• Hujan 10 minit, hentian bas Seksyen 20 banjir
1 / 1
SHAH ALAM - Baru sahaja hujan lebat  tidak sampai 10 minit, jalan hadapan hentian bas di Seksyen 20, Shah Alam sudah digenangi air .

Suasana tersebut sekaligus mencetuskan suasana panik terhadap pembonceng motosikal yang meninggalkan motor mereka untuk berlindung di situ kerana, limpahan air hujan tersebut hampir-hampir ‘menenggelamkan’ motor mereka.

“Saya baharu sahaja berhenti ‘parking’ motor saya disini, hujan terlalu lebat… tetapi baru sahaja ‘parking’, motor saya dah hampir hanyut, jadi terpaksalah saya ubah dengan kadar segera,” kata seorang pembonceng motorsikal tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad.

Dalam pada itu, pemerhatian Sinar Online mendapati punca kejadian itu terjadi adalah disebabkan oleh keadaan parit yang tersumbat dan keadaan tempat menunggu bas tersebut yang terlalu rendah sehingga mudahnya aliran air ‘berkumpul’ di kawasan tersebut.

Oleh itu, kepada pihak berkuasa tempatan diharap turun padang menyiasat punca tersebut, bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

[LIVE][171014]Ceramah Perdana - Ustaz Yusra (Triple Y)."Gaji besar tapi serabut kepada otak, tanda hilangnya barakah"

Written By canang on Jumaat, 17 Oktober 2014 | 10/17/2014 08:31:00 PTG

Wednesday, 15 October 2014


AHLI PARLIMEN UMNO KASI PECAH TEMBELANG DI PARLIMEN, TS SYED MOKHTAR ROMPAK PROJEK LEBUH RAYA PAN BORNEO HIGHWAY.



Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa 'Umno merompak' diedarkan kepada orang ramai.

"Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak.

"Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat pekeliling menyatakan Umno rompak lagi.

"UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah," katanya.

KALAU AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG BERKATA SERUPA DI PARLIMEN ...  ESOK PAGI-PAGI LAGI SUDAH PASTI ADA NGO PRO UMNO MENCICIT KE BALAI POLIS BUAT REPOT, KATA INI ADALAH FITNAH JAHAT.

NAH!!!  SEKARANG YANG CAKAP BUKAN SEBARANG INDIVIDU .. AHLI PARLIMEN UMNO CUKUP  SENIOR DARI SABAH SENDIRI .. BUKAN CALANG-CALANG ORANG .. MAU TENGOK KULUP ATAU RAKAN-RAKAN SEWAKTU DENGANNYA PERGI KE BALAI POLIS DANG WANGI BUAT REPOT.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

Jumaat, 17 Oktober 2014


PECAH REKOD !!!.. Saham Felda FGVH JATUH LAGI ke paras paling rendah dalam sejarah..

JANGAN BOHONGLAH NAJIB !!!.. DEPAN PENEROKA YANG KURANG CELIK IT BOLEHLAH KAMU KENCING....

HAKIKATNYA... Ada keluar kat tv & berita2 di M'sia ke tak berita saham FGVH semakin MENJUNAM JATUH 2 TAHUN BERTURUT-TURUT !!!! Harga saham FGVH dibuka RM5.39 (28/6/2012) dan TERKINI tinggal RM3.00 (16/10/2014).. APA DAH JADI NAJIB !!!!..

Silap2 tanah2 peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI..
Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO ADALAH PEMBELA & PEJUANG MELAYU !!!



 

Friday, October 17, 2014


Kanak-kanak Berkasta Rendah Mati Dibakar

  16 Oktober 2014  
 
Shutterstock Gambar hiasan
PATNA, KOMPAS.com — Seorang kanak-kanak lelaki India yang berasal dari kasta rendah dibakar hingga mati setelah kambingnya lari ke sawah milik seorang petani berkasta tinggi.

Polis  setempat kemudian menahan petani yang dipercayai bertanggung jawab atas kematian kanak-kanak tersebut yang berasal dari kasta Mahadalit, yang dianggap sebagai lapisan masyarakat terendah.

Kanak-kanak itu,   Sai Ram (15) itu diserang dan dibakar pada Rabu (15/10/2014) di Daerah Rohtas, negara  Bihar, salah satu negara bagian India yang paling padat, terbelakang, dan miskin.
Di negara bagian Bihar, pemerintah menyatakan Mahadalit sebagai yang terendah dari kasta Dalit.

"Suspek memukul  Ram hingga cedera dan kemudian membakarnya hidup-hidup. Kanak-kanak itu dinyatakan meninggal dunia setibanya di rumah sakit," kata Ketua Polis Daerah  Rohtas, Chandan Kushwaha.

Kushwaha menambahkan, polis  kemudian menjerat sang petani yang ditahan pada Khamis (16/10/2014), dengan pasal pembunuhan, setelah keluarga kanak-kanak  malang itu mengadukan kejadian tersebut kepada polis .

"Polisi sudah memulai investigasi kasus ini dan masih mencari tersangka lainnya," ujar Kushwaha kepada AFP.

Lebih dari 138 juta orang di India berasal dari kasta terendah yang disebut juga "Dalit" atau mereka yang tertindas. Dalam masyarakat India tradisional, mereka yang termasuk golongan Dalit ini bahkan tak boleh disentuh oleh mereka yang berkasta lebih tinggi.

Menteri Utama Bihar Jitan Ram Manjhi, yang juga berkasta Mahadalit, bertekad akan menyeret para pelaku kejahatan itu ke muka hukum dan menjanjikan kompensasi untuk keluarga bocah malang tersebut.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: AFP


Wanita Peranchis ambil risiko rakam IS di Raqqa, Syria

TINJAUAN: Stesen televisyen Peranchis baru-baru ini melaporkan kisah seorang wanita yang bertindak membahayakan nyawanya sendiri apabila membuat penggambaran di bandar Raqqa, Syria yang dikawal IS (Islamic State/Negara Islam).
Rakaman menunjukkan keadaan di bandar yang merupakan kubu kuat IS di negara bergolak itu.
Ia mula tersebar beberapa minggu lepas dan rakaman diberitakan dilakukan seorang pelajar wanita yang menyembunyikan kamera di dalam niqab (purdah) yang dipakainya. Menurut laporan laman-laman berita, kaum wanita di kawasan jajahan IS perlu mengenakan pakaian tersebut.
Jurukamera wanita itu membuat rakaman tersebut pada bulan Februari dan April tahun ini, lapor sebuah akhbar terkenal di United Kingdom.
Dalam rakaman itu, sebilangan lelaki dan wanita yang lengkap bersenjata dapat dilihat di jalanraya dan kafe berinternet di mana beberapa wanita bertutur dalam Bahasa Peranchis. Mereka memberitahu ahli keluarga bahawa mereka tidak akan pulang ke rumah.
IS melaksanakan peraturan ketat di beberapa wilayah di Iraq dan Syria yang telah jatuh ke dalam kawalan mereka. Kumpulan itu beribu pejabat di Raqqa sejak tahun lalu.
Lihat video itu di sini:
Dalam perkembangan lain, laman english.alarabiya.net melaporkan naib presiden serta perdana menteri Emiriyah Arab Bersatu (United Arab Emirates) Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang juga pemerintah Dubai berpendapat solusi bagi kemaraan IS memerlukan iltizam politik bukan sahaja dari negara-negara di Timur Tengah tetapi juga di benua Amerika, Eropah, Afrika dan Asia.
Ini kerana pada masa ini, IS telah berjaya merekrut ahli-ahli daripada 80 negara di seluruh dunia.
Beliau turut berkata IS bakal berdepan masalah akibat serangan ketenteraan yang telah dimulakan negara-negara Barat, namun solusi yang lebih utama memerlukan dialog intelektual, pembangunan rakyat biasa serta pemerkasaan urus tadbir yang lemah di wilayah-wilayah yang bergolak.
Di tanahair, pihak polis menahan 14 individu yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai IS di sebuah kedai makan di Shah Alam, semalam (16 Okt).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada pelajar, pekerja buruh dan pekerja kilang.
Satu kenyataan dari KPN turut mengesahkan bahawa antara mereka yang ditahan termasuk seorang pelajar tingkatan dua dan satu keluarga.
Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Mereka ditahan berdasarkan pemantauan polis kerana dipercayai sedang bersiap sedia untuk pergi ke Syria melalui Turki," katanya kepada pemberita yang dipetik laman berita Astro Awani.
Setakat ini, 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita telah dikesan berada di Syria bagi menyertai kumpulan militan manakala 23 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan yang sama.
Sejak polis mengesan penglibatan rakyat Malaysia dalam perjuangan bersenjata di negara Syria yang bergolak itu, lima orang telah terbunuh dan enam cedera.