Jumaat, 11 Februari 2011

SIRAH 7


(B) MERUNTUHKAN PATUNG BERHALA


Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakar- nya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah). (Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah 'Amru bin Luhayy membawa masuk amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama Ismail a.s..

Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitarnya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah.(11) Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah. Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut.

Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika muisafir dan singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama.(12)

Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya. Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8

(11) Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 8.
(12) Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 33



hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'.

Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon

penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya.

Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al-
Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis
meratapkan al-Lat seraya bersyair:

Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela,
(Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya
(untuk diruntuhkan),
Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya).

Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuh- musuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya.

Berhala ketiga bernama "al-'Uzza"(13). Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala


(13) Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah
pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan). (pent.)



itu menakjubkan Abu Lahab.(14)

Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:
Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan,
Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid,
Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan

segera dan membantunya mengalahkanmu.
Lantas Khalid berkata:
Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu.

Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini".(15)
Inilah berhala-berhala Arab yang paling terkenal pada zaman jahiliah. la disebut oleh
al-Quran melalui firman Allah:

BERMAKSUD...
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah -mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza". Serta "Manat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak- anakperempuan Allah)? (An-Najm: 19-20)

Ketika Rasulullah memasuki Baitul Haram pada hari pembukaan Makkah, Baginda menemui gambar-gambar malaikat dan lain-lain lagi. Baginda juga mendapati gambar nabi Ibrahim a.s. dalam bentuk memegang anak-anak panah yang digunakan untuk tilikan nasib. Baginda lantas bersabda: Semoga Allah memerangi mereka. Mereka menjadikan syeikh kami (nabi Ibrahim) tempat menilik nasib menggunakan anak panah. Apa kaitan nabi Ibrahim dengan panah-panah tilikan nasib? "Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama
Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di
atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada


(14) Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 23.
(15) Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,

beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya (pent.).


Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik." (maksud Ali Imran: 67)
Baginda memerintahkan agar semua gambar-gambar tersebut dipadamkan. Perintah
Baginda itu terus dilaksanakan.

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah pada hari pembukaannya dengan menaiki tunggangan Baginda. Baginda juga melakukan tawaf menggunakan tunggangannya itu. Di sekeliling Baitullah terdapat patung-patung berhala yang diikat dengan timah. Nabi s.a.w. menunjuk isyarat kepada berhala-berhala itu menggunakan sebatang ranting kayu di tangannya, seraya berkata:
BERMAKSUD....

Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (Al-Isra’: 81)

Mana-mana berhala yang ditunjuk oleh Baginda dari arah hadapan akan tumbang terlentang ke belakang. Sementara mana-mana berhala yang ditunjuk dari arah belakang akan tumbang tersungkur ke depan. Sehingga tiada lagi berhala yang tinggal tegak. Kesemuanya tumbang.

Selepas beberapa bulan pembukaan Makkah, semua berhala di semenanjung tanah Arab telah diruntuhkan dari singgahsananya. Para penyembahnya telah mengkufurinya. Mereka yang pernah menyembah berhala kelmarin, bertukar menjadi malu kerana kecetekan pemikiran mereka hingga sanggup menyembah batu yang tidak memberi mudarat atau manfaat, mahupun menolak sesuatu kejadiari.

Sejak awal risalah Islam, Islam bertindak menyebarkan keburukan berhala- berhalayang dijadikan tuhan ini, mencela penyembahannya serta menyeru kepada agama fitrah; menyembah Allah Pencipta alam kejadian dan Tuhan sekalian alam. Semenanjung tanah Arab, diketuai oleh Quraisy telah menentang dakwah ini. Mereka melihat dakwah ini sebagai satu seruan yang amat pelik.
BERMAKSUD....
"Patutkah dia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hahya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Sad: 5)

Semenanjung tanah Arab saling bertelagah dan kacau bilau ekoran agama baru ini. Mereka cuba membunuh dan menghapuskan Rasulnya dengan segala cara. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. selepas perjuangan yang berlarutan selama 21 tahun. Baginda membuka ibu kota keberhalaan (Makkah), memusnahkan tuhan-tuhannya, menewaskan bala tenteranya dan menumpaskan konspirasi para pemimpinnya. Adakah akal dapat mempercayai semua ini lantaran ia berjaya disempurnakan dalam tempoh sesingkat ini? Ketika Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah, tiada seorang manusia pun bersama Baginda. Bolehkah kejayaan ini tercapai, jika bukan kerana Allah yang menjadi Pengatur di belakang dakwah ini, mempersiapkan ketumbukan tenteranya dan memandu perjalanan pertempurannya?


BERMAKSUD...

Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al-Anfal: 17)

Muhammad bin Abdullah telah menamatkan tragedi pemikiran Arab yang berterusan hampir 500 tahun atau lebih. Baginda membebaskan akal Arab daripada belenggu dan khurafat keberhalaan. Baginda juga menyelamatkan kehormatan mereka daripada penghinaan dan kekejian kepercayaan itu. Baginda membuka pintu-pintu kemerdekaan dan kemulian abadi untuk Arab. Mereka memasuki pintu-pintu itu tanpa keluar kembali. Rasulullah s.a.w. telah berkata benar dengan sabda Baginda:
“Selepas ini tiada lagi al-Uzza untuk Arab. Ia tidak akan disembah lagi
selepas hari ini.”

Semenanjung tanah Arab telah mengucapkan selmat tinggal kepada kehidupan keberhalaan untuk selama-lamanya. Pemikiran Arab telah mencapai usia matang. Mereka tidak rela untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak; zaman keberhalaan yang mendorong penganutnya meletakkan dahinya ke kaki batu yang tuli lagi bisu. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., peperangan dan fitnah telah berlaku. Ada di kalangan mereka yang mengaku nabi. Ada pula yang membangkang al-Quran. Akan tetapi kita tidak mendengar seorang Arab pun yang berfikir untuk kembali kepada kepercayaan keberhalaan dan tuhan- tuhannya. Ini kerana seorang yang berusia matang tidak akan kembali menjadi kanak-kanak lagi. Semua perubahan ini dicapai dengan sempurna hasil jasa nabi Muhammad s.a.w. dan risalah Baginda. Setiap orang Arab (sejak zaman nabi) sehingga tamatnya dunia ini terhutang budi kepada Baginda kerana menyelamat dan membebaskan mereka daripada keberhalaan. Baginda juga berjasa dalam meningkatkan petunjuk kepada bangsa-bangsa di muka bumi ini, sama ada mereka yang mengikuti petunjuk itu, mahupun yang menolaknya. Allah telah menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya:
BERMAKSUD....

Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i’tiqad yang sesat), seta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah: 2)

Tiada ulasan: