Rabu, 16 Februari 2011

BEZA ORANG TERKENAL DENGAN TIDAK.....DALAM BICARA....ADA YANG TERKENAL MUNGKIN LEPAS DARI BICARA ZINA....TAPI AKHIRAT MEREKA TAK KAN LEPAS....


Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.



Tambang minimum MRT Lembah Klang RM0.38 – RM0.87
KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa Pameran awam MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang yang diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Prasarana di 7 lokasi mulai 14 Februari hingga 14 Mei 2011 hanya membekalkan maklumat minima kepada orang awam dan tidak merangkumi aspek-aspek penting yang makin menjadi tanda tanya rakyat.

Justeru, KPRU menyarankan agar satu lagi siri perundingan terbuka yang membekalkan maklumat yang mencukupi diadakan di samping pameran awam bagi menjamin hak akses warga Malaysia kepada maklumat penting MRT. Pameran awam yang kini sedang berlangsung dikhuatiri ”mislead” khalayak umum ke arah menyokong projek ini secara tergesa-gesa tanpa terlebih dahulu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi.

DI MANA UNJURAN HARGA TAMBANG?

Dalam konteks ini, maklumat penting yang diperlekehkan oleh SPAD ialah harga tambang. Ramai yang ingin mengetahui harga tambang MRT apabila ianya mula beroperasi supaya orang ramai dapat membuat perancangan perbelanjaan masing-masing terlebih awal. Ini adalah kerana keputusan seperti membeli kenderaan peribadi akan mengenakan satu kos lesap (sunk cost) yang menggalakkan penggunaan selepas pembeliannya bagi mengelakkan ’kerugian kerana tidak menggunakannya’. Rakyat yang menangguhkan pembelian kereta sekarang tidak ingin dibebani harga tambang MRT yang tinggi dan tidak memadai apabila MRT mula beroperasi nanti. Sesungguhnya, kini wujud kebimbangan bahawa harga tambang MRT bakal membebankan pengguna.

Pengumuman harga tambang, atau sekurang-kurangnya pengumuman unjuran harga tambang secara awal dapat memastikan pengguna, pembangun hartanah, penjual kereta peribadi, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan lain dapat membuat persiapan dan rancangan seawal-awalnya bagi mengelakkan spekulasi.

KPRU tidak dapat mengesan sebarang sebab mengapa kerajaan yang dapat membuat unjuran berbilion-bilion berkaitan projek ini, misalnya peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM3-4 bilion dan kesan limpahannya RM8-12 bilion, serta kenaikan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM300 juta setahun tersebut tidak dapat memberikan satu angka unjuran atas harga tambang MRT sehingga hari ini. Maka KPRU berpendapat adalah wajar kerajaan mengumumkan unjuran harga tambang dengan kadar segera supaya rakyat dimaklumkan realiti sebenar apabila MRT mula beroperasi nanti.

Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa harga tambang dalam konteks pengangkutan awam tidak terhad kepada harga tambang MRT, tetapi juga merangkumi harga tempat letak kereta, harga tambang bas feeder, masa menunggu dan lain-lain. Kos-kos tersebut harus diambil kira kerana jumlah angka boleh menjadi agak besar. Misalnya, satu kajian yang dibentangkan oleh Persatuan Kajian Air dan Tenaga (Association of Water and Energy Research, AWER) telah mengatakan bahawa kos tambahan minyak api kepada pengguna jalan untuk menuju ke Stesen MRT akan mencecah RM403.5 juta dari tahun 2016 hingga 2010.[1]
Memandangkan hanya 37% (13 daripada 35 stesen MRT) stesen MRT yang akan dilengkapi dengan medan letak kereta, adakah pengguna akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta selepas MRT mula beroperasi, ataupun harga letak kereta akan menjadi terlalu mahal kerana kekurangan ruang?[2]
Adalah diingatkan bahawa situasi tersebut belum lagi mengambil kira kes spesifik, seperti di Stesen 1Utama dan The Curve yang tidak mempunyai sebarang rancangan pembinaan medan letak kereta tambahan. Dengan tempat letak kereta yang terhad tetapi permintaan yang bertambah, bukankah rasional bagi pihak pengurusan 1Utama dan The Curve menaikkan harga letak kereta untuk tempoh masa panjang supaya memberikan keutamaan kepada pengunjung pusat membeli-belah? Jika sekiranya hal ini berlaku, kos tambahan akan membebankan pengguna MRT.

PENGIRAAN HARGA TAMBANG KPRU
Bagi memberikan satu gambaran kasar kepada orang awam, KPRU telah mencadangkan kadar tambang berpatutan berdasarkan 2 bentuk pengiraan atas maklumat yang terhad dan beberapa andaian.

Kos tambang minima MRT dan juga Pariti Kuasa Beli (PPP) bagi Hong Kong, Singapura dan Taiwan adalah seperti berikut:

Bandar Harga Tambang Minima MRT Pariti Kuasa Beli (PPP) per kapita
(Intl.$, Dolar Antarabangsa atau Dolar Geary-Khamis)[3]

Hong Kong[4] HK$3 (RM1.17) 45,277
Singapura[5] S$0.80 (RM1.90) 57,238
Taiwan[6] NT$20 (RM2.08) 34,743

*Tukaran nilai mata wang berdasarkan http://www.xe.com pada 14 Feb 2011

Berdasarkan Pangkalan Maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertarikh 15 Dis 2010 yang sama, PPP Malaysia hanya sekadar Intl.$14,603. Ekstrapolasi yang dibuat berdasarkan ketiga-tiga bandar di atas menunjukkan bahawa harga tambang minima MRT di Lembah Kelang patut berada dalam lingkungan RM0.38 hingga RM0.87 sahaja.

Kaedah kedua melibatkan perbandingan domestik dengan lingkaran LRT yang sedia ada. Adalah didapati Projek LRT yang memperuntukkan RM8 bilion dapat mencapai 300,000 jumlah penumpang sehari, manakala MRT yang memperuntukkan RM36.6 bilion tersebut akan dapat menampung 2 juta penumpang sehari selepas 4 tahun beroperasi.[7] Walaupun kos pembangunan MRT adalah 4.58 kali ganda lebih tinggi daripada LRT, tetapi jumlah penumpang hariannya adalah 6.67 kali ganda lebih banyak daripada LRT. Maka jika kadar tambang minima bagi LRT adalah RM1, tanda aras (benchmark) kadar tambang minima MRT boleh dan patut menurun sehingga RM0.68!

Mungkin anggaran kaedah kedua terlalu ”simplistic” kerana KPRU juga mengambil perhatian bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mengesyorkan bahawa mahupun tambang LRT dinaikkan daripada RM1.60 kepada RM9, Prasarana memerlukan 20 tahun untuk memulangkan modalnya. Tambahan lagi, Prasarana sekarang dibebankan dengan hutang sebanyak RM8.5 bilion.[8]
Akan tetapi, bukankah kaedah pertama telah membuktikan bahawa kadar tambang di Hong Kong, Singapura dan Taiwan boleh kekal di paras yang rendah dan pada masa yang sama meraih keuntungan munasabah? Bukankah beban hutang Prasarana berpunca daripada kelemahan perancangan, penyelamatan berulang kali melalui suntikan modal dan juga korupsi yang berpunca daripada salah urus, tadbir urus lemah serta ketidaktelusan dan bukan kadar tambangnya? Bukankah MRT Lembah Kelang dikatakan akan mengikuti model Hong Kong? Jika modus operandi Hong Kong diikuti, kadar tambang yang murah juga harus ditetapkan untuk pengguna MRT di Lembah Klang.

[1] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/commuters-will-spend-more-with-kl-mrt-says-research-group/

[2] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/commuters-will-spend-more-with-kl-mrt-says-research-group/

[3] http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(PPP)_per_capita

[4] http://en.wikipedia.org/wiki/MTR

[5] http://www.focussingapore.com/travel-information/local-transport-singapore/mrt-services.html

[6] http://www.urbanrail.net/as/taip/taipei.htm

[7] http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/19/business/6025856&sec=business

[8] http://www.dapmalaysia.org/english/2011/jan11/bul/bul4405.htm

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)Sebarang pertanyaan, sila hubungi saudara O. H. Ong 012-2983612.Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kpru2010.wordpress.com/.
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.



Doktor dakwa Saiful 'melawan' ketika diliwat
Hafiz Yatim
Feb 16, 11
9:24am

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam Hassan.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

azlanDalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Mahkamah juga dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

10.56am: Perbicaraan bersambung dengan Nordin menyoal-balas Seah. Namun, ganguan bekalan elektrik menyebabkan mahkamah terpaksa berhenti sekali lagi.

10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong.

Mahkamah berehat seketika.

10.02am:
Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.

NONE9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam (kiri) berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' lieat,” kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam. Giliran DPP Datuk Nordin Hassan memulakan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.

NONE9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.

Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.

Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.

9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.

Dr Khairul Nizam bersetuju.

9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".

9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.

NONEBegitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.

Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng (kiri), kata Dr Khairul Nizam.

9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawat ketika kejadian liwat itu.

"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.

8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.

"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.

Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.

8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.

NONEDr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.

Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.

Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.


8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.


Ikhwan cadang tubuh parti
Harakahdaily

KAHERAH, 16 Feb: Ikhwan Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu jika diberi kebebasan berpolitik.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik, lapor AFP.

“Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni),” katanya kepada media, semalam.

Mereka turut mendakwa waktu ini adalah peluang terbaik selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.

Pada 2005, mereka menggunakan slogan 'Islam Adalah Penyelesaian' dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwan Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.

Difahamkan hanya Ikhwan Muslimin sahaja yang bersedia menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat.
Pada masa sama, mereka dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir.

Ulama muktabar dunia Islam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebelum ini turut berpendapat bahawa menuntut kebebasan adalah lebih utama berbanding melaksanakan undang-undang Islam di negara Tmur Tengah itu.



Tiada ulasan: