Rabu, 23 Februari 2011

INSYAALLAH JENAYAH SERTA KES ZINA DLL AKAN BERKURANG DAN MUNGKIN DAPAT ATASI JIKA HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN...PERCAYALAH...JIKA KITA TAK PERCAYA...BERMAKNA KITA MENOLAK QURAN...MENOLAK FIRMAN ALLAH...MENOLAK SIFAT2 ALLAH YANG MAHA SEMPURANA...SERTA MEROSAKKAN TAUHID DAN BERIMANNYA KITA KEPADA ALLAH SWT...



Lari berbogel elak dicekup



JOHOR BAHRU: Akibat panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang pelanggan sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini yang asyik melampiaskan nafsunya, terpaksa lari dalam keadaan berbogel dengan harapan dapat meloloskan diri.
Malah, lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu hilang punca hingga cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini, selepas pintu utama premis berkenaan disekat pihak berkuasa, semalam.

Bagaimanapun, hasil kecekapan anggota polis tindakan nekad lelaki itu digagalkan dan dia ditahan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, beberapa pelanggan pelacur tempatan di hotel bajet berkenaan dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menjalankan pemeriksaan.

Beberapa pelanggan cuba meloloskan diri, tetapi gagal apabila premis dipercayai baru beroperasi beberapa bulan lalu dikepung lebih awal oleh pihak berkuasa. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita tempatan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan 35 pelanggan warga asing menjadikan premis berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu selepas bekerja.

“Operasi turut membabitkan sebuah lagi hotel bajet bersebelahan premis pertama selepas kami menerima maklumat daripada orang awam serta risikan.

“Hasil pemantauan dijalankan mendapati premis berkenaan dikunjungi puluhan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks pada harga serendah RM60 hingga RM100,” katanya.


Pemeriksaan di dalam bilik di dua premis terbabit, katanya, polis merampas puluhan kondom serta cecair pelincir digunakan bagi kegiatan tidak bermoral itu.

Mohammad berkata, panik dengan kehadiran pihak berkuasa ada di kalangan wanita pelacur terbabit cuba menghapuskan bukti dengan membuang kondom ke dalam mangkuk tandas.

“Mereka dipercayai menghapuskan bukti dengan membuang dan mengepam kondom di lubang tandas bagaimanapun dalam keadaan kelam kabut, cubaan itu gagal dan semua kondom dirampas untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Pesta kaut beras di lebuh raya


Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.


KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.


Terpaksa tolak tawaran universiti


NORAZIM menghidap penyakit saraf dipapah oleh ibu dan ayahnya di rumahnya di Tenggaroh 5, Mersing semalam.


MERSING – Biarpun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan baru-baru ini, hasrat untuk melanjutkan pengajian ke menara gading terpaksa ditolak ekoran penyakit saraf yang dihidapi sejak berusia 12 tahun.
Pelajar malang berkenaan, Norazim Ngadiran, 21, dari Felda Tenggaroh 5, di sini, berkata, ekoran itu, dia tidak boleh berjalan melainkan dengan bantuan kerusi roda dan sentiasa mengharapkan bantuan keluarga untuk bergerak.
“Sepanjang belajar di sekolah, ibu saya sentiasa ada bersama saya tetapi kalau saya terima tawaran universiti, siapa yang akan bantu saya sepanjang di sana nanti?” katanya.
Norazim memberitahu, pelbagai usaha dilakukan untuk merawat penyakitnya, namun masih belum menunjukkan sebarang hasil.
Anak keempat daripada lima adik-beradik itu memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).





Khidmat bas RapidKL masih lembap


KELIHATAN penumpang terpaksa berasak-asak untuk menaiki bas RapidKL yang tidak mengikut jadual perjalanan di hadapan Bangkok Bank, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) masih gagal memenuhi janji perkhidmatan yang baik kepada pengguna biarpun sudah lebih tujuh tahun beroperasi.
Sasaran piagam RapidKL yang menjanjikan masa yang menjimatkan, perjalanan selesa dan tambang yang berpatutan itu masih belum tercapai walaupun pelanggan semakin meningkat setiap tahun.
Berdasarkan sepucuk surat seorang pembaca yang diterima baru-baru ini, wartawan Kosmo! meninjau sendiri masalah itu dan dapat merasai betapa peritnya menunggu bas RapidKL di sekitar ibu kota.
Tinjauan selama dua jam di beberapa perhentian utama perkhidmatan bas tersebut seperti di Perhentian Bas Bangkok Bank, Pasar Seni, Jalan Leboh Pasar dan Jalan Perak di sini mendapati rata-rata pengguna mahu supaya RapidKL lebih serius meningkatkan mutu perkhidmatan.
Seorang penumpang RapidKL, Syamsiah Hani Hussin, 28, berkata, dia sering terlewat ke tempat kerja gara-gara bas RapidKL yang tidak mengikut jadual.
"Bayangkan tiap-tiap pagi, saya menunggu sejak pukul 7 pagi lagi di Perhentian Bas Bangkok Bank di sini, tetapi belum tentu boleh naik bas dengan cepat kerana penumpang terlampau ramai sehingga terpaksa berasak-asak kerana masing-masing tidak mahu terlewat ke tempat kerja.




Mohon bedah siasat kedua



SHAH ALAM: Keluarga seorang wanita yang didakwa mati akibat didera keluarga mentuanya memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bagi memohon bedah siasat kedua secara berkecuali dilakukan terhadap mangsa.
Keluarga S Pakiam, 23, memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Hullon & Co di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam turut memohon mahkamah memerintahkan inkues diadakan bagi menyiasat kematian wanita itu. Dalam permohonannya, bapa Pakiam, M Subramaniam, 52, (pemohon) menamakan lima responden iaitu Ketua Balai Polis Padang Serai dan Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah; Ketua Polis Negara, Majistret Kulim dan Pendakwa Raya. Antara lain, Subramaniam memohon mayat anaknya yang kini berada di Hospital Serdang dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, untuk bedah siasat kedua oleh Pakar Patologi Forensik, Dr M Karunakaran. Lelaki itu juga memohon seorang peguam bela hadir sepanjang proses bedah siasat itu. Difahamkan, Pakiam anak kedua daripada empat beradik mendirikan rumah tangga dengan B James selama lima bulan dan berpindah ke Kulim, Kedah, untuk tinggal bersama keluarga mentuanya. Perkahwinan pasangan itu diatur saudara kedua-dua pihak.

Sementara itu, berdasarkan afidavit sokongan difailkan Subramaniam, dia mendakwa dimaklumkan James bahawa Pakiam meninggal dunia selepas mengambil ubat sakit perut pada 12 Februari lalu. Dakwanya, sebelum berkahwin, Pakiam wanita muda yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kelemahan sama ada mental atau fizikal. Namun, keadaan itu berbeza apabila melihat keadaan mayat anaknya. “Ketika melihat mayat anak saya, badannya diselaputi banyak kecederaan seperti di tangan, perut dibakar dengan (puntung) rokok, kuku ibu jarinya sudah dicabut, kepalanya bengkak, giginya dicabut dan luka di seluruh badan.
Menurutnya, Hospital Kulim sudah menjalankan bedah siasat pertama, namun belum memaklumkan keputusannya. Susulan itu, dia membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan keadaan anaknya ketika meninggal dunia pada 14 Februari lalu.

“Saya difahamkan dan percaya bedah siasat yang sah serta benar tidak dilakukan ke atas mayat anak saya di sisi undang-undang dan prosedur kerana polis atau hospital tidak pernah menyiasat latar belakang kesihatan anak saya melalui saya atau mana-mana anggota keluarga sebelum bedah siasat kononnya dilakukan ke atas mayatnya,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, S Amuthavalli, 22, berkata seluruh keluarganya amat mengharapkan bedah siasat kedua dijalankan bagi mengetahui sebab kematian Pakiam.

Dia yang bekerja sebagai kerani am berkata, sekiranya terbukti kakaknya mati akibat didera, dia berharap individu bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Gurmit Singh Hullon ketika ditemui berkata, permohonan itu akan didengar esok.



Tak mungkin cinta suami sebaya ayah kandung


KUALA LUMPUR: “Saya tidak mungkin cintakan dia kerana usia ‘suami’ sebaya dengan ayah kandung saya di Guangzhou, China. Malah, saya tidak pernah ingin tahu nama penuhnya,” katanya seorang pekerja spa di Bukit Bintang yang hanya mahu dikenali sebagai Qee, 20.
Dia mendakwa berkahwin dengan lelaki tempatan terbabit pada Jun tahun lalu hanya membolehkan dia tinggal lebih lama di negara ini tanpa perlu bimbang diberkas pihak Jabatan Imigresen atau polis.

“Jika ditahan, saya akan menunjukkan dokumen perkahwinan dengan lelaki tempatan, sekali gus saya tidak akan ditahan serta dilayan seperti pendatang asing selain dihantar ke depoh tahanan sementara.
“Berbanding gadis warga asing lain dari Indonesia atau Thailand, kami lebih bijak kerana mempunyai pasport sah memasuki negara ini. Perbuatan itu lebih berisiko berbanding kami yang sebelum ini berulang alik memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong,” katanya.

Ditanya bagaimanapun perkahwinan terbabit boleh berlangsung, dia tanpa berselindung memberitahu diperkenalkan seorang rakan kepada ‘suaminya’ yang berusia 50-an dan sudah berkahwin. “Semuanya diuruskan mereka sebelum saya dibawa ke pejabat kerajaan untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Agak melucukan apabila saya berpura-pura mesra dan kami saling mengenakan pakaian tradisional sebelum merakam gambar perkahwinan di sebuah studio perkahwinan di Jalan Pudu, di sini,” katanya.



Pekerja mati, rakan hilang



KOTA TINGGI: Selepas lebih dua minggu menghilangkan diri, seorang pekerja asing ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan mayatnya sudah membengkak dan berbau dipercayai dibunuh dalam sebuah bangunan sarang burung di Ladang Fima, Jalan Perani, di sini.
Pekerja ladang buah naga di Batu 6 Jalan Perani-Waha, dekat sini, warga Indonesia dikenali sebagai Sahirin, 32, pada awalnya dilaporkan mati mengejut, tetapi hasil bedah siasat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, kelmarin mendapati mangsa mati akibat dibunuh dengan kejam iaitu akibat kecederaan di kepala dan sesak nafas.

Bedah siasat mendapati tengkorak mangsa retak selain pakar forensik turut menemui kesan terbakar pada kepala, gigi dan muka.
Mayat mangsa ditemui dua pemancing Sabtu lalu ketika mereka memasuki bangunan sarang burung terbabit untuk mencari umpan ikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, pemeriksaan pada mayat gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri, bagaimanapun mangsa dicam seorang rakannya yang juga warga Indonesia berdasarkan baju dipakai sama seperti gambar di dalam pasportnya.

“Menurut keterangan rakannya itu, mangsa bersama seorang lagi rakan warga Indonesia dikenali sebagai Ahmad Jupri, 26, hilang dari rumah kongsi pada 3 Februari lalu.

“Bagaimanapun, barangan milik Sahirin masih ada di kongsi, tidak seperti Ahmad Jupri yang disyaki melarikan diri bersama barangannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, semakan maklumat dengan pihak berkuasa Indonesia mendapati Ahmad Jupri mempunyai rekod jenayah kekerasan di negara asalnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Polis Johor di 07-2212999 atau terus ke balai polis berhampiran.


Pramugari naik hantu



SUBANG JAYA: Seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja cedera pada seluruh tubuh selepas dipukul di khalayak ramai sebaliknya mata kirinya juga dikhuatiri buta selepas terkena kasut bertumit tinggi hasil ‘tendangan terbang’ seorang pramugari yang juga ibu kandungnya di SS15, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pramugari berusia lewat 30-an itu dilaporkan hilang pertimbangan selepas terserempak dengan anak perempuannya yang berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum bertindak memarahinya.

Tindakan pramugari itu menyebabkan anak gadisnya tidak berpuas hati sebelum dua beranak itu bertengkar lebih 15 minit di kawasan berkenaan.
Menurut sumber, pramugari terbabit yang hilang pertimbangan mula memukul anak perempuannya dengan tangan tanpa mempedulikan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

“Pramugari itu terus membelasah anaknya itu biarpun gadis terbabit merayu dikasihani. Suspek terus menampar, menumbuk anak gadisnya sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa biarpun ada orang awam yang cuba menenangkan wanita terbabit,” katanya.

Sumber berkata, gadis terbabit cuba melarikan diri, namun tindakannya mengundang padah apabila pramugari terbabit bertindak mengejarnya sebelum menendang mangsa.

“'Tendangan itu tepat mengenai mata kiri mangsa menyebabkannya terjatuh.

“Mangsa yang berjaya bangun semula bertindak melarikan diri sebelum bersembunyi di tangga sebuah flat di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun pramugari terbabit berlegar-legar mencari anaknya di kawasan itu, dia gagal menemui mangsa sebelum meninggalkan flat berkenaan.

“Mangsa yang ditemui dalam keadaan ketakutan oleh beberapa penduduk di kawasan itu segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

“Lima minit kemudian, sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian sebelum membawa remaja itu ke balai polis,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Subang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, remaja terbabit kini berlindung di rumah ahli keluarganya yang lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Mangsa ragut, keluarga masih trauma


AMPANG JAYA: “Saya masih trauma. Tolong berikan ruang untuk saya menenangkan diri,” kata mangsa kes ragut yang mengejar dua suspek hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut di Taman Mega Jaya, di sini, kelmarin.
Menurutnya, polis sudah selesai mengambil kenyataannya dan dia berharap semua pihak menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini dan berharap semua pihak menunggu hasil siasatan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Arkitek berusia 28 tahun itu difahamkan mengambil cuti beberapa hari dan kini berada di luar Lembah Klang.

Ibu mangsa yang ditemui di kediamannya turut trauma akibat kejadian itu dan takut membuka pintu rumah setiap kali hendak keluar.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih terkejut dan berharap tiada perkara tidak diingini berlaku sementara menunggu siasatan polis selesai.

Sementara itu, seorang daripada penjenayah yang meragut mangsa kelmarin masih lagi koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, setakat ini, polis belum mengambil keterangan daripada suspek terbabit.

“Suspek belum sedar akibat parah di kepala,” katanya.

Harian Metro, semalam melaporkan seorang peragut terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh kereta mangsa yang nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai, di sini.

Peragut rempuh suspek


PETALING JAYA: Siasatan polis berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian ragut yang menyebabkan seorang peragut mati manakala rakannya parah selepas me rempuh kereta mangsa, mendapati peragut berkenaan yang merempuh mangsa dan bukan sebaliknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan berkata, mengikut keterangan saksi bebas berhubung kes itu, pihaknya mendapati mangsa tidak merempuh motosikal suspek dengan sengaja, tetapi kedua-dua kenderaan itu bertembung apabila suspek gagal mengawal motosikalnya.

Menurutnya, keterangan saksi itu diperoleh sewaktu siasatan dijalankan di lokasi kejadian kelmarin, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dengan mendapatkan keterangan daripada seorang lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kes ragut berkenaan.

“Buat masa ini suspek terbabit masih lagi dirawat di hospital,” katanya.

Tiada ulasan: