Jumaat, 18 Februari 2011

DIDUNIA YANG MENENTUKAN SALAH TAK SALAH...MENANG ATAU KALAH BICARA ITU KUASA MAHKAMAH..AKHIRAT MENENTUKAN NERAKA ATAU SYURGA...TENTU LAH ALLAH ...

Mahkamah: Badrul Hisham masih ADUN Pelabuhan Klang
Feb 18, 11 4:58pm


Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang.

Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu.

NONEMenurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.

Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.

Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said.



PAS: Tun Mahathir agak kelakar
Feb 18, 11 3:55pm


PAS menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad - bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya - adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu.

damansara memo to kpm 210206 idris ahmad"Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," sindir ketua penerangannya Idris Ahmad (kanan).

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, tujuan hidup Nik Aziz hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Katanya, Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Nik Aziz juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

NONEDalam satu kenyataan petang ini, Idris mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian "melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi" kerana hendak menang pilihan raya.

"Memang PAS hendak menang pilihanr aya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

"Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat," dakwa Idris lagi.

Beliau juga berkata, sepanjang mengadakan kerjasama politi dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tiada sebarang kerugian terhadap parti dan Islam di negara itu.



NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA
Feb 18, 11 1:54pm


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e nalini"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

azlan"Pasukan polis perlukan reformasi segera. Walaupun terdapat saranan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2005 untuk mengurang dan memantau kuasa polis, sehingga ini saranan itu kekal begitu saja.

"Satu-satunya sebab polis menyalahgunakan kuasa kerana kerajaan gagal melaksanakan sistem pemantauan semak dan imbang untuk keseluruhan pasukan polis di Malaysia," kata Nalini.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir semalam, Nalini berkata pendedahan Dr Mahathir semalam menimbulkan banyak persoalan berbangkit.

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September?

"Apa yang menggerakkan Dr Mahathir mencadangkan pemansuhan ISA? Adakah polis terlalu berkuasa untuk menghalang arahan perdana menteri?" soal Nalini.



Soosai: Peguam dakwa polis tahan salah orang
Feb 18, 11 3:53pm


Kes membabitkan penjenayah warga Malaysia Michael Soosai semakin rumit apabila peguam yang mewakilinya mendakwa lelaki yang ditahan oleh polis India tahun lepas bukannya penjenayah itu yang dikehendaki Interpol tetapi sebenarnya seorang warganegara India.

"Dia warga India, ini dicatatkan dalam rekod kerajaan. Kami boleh buktikannya di mahkamah. Jika dia seorang warganegara Malaysia, kenapa polis India masih belum mendakwanya bagi kesalahan mengikut Akta Pasport?," kata M. Shreedhar, peguam yang mewakili suspek kepada Bernama di Chennai.

Polis di Coimbatore mendakwa mereka telah menahan Soosai, penjenayah warga Malaysia paling dikehendaki yang sedang melarikan diri, pada Ogos lepas di sebuah hotel di Chennai, bersama-sama isteri dan tiga anaknya.

Polis India melancar operasi untuk menahannya selepas beberapa warga India mendakwa suspek menipu mereka membabitkan ribuan ringgit dan sejumlah besar barangan kemas selepas menjanjikan kerja sebagai eksekutif dengan gaji tinggi di syarikat-syarikat multinasional.

Suspek yang menggunakan Andhra Pradesh sebagai pusat operasinya, sering menggunakan nama samaran seperti Karunaraj @ Rajasekaran @ GK Raj @ Dharmaraj.

Malahan dalam dokumen Penjara Pusat Puzhal, nama Soosai disenaraikan sebagai Karunaraj, bersama-sama beberapa lagi nama samaran yang lain, dan alamat rumahnya dicatatkan sebagai Andhra Pradesh.

Tiga bulan lepas, dia dipindahkan dari sebuah penjara di Coimbatore ke Penjara Pusat di Chennai.

Shreedhar berkata Karunaraj memiliki kad PAN (kad cukai India), lesen memandu India dan tiga anaknya mempunyai sijil kelahiran India -- semua itu menunjukkan yang dia adalah warganegara India.

"Ini merupakan kes salah identiti, Karunaraj bukannya Michael Soosai. Michael Soosai sudah mati di Malaysia. Terdapat banyak kelemahan dalam kes ini, dia akan dilepaskan," kata peguam itu.

Bagaimanapun, polis Coimbatore dalam afidavit terbarunya (14 Feb, 2011) menyatakan siasatan mendapati tertuduh ialah warganegara Malaysia bernama Michael Soosai (No Kad Pengenalan: 630308-075073) dan melakukan perjalanan dengan menggunakan pasport Malaysia (A11314136).

Soosai dikehendaki di Malaysia berhubung beberapa kes berprofil tinggi melibatkan jenayah kolar putih.

Dia juga dikaitkan dalam pembunuhan seorang warga Malaysia di Tamil Nadu pada 2004, tetapi dia melarikan diri selepas polis Malaysia meningkatkan pemburuan ke atas dirinya.

Ketika polis Malaysia meningkatkan usaha untuk menahannya, Soosai dilaporkan telah mencabar polis Bukit Aman, khususnya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, untuk "tangkap (tahan) saya jika dapat".

Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Madras menyerahkan tiga anak suspek, sebelum ini berada di bawah jagaan kerajaan, kepada ibu mereka yang merupakan warganegara India, Rajeswari alias Jayanthi, yang dibebaskan dari penjara Coimbatore.

- Bernama



Portfolio halehwal bukan Islam: 'Umno mudah lupa'
Feb 18, 11 2:58pm


Pemuda PAS Perak menyifatkan serangan terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana mewujudkan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam, sebagai agenda politik sempit Umno bagi meraih sokongan.

Sedangkan, kata timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali, selepas rampasan kuasa oleh Umno/BN di Perak, Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbirannya di negeri itu.

"Jawatan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon.

"Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" kata Mohd Munir dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi Umno perlu sedar bahawa tindak tersebut juga telah dilakukan oleh kepimpinan mereka di Perak, namun malangnya tiada siapa di kalangan mereka "yang sudi mengingatkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang sudah tentu terlupa akan perkara tersebut".

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda di sebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.

Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain juga bebas dianuti oleh warganegara Malaysia kecuali yang beragama Islam.

"Jadi, apabila ditubuhkan portfolio baru (ini), ia seolah-olah satu usaha untuk menghina raja jika dipandang berdasarkan aspek itu," kata Mukhriz lagi.

Sehubungan itu, Mohd Munir berkata, amat jelas Umno sentiasa mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri.

"Mengapa pula tidak dikatakan bahawa agenda yang sama sebagai agenda politik Umno/BN di Perak? Pemuda PAS Perak melihat semua kenyataan Datuk Mukhriz patut dilabelkan juga di Perak," tegasnya.

Oleh itu, Mohd Munir berkata, Pemuda PAS Perak berharap Umno/BN Perak akan bersuara terhadap kritikan yang telah dilemparkan oleh Datuk Mukhriz terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama.

"Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN

dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah Pakatan sebagai sasaran serangan politik mereka," katanya.



Barisan bersatu lawan BN dalam p'raya mengejut
Kuek Ser Keng Kuang
Feb 18, 11
1:11pm


Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.

Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.

Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.

NONESetiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.


Siasatan TBH: Tiada cap jari diambil
Joseph Sipalan
Feb 18, 11
12:50pm


Pegawai forensik yang menyiasat tempat Teoh Beng Hock ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkata beliau tidak mengambil sebarang cap jari yang ditemui di tempat kejadian, kerana tidak mempunyai cukup "ciri-ciri".

NONEDalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, ketua inspektor Mazli Jusoh Che Kob (kiri) berkata beliau hanya dapat menemui tiga hingga empat ciri pada cap jari di bingkai tingkap tingkat 14 Plaza Masalam, tempat Teoh didakwa jatuh menemui ajalnya dua tahun lalu.

Mazli menjelaskan bahawa cap jari yang boleh dibaca, memerlukan sekurang-kurangnya lapan ciri bagi dipertimbangkan untuk diambil.

Katanya, berdasarkan itu, beliau memutuskan untuk tidak mengambil cap jari itu atau mengambil gambarnya.

Siasatan suruhanjaya diraja itu bermula pada 14 Februari. Ia mempunyai tempoh tiga bulan dari tarikh ia ditubuhkan pada 26 Januari, untuk menyelesaikan siasatannya.Mazli berkata, hanya sebahagian daripada cap jari itu diperolehi kerana debu yang terkumpul di bingkai tingkap.

Bagaimanapun, katanya, ia adalah cap jari baru kerana ada ciri-ciri yang belum ditutupi debu.

NONEKetika itu, pengerusi suruhanjaya diraja itu, Datuk James Foong (kiri)
memberitahu Mazli yang dia sepatutnya mengambil cap jari itu walaupun ianya tidak memberi apa-apa yang konklusif, sambil menegaskan bahawa setiap apa juga bukti, akan membantu kes.

Mengambil contoh dari siri jenayah popular di televisyen - CSI - hakim mahkamah persekutuan itu berkata, tidak masuk akal untuk memperolehi cap jari yang sempurna di tempat berlakunya jenayah.

"Kalau empat atau dua ciri pun, itu akan mencukupi. Ia mungkin tidak konklusif, tapi ia akan membantu mengimbangkan kemungkinan (penglibatan seorang individu).

"Jika cap jari itu sempurna, maka saya tidak perlukan anda. Saya boleh buat sendiri," kata Foong, sambil kedengaran bunyi ketawa di galeri.

Foong juga mencuit hati hadiran di dewan mahkamah sebelum itu apabila beliau mengadu tentang foto-foto yang berkualiti rendah yang dikemukakan sebagai bahan bukti.

Mazli kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa jabatannya masih menggunakan kamera yang sama untuk mengambil tempat Teoh ditemui mati.

Foong (kiri) kemudiannya mencelah: "Sudah waktunya untuk mendapatkan kamera baru".

Mazli adalah saksi keenam dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.

Tiada ulasan: