Selasa, 7 Oktober 2014

TAK TERJALIN KESEFAHAMAN KAUM JIKA SERING BERTELAGAH....MASING2 TAK MAHU MENGALAH...NI BERMAKNA PEMIMPIN DIATAS TAK MAMPU MENGATASINYA...AGAK2 LAYAKKAH MENJADI PEMIMPIN

04 Oktober 2014


SALINAN PERJANJIAN AIR SELANGOR HILANG DARI PEJABAT MB?

Mana salinan perjanjian air Selangor?


PETALING JAYA, 3 OKT – Pengumuman Menteri Besar Selangor Azmin Ali bahawa Kerajaan Negeri tidak memiliki salinan perjanjian penstrukturan semula air Selangor amat mengejutkan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan digesa untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, yang ditandatangani secara tergesa-gesa tiga minggu lalu sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

“Adakah bekas menteri besar turut tersalah bawa perjanjian air yang penuh misteri itu ketika membungkus barang-barang peribadinya sebelum keluar dari pejabat MB?” soal Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang hairan bahawa salinan perjanjian tersebut turut tidak disimpan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam kenyataannya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula dengan Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada orang awam.

Perjanjian tersebut ditandatangani Khalid yang kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri pada 12 September lalu dan dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Tidak masuk akal bagaimana seluruh kerajaan negeri termasuk ahli Exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim langsung tidak tahu menahu kenapa kerajaan negeri tidak memiliki salinan perjanjian tersebut.

“Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan perjanjian tersebut dengan segera kepada Kerajaan Negeri supaya pihak negeri dapat mengetahui hak dan tanggungjawabnya,” katanya.

Jelas Pua, hanya dengan memiliki salinan tersebut kerajaan negeri boleh membuat keputusan mengenai langkah seterusnya demi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Menurutnya tidak ada alasan keselamatan negeri untuk tidak mendedahkan kandungan perjanjian tersebut kerana ia dikatakan hanya meliputi langkah penstrukturan semula.

Semalam, Azmin telah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya perjanjian tersebut didedahkan kepada umum dalam masa satu minggu. – Roketkini.com

Hari Ini Saya Murtad Keluar Dari Islam - Zawawi Ishak

Hari Ini Saya Murtad Keluar Islam -Berita harian, Harian Metro, Sinar harian
sangat memeranjatkan seorang pengguna facebook yang meggunakan akaun bernama Zawawi Ishak telah mengistiharkan murtad secara terang-terangan.

Bukan itu sahaja Zawawi juga turut bersumpah tidak akan memeluk islam kembali.Jika ikut undang-undang islam mereka yang murtad seperti Zawawi ini wajib dikenakan hukuman mati namun Malaysia bukanlah negara yang mengamalkan undang-undang islam jadi tiada hukuman buat Zawawi didunia ini

Monday, 6 October 2014


EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR NAFIKAN PESTA ARAK OKTOBERFEST DI TEMPAT LETAK KERETA ONE UTAMA, PETALING JAYA DILULUSKAN SEMASA PENTADBIRAN TSKI.


"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI dan 4 Exco PAS. Ini tidak benar. Ia tidak pernah dibawa kpd mesyuarat Exco".

Jika apa yang diberitahu oleh Exco Kerajaan Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar A.Samad ini benar, maka jelas sekali pihak yang mau meruntuhkan kredibiliti dan integriti TSKI dikaca hati dan mata rakyat tiada noktahnya. .. Mau terusan menjalankan aktiviti memusnahkan imej TSKI selagi boleh tanpa takut akan dosa dan faham makna fitnah dan penipuan dalam jiwa dan minda mereka.

Tidak puas lagikah hati kalian semua????? ... Apa lagi kamu mau???? .. Nak dia dipecat .. sudah dapat .. nak kan wang rizab melebehi RM3.2 billion dah pun dalam gengaman ... nak londeh dan aibkan serta memberi malu kepada dirinya .. sudah pun dilakukan ... Apa lagi yang tidak puas hati????

Jika benarlah Oktoberfest yang bakal diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di Tempat Letak Kereta One Utama Petaling Jaya mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bukankah Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini boleh menggunakan kuasa veto mengarahkan agar pesta arak itu dibatalkan jika ianya mendapat permit dan kelulusan dari MBPJ.

Susah sangat kah kerja itu? ... Apakah Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu kini hanya sibuk terjah tempat sampah, panjat lori sampah dan lompat masuk longkang sebagai kerja utamanya????

Cukuplah kerja memfitnah ni .... sampai bila nak berdendam kesumat .. jangan pamirkan diri itu memiliki hati hitam kaudu pekat .. kuasa ini hanya sementara sahaja.

Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.

Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Demi berlaku adil dimaklumkan bahawa YAB Azmin Ali angkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23hb September 2014 yang lalu.

Isnin, 6 Oktober 2014


Siapa Saari mohon maaf untuk PAS, tanya Dewan Ulama

Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor. Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad (gambar) berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS. “Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.

 "Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. Saari dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada Sabtu meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk pemecatan.

"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi, mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya. Mahfodz berkata tiada keperluan bagi PAS menyatakan permohonan maaf dalam isu menteri besar Selangor kerana ia sudah dibincangkan terlebih dahulu oleh pimpinan parti. Katanya PAS tidak terburu-buru memutuskan siapa calon yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan segala keputusan dibuat dengan memerhatikan keadaan politik semasa. "Dia akan menerima tindak balas daripada permohonan maaf itu.


Mengapa PAS perlu memohon maaf atas apa yang dilakukan? "Ia keputusan betul parti dengan memerhati perkembangan isu daripada membuat pertimbangan terburu-buru," katanya kepada akhbar berkenaan. Mahfodz berkata keterujaan DAP atas keputusan Saari menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak sesekali memberikannya kuasa membuat keputusan bagi pihak PAS. Katanya biarpun DAP menggelar Saari sebagai hero kerana sokongannya kepada Dr Wan Azizah, keputusan penting tetap dibuat pemimpin tertinggi PAS. "Mereka gelar dia hero. Dia boleh jadi hero di mata mereka tetapi Saari tiada hak meminta maaf bagi pihak parti," katanya kepada NST. Saari pada majlis makan malam DAP pada Sabtu meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS dan ucapannya seringkali mendapat tepukan gemuruh.

Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP pada malam itu atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor. Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong Pakatan Rakyat meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS. "Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti.

Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai. Saari dan dan Adun Morib Hasnul Baharuddin berdepan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid. Nasib mereka bersama parti Islam itu hanya akan diputuskan parti pada 12 Oktober ini.

Isnin, 6 Oktober 2014


Tak Sengaja: " Seorang PM Boleh Berucap Seumpama Ini. Bodoh Sangatkah Rakyat "

Kita tidak sengaja menaikkan harga minyak .....
Kita bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

Adoi, dey macha, kurang subsidi minyak? habis minyak turun kah ???, bukankah minyak naik dari RM2.10 kepada RM2.30. Nak bodohkan orang felda dan melayu penyokong BN bolehlah. Kalau subsidi kurang minyak turun boleh sembang mcam ini.

Lagi satu kita tidak sengaja naikkan harga minyak, wakakakakakakakakakakakakakakakaa, wkakakakakakak, wkakakakakakakaka, wkakakakakakaka. Kang kalau lama-lama aku taip dalam nih makin mencarut pula.

Korang nilai sendiri PM kita ni layak ke tidak layak. Susah sangatkah nak mengakui kerajaan telah menaikkan harga minyak. 



Monday, 6 October 2014


KAPTEN BAS RAPID KENA TIKAM DI PULAU PINANG OLEH SEORANG PEREMPUAN KURANG SIUMAN.


Punca kejadian yang menyebabkan perempuan kurang siuman itu naik minyak menyerang dan menikam kapten bas Rapid di Relau, Pulau Pinang tidaklah diketahui lagi.

Kecederaan yang dialami kapten bas Rapid berkenaan agak parah juga.

Tidak ada kena mengena dengan kenaikan RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter sehingga perempaun itu mengamuk.

Seorang pemandu bas Rapid Penang cedera parah selepas ditikam seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman dalam bas berkenaan di Relau hari ini.

Aisyamudin Yaacob, 26, yang sedang memandu ketika kejadian pukul 7 pagi itu cedera parah di paha kanan akibat ditikam beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata ketika kejadian terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan yang duduk berhampiran tempat pemandu tiba-tiba bangun dan terus menikam mangsa berulang kali menyebabkan bas berhenti dan wanita terbabit melarikan diri.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan penumpang yang berada di dalam bas tidak sempat menghalang tindakan wanita berkenaan atau mengejarnya," katanya.

Mior berkata mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang oleh pemandu bas Rapid Penang lain yang melalui kawasan berkenaan.

"Setakat ini polis belum merekod keterangan mangsa kerana keadaannya masih kritikal dan kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata usaha mengesan wanita yang menikam pemandu bas berkenaan giat dijalankan.

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W |Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.
Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...
Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..
Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."

Monday, 6 October 2014


KEMELUT POLITIK MCA/UMNO SEMAKIN TEGANG .. PEMUDA MCA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PJ UTARA ATAS CADANGAN BELIAU SEMUA SEKOLAH VERNAKULAR CINA DI TUTUP.



Pemuda MCA membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park semalam menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat Timbalan Ketua Umno Bahagian PJ Utara Mohamad Azli Mohemed Saad.

Mereka telah membuat laporan untuk memanggil Mohamad Azli untuk disiasat atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 atas cadangannya bahawa sekolah-sekolah vernakular Cina ditutup.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon berkata komen Mohamad Azli, yang telah diterbitkan di Utusan Malaysia pada 4 Okt adalah dikesali dan bertentangan dengan perpaduan mantra Barisan Nasional.

"Apa yang dia kata adalah menyalahi perlembagaan. Mohamad Azli bukan sahaja mencabar hak rakyat Malaysia untuk mempelajari bahasa ibunda mereka di sekolah tetapi juga hak-hak orang Cina, "kata Leong.

Leong memberitahu pemberita di Balai Polis Sea Park bahawa komen Mohamad Azli ini boleh menyebabkan keretakan dalam keharmonian antara kaum.

Beliau juga mengingatkan bahawa Azli Mohamad pada Oktober 1978, Ahli Parlimen Umno Sabah Datuk Mark Koding didakwa menghasut kerana menyokong pemansuhan sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil.

"Pembelajaran Cina bukan penghalang kepada pembangunan negara dan perpaduan. Sekolah-sekolah vernakular telah menghasilkan intelektual yang telah mendapat manfaat negara ini, "kata Leong.

Mohamad Azli dipetik dalam Utusan sebagai mencadangkan pemansuhan sekolah-sekolah vernakular Cina dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan datang.

Beliau telah memberi alasan sekolah vernakular Cina yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk menyebarkan sentimen anti-kaum dan kerajaan.

"Langkah ini adalah sangat penting kerana tiada negara lain mengamalkan sistem pendidikan dua aliran," kata Mohamad Azli.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa sistem pendidikan rendah dan menengah perlu berada di bawah satu payung.

"Kami mahu membasmi sentimen ini bangsa yang telah dipolitikkan oleh individu dengan pemikiran cetek politik," beliau berkata.

Tiada ulasan: