10 Petanda Dia Jodoh Saya
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk
melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa
mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan
emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan
perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi
milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak
daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa
selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya
dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini
penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika
tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang
surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",
inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia
juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
17 Kehebatan Khalimah Bismillah !
yang bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah S.W.T. turunkan melalui pengantaraan Jibrail.
2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu denganBISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAHditurunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri keberkatan ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas‘ud berkata : "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
13. Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
15. Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.
16. Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.
17. Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillahapabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.
Tanda Hidup Tak Berkat
Keberkatan
hidup bukanlah sesuatu yang dapat dilihat dan dirasa.Kita tidak mungkin
dapat menilai keberkatan hidup sesuatu individu hanya dengan melihat
harta kekayaan yang dimiliki.Atau mungkin juga dengan melihat tahap
kedhaifan yang ditempuhi.Kekayaan bukanlah penanda
aras bahawa hidup anda mendapat keberkatan.Boleh jadi Allah datangkan
kekayaan sebagai Istidraj yang akan membuat tahap kesesatan dan kealpaan
anda bertambah.Kemiskinan pula,boleh jadi Allah datangkan sebagai medan
ujian buat hamba yang dikasihinya.
Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak?Lihat checklist yang kami sediakan di bawah:
1. Duit bertimbun,tapi selalu tak cukup.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak
pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya
bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita
jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat
lain.Lepas tu,siap bagi alasan, “Aku bukan taknak sedekah,tapi duit gaji
aku ciput je..nak bayar kereta pun tak lepas” (sambil makan french
fries di McDonals).
2. Buat kerja tapi tak pernah siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya.
Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi
semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau
ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang
pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.Macam pepatah orang
tua,”Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara
yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan
kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang
baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat
tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri
sendiri pun malas.
5. Hati sentiasa gundah gulana.
Bila hidup tak berkat,apa pun yang kita capai dalam
hidup(wang,kepandaian,pangkat) tak mendatangkan apa-apa makna.Tiada rasa
gembira hadir dalam hati.Malah,rasa kekosongan jiwa semakin
bertambah-tambah.Hidup dah lengkap tapi jauh dalam sanubari,terasa satu
kehilangan.Itu maknanya anda semakin jauh dari Sang Pencipta.
Sabar Menghadapi Ujian Yang DiberiNya
Bismillahirrahmanirrahim,
…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”- (An-Najm: 42-44)
Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,
Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak
kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.
Sangat menyayangimu.
Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin
selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya,
mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia
berikan padamu.
Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.
Maka, muhasabahlah.
Wahai calon penghuni syurga,
Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)
Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.
Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau
terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.
Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan
pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk
kehidupanmu.
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.
Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun
yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam
jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.
Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki
iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang
Allah.
- Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
- Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi?
- Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.
Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.
Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.
Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita
Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan
kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau
tidak sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah
tidak akan memungkiri janji.
Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk
usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.
Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana. Percayalah dengan
hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha
Adil dan Dia Maha Memberi.
Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri,
rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu
seakan tidak memahamimu.
Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)
Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?
Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..
Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional
serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati. Mungkin dari situ
kau dapat ingat Dia.
Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi.
Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian
dalam kehidupan ini.
Kita bayangkan sebuah rumah. Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa
untuk siap. Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli
bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.
Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang
mozek, dan sebagainya. Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti
seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.
Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu
hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.
Lihat. Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya
yang harus dilalui. Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada
rumah kita, kan.
Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.
Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini. Pelbagai
cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis
orang yang kita jumpa.
Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya,
mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit
dari rasa keputus asaanmu.
Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan
dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi. Kau menangis semahumu, kau
berdialog semahumu.
Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk
yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu
saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.
Dan ada ujian yang lain menanti pula.
Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.
Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan
dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusuhan, dia
semakin dekat dengan pencipta, dia semakin ingat Dia dan sekaligus
berazam untuk kembali kepadaNya.
Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya,
dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu
dan ini.
Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan.
Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.
Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang
medatang. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama
ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?
Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.
Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.
Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita, Allah
nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.
Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.
Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,
Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan
Allah. Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu
segalanya dengan Dia.
Usahakan untuk perbaiki iman. Solat jangan tinggal dan usahakan solat
diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba
buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat
tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.
Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk
kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.
Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya
pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga
kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.
Rujukan :
Al-Quranul Karim
Sahih Bukhari
Mukhtasar Minhajul Qosidin
Web Rasmi JAKIM
******
Artikel ini adalah dikirimkan oleh sahabat kita, Muhammad Zabidi Bin Azhar@Nadzri,
Universiti Al Al-Bayt Mafraq, Jordan. Semoga perkongsian beliau memberi
manfaat kepada kita semua. Beliau juga mempunyai laman blog iaitu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan