Ahad, 13 Februari 2011

JADI TAK DA YANG PENIPULAH...YG MENYAPU & PENIPU SEMUA PUAK2 PEMBANGKANG....ATAU YANG MENYAPU TU HANTU YANG TAK BERPOLITIK....

Pemimpin DAP menipu, dakwa Dr M
Aidila Razak
Feb 12, 11
2:15pm


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan.

operasi lalang ops lalang“Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku.

“Tetapi saya tidak menjangkakan pemimpin pembangkang akan berterima kasih ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan khususnya yang dilakukan oleh saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh menafikan perjumpaan seumpama itu ada berlaku.

conversations with mahathir tom plateMahathir pada wawancaranya dengan wartawan Amerika, Tom Plate dilaporkan berkata beliau sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap tetapi pihak polis melakukan sebaliknya.

Dalam buku berjudul Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mempersalahkan pihak polis dan mendakwa akibat tangkapan itu, kredibilitinya hilang.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA.

ops lalang 261005 star front pageSelain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.



Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k'jaan
Feb 12, 11 9:41am


Kos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

NONEMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor.

"Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan pembinaan jejantas berhawa dingin yang dilengkapi empat eskalator automatik serta lif untuk kegunaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial korporat KLCC untuk keselesaan rakyat.

"Ia juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup) yang dihubungkan terus kepada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain pemasangan jubin khusus untuk OKU," katanya.

NONEJusteru, Raja Nong Chik berkata dakwaan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa projek itu satu pembaziran serta menelan kos terlalu tinggi, adalah tidak berasas sama sekali.

"Dalam keghairahan berbuat demikian, janganlah sampai hendak menidakkan projek yang sememangnya mengutamakan keselesaan rakyat," katanya.

Isnin lalu, beliau mengumumkan kos sebanyak RM10 juta digunakan bagi menyiapkan jejantas itu, yang merupakan fasa pertama projek pembinaan jejantas sepanjang 12 kilometer, bagi menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam.

Sehari selepas itu, Nurul Izzah mempersoalkan sama ada kos secara purata RM70,422 semeter yang digunakan dalam projek itu menggunakan wang rakyat, dan sama ada tendernya dibuat secara terbuka.




Tanah adat: Penduduk cabar keluarga Taib
Stephen Tiong
Feb 11, 11
8:20pm


Penduduk desa dari enam kampung di daerah Lundu, Sarawak hari ini, keluar beramai-ramai mengemukakan tuntutan balas dan hujah mereka ke atas sebuah syarikat yang didakwa menceroboh tanah adat istiadat (NCR) mereka.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholderTanah berkenaan dilaporkan diberikan kepada Polar Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Titanium Management Sdn Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, - Abu Bekir melalui sewa pajakan sementara (PL).

Ia merangkumi tiga bidang tanah yang dikenali sebagai Lot 176 dan Lot 177 di blok 5 dan Lot 478 di blok 6 di daerah Sampadi dan sewa pajakan sementara dikeluarkan oleh Penguasa, Tanah dan Bancian, daerah Kuching.

Syarikat berkenaan mendapat tiga bidang tanah meliputi 1,500 hektar itu pada 3 Februai tahun lalu.

azlanBerbekalkan PL itu, Polar Horizon kemudian mengeluarkan notis kepada penduduk kampung Kampung Kangka, Kampung Sampadi, Kampung Sungai Kampung Cina, Kampung Stoh, Kampung Ulu Riam/Setia Jaya dan Kampung Sungai Belian untuk mengosongkan tanah mereka dalam masa 30 hari.

Apabila arahan itu tidak dihiraukan, syarikat berkenaan mengajukan tindakan mahkamah terhadap pemilik tanah NCR tersebut.

Polar Horizon juga menamakan Rona Hijau Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan, usahasama penduduk kampung berkenaan dengan sekumpulan ahli perniagaan di Sibu, dalam saman mereka.

NONEPenghulu Kipli Lihi, Ambi Uri, Layang Engot, Sintu Layang, Je'ae Kamuri, Jamain Mahmud, Borhan Saidi, Kapli Liman dan Bohari Awang Awang Ali, mewakili diri mereka sendiri dan 481 penduduk di daerah itu memfailkan hujah dan tuntutan balas mereka di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini.

Dalam kenyataan pertanan mereka berkata pengeluaran PL tidak mengikut undang-undang, haram dan terbatal kerana PL itu mencerobohi tanah adat mereka.

ncr sarawak land dispute blockade in simunjan 020708 01Menurut penduduk, kampung mereka itu asalnya, adalah perkampungan pribumi dengan penempatan asal di Kampung Sampadi ditubuhkan pada tahun 1902 oleh sekumpulan penduduk keturunan Kedayan Melayu. Sementara kampung-kampung lain ditubuhkan antara 1920 dan 1940 dengan persetujuan daripada kerajaan Rajah Brooke.

Kata mereka, pada setiap masa mereka menuntut kawasan berkenaan telah mereka miliki dan mendakwa ia sebagai tanah istiadat di kawasan itu dan di sekitar enam kampung yang lain.

Tiada ulasan: