Jumaat, 11 Februari 2011

SIRAH 4

Bahagian 4
HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah


1.Quraisy mendapat tahu tentang keislaman sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran itu, mereka meningkatkan penyeksaan kepada orang-orang mukmin di Makkah. Lalu Nabi s.a.w. mengarahkan orang-orang mukmin berhijrah ke Madinah. Mereka berhijrah secara sembunyi kecuali Umar r.a.. Beliau telah memberitahu orang musyrik Quraisy tentang penghijrahannya seraya berkata: "Sesiapa yang mahu ibu kehilangan anaknya, esok tunggu aku di tengah wadi ini." Namun tiada seorang pun berani keluar menyahut cabarannya.


2.Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul s.a.w. sendiri. Mereka memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut membunuh Baginda serentak. Justeru itu, tuntutan darah Baginda akan teragih kepada setiap kabilah menyebabkan Bani Manaf (keluarga Rasulullah) tidak upaya memerangi mereka semua dan terpaksa menerima bayarun diat sahaja. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul s.a.w. berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya.


3.Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak tidur di tempat tidurnya. Baginda telah meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu. Baginda juga memerintahkan beliau agar memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya. Rasul s.a.w. telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya. Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar telah menyiapkan dua kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari Makkah. Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi penunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.


4.Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang). Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami. Beliau akan keluar meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.


5.Kiamat seolah-olah berlaku kepada Quraisy setelah Rasulullah s.a.w. terlepas daripada usaha membunuhnya. Mereka keluar mengejar Baginda mengikut jalan Makkah yang biasa tetapi gagal menemui Baginda. Mereka menghala menuju jalan ke Yaman sehingga sampai di muka Gua Thur. Sebahagian daripada mereka berkata: "Boleh jadi Muhammad dan temannya ada di dalam gua ini." Namun sebahagian yang lain menjawab



BERMAKSUD....

"Kamu tidak nampakkah apa yang ada di muka gua ini. Bagaimana labah-labah menganyam sarangnya dan burung-burung bersarang di srni? Ini menunjukkan tiada seoran0067pun yang memasuki gua ini sejak sekian lama." Abu Bakar r.a. melihat kaki-kaki mereka ketika mereka sedang berdiri di muka gua itu. Beliau menggeletar bimbangkan nyawa Rasul s.a.w., seraya berkata: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, kalau salah seorang daripada mereka melihat ke tempat letak kakinya, nescaya dia akan melihat kita." Rasul s.a.w. mententeramkannya dengan bersabda:
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah yang
ketiga"


6.Quraisy mengutuskan utusan menemui kabilah-kabilah dengan membawa tawaran sejumlah besar harta yang cukup menggoda sesiapa yang tamak. Tawaran ini ditujukan kepada sesiapa yang menemui Rasul s.a.w. dan teman Baginda, membunuhnya, atau menawannya. Oleh itu, Suraqah bin Ja'syam menyahut tawaran itu. Dia bertekad dalam dirinya untuk mencari Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar demi membolot sendiri hadiah tersebut.


7.Setelah usaha memburu dan mencari Rasulullah s.a.w. dan temannya, Abu Bakar terhenti, mereka berdua keluar daripada gua tersebut bersama-sama penunjuk jalan mereka. Mereka melalui jalan pantai (pantai Laut Merah) merentasi jarak yang jauh. Namun Suraqah telah berjaya menjejaki mereka. Apabila Suraqah mendekati mereka berdua, kaki-kaki kudanya terbenam ke dalam pasir dan tidak berupaya untuk berjalan. Dia mencuba sebanyak tiga kali supaya kudanya menuju ke arah Rasul s.a.w., namun kudanya tetap enggan. Pada ketika itu, dia yakin bahawa di hadapannya ialah seorang Rasul yang mulia. Lantas dia meminta supaya Rasul s.a.w. berjanji memberikannya sesuatu, jika dia menolong Baginda. Baginda menjanjikan untuknya dua gelang tangan yang dipakai oleh Kisra. Suraqah kemudiannya pulang ke Makkah dan berlakon seolah-olah dia tidak menemui sesiapa.


8.Rasul s.a.w. dan teman Baginda (Abu Bakar) telah sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti. Mereka keluar setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang setelah matahari memancar terik pada waktu tengah hari. Apabila mereka melihat Baginda, mereka merasa amat gembira. Kanak- kanak mula mendendangkan nasyid diiringi dengan gendang-gendang:
Bulan purnama telah terbit kepada kami,
dari jalan-jalan bukit ul-Wada.
Wajib ke atas kami untuk bersyukur,
terhadap seruan penyeru kepada Allah.
Wahai utusan yang diutuskan kepada kami,
Kami datang bersama perkara yang dipatuhi.


9.Dalam perjalanan Baginda s.a.w. ke Madinah, Baginda singgah di Quba, sebuah kampung di selatan Madinah. Kira-kira dua batu dari Madinah. Baginda telah mengasaskan masjid pertama yang dibina dalam Islam dan tinggal di sana selama empat hari. Kemudian Baginda bertolak ke Madinah pada pagi Jumaat. Ketika Baginda di perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat Jumaat telah masuk. Lalu Baginda membina sebuah masjid di situ dan menunaikan solat Jumaat pertama dalam Islam. Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah pertama dalam Islam. Seterusnya Baginda menyambung perjalanan menuju ke Madinah. Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda berhenti duduk, untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut adalah milik dua orang



kanak-kanak Ansor yang yatim. Baginda tawar menawar harga tanah tersebut dengan mereka berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata: "Kami berikannya kepada kamu, wahai Rasulullah." Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar. Kemudian Baginda melakukan kempen agar orang Islam turut serta membina masjid. Mereka segera melakukannya. Rasul s.a.w. turut terlibat bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah sempurna pembinaan masjid tersebut. Dinding masjid itu dibina daripada batu bata dan bumbungnya daripada pelepah-pelepah kurma yang diletakkan pada batang-batang kurma.


10.Kemudian Baginda s.a.w. mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansor. Baginda menjadikan untuk setiap Ansor seorang saudara daripada Muhajirin. Ada seorang Ansor telah membawa saudara Muhajirinnya ke rumahnya. Beliau menawarkan kepada saudara Muhajirinnya untuk membahagi sama rata semua barang yang terdapat di dalam rumahnya.


11.Kemudian Rasulullah s.a.w. menulis satu piagam bertulis antara Muhajirin dan Ansor. Di dalamnya Baginda berjanji untuk berbaik-baik dengan Yahudi di samping mengakui hak mereka dalam agama dan harta. Ibnu Hisyam telah menyatakan piagam tersebut dengan panjang lebar dalam kitab sirahnya. Ia mengandungi prinsip-prinsip yang menjadi dasar asas kepada negara Islam yang pertama. Di dalamnya dinyatakan prinsip kemanusiaan, keadilan sosial, toleransi agama dan kerjasama demi kemaslahatan masyarakat yang patut dirujuk, difahami dan dihafal oleh setiap pelajar.
Kami sebutkan beberapa prinsip am yang terkandung dalam piagam bersejarah yang

abadi ini:
1. Kesatuan umat Islam tanpa sebarang diskriminasi antara mereka.
2. Persamaan warga-warga umat Islam dari segi hak dan kemuliaan.
3. Umat Islam perlu saling bahu membahu kecuali dalam kezaliman, dosa dan permusuhan.
4. Penyertaan umat dalam menentukan bentuk hubungan dengan musuh-musuh mereka.
Seluruh orang Islam perlu mempunyai satu pendirian terhadap musuh mereka.
5. Penubuhan masyarakat di atas sistem yang terbaik dan teguh.
6. Membenteras pemberontak negara dan pengganggu gugat sistem awam di samping
kewajipan agar tidak membantu mereka.

7. Hak perlindungan kepada sesiapa yang ingin hidup bersama orang Islam apabila dia menjalinkan hubungan baik, bekerjasama, tidak menzalimi dan mencerobohi hak orang Islam.
8. Bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta mereka. Mereka tidak dipaksa
memeluk agama Islam dun harta mereka tidak boleh dirampas.
9. Bukun Islam mestilah memberi sumbangan kepada pembiayaan negara sebagaimana
orang Islam memberi sumbangan.
10.Bukan Islam mestilah bekerjasama dengan orang Islam untuk menghalang bahaya yang
menggugat entiti negara melalui penentangan terhadap setiap pencerobohan.
11.Bukan Islam juga mestilah turut serta menanggung kos peperungan selagi mana negara
berada dalam keadaan perang.
12.Negara mestilah membantu bukan Islam yang dizalimi sebagaimana ia menolong setiap
orang Islam yang dicerobohi.
13.Orang Islam dan bukan Islam tidak boleh sama sekali melindungi musuh-musuh negara

dan konco-konco mereka.
14. Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada per-damaian, semua warga wajib menerima
perdamaian. Sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.
15. Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau kesalahan orang lain. Seorang
penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap diri dan keluarganya sendiri.
16. Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan untuk keluar negara adalah terpelihara
di bawah perlindungan negara.
17. Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa dan orang yang zalim.
18. Masyarakat ditegakkan di atas dasar kerjasama dalam kebajikan dan taqwa, bukan dalam
dosa dan permusuhan.
19. Prinsip-prinsip di atas diperlihara oleh dua kekuatan:
- Kekuatan maknawi (spiritual) iaitu: Keimanan rakyat kepada Allah, merasakan
muraqabah-Nya (pemerhatian Allah) terhadap mereka dan penjagaan-Nya kepada sesiapa
yang berbuat baik dan setia.
- Kekuatan maddiyyah (material) iaitu: Kepimpinan negara yang diwakili oleh Nabi
Muhammad s.a.w..

B) Pengajaran dan Pedoman


1.Jika seorang mukmin yakin dengan kekuatannya, dia tidak diminta menyembunyikan tindakannya. Bahkan dia hendaklah menyatakan secara lantang tanpa menghiraukan musuh- musuh dakwahnya selagi mana dia percaya boleh menewaskan mereka. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Umar r.a. ketika beliau ingin berhijrah. Peristiwa ini juga membuktikan bahawa pendirian yang tegas akan menggerunkan musuh-musuh Allah dan mencampakkan rasa takut ke dalam diri rnereka. Tidak diragukan, sekiranya mereka mahu berkumpul untuk membunuh Umar, mereka mampu melakukan. Namun, pendirian Umar yang berani telah mencampakkan rasa kecut ke dalam diri setiap mereka. Mereka bimbang sekiranya Umar dihalang, ibunya akan kehilangannya. Pendukung kejahatan amat kedekut (tak sanggup kehilangan) nyawa dan amat mencintainya.


2.Ketika golongan batil berputus asa untuk menyekat dakwah kebenaran dan islah; Dan ketika orang-orang mukmin terlepas daripada genggaman dan berada di tempat yang selamat, mereka akan mengambil tindakan terakhir dengan membunuh pendakwah yang melakukan pengislahan tersebut. Mereka menyangka jika mereka membunuhnya, mereka bebas daripada gangguan dan dakwahnya terkubur. Demikian cara fikir golongan jahat dan musuh pengislahan pada setiap zaman. Kami telah saksikan dan lihat kejadian seperti ini dalam hidup kami.


3.Seorang kader yang jujur dan ikhlas kepada dakwah islah sanggup mengorbankan nyawanya untuk pemimpinnya. Kerana keselamatan dakwah bergantung kepada keselamatan pemimpin. Dan jika pemimpin terkorban, dakwah akan terbiar dan lemah. Tindakan Ali r.a. tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana ada kemungkinan pedang pemuda- pemuda Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai membalas dendam, ekoran beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi beliau, jika Rasulullah s.a.w., Nabi umat dan pemimpin dakwah terselamat.

4.Orang musyrik menyerahkan barang milik mereka untuk disimpan oleh Rasulullah



s.a.w., sedangkan pada ketika yang sama mereka memerangi dan bertekad untuk membunuh Baginda. Tindakan ini menjadi bukti bahawa dalam diri musuh-musuh islah terdapat keyakinan terhadap kejujuran, amanah dan ketulusan jiwa pendakwah. Mereka juga yakin perjalanan hidup pendakwah lebih baik berbanding mereka. Pendakwah mempunyai sanubari yang lebih murni. Namun buta hati, sikap keras kepala dan pendirian konservatif untuk terus berpegang dengan adat resam dan aqidah sesat telah mendorong mereka memerangi dan memasang tipu daya. Bahkan jika berkesempatan, mereka melakukan komplot untuk membunuhnya.


5.Pemimpin dakwah, ketua negara atau ketua gerakan islah tidak dianggap pengecut atau lari daripada mati jika berfikir untuk menyelamatkan diri daripada konspirasi pihak yang menunggu-nunggu saat untuk membunuhnya. Mereka juga bukan kedekut untuk mengorbankan nyawa dan roh. Mereka bertindak sedemikian lantaran untuk menjayakan semula gerakan islah dengan lebih agresif dan aktif di medan yang lain.


6.Peranan yang dipikul oleh Abdullah bin Abu Bakar membuktikan pengaruh pemuda terhadap kejayaan dakwah. Mereka merupakan tiang kepada dakwah islah. Kesan keberanian mereka untuk berkorban dan menggadaikan diri menyebabkan dakwah mara dengan laju ke arah kemenangan. Kita dapati semua orang mukmin pada awal Islam adalah pemuda. Rasulullah s.a.w. berusia 40 tahun ketika diutuskan sebagai Rasul. Abu Bakar r.a. pula lebih muda tiga tahun daripada Baginda. Sementara Umar lebih muda daripada mereka berdua. Ali r.a. pula paling muda antara mereka semua. Manakala Othman r.a. juga lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.. Demikian juga Abdullah bin Masud, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, Said bin Zaid, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir r.a. dan lain-lain lagi. Semuanya adalah pemuda. Mereka memikul beban dakwah di atas pundak mereka. Mereka sanggup menanggung pelbagai pengorbanan di jalannya, merasa riang dengan siksaaan, kesakitan dan kematian demi kerananya. Melalui mereka, Islam telah menang. Di atas usaha mereka dan saudara-saudara mereka, negara Khulafa ar-Rasyidin tertegak dan berlaku pembukaan Islam yang indah. Dengan jasa mereka, Islam telah sampai kepada kita dan Allah telah membebaskan kita daripada kejahilan, kesesatan, keberhalaan, kekufuran dan kefasikan.


7.Peranan Aishah dan Asma r.ha. ketika Hijrah Rasul s.a.w. membuktikan wanita diperlukan dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik. Apabila wanita beriman dengan sesuatu perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala kesusahan untuk menyebarkan keimanannya. Mereka berusaha meyakinkan suami, adik beradik dan anak-anak tentang perkara tersebut. Jihad wanita untuk Islam pada zaman Rasul s.a.w. merupakan lembaran-lembaran putih berseri. Ini menegaskan kepada kita hari ini, gerakan pengislahan Islam akan terus melangkah perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat sehinggalah wanita menyertainya. Mereka membina generasi pemudi di atas asas iman, akhlak, kesucian dan kemurnian. Selain menjadi isteri dan ibu, mereka lebih mampu menyebarkan nilai-nilai yang diperlukan oleh masyarakat kita hari ini di kalangan wanita berbanding lelaki. Wanita Islam berjasa besar dalam mendidik generasi sahabat yang masih kanak-kanak, begitu juga generasi tabiun. Wanita Islamlah yang telah berperanan membentuk generasi-generasi ini di atas dasar akhlak dan adab Islam. Mereka juga berperanan membina generasi-generasi ini atas asas kecintaan kepada Islam dan Rasulhya. Generasi tersebut merupakan generasi yang paling agung diketahui oleh sejarah dari segi tekad, juga kemurnian perjalanan hidup serta kebaikan agama dan dunia.

Hari ini kita wajib memahami hakikat ini. Lantas kita berusaha agar para pemudi dan para isteri membawa panji-panji dakwah islah ke tengah-tengah masyarakat wanita. Mereka melebihi separuh daripada umat. Justeru itu kita dituntut memberi perangsang kepada anak-


anak dan adik-beradik perempuan kita untuk mempelajari syariah di sekolah-sekolah yang
dipercayai pengajaran Islamnya, seperti Kuliah Syariah di universiti kita.

Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan lebih kuat setiap kali bertambah bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama, faqih tentang syariat, mahir dengan sejarah Islam, mengasihi Rasulullah s.a.w., berakhlak dengan akhlak Baginda dan akhlak Ummahat al-Mukminin. Kita juga semakin menghampiri hari masyarakat Islam akan tunduk kepada hukum hakam Islam dan syariatnya. Perkara ini akan menjadi realiti, insya Allah.


8.Penglihatan orang musyrik telah disekat daripada melihat RasuluUah s.a.w. dan sahabat Baginda (Abu Bakar) di Gua Thur. Sedangkan mereka berada di situ. Terdapat juga riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sarang labah-labah dan anak-anak burung menetas di mulut gua tersebut. Semua kejadian ini adalah antara contoh yang menjadikan hati-hati merasa tunduk khusyuk terhadap penjagaan Tuhan kepada para rasul, para pendakwah dan kekasih-Nya. Allah yang merahmati hamba-Nya tidak akan mengizinkan Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik, kemudian mereka menghapuskan Baginda dan dakwahnya. Dia mengutuskan Baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam. Demikianlah Allah bersikap belas kepada hamba-hamba-Nya yang berdakwah dan ikhlas pada saat-saat genting. Dia juga menyelamatkan mereka daripada situasi yang kritikal. (Dalam banyak kejadian), Allah menutup pandangan golongan yang mahu melakukan kejahatan dan pengkhianatan terhadap para pendakwah. Peristiwa Rasul dan Abu Bakar terselamat selepas orang musyrik mengepung mereka berdua di Gua Thur membenarkan firman Allah Tabarak wa Taala;
bermaksud...

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahan-kan Rasul-rasul Kami dan orang-orangyang bvriman - dalam kehidupan dunia ini danpada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat). (Ghafir: 51)
Dan firman Allah Tabaraka wa Taala:
bermaksud.....
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. (Al-Hajj: 38)


9.Semasa di Gua Thur, Abu Bakar takut kalau-kalau orang musyrik melihat beliau dan Rasul s.a.w.. Ia menjadi sikap yang patut dimiliki oleh kader dakwah yang jujur bersama pemimpinnya yang amanah pada saat bahaya mengeli-linginya. Beliau merasa bimbang dan simpati terhadap keselamatan nyawa pemimpinnya. Abu Bakar pada ketika itu tidak bimbangkan keselamatan dirinya sendiri. Jika beliau bimbangkan keselamatan dirinya, nescaya beliau tidak akan menemani Rasulullah s.a.w. dalam hijrah yang bahaya itu. Beliau mengetahui balasan paling minima adalah bunuh jika orang musyrik dapat menangkapnya bersama Rasulullah s.a.w.. Namun behau bimbangkan nyawa Rasul yung mulia dan masa depan Islam sekiranya Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik.

10.Dalam jawapan Rasul s.a.w. kepada Abu Bakar untuk meredakan kebimbangannya:
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka (kita) berdua, sedangkan Allah adalah yang
ketiga"
Ini menjadi contoh keyakinan benar terhadap Allah, rasa tenang dengan pertolongan-
Nya dan bertawakkal kepada-Nya ketika susah. la juga menjadi bukti jelas tentang kebenaran




dakwaan Rasul s.a.w. sehagai Nabi. Walaupun Baginda berada dalam situasi paling gawat, namun jelas tanda-tanda ketenangan pada diri Baginda. Baginda s.a.w. yakin bahawa Allah yang mengutuskan nya mombawa petunjuk dan rahmat kepada manusia paeti tidak akan membiarkannya pada saat-saat itu. Adakah kamu lihat ketenangan seperti ini terbit daripada orang yang berlagak sebagai nabi dan meniru sifat kerasulan? Pada situasi-situasi sebegini, akan tampak perbezaan jelas antara pendakwah islah dengan orang yang sekadar mendakwa dan menyamar. Hati-hati pendokong dakwah ini sentiasa dan selama-lamanya melimpahkan rasa redha dengan Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya. Sementara mereka yang hanya berlagak, keberaniannya akan luntur ketika berhadapan dengan perkara yang menakutkan dan kecundang ketika susah. Mereka juga tidak mendapati Allah sebagai pelindung mahupun pembantu.


11.Jelas kepada kita, peristiwa Suraqah menemui Rasul s.a.w., namun tidak berupaya menangkap Baginda menjadi satu bukti kenabian Rasul s.a.w.. Kaki kudanya telah terbenam ke dalam tanah ketika ia menuju ke arah Rasul s.a.w. Apabila Suraqah turun dan menghalakannya ke arah Makkah, kuda itu kembali bangun daripada tersungkur. Apabila dia ingin menghalakan kembali ke arah Rasul s.a.w., kudanya kembali lemah dan tidak bermaya. Pada pandangan kamu adakah perkara ini berlaku kepada sesiapa sahaja? Atau ia hanya berlaku pada nabi yang diutus dan disokong oleh Allah dengan kemenangan dan pertolongan? Sekali-kali tidak. Inilah yang difahami oleh Suraqah. Lantas dia memanggil Rasul s.a w. untuk meminta keamanan. Dia mengetahui Rasul s.a.w. mempunyai penjagaan Tuhan yang tidak mampu diketahui oleh keupayaan manusia. Oleh itu, dia rela menanggung kerugian terlepas habuan hadiah daripada Quraisy, sebaliknya memenangi janji Rasulullah s.a.w. untuknya.


12.Janji Rasul s.a.w. kepada Suraqah untuk memberikan dua gelang Kisra kepadanya merupakan satu lagi mukjizat. Manusia yang kelihatan lari daripada kaumnya tidak akan memberi harapan untuk membuka Parsi dan menguasai harta perbendaharaan Kisra kecuali dia seorang nabi yang diutuskan. Janji Rasulullah s.a.w. kepada Suraqah ini benar-benar terjadi. Suraqah meminta Umar bin al-Khattab untuk menunaikan janji Rasul s.a.w. kepadanya apabila dia terlihat kedua-dua gelang Kisra adalah antara harta rampasan perang. Oleh itu, Umar memakaikannya kepada Suraqah di hadapan sekumpulan sahabat, seraya berkata: "Segala puji bagi Allah yang merampas gelang daripada Kisra dan memakaikannya kepada Suraqah bin Jasyam al-Arabi."

Demikianlah mukjizat berlaku berturut-turut dalam hijrah ini. Kejadian demi kejadian adalah untuk menambahkan keimanan orang-orang mukmin. Ia juga bertujuan agar menimbulkan keyakinan kepada ahli Kitab yang ragu atau ingkar bahawa Baginda adalah rasul daripada Tuhan sekelian alam.


13.Penduduk Yathrib yang beriman di kalangan Ansor dan Muhajirin merasa gembira kerana Rasulullah s.a.w. tiba dengan selamat. Kegembiraan ini telah menyebabkan kaum wanita dan kanak-kanak turut keluar dari rumah-rumah mereka. Manakala kaum lelaki pula meninggalkan kerja-kerja mereka. Secara zahir, Yahudi juga turut mengambil sikap menyertai penduduk Madinah meraikan kegembiraan mereka. Namun batin, mereka merasa sakit hati ekoran wujud persaingan kepimpinan baru. Kegembiraan orang-orang mukmin bertemu dengan Rasul mereka tiduk pelik. Lantaran Bagindalah (dengan izin Tuhan) yang menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran dan menuju jalan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Sementara sikap Yahudi juga tiada keganjilan. Mereka memang dikenali dengan sikap mengampu (bermulut manis) dan nifaq (bermuka-muka) kepada masyarakat yang sudah hilang penguasaan mereka. Mereka juga terkenal dengan sikap marah dan dengki terhadap sesiapa yang merampas hak ketuanan



mereka ke atas bangsa lain. Begitu juga kepada sesiapa yang menghalang mereka daripada merampas harta orang di atas nama hutang (melalui amalan riba), atau menghalang mereka menumpahkan darah orang di atas nama nasihat dan cadangan pendapat. Yahudi masih terus berdendam terhadap setiap orang yang membebaskan bangsa lain daripada penguasaan mereka. Dendam ini diakhiri dengan tipu daya dan konspirasi, seterusnya pembunuhan jika mereka mampu. Inilah perangai dan sifat semulajadi mereka. Mereka telah melakukan tindakan seperti itu terhadap Rasulullah s.a.w. setelah Baginda menetap di Madinah. Sekalipun piagam yang dibuat antara Baginda dengan mereka bertujuan untuk bekerjasama dan saling hidup dengan aman, namun Yahudi merupakan satu kaum yang sentiasa dan selama-lamanya menyalakan api peperangan:
bermaksud....
Tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya. (Al-
Maidah: 64)


14.Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika Hijrah ke Madinah, jelas kepada kita Nabi s.a.w. tidak singgah di satu-satu tempat melainkan perkara pertama yang dilakukan ialah membina masjid sebagai tempat orang-orang mukmin berhimpun. Baginda telah membina Masjid Quba ketika bermukim di situ selama empat hari. Baginda juga telah membina sebuah masjid di pertengahan jalan antara Quba dan Madinah, apabila tiba waktu solat Jumaat di perkampungan Bani Salim bin Auf di tengah-tengah wadi tersebut, Wadi Ranuna.
Apabila Baginda sampai ke Madinah, kerja pertama yang dilakukan ialah membina
masjid di situ.

Ini menunjukkan kepada kita, kepentingan masjid dalam Islam. Semua ibadat dalam Islam berperanan membersihkan jiwa, menyucikan akhlak dan menguatkan ikatan tolong- menolong sesama orang Islam. Solat berjamaah, solat Jumaat dan solat dua Hari Raya merupakan lambang zahir yang cukup kuat kepada perpaduan orang Islam. Ia menjadi lambang kesatuan perjuangan dan matlamat, juga lambang kerjasama dalam kebajikan dan taqwa. Tidak ragu lagi, masjid membawa mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang agung kedudukannya dalam kehidupan orang Islam. Ia berperanan menyatukan saf-saf, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah serta mempamerkan kekuatan dan kekukuhan mereka.

Sejarah masjid dalam Islam membuktikan ketumbukan-ketumbukan tentera Islam dilancarkan dari masjid untuk meliputi muka bumi dengan hidayah Allah. Dari masjid juga terpancar sinaran cahaya kebenaran dan hidayah kepada orang Islam dan bukan orang Islam. Di dalamnya juga benih-benih tamadun Islam tumbuh subur dan berkembang. Bukankah Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Khalid, Saad, Abu Ubaidah dan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang lain merupakan anak-anak murid sekolah Muhammad yang berpusat di Masjid an-Nabawi?!

Keistimewaan lain bagi masjid dalam Islam ialah, pada setiap minggu akan berkumandang dan bergenia kalimah kebenaran melalui lidah khatibnya. Khatib-khatib berkhutbah mengingkari kemungkaran, menyuruh makruf, menyedarkan kelalaian, menyeru agar bersatu, menentang si zalim, atau memberi amaran kepada thaghut. Kami dapat saksikan semasa zaman kanak-kanak, bagaimana masjid menjadi pusat pelancaran gerakan-gerakan nasionalis melawan penjajah Perancis. Para pemimpin jihad juga berpaut pada masjid untuk menentang penjajahan dan Zionis. Pada hari ini kita lihat masjid tergendala daripada




melaksanakan tugas terbesarnya. Fenomena ini tidak lain merupakan dosa sesetengah khatib di kalangan pegawai-pegawai upahan atau orang-orang jahil yang alpa. Pada hari para pendakwah yang tegas berpegang dengan kebenaran, alim dengan syariat, ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya, penasihat kepada pemimpin-pemimpin orang Islam dan rakyatnya menaiki mimbar masjid dan mengimamkan pengunjungnya, masjid akan kembali ke tempat kepimpinan dalam organisasi kemasyarakatan kita. Pada ketika itu masjid kembali berperanan mendidik ramai tokoh, mengeluarkan sebilangan wira, mengislah kefasadan, memerangi mungkar juga membina masyarakat di atas asas ketaqwaan kepada Allah dan mengejar keredhaan-Nya.

Kami berharap masjid dapat berfungsi sedemikian (insya Allah) apabila golongan perintis yang suci murni menduduki mimbar-mimbar dan seluruh ruangnya. Mereka dari kalangan pemuda-pemuda yang beriman, berpengetahuan tentang agama Allah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w..


15.Proses persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor yang dilakukan oleh Rasul s.a.w. merupakan tanda-tanda zahir paling jelas tentang keadilan kemanusiaan dan akhlak membina dalam Islam. Muhajirin merupakan golongan yang meninggalkan harta dan tanah mereka demi jalan Allah. Mereka datang ke Madinah tanpa memiliki apa-apa saki baki dunia . Ansor pula merupakan kaum yang kaya dengan hasil tanaman, harta dan perusahaan mereka. Oleh itu, seseorang saudara perlu menanggung saudaranya. Dia berkongsi dengan saudaranya kesenangan dan kesusahan hidup. Dia juga menempatkan saudaranya di rumahnya selagimana rumahnya lapang untuk mereka berdua. Dia memberi separuh hartanya kepada saudaranya selagi mana dia tidak memerlukannya dan serba eukup. Apakah ada keadilan sosial di dunia ini yang menyamai kedudukan persaudaraan ini?!

Mereka yang tidak mengakui dalam Islam ada keadilan sosial, merupakan golongan yang tidak mahu cahaya Islam mengejutkan pandangan orang ramai dan menguasai hati mereka. Boleh jadi mereka merupakan golongan yang berpemikiran rigid dan membenci setiap perkataan baru walaupun ia disukai oleh manusia. Dalam Islam terdapat bukti keadilan sosial ini. Bagaimana keadilan sosial dalam Islam dapat dinalikan sedangkan peristiwa persaudaraan yang unik ini terdapat dalam lipatan sejarah? Persaudaraan ini dilakukan oleh pendokong syariah, nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Baginda sendiri yang menyelia persaudaraan tersebut. Di atas asas-asas persaudaraan inilah Baginda menegakkan masyarakat dan negara Islam pertama. Maha suci, ya Allah. Penafian hakikat ini adalah penipuan yang besar!


16.Dalam piagam bertulis yang dimateraikan oleh Rasul s.a.w., terkandung dasar persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor. Terdapat juga dasar kerjasama antara orang Islam dan bukan orang Islam. Ini merupakan bukti yang tidak boleh disangkal. Bukti bahawa dasar keadilan sosial adalah asas tertegaknya negara Islam. Sementara asas hubungan orang Islam dengan bukan Islam adalah hidup aman damai selagi mana mereka berbaik-baik dan tidak mengancam ketenteraman negara. Prinsip kebenaran, keadilan, kerjasama dalam kebajikan dan taqwa, bekerja untuk kebaikan manusia serta menolak penindasan golongan jahat daripada masyarakat pula merupakan slogan-slogan yang paling tertonjol dilaungkan oleh negara Islam. Demikianlah prinsip negara Islam di mana sahaja ia tertegak, juga pada mana- mana zaman ia terbentuk. la tertegak di atas prinsip-prinsip paling unggul dan paling adil. Pada hari ini, prinsip-prinsip tersebut bertepatan dengan prinsip paling mulia yang membentuk negara juga menaungi manusia. Pada zaman kita ini, usaha untuk mene-gakkan negara dalam masyarakat Islam yang berpandu-kan prinsip-prinsip Islam merupakan usaha yang seiring dengan perkembangan pemikiran manusia berkenaan definisi negara. Selain itu umat Islam akan berjaya merealisasikan pembinaan masyarakat yang paling kuat, paling


sempurna, paling bahagia dan paling progresif.

Walau apapun situasi yang berlaku, adalah menjadi maslahah kepada kita untuk memastikan negara dibina di atas asas-asas Islam. Mengabaikan kemaslahatan ini bererti kita berhadapan dengan kerosakan dan kebinasaan. Islam. tidak menyakiti orang bukan Islam dalam negara Islam. Ia tidak menindas akidah mereka, juga tidak mengurangkan hak-hak mereka, Kenapakah wujud kebimbangan jika ada negara Islam ingin melaksanakan syariat Islam dan menegakkan hukum hakamnya, padahal keseluruhan syariat dan hukum hakam Islam mengandungi keadilan, kebenaran, kekuatan, persaudaraan dan jaminan sosial yang menyeluruh di atas asas persaudaraan, kasih sayang dan kerjasama yang mulia? Kita tidak akan dapat membebaskan diri daripada penjajahan melainkan dengan seruan Islam. Oleh itu, orang-orang yang berjuang hendaklah berjuang di atas jalan ini:
bermaksud.....

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (Al-Araf: 96)
bermaksud....
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurut-nya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. (Al-An'am: 153)
bermaksud....

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamat-kannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Tolaq: 2-3)



bermaksud.....
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya. (At-Tolaq: 4)
bermaksud......

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. (At- Tolaq: 5)

Tiada ulasan: