Ahad, 6 Februari 2011

INGAT! MEREKA RAKYAT...MEREKA BAYAR CUKAI DAN ZAKAT...MEREKA ADA HAQ JUGA...JANGAN PUJUK JIKA TERSEPIT...INGAT MATI DAN DUNIA KIAMAT...

Pembangkang Jangan Hanya Pandai 'Melalak'- Ahmad Zahid

LUMUT: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak pembangkang yang terus menjadikan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Mesir sebagai modal politik bagi meraih simpati rakyat.

Beliau berkata pembangkang hanya pandai membuat 'bising' dan mencari kesalahan serta kelemahan kerajaan sepanjang kerja-kerja memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, giat dijalankan.

"Peranan mereka hanya setakat itu sahaja...jika pembangkang ikhlas, saya mencabar mereka supaya turut serta membantu menghulurkan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang kini terperangkap di Mesir," katanya selepas merasmikan Taklimat Industri bagi projek Kapal Ronda Generasi Kedua (SGPV) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata pihak pembangkang sepatutnya memberi sumbangan bagi meringankan bebanan warga Malaysia yang terlibat seperti kemudahan tempat tidur, makanan dan tiket penerbangan.

Baru-baru ini, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa kerajaan serta Wiswa Putra lembab bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Ahmad Zahid berkata sehingga semalam sahaja tiga buah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta masing-masing dua buah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia telah dijadualkan untuk melakukan sebanyak 12 penerbangan ke Jeddah membawa warga Malaysia keluar dari Mesir.

"Itu bukannya satu tugas mudah...ia melibatkan lebih 12,000 rakyat Malaysia. Kita juga terikat dengan pelbagai karenah birokrasi di Mesir," jelasnya.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.-BERNAMA

Tiada ulasan: