Rabu, 23 Februari 2011

TAK RASA BERDOSA DAN TAK RASA BERSALAKAH....TAK TUTUP AURAT@BERTUDUNG...BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN SECARA BEBAS....KECIL2 DIAJAR DAN DIDIK TIDAK MALU BERGAUL BERLAINAN JANTINA....NI JUGA BERLAKU DITADIKA2....DIPASTI2.....KESANNYA BILA DAH REMAJA MEREKA TAK RASA SEGAN SILU LAGI....TAK HERAN BERLAKU PENYAKIT2 MASYARAKAT...DITAMBAH MENOLAK DAN MENIADAKAN HUKUM ALLAH....ADAKAH2...MUFTI2 BOLEH JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI.....



Pewaris tarian tradisional





LENGKAP menyarungkan kostum tradisional ia membuatkan gaya tarian mereka persis penari profesional. Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, masing-masing begitu asyik melenggokkan tubuh dan menghayunkan tangan dengan gerak tarian yang pelbagai.
Walhal hakikatnya penari-penari cilik yang saling tak tumpah seperti penari profesional itu baru berusia antara 7 hingga 12 tahun.
Lantaran itulah, kemahiran mereka mempersembahkan tarian tradisional dengan penuh kelembutan wajar diberikan pujian.
Jika diikutkan trend masa kini, lazimnya dalam lingkungan usia sedemikian, kebanyakan kanak-kanak lebih cenderung untuk mengisi masa lapang mereka dengan mengikuti aktiviti atau kelas yang lebih bersifat semasa atau hiburan.
Bermula dari kosong tanpa sebarang asas tarian tradisional, keenam-enam mereka baru bergelar penari bermula pada Disember tahun lalu selepas Heritage Performing Arts Studio memulakan operasinya pada Februari tahun yang sama.
Lebih menarik, di antara keenam-enam penari cilik itu, tiga daripadanya merupakan penari lelaki iaitu Adam Mikail Mohd. Zahini, 7, Muhammad Muzzammil Roslan, 8, dan Muhammad Idzham Nordin, 11.
Sementara penari perempuan pula ialah Nur Ain Lily Sophea Hainol Ridzal, 9, serta kakak kepada Adam Mikhail iaitu Siti Nur Adriana Sofia, 12, dan Ayu Nisrina Syakirah, 9 tahun.

HANIZAH menurunkan ilmu tarian tradisional seperti zapin, joget dan asli kepada kumpulan penari cilik Heritage Performing Arts Studio.



Cari bakat baru
Menyelak asal-usul penubuhan studio berkenaan, pengarah yang juga pemilik studio itu, Ida Suraya Ibrahim memberitahu penubuhan studio tersebut diasaskan bersama rakannya, Nor Azzura Azizul Azman yang merupakan salah seorang pengacara program terbitan TV3, Wanita Hari Ini.
“Pada awal penubuhan, kami mencari bakat-bakat baru yang gemar dan berkebolehan untuk membawa tarian tradisional untuk bernaung di bawah lembayung Heritage Performing Arts Studio.
“Pada ketika itu, kami mengkhususkan penari-penari yang ada untuk dilatih dan mempersiapkan diri mereka bagi membuat persembahan seperti majlis perkahwinan dan majlis pelancaran sama ada melalui undangan atau projek yang kami usahakan.
“Namun bermula pada tahun ini, kami mahu bergerak dengan lebih profesional dan mula membuka peluang kepada kanak-kanak yang ingin belajar tarian tradisional,” katanya ketika ditemui di studionya baru-baru ini.
Bermula secara sederhana, Ida Suraya mengharapkan studio miliknya itu bakal menjadi sebuah pusat tarian tradisional kepada generasi muda untuk mendalami selok belok tarian Melayu.
Sudahpun mempunyai kerja hakiki sebagai seorang perunding kewangan, Ida Suraya memutuskan untuk membuka studio berkenaan dek kerana minatnya yang tidak pernah padam dalam bidang tarian.
Mula menari ketika di bangku sekolah, Ida Suraya memberitahu, saat melihat anak didiknya mampu menggayakan tarian tradisional, hatinya cukup tersentuh. Baginya, bukan mudah untuk memupuk minat kanak-kanak mendalami bidang seni tarian tradisional.
“Saya melayan mereka macam ahli keluarga saya sendiri. Setiap kali sesi latihan, saya sering menerapkan keyakinan diri yang tinggi dan semangat tidak mudah putus asa kepada mereka.
“Daripada kaca mata saya, mereka semua sangat ikhlas menari dan keseronokan yang terpancar di wajah mereka membuatkan saya berasa bangga,” tuturnya yang mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai sewa studio berkenaan.

ADAM MIKHAIL (depan) bersama kakaknya, Ayu Nisrina (barisan kedua) dan Siti Nur Adriana (belakang) serta rakan-rakannya yang lain.


Selain bertindak sebagai pengurus dan pemilik studio, Ida Suraya turut mengambil inisiatif dengan menjahit sendiri kostum tarian untuk penari-penari ciliknya.
Sementara itu, salah seorang penari, Siti Nur Adriana Sofia memberitahu, dia mula menari sejak tiga tahun lalu, sementelah ibunya turut memberikan sokongan.
“Lagipun kelas menari di sini (Heritage Performing Arts Studio) hanya diadakan pada hujung minggu dan cuti sekolah. Jadi ia tidak mengganggu waktu belajar kami tiga beradik,” katanya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chiao Nan.
Bukan kerja mudah
Dalam pada itu, pereka tari Heritage Performing Arts Studio, Hanizah Hashim, 43, mengakui berhadapan dengan kesukaran pada peringkat awal untuk mencurahkan pengalaman tarian yang dikutipnya sejak 21 tahun lalu kepada keenam-enam penari cilik itu.
Namun berkat kesabaran dan keikhlasan, ilmu yang diturunkan itu disambut dengan perasaan puas hati apabila melihat keenam-enam penari cilik tersebut mampu melenggokkan tarian dengan penuh gemalai.
“Mula-mula memang susah sebab mereka tak ada asas. Penari kalau nak menari kena ada asas kerana asas itu yang kukuhkan kita. Itulah pentingnya asas tarian.
“Bila sudah ada asas, dari situ kita boleh lentur mereka. Saya memang bersyukur dan berbangga sebab mereka ada minat nak menari. Mereka kelihatan bersemangat ketika menari,” jelasnya yang pernah menjadi penari untuk Kompleks Budaya yang kini dikenali sebagai Istana Budaya.
Tuturnya lagi, kanak-kanak tersebut tidak kisah jika ditegur atau merajuk apabila dimarah kerana mereka tahu ia merupakan salah satu daripada proses pembelajaran.
“Mereka memang tak kisah kalau saya marah sebab mereka tahu saya bukan suka-suka nak marah mereka. Saya juga selalu terapkan kepada mereka untuk tidak mudah mengalah.
“Kena telan apa sahaja cabaran yang mendatang kerana ia akhirnya membawa kepada kejaaan. Saya ingatkan mereka bahawa kita menari untuk menunjukkan kepada dunia di luar sana kemampuan kita dan kebudayaan yang patut kita megahkan.

SOKONGAN ibu bapa antara faktor penting untuk menggerakkan minat tarian dalam diri kanak-kanak.


“Saya juga bertuah atas sokongan ibu bapa yang sanggup datang menemani anak mereka malah, ada ketikanya sehingga larut malam. Pernah pada satu ketika, salah seorang penari saya demam, tetapi masih bersemangat untuk datang menjalani latihan. Ia membuatkan hati saya cukup tersentuh,” ujarnya yang kini bekerja di sebuah firma guaman di ibu kota.
Diminta mengulas mengenai sistem kiraan bagi setiap langkah tarian, Hanizah memberitahu, sistem kiraan merupakan salah satu daripada asas tarian yang penting.
“Ia mesti bermula dengan kiraan dan dalam setiap lagu terdapat lapan rentak, jadi kira sebanyak lapan kali. Jika terdapat dua kali rentak, maknanya 16 kali. Bila saya lihat mereka sudah boleh membiasakan diri dengan kiraan, saya masukkan pula muzik dan mereka akan tahu sendiri.
“Meskipun begitu, mereka masih kena mengira di dalam hati. Semua lagu mempunyai rentak termasuk juga lagu zapin. Sebab itu saya kata sebagai seorang penari, mereka kena sentiasa peka dengan muzik,” jelasnya.



NI LAGI...KEGIATAN SENI..BOLEH KE...TAK BERDOSA...CIAN MUFTI2 TAK DAPAT BUAT APA2...BERBALOI KE JAWATAN BESAR DENGAN GAJI DITERIMA DENGAN HUKUMAN ALLAH DIAKHIRAT...TABIK...MEREKA MEMANG BERANI....




Penonton muda dominasi IB




SUATU ketika dulu, Istana Budaya (IB) akan cemas setiap kali ada acara rasmi melibatkan tokoh kenamaan yang berlangsung di kompleks itu. Pihak pengurusan akan bertambah resah apabila jemputan kenamaan adalah pemimpin utama negara.
Situasi itu terjadi kerana lazimnya, mana-mana program yang dianjurkan di IB suatu ketika dahulu kurang menerima kehadiran pengunjung, sehingga menyebabkan sesuatu acara itu akan kurang meriah. Jadi, apakah yang dilakukan IB untuk memenuhkan panggung?
Percaya atau tidak, IB terpaksa menggerakkan bas-bas miliknya ke sekolah-sekolah berdekatan untuk mengambil pelajar-pelajar bagi memenuhkan kerusi-kerusi kosong di sana.
Namun, itu adalah kisah lama. Kini IB mengalami tranformasi yang cukup mengagumkan. Institusi yang dibina bagi menyemarakkan seni persembahan tradisional itu telah menjadi rebutan produksi dalam dan luar negara untuk mementaskan hasil karya mereka.
IB juga dikatakan menjadi faktor utama yang mengangkat seni teater negara hingga digilai oleh peminat-peminat seni tempatan. Bagi pengamal industri, IB adalah penggerak seni teater negara.
"Jika dulu orang awam sentiasa mahukan tiket percuma. Jika tiket harga berjumlah RM50, tiada seorang pun hendak beli. Tapi sekarang, sudah ada orang sanggup membayar sekeping tiket walaupun harganya mencecah RM300 bahkan, ada yang berebut-rebut pula.
"Teater juga kini telah memberi pulangan hingga mencecah jutaan ringgit kepada pihak produksi dan angka ini sebenarnya agak mustahil pada 10 tahun lalu," ujar Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani.

CANGGIH. Istana Budaya juga dikelaskan antara sepuluh teater tercanggih di dunia dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.


Namun, seperkara yang membanggakan adalah peminat-peminat teater tidak lagi hanya menggamit hati golongan elit dan dewasa. Ini memandangkan, 70 peratus penonton muda telah mendominasi ruang Panggung Sari setiap kali pementasan berlangsung.
Golongan itu ujar Mohamed Juhari adalah kumpulan yang terawal akan hadir di ruang lobi IB dan sanggup beratur panjang semata-mata untuk menemui idola mereka.
"Ia merupakan satu kemajuan dan perkembangan yang sangat menakjubkan," ulas Mohamed Juhari.
Orang muda di IB
Selaku tulang belakang kepada pusat kebudayaan yang berprestij itu, Mohamed Juhari ada melakukan kajiannya sendiri berhubung golongan muda dan teater.
Beliau yang tidak pernah melepaskan peluang menonton setiap teater dipentaskan di IB berkata, rata-rata anak muda gemar melihat idola mereka beraksi di pentas. Teater jenis muzikal menjadi pencetus perdana yang menarik golongan itu hadir di IB dengan penuh keterujaan.
"Saya melihat, penonton wanita suka menonton teater yang mengangkat nama-nama legenda wanita contohnya teater Natrah, Siti Zubaidah, Lantai T-Pinkie dan Siti Di Alam Fantasi.
"Selain itu, mereka juga cenderung kepada teater yang bertema tragedi," beritahu Mohamed Juhari.
Trend remaja lelaki pula sebaliknya. Jawabnya, golongan Adam lebih ke arah teater yang mempunyai unsur komedi dan aksi.
"Kita tengok semasa pementasan Impak Maksima dan Cuci, penonton lelaki yang berebut-rebut ke panggung," ujarnya yang turut berbangga apabila penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam seni persembahan teater semakin memberangsangkan.
Justeru, adakah para pelajar mempunyai ruang untuk mementaskan kreativiti mereka di pentas IB yang gah ini?
Menurut Mohamed Juhari, setakat ini belum ada pementasan IPT yang sampai ke tahap tersebut, namun dia melihat cadangan itu boleh direalisasikan dengan syarat.
"Tiada masalah sekiranya semua Institut Pengajian Tinggi bergabung dan menyatukan hasil kreativiti mereka. IB boleh mempertimbangkannya," kata beliau.
Sebelum itu, Mohamed Juhari memberitahu, sebenarnya pihak IB meletakkan keutamaan kepada produksi yang berjaya mementaskan teater di luar IB dan mempunyai bajet perbelanjaan mencecah RM500,00.

TEATER Muzikal Puteri Gunung Ledang antara teater berskala besar yang menarik kehadiran ribuan penonton di Istana Budaya.


"Saya berpendapat sesuatu yang sukar untuk peringkat umur mereka (pelajar) ialah bajet, namun saya menggalakkan mereka berjinak-jinak dengan menyertai festival teater di peringkat universiti terlebih dulu," katanya yang turut menafikan IB mengamalkan sikap pilih bulu terhadap mana-mana produksi yang berhasrat mementaskan idea mereka.
Menoleh seketika perkembangan seni teater di negara, secara keseluruhannya, banyak IPT yang aktif dalam memperjuangkan khazanah berharga negara ini sejak sedekad lalu.
Antaranya ialah Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
USM baru-baru ini berjaya mencatatkan rekod Malaysia Book Of Records (MBR) apabila mementaskan teater monolog selama enam jam tanpa henti yang hanya dilakonkan oleh seorang pelakon. MBR mengiktiraf pementasan itu sebagai teater monolog yang terpanjang di Malaysia.
Etika masuk panggung
Bersembang tentang seni teater dengan Mohamed Juhari atau senang disapa dengan nama Abang Joe sangat menyeronokkan. Beliau mempunyai pengertian yang mendalam tentang seni persembahan tradisional tinggalan nenek moyang itu.
Namun, nada riang perbualan kami tiba-tiba bertukar tatkala penulis bertanya kepadanya tentang penonton yang melanggar etika berpakaian di IB.
Mohamed Juhari menegaskan, menonton di IB tidak sama menonton di panggung wayang yang membolehkan sesiapa bebas memakai segala jenis pakaian yang disukai.
"IB ada etikanya sendiri, kita mahu jaga prestij institusi kebudayaan ini. Saya berpendapat, mereka yang datang ke sini sudah tahu, tapi masih tak menghormati. Kadang-kadang berlaku perbalahan dalam kalangan pegawai IB dengan penonton," katanya.
Namun, dalam hal ini, IB yang cukup masak berdepan dengan dilema sebegini akan meminjamkan pakaian miliknya kepada mereka yang dikesan berpakaian selekeh.
Mohamed Juhari memberitahu, pihaknya mempunyai perancangan besar untuk menjadikan IB bertaraf antarabangsa. Kini, mereka sedang berusaha membawa teater Asia dari Indonesia, Jepun dan Korea untuk dipentaskan di sini.

TEATER Natrah memecahkan rekod sebagai pementasan tempatan paling mendapat sambutan sewaktu ia dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun lalu.


Terbaru, IB sedang dalam perbincangan untuk membawa teater Laskar Pelangi yang menjadi satu fenomena luar biasa di Indonesia.
Melihat kepada kerancakan teater yang kini mempunyai peminatnya tersendiri terutama dalam kalangan anak muda membuatkan Mohamed Juhari bersikap optimis.
"Saya rasa tidak perlu tunggu 20 tahun, sedekad lagi IB pasti akan menjadi satu industri kerana kita lihat syarikat produksi tempatan telah berjaya bawa pulangan yang baik," tuturnya.
Tambah beliau, pada masa akan datang juga bakal menyaksikan pemain-pemain teater akan mendapat bayaran yang lumayan yang berupaya menjadikan hidup mereka mewah.
Barangkali, suatu hari nanti, pementasan negara akan setanding dengan pementasan di Sydney Theatre atau Broadway dengan kemudahan yang canggih di IB.
"Justeru, kepada pelajar-pelajar IPT, jika anda mempunyai bakat, sila gunakan sebaiknya. Selain menjadikan ia sebagai periuk nasi, anda juga adalah generasi yang akan terus mempertahankan seni budaya negara kita," katanya.

Tiada ulasan: