Jumaat, 25 Februari 2011

DOA ORANG DIZALIMI MAKBUL...GUNAKAN SEJATA INI....

Penentang kuasai lebih banyak bandar



WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di  depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.
WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilapor semakin hillang penguasaan terhadap lebih banyak bandar ketika kumpulan antikerajaan meneruskan tunjuk peerasaan di negara Afrika Utara itu meskipun beliau mengancam tindak balas ganas.

Penunjuk perasaan di Misurata, barat Libya, berkata, mereka sudah menguasai bandar berkenaan. Dalam kenyataan menerusi Internet, pegawai tentera yang ditempatkan di bandar berkenaan menyatakan ikrar mereka untuk menyokong penunjuk perasaan sepenuhnya.


Penunjuk perasaan juga dilihat menguasai sebahagian besar wilayah timur negara itu dan seorang koresponden televisyen Al-Jazeera yang melaporkan dari bandar Tobruk, 140 kilometer dari sempadan Mesir berkata, tidak ada anggota keselamatan kelihatan di bandar berkenaan.

“Daripada apa yang saya lihat, saya boleh berkata penduduk di timur Libya menguasai wilayah itu,” kata wartawan Al-Jazeera, Hoda Abdel Hamid.


Menurutnya, tidak ada pegawai yang mengendalikan pintu sempadan ketika krew stesen televisyen itu menyeberang masuk ke Libya.


“Di sepanjang sempadan, kami tidak menemui seorang pun anggota polis atau tentera.

“Penduduk memberitahu kami, mereka sudah melarikan diri atau bersembunyi dan yang berkuasa ketika ini ialah penduduk.

“Keadaan ini berlaku di Tobruk hingga ke Benghazi.


“Saya juga diberitahu, keadaan agak tenang di Baida dan Benghazi.

“Namun di sebelah malam, menurut penduduk, terdapat kumpulan militia berkeliaran di jalan raya.

“Mereka adalah lelaki Afrika yang bercakap Perancis. Penduduk yakin kumpulan itu berasal dari Chad,” kata Hoda.


Pemerintah tentera di Tobruk, Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud memberitahu Al Jazeera, pasukan yang diketuainya sudah berpaling tadah untuk menyokong penunjuk perasaan.


“Kami kini berpihak kepada rakyat. Saya bersama-sama Gaddafi sebelum ini tetapi keadaan sudah berubah. Dia seorang yang zalim,” kata pegawai tentera itu.


Benghazi, bandar kedua terbesar Libya menjadi tempat pertama kebangkitan rayat dalam menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi lebih seminggu lalu, sebelum ia merebak ke bandar lain. — Al Jazeera



Warga asing tinggalkan Libya



PARIS: Kerajaan di seluruh dunia semalam bergegas membawa pulang warga masing-masing dari Libya.

Kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya perang saudara besar-besaran mendorong negara dari Kanada hingga ke China untuk menyewa feri dan pesawat bagi membawa keluar rakyat mereka ke kawasan selamat.

Ribuan warga asing bersesak-sesak di lapangan terbang Tripoli dengan harapan untuk menyelamatkan diri selepas keadaan keselamatan di Libya semakin meruncing.

Mereka yang berjaya melarikan diri menceritakan suasana anarki yang berlaku di negara berkenaan dengan bekalan air dan makanan semakin berkurangan. - Reuters



Gaddafi diramal bunuh diri



STOCKHOLM: Seorang bekas menteri Muammar Gaddafi semalam meramalkan pemimpin Libya itu akan mengikut jejak langkah Adolf Hitler dengan membunuh diri daripada menyerah kuasa.

Mustapha Abdeljalil, yang menjadi Menteri Kehakiman sehingga beliau meletak jawatan minggu lalu kerana membantah tindakan ganas rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan memberitahu akhbar Sweden, Expressen, beliau menjangka Gaddafi akan melaksanakan ikrarnya untuk mati di bumi Libya daripada hidup dalam buangan.


“Masa Gaddafi sudah berakhir. Beliau akan mengikut jejak langkah Hitler. Beliau akan membunuh diri,” kata Mustapha.

Hitler membunuh diri dalam kubunya di Berlin pada April 1945 selepas menyaksikan perpecahan empayar Nazi Jerman.


Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web akhbar itu, Mustapha berkata, Gaddafi secara peribadi mengarahkan pengeboman pesawat di ruang udara Lockerbie pada 1988 yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu. - AP


Tiada rancangan campur tangan tentera



PARIS: Menteri Pertahanan Perancis, Alain Juppe semalam berkata, campur tangan tentera untuk menghentikan keganasan di Libya bukan menjadi pilihan ketika ini. Bagaimanapun, katanya, adalah wajar bagi masyarakat antarabangsa menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang angkasa negara Afrika Utara itu.

“Tidak. Tidak akan ada campur tangan tentera. Bagaimanapun, penguatkuasaan sekatan dalam apa juga bentuk yang boleh diambil, khususnya terhadap ruang angkasa Libya, adalah wajar untuk ditimbangkan,” katanya kepada radio France Inter.


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates berkata sebelum ini, Perancis dan Itali adalah tempat terbaik untuk menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya.

Mengulas kenyataan Gates, Juppe berkata: “Masyarakat antarabangsa mengharapkan Perancis semata-mata. Biar kita cuba bertindak bersama.” - AFP

Tiada ulasan: