Selasa, 8 Februari 2011

BERAPA LAMA KITA BOLEH BERKUASA...MENINDAS SERTA TAK ADIL....KITA TIADA DAYA LAWAN KUASA ALLAH...DIPADANG MAHSYAR HUKUM SETIMPAL MENUNGGU...

Calon PAS wakili Pakatan Rakyat di Merlimau
Aidila Razak & Abdul Rahim Sabri
Feb 7, 11
9:49pm

Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.

azlan"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Mungkin wanita, mungkin lelaki

Ditanya jika PAS akan meletakkan calon wanita seperti yang dilakukan mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang bulan lalu, Abdul Hadi berkata: “Tunggu dan lihat”.

azlanKatanya parti itu akan menggerakan jentera pilihan raya dan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah.

“Lazimnya calon adalah orang tempatan,” kata Abdul Hadi.

Turut serta pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Pemuda PAS serah dua nama

Sementara itu, seorang pemimpin pemuda PAS kawasan Jasin berkata mereka telah memajukan kepada PAS Melaka, dua orang calon pemuda PAS kawasan berkenaan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau 6 Mac ini.

Kedua-dua calon tersebut telah dimajukan ke PAS Melaka, seminggu selepas kematian wakil rakyat BN.

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon tersebut, tetapi berkata kedua-dua mereka adalah ahli jawatankuasa PAS kawasan Jasin dan anak tempatan.

Katanya, seorang daripada mereka adalah exco pemuda kawasan tersebut.

Tambahnya, ada kemungkinan bilangan calon bertambah mengikut pertimbangan PAS negeri sebelum dimajukan kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat.




Penduduk BMC gagal saman 'keganasan' polis
Hazlan Zakaria
Feb 8, 11
10:19am


Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini menolak saman sivil oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras, yang membantah pembinaan lebuhraya Grand Saga pada 2007. Mereka sebelum ini mendakwa kerajaan dan polis bertindak ganas dalam menyuaraikan perhimpunan aman mereka.

Hakim Mohd Mohzani Mokhtar juga memerintahkan kumpulan berkenaan supaya membayar kos perbicaraan.

NONE"Katannya, (hakim) ia perhimpunan haram, penunjuk perasaan gagal bersurai apabila diarahkan dan polis bertindak dengan munasabah dengan menahan mereka,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang juga adalah seorang daripada peguam yang mewakili beberapa penduduk.

Hakim Mohd Mohzani membuat penghakiman secara lisannya pagi ini, bagaimanapun belum menetapkan jumlah kos yang perlu dibayar oleh plaintif.

NONEKerajaan persekutuan diwakili oleh pendakwa raya persekutuan Wan Roslan dalam perbicaraan yang berlarutan lebih empat tahun dan puluhan saksi dari kedua-dua pihak tampil memberi keterangan.

"Kita mempunyai sebulan untuk merayu, saya akan bincang dengan plaintif dan maklumkan kepada media jika kami bercadang membuat rayuan,” katanya.

Pada kejadian 21 Januari 2007 itu, 21 orang ditahan kerana berhimpun membantah kenaikkan tol di sekitar Lembah Kelang.

NONEPada kejadian itu, kira-kira 40 orang menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh Protes, iaitu gabungan parti politik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja.

Polis kemudiannya mengarahkan orang ramai supaya bersurai tetapi tidak diendahkan.

Empat daripada mereka, termasuk Tian Chua, cedera ketika bergelut dengan anggota polis dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

NONEAntara yang ditahan ielah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin DAP, Ronnie Liu.
Lebuhraya Grand Saga menghubungkan Kuala Lumpur dan Kajang. Ia menjadi isu kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras, kerana mereka terpakas membayar tol setiap kali untuk masuk dan keluar dari taman perumahan mereka.

Sebuah jalan pintas yang dibina bagi mengelakkan bayaran tol oleh penduduk kemudiannya disekat oleh pemegang konsesi lebuhhraya tersebut.







Rasuah: Shariff Jajang diperintah bela diri
Feb 8, 11 10:48am


Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.

sharif jajangPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala Mohd Shariff (kiri) diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.

Terdahulu, Badrul Munir yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah secara bertulis sama ada Mohd Shariff akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN kawasan Dengkil (semasa kejadian) yang dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) di mana beliau mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang, pada 16 Jun 1997.

Pada masa kejadian, Mohd Shariff serta isterinya Datin Patimah Isa dan dua anaknya, Shahrum dan Shahrin, memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.

Mohd Shariff dilantik sebagai anggota exco kerajaan Selangor pada 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Penerangan dan Tanah Rizab Melayu.

- Bernama



Pemuda PAS: Segerakan debat Nik Aziz-Majlis Fatwa
Feb 8, 11 11:26am


Pemuda PAS menggesa cadangan supaya diadakan muzakarah atau perbincangan antara parti itu - yang diwakili Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat - dengan Majlis Fatwa Kebangsaan disegerakan "bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku".

NONEKetua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, ini kerana mereka yakin segala pertelingkahan mesti diselesaikan dengan menjadikan Al-Quran dan sunah sebagai asas penyelesaian.

"Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan," kata Nasrudin.

Tegasnya, isu yang dibahaskan tidak harus hanya menyentuh satu dua perkara yang dibangkitkan Nik Aziz sahaja, tetapi tetapi masih banyak perkara lain yang menyentuh akidah perlu dimuzakarahkan.

Nasrudin juga berkata, Pemuda PAS turut mengalukan penyertaan ulama Umno dan mufti-mufti terlibat sama kerana perbincangan "platform terbaik" bagi rakyat menilai kebenarannya sesuatu perkara.

Ahad lalu, Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Katanya, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

“Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan,” katanya.


WikiLeaks: Naib presiden Mesir rapat dengan Israel
Feb 8, 11 10:02am


Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

NONEPada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.

- AFP


'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
Feb 7, 11 3:44pm


Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu



SPR dihalang bincang status ADUN Pelabuhan Klang
Feb 7, 11 9:16pm


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan status ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah sehingga 17 Feb ini.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi interim terhadap SPR, sementara menunggu saman pemulanya bagi satu deklarasi bahawa beliau masih ADUN kawasan berkenaan didengar.

NONEHakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said yang mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam (kanan) Harun untuk Badrul Hisham (kiri).

Badrul Hisham memfailkan permohonan pada 28 Jan lalu bagi menghalang SPR daripada mengadakan pilihan raya kecil di kawasan berkenaan, atau mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Sebelum itu, pada 24 Jan, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharkan mahkamah bahawa beliau masih ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.

NONEBeliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas sebagai tidak sah dan batal kerana ia melangkaui perlembagaan Selangor.

Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong atas alasan Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang sebab munasabah.

Badrul Hisham yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, meninggalkan parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Beliau menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

- Bernama

NONE
















Tiada ulasan: