Thursday, 9 October 2014
TEPAT SUNGGUH KATA-KATA TUN MAHATHIR.
Omak tidak pernah mengkagumi Tun Mahathir mantan Presiden UMNO selama 22 tahun .. tetapi kenyataan beliau ini sudah dikira tepat dan terbukti bila dua menteri UMNO membuat kenyataan.
Inilah Gaji Bulanan Shahidan Kassim - Menteri YG Sedih Kena Ikat Perut Sebab Gaji Rendah!
Sebagai seorang ahli parlimen, dia sendiri terpaksa ikat perut kerana gaji ahli parlimen kat Malaysia antara paling rendah di dunia.
Owh ek?
Paling rendah gaji = dengan kualiti kerja yang rendah = apa salahnya?
Kena ikat perut? Elok jek membuncit aku nampak. Pernah tak makan ke kau?
Haha.
Jom. Kita kaji jap gaji si Shahidan Kassim, menteri ikat perut neh. Untuk rekod, Shahidan Kassim bukan sahaja seorang menteri, bahkan seorang ahli parlimen bagi kawasan Arau.
Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3060
Dan ini la gaji anggaran yang dia terima tiap2 bulan termasukla elaun berserta faedah ;
Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/akta/Akta%20237%20BM.pdf
- Ada menyatakan bahawa gaji bagi tiap2 ahli parlimen ialah 6,508,59.
- Jika seseorang ahli parlimen dilantik sebagai ketua pembangkang macam Anwar Ibrahim, dia punya gaji bertambah sebanyak 3,846.59.
Maksudnya 6,508.59 + 3,846.59 = 10,355.18 sen itulah gaji basic ketua pembangkang di negara ini.
- Shahidan Kassim ialah menteri di jabatan perdana menteri, yakni dia ditarifkan sebagai menteri maka gaji dia sebagai menteri ialah 14,907.15 tiap2 bulan.
Yakni 6,508.59 sen + 14,907.15 = 21, 415.74 sen tiap2 bulan. Ini hanyalah gaji basic semata2.
- Ada menyatakan bahawa tiap2 ahli parlimen berhak menerima pencen selepas berusia 50 tahun ke atas selepas didapati telah bertugas/berkhidmat sebagai ahli parlimen selama 36 bulan. Pencen akan dikira berdasarkan kepada beberapa keadaan iaitu selepas ahli parlimen berhenti, kematian, hilang kelayakan ataupun parlimen terbubar. Dan pencen ini pula akan dikira berdasarkan kepada gaji akhir yang diterima. Andaikata dia seorang ahli parlimen + menteri = maka tinggi la kadar pencen bulanan yang dia akan terima.
Kadar pengiraan pencen 1/144 x tempoh perkhidmatan x gaji akhir ; tertakluk semaksimum separuh dari gaji penuh.
Oke. Yang itu basic punya citer. Yang kat jadual kat bawah neh ialah faedah yang diterima andaikata berlaku bencana ketika sedang berkhidmat dalam jawatan ;
Dan, sekarang neh kita akan masuk ke bab elaun. Baca la 11 jadual elaun2 yang layak diterima bagi tiap2 ahli2 parlimen
Dan, Shahidan Kassim kata dia masih ikat perut dengan puluhan ribu ribuan yang dia terima setiap bulan.
Kalau yang bergaji puluhan ribu-ribuan pun ikat perut, bagaimana pula dengan yang bergaji ribuan2 macam 3,000 ke bawah?
Macam mana pula dengan yang bergaji 1,000 ke bawah?
Yang gaji rm900.00?
Kami ikat apa? Yang pergi jual rumah mahal2, tinggikan kos sara hidup, naikkan harga semua jenis barang tue buat apa setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Korang gaji puluhan ribu pun komplen takan la kami gaji kecik tak komplen?
BODOH NAK MAMPOS. Setempek kena kat geng2 BN yang dok jaja zikir syukur tue. Hah. Rasakan. Menteri lue sendiri sembang cakap tak cukup kot. Sampai ikat perut. Jangan dok merepek suruh aku jimat plak lepas neh.
KAH KAH KAH
Cerita Sedih Adik Amira Bawa Bekal Nasi Goreng Guna Bekas Sabun Axion
Kisah ini benar-benar menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain tanpa kita menduga air mata ini mengalir.
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng sebab itu memang kesukaan dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi bersama-sama.Dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu.Mungkin Amira dah jemu agaknya, hari-hari bawak roti kosong cicah air sirap jer.
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira.Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.
“ Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedaplah, mesti ko tak nak makan nanti”
“Ala, ko bawa jelah, belum bawak, dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya.”
“Ok lah,ko punya pasal esok aku bawak ya.Aku bawak nasi goreng special untuk ko.”
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat bila Amira bersetuju nak bawak nasi goreng esoknya.
Sampai di rumah,malam hari sebelum tidor Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng.Dia tak mahu bawa roti kosong 2 keping tu.
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya bertanya Mira.
“Mira ko bawa nasik goreng tak..?”
“Aku bawak ni”.Mira senyum..
“Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.”
Tepat pukul 10.00 pagi loceng rehat bunyi,mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi. goreng..
Sampai di kantin. Anak ku membelikan air minuman untuk mereka minum bersama.
“Jom kita buka bekal sama-sama.”
Anak ku mengeluarkan bekas nya.Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik.
Tiba-tiba mata anak saya tidak berkelip..
“Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?”
“Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..”
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon bekas warna kuning tu.
“Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?”
“Tak lah.mak aku yang bubuh dalam bekas tu.Kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu, dah biasa dah pakai bekas macam ni”
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
“Mira,kenapa ko tak cakap yang ko tak de bekas untuk bawak nasi ni.aku boleh bagi ko bekas.kenapa ko tak cerita dengan aku Mira.ko ni kan..”
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
“Mira..aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan ko.Tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..”
“Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..”
“Mira..jangan ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko.”
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak de rencah..tak de rasa pun..tawar je..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia pulak berlinang..anak saya tanya kenapa ko menangis.Dia cakap tak ada apa.Tak pe lah.Kita makan aje lah.
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya,.saya menangis.Tapi saya tidak menangis semasa itu,saya tidak mahu menangis didepan anak sayaSaya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya.
“Esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.”
Kemudian saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta.Sebenarnya bukan saya tengok kereta,saya menangis semahunya kat tepi keta tu.Tak sangka sangat,dizaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita,sedih dan sayu hati ni.
Kepada orang kaya di luar sana,ingatlah.Dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan
Saya berdoa kepada Allah,agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..
Tiada siapa peduli
SHILA terpaksa riba anak di lantai ERL.
Kuala Lumpur: “Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.
Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.
“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.
“Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yang baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri.
“Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak,” katanya sedih.
Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan yang duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikitpun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahannya yang mempunyai anak kecil.
Fesyen Melampau!! Bertudung Dan Hanya Memakai Seluar Dalam Serta Bra Ketika Mandi
Isteri Buat Laporan Polis Tak Tahan Ditebuk 'Pintu Belakang'
Kejadian yang berlaku awal pagi Selesa, mangsa mendakwa suaminya meliwatnya terlebih dahulu sebelum mengadakan hubungan seks yang normal.Tidak tahan dengan perbuatan tidak senonoh lelaki itu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis.
Suspek kini ditahan remah selama seminggu sehingga 15 Oktoberdan jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Disetubuh Atas Nama Jihad
Cara terbaru mereka akad nikah ialah bertakbir 3 kali ke atas seorang perempuan, maka sah jadi isterinya. (http://www.alhadathnews.net/archives/75218)
Selamatkan anak dan isteri anda dari ajaran sesat ini. Antara mereka yang dipercayai menganut fahaman ini ialah Aizam Mas'ud, Nasim, Asri Yusof dan banyak lagi.
Luar Biasa! Ikan Ini Boleh Memanjat Di Air Terjun
Mungkin kita tertanya-tanya memang wujudkah ikan yang mampu memanjat batu di kawasan air terjun. Jawapannya ya benar. Ikan ini dipercayai dari spesis ikan belacak.
Ia memanjat dengan menggunakan tenaga mulut di bahagian muncungnya, dan
mengerakkan badan secara perlahan-lahan. Memang unik ikan ini, kerana
ia juga mampu bernafas walaupun bukan di dalam air. SubhanaAllah.
VIVAnews – Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang
berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatakan mampu memanjat air terjun setinggi 100 meter dengan hanya menggunakan mulutnya.
Seperti dilapor laman web LiveScience, Isnin, 7 Januari 2013, spesies
ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni.
Ikan ini memanjat dengan menekapkan mulutnya pada permukaan batuan dan memindahkan badannya secara perlahan-lahan.
Menurut Richard Blob, Penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson
University di South Carolina, ikan yang berukuran sepanjang 18 cm ini
menggunakan kekuatan rahang untuk menempelkan mulutnya pada permukaan
batu untuk mengikis makanan.
“Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah
salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari
makanan,” kata Blob.
Untuk membuktikan sama ada ikan ini benar-benar mendaki menggunakan mulutnya,
para penyelidik menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing dan
meletakkannya di dalam akuarium. Mereka sempat merakam kekuatan rahang
ikan Gobi ketika menempelkan mulutnya di sisi akuarium dan memanjatnya
untuk mendapatkan makanan.
“Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya,” tambah Blob lagi.
Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain
yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku
ekstrim ikan ini. Hasil dari penelitian ini telah diterbitkan pada
Jurnal Online Plus One pada 4 Januari yang lalu
Wednesday, 8 October 2014
LOKASI-LOKASI DIMANA OCTOBERFEST MALAYSIA DIADAKAN
... INGATKAN KAT SELANGOR JER .. RUPA-RUPANYA NEGERI YANG
DITADBIR OLEH KERAJAAN CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS
(C.A.T) DAN JOHOR PUN ADA.
Punyalah riuh rendah bising gegak gempita satu dunia kononnya digambarkan seolah-olah negeri Selangor sahaja yang mengadakan Pesta Arak Octoberfest 2014 .... difitnah pula kelulusan diberikan semasa TSKI menjadi MB Selangor .. rupa-rupanya negeri kelahiran UMNO, Johor dan kerajaan cekap, akauntabiliti, telus (C.A.T) pun ada juga.
Padanlah Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua minta jangan politik dan sensasikan isu ini .. cuba Pulau Pinang tiada pesta ini dan Selangor masih TSKI menjadi MB Selangor.
Tony Pua bukankah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utarakan?????
Cuba tengok lokasi-lokasi tarikh dan waktu dimana Pesta Arak ini diadakan .. Ada tak lokasi PJU?????
Date: 24 Sept 2014, Wednesday
Time: 7pm onwards
RP Saujana Hotel, SubangJalan Lapangan Terbang Subang, 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Date: 26 Sept 2014, Friday
Time: 7pm onwards
Brussels Beer Cafe, Setia Walk, Puchong, I-1-G, Block I, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Date: 3 Oct 2014, Friday
Time: 7pm onwards
Movida, Sunway Giza, PJ, C-03 & C-04 Block C, Sunway Giza, 2 Jalan PJU 5/14, PJU 5 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Date: 10 - 12 Oct 2014, Friday, Saturday & Sunday
Time: 6pm onwards One Utama, Old Wing Car Park, PJ 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Date: 25 Sept 2014, Thursday
Time: 7pm onwards
Berjaya Time Square Hotel, KL No 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
Date: 1 Oct 2014, Wednesday
Time: 7pm onwards
Deutsches Gasthaus 5, Kepong, KL G03 K-Gallery, 10 Jalan Manjalara Idaman, 1/62A Bandar Manjalara 52200 Kuala Lumpur.
Date: 2 Oct 2014, Thursday
Time: 7pm onwards
Hakka Restaurant, KL 6, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
Date: 8 Oct 2014, Wednesday
Time: 5pm onwards
Royal Selangor Golf Club, KL Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur
Date: 27 Sept 2014, Saturday
Time: 8pm onwards
I Beam, Batu Pahat, Johor Jalan Seluang, Taman Banang, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Date: 4 Oct 2014, Saturday
Time: 7pm onwards
Euro Deli Biergarten, Penang Unit 170 - G-37/37A, Ground Floorr, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Penang.
Date: 18 - 19 Oct 2014, Sat & Sunday
Time: 7pm onwards
Malaysian German Association, Penang 250 Jalan Air Hitam, 11460 Georgetown, Penang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan