat orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan. Allah Taala telah berfirman:
BERMAKSUD...

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang sebenar- sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang- orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3)
Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya
daripada golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang

benar, niat yang ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. Alangkah ramai orang yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah islah dalam umat. Mereka berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan kemenangan walau seketika. Angkatan tentera Islam dalam ghazwah Tabuk telah emnyinkirkan mereka yang seumpama ini. Pekung mereka terbongkar. Kelemahan iman dan kerapuhan azam mereka terserlah. Satu angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, bersatu padu, iman yang kukuh dan setia kepada janji lebih berfaedah kepada umat walaupun bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir kepada kemenangan berbanding dengan tentera yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan, kemampuan dan keteguhan.
BERMAKSUD....

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 249)
Ketiga: Para sahabat yang kaya segera menyumbang menderma. Contohnya Abu

Bakar, Umar, Othman dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak tanduk keimanan dalam jiwa orang-orang mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan kebaikan, juga melawan hawa nafsu dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan setiap dakwah untuk menjamin kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan sumber-sumber danayang mereka perlukan. Kita dapati umat kita pada hari ini amat memerlukan keimanan sebegini. Kerana kita berdepan dengan berbagai musuh, bebanan berat, pertempuran dahsyat dan, kekuatan dan kelicikan musuh. Oleh itu, kita tidak dapat menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta, jiwa, hawa nafsu dan syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman sahih tentang hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan berpenat lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi ganjaran oleh Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan perjuangan.

Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin kebangkitan ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap penentangan kepada agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi mempersendakan agama merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah paling buruk dan kesan paling bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la disahkan oleh sejarah lalu dan dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang hakikat ini merupakan kesilapan yang hanya dilakukan oleh merekayang jiwanya tidak ikhlas kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifat- sifat ketinggian mahupun kemuliaan.
Keempat: Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah s.a.w., meminta

keizinan Baginda untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi tunggangan yang boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata kerana sedih disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama Rasulullah s.a.w.. Peristiwa yang diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya ini merupakan contoh paling indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan manusia akan gembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan. Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka telah terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati syahid di jalan-Nya. Adakah terdapat prinsip yang bertindakbalas dalam jiwa sebagaimana tindakbalas iman dalam jiwa mereka ini? Apakah pula kerugian yang menimpa umat apabila



mereka ketiadaan tokoh-tokoh sebegini?

Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin yang jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa mereka tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar kerana tidak turut serta bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, keinsafan ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka cukup keras dan membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang ramai hinggakan isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah terbukti kejujuran taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah mengurniakan keampunan kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang khabar gembira tersebut, mereka girang tidak terhingga. Sesetengah mereka mensedekahkan harta dan pakaian mereka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya.

Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada culas dalam kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat lelah. Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat iman; kamu sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau sebahagian daripada keseluruhan bahagian. la juga menye-babkan kamu merasakan apa yang menimpa kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang berfaedah kepada mereka, turut berfaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan penderitaan. Rehat tiada lazat-nya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan sikap meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama. Ia juga merupakan dosa yang perlu bertaubat dan kembali kepada Allah.

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan kemarahan dan kemurkaan Allah.
BERMAKSUD.....
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nur: 63)

Tiada ulasan: