Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu’ dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajahkepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedangdipromosi dan disebarkan.
Perlu kitasemua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah menjadi normla hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.
Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office’ karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu jugas epatutnya diboikot.
Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives’, ‘Friends’, ‘Pretty Women’, ‘Notting Hill’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘HEROES’ dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like’ itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
- ketika sedang minum arak.
- hadiri parti
- penuh maksiat.
- hadiri majlis dosa.
- sedang berpelukan lelaki wanita.
- atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan).
- dan sebagainya.
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri.
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya’.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit, tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
NILAILAH BERITA2 DIBAWAH NI...
BENDA NI SIMPLE DAN TERLALU ASAS...TAK KAN TAHU BERDOSA....MEMANG MEREKA NAK CARI NAHAS...
KUALA LUMPUR: Adik pelakon Umie Aida, Betty Rahmad, merupakan antara selebriti yang hadir ke sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.
Selain itu, kembar penyanyi Rini AF7 iaitu Zuzafrina Zulkifli (Rina), bekas peserta program realiti My Starz LG musim pertama, Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Afif) dan bekas peserta One In A Million musim kedua, Shahron Hussein (Rony) turut mencuba nasib untuk menyertai program popular yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) ini.
Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian.
Menurut Betty yang hadir uji bakat buat kali kedua, dia menguatkan dirinya untuk mencuba nasib sekali lagi setelah dipaksa oleh rakan baiknya, aktres Nora Danish.
“Alang-alang sudah masuk AF yang terakhir, jadi apa salahnya saya mencuba di tambah pula dengan sokongan daripada kawan-kawan.
“Ada antara kawan-kawan saya mengatakan yang saya boleh menyanyi. Jadi, saya memilih lagu Matahari nyanyian Agnes Monica semasa uji bakat.
“Saya memilih AF kerana saya seronok melihat peserta sebelum ini yang belajar banyak perkara seperti kelas tarian, nyanyian dan lakonan serta tinggal di dalam satu rumah,” ujarnya yang pernah kandas semasa uji bakat AF2.
Betty merupakan seorang pelakon yang muncul dalam banyak drama seperti Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia.
Sementara Rina yang telah bergelar penyanyi dan mempunyai single Rina Mana Satu tidak berputus asa untuk mencuba sekali lagi uji bakat terakhir ini walaupun pernah gagal semasa sama-sama hadir bersama Rini di uji bakat AF7.
Selepas gagal, Rina cuba membaiki kelemahannya dengan memantapkan vokal dan telah mempertaruhkan lagu Realiti Dewi nyanyian Alyah sebagai lagu pilihan uji bakat.
Dalam pada itu, Rony OIAM2 sekadar suka-suka menyertai uji bakat itu sekaligus menemani rakannya.
Berlainan pula dengan Afif My Starz LG1, dia nekad untuk bergelar peserta AF walaupun telah dua kali gagal dalam uji bakat AF yang lalu.
“Saya rasa jika menyertai AF, masa depan dalam bidang nyanyian lebih cerah dan menjadikan ia sebagai platform untuk mengembangkan bakat.
“Lagipun, AF merupakan program realiti nyanyian yang paling popular di Malaysia,” kata Afif.
Biarpun sesi uji bakat bermula pada pukul 9 pagi namun ada juga peserta yang hadir lebih awal iaitu pada pukul 8 pagi dan ia berakhir pada pukul 6 petang.
Uji bakat AF9 disambung pada Ahad, 13 Februari di lokasi dan waktu yang sama.
Pada 28 hingga 30 Januari lalu, uji bakat AF9 turut berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Selain itu, pihak produksi AF9 turut membuka peluang untuk uji bakat secara dalam talian yang telah berakhir pada 27 Januari lalu. Kira-kira 372 klip video nyanyian yang dimuat naik oleh para peserta menerusi laman sesawang rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.
KUALA LUMPUR: Demi mendapatkan peserta yang betul-betul berkualiti berbanding musim sebelumnya, juri Adlin Aman Ramli (gambar) agak ‘cerewet’ ketika melakukan sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.
Program realiti nyanyian tahunan yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) itu bakal berakhir pada tahun ini dan selepas ini tiada lagi AF pada masa akan datang.
Oleh sebab itu, Adlin yang memiliki kepakaran dalam menilai penampilan dan seni persembahan seseorang peserta itu.
Setakat pemilihan yang dilakukan selama dua hari bermula Jumaat lalu, Adlin melihat ada tiga peserta yang benar-benar berkualiti dan mampu memberikan cabaran kepada juara AF musim-musim lalu.
Sejarah AF telah menobatkan lapan juara iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6), Hafiz (AF7) dan Shahir (AF8).
“Sebagai salah seorang panel juri uji bakat AF9, saya tidak melihat pada kuantiti yang banyak tetapi mencari kualiti pada seseorang individu yang boleh keluar dari landasan yang pernah dilakukan oleh artis di Malaysia sekarang.
“Setakat ini, saya lihat ada dua atau tiga peserta yang layak untuk memasuki AF9 dan dirasakan boleh memberi cabaran kepada juara AF sebelum ini kerana kualiti mereka sedikit berlainan.
“Saya mahukan bakat-bakat baru yang mempunyai potensi yang belum diketengahkan,” katanya dalam satu sidang media.
Pengarah dan pelakon ini menganggap tiga orang peserta tersebut mempunyai ciri-ciri yang diinginkan dalam diri seorang penghibur.
“Mereka menunjukkan kesungguhan, mempunyai citarasa dan suara yang bagus sekaligus melengkapkan pakej yang perlu ada pada diri seorang penyanyi,” tambahnya lagi.
Disebabkan ketegasannya, suami Emelda Rosmila ini tidak menafikan ada juga peserta uji bakat yang menjadi gugup dan takut apabila berhadapan dengannya.
“Mungkin mereka merasa tergugat kerana saya garang dan awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak terlalu berangan-angan untuk menyertai AF9 jika tidak betul-betul bersedia,” ujarnya.
Uji bakat AF9 disambung pada Ahad, 13 Februari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang di lokasi yang sama. Pada 28 hingga 30 Januari lalu, uji bakat AF9 turut berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Selain itu, pihak produksi AF9 turut membuka peluang untuk uji bakat secara dalam talian yang telah berakhir pada 27 Januari lalu. Kira-kira 372 klip video nyanyian yang dimuat naik oleh para peserta menerusi laman sesawang rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.
KUALA LUMPUR: Bermula 18 Februari hingga 3 Mac ini, para peminat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) berpeluang menilai dan mengundi 20 peserta terbaik menerusi laman sesawang rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.
Sebanyak 40 klip video peserta ketika menjalani uji bakat di dua lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sabah dan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini akan dimuat naikkan dalam laman sesawang itu untuk dinilai oleh peminat.
Undian orang ramai tersebut merangkumi 50 peratus markah yang diberikan kepada setiap peserta manakala 50 peratus lagi ditentukan oleh pihak produksi Astro.
“Kami mahu memberi peluang kepada para peminat AF menonton sekaligus menilai dan mengundi peserta-peserta yang digemari secara dalam talian.
“Ini merupakan kali pertama kami membuka peluang kepada orang ramai untuk mengundi peserta sebelum proses saringan. Lagipun ramai yang menggunakan Internet dan seperti menjadi trend penyanyi sekarang yang ditemui daripada laman sosial seperti YouTube dan My Space,” kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dalam satu sidang media sewaktu uji bakat diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Untuk mengundi, pelayar laman sesawang itu harus mendaftar terlebih dahulu dengan syarat mestilah berwarganegara Malaysia dan Singapura tanpa mengira had umur sebelum layak melakukan undian.
Setiap pengundi hanya boleh mengundi sekali untuk setiap satu video pada setiap hari.
Uji bakat bermula Jumaat lalu itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian.
AF9 akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 2 April ini.
Teman Hari Kekasih
DALAM satu laman web sosial baru-baru ini, SNSD dan Big Bang menjadi pilihan utama peminat sebagai teman untuk diluangkan bersama sempena sambutan Hari Kekasih, esok.
Sejak hujung Januari lalu, laman itu mengadakan kaji selidik selama enam hari untuk mengetahui siapa idola pilihan yang mahu diluangkan bersama sempena sambutan hari cinta sedunia itu nanti.
Berdasarkan undian daripada 537 peminat, 41 peratus memilih SNSD dan diikuti IU pada 32 peratus. Di kalangan peminat wanita pula, Big Bang berjaya mencapai 27 peratus undian untuk dijadikan teman ‘dating’.
Di Korea, sambutan Hari Kekasih dilakukan dengan cara berbeza, wanita memberi coklat pada 14 Februari dan pihak lelaki hanya akan membalasnya sebulan kemudian.
Apabila ditanya kepada wanita siapakah artis lelaki yang mereka ingin hadiahkan coklat, pelakon Secret Garden yakni Hyun Bin berjaya menambat hati mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan