Khamis, 2 Oktober 2014

SENDIRI BUAT KENA SENDIRI TANGGUNGLAH

12:35PM - 2 Oct 2014

PAS: Harga petrol naik tapi pasaran dunia turun


Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 tengah malam tadi sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah USD90.73 setong.

Berdasarkan semakan yang dilakukannya juga, ahli parlimen Pokok Sena turut mendapati harga minyak mentah dunia pada Julai berharga USD103 setong.

Kecewa dengan tindakan terkini kerajaan, Mahfuz berkata tidak sewajarnya kerajaan bertindak merasionalisasi subsidi petrol sewaktu rakyat boleh menikmati "berita gembira" ekoran penurunan harga minyak mentah dunia.

"Saya minta kerajaan memberi penjelasan mengapa harga minyak dunia jatuh, tetapi secara tiba-tiba kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini.

"Sepatutnya kejatuhan (harga minyak dunia) itu memberi berita gembira (kepada kita)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Berilah kami sepenggal lgi utk memenggal kepala anda...hihihihihi
 5:00PM - 1 Oct 2014

Tiada sebab PAS rasa dibuli, terasing


Sepanjang PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat sejak 2008 hingga sekarang, PAS Perak tidak pernah rasa dibuli atau membuli malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi.

Walaupun dimomok bahawasanya PAS ini boneka dalam Pakatan Rakyat oleh Umno-BN tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu dan hanya persepsi semata-mata.

Walaupun exco daripada PAS pada era pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertahan selama 10 bulan di Perak itu cuma dua orang termasuk menteri besar, namun semua keputusan yang dicapai adalah hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai tiga orang setiap parti.

Malah PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah, dua lagi iaitu Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar telah diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan.

Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali.

Program Islam yang dianjurkan oleh exco agama daripada PAS juga tidak pernah dicurigai rakan komponen hatta exco DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan Islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya.

Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli.

Semua polisi dan agenda kerajaan negeri adalah berasaskan permuafakatan dalam majlis pimpinan. Kerusi exco PAS kecil kerana sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi ketika itu.

Dalam PRU-12, hanya PAS yang mempunyai manifesto tersendiri sekiranya menang di Perak, dan sebahagian manifesto PAS sempat dilaksanakan tanpa bantahan daripada parti rakan komponen.

Satu perkara yang sangat perlu diketahui, pimpinan DAP cukup menghormati ulama- dalam PAS.
Beberapa program telah diatur untuk mempertemukan ADUN DAP dengan Dewan Ulama PAS negeri bagi memberi ruang kepada ulama PAS menjelaskan serta menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mereka.

Yang terbaru satu persidangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.

Pakatan Rakyat Perak adalah contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu tetapi tidak sampai ke peringkat mengkritik antara satu sama lain di dalam media.

Perbezaan pendapat dapat dimurnikan melalui mesyuarat yang sering diadakan.

Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen Pakatan Rakyat Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.

Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya.

DAP Perak, malahan orang bukan Islam sekalipun tidak pernah kritik dan timbulkan rasa kurang senang terhadap pimpinan PAS sewaktu menyampaikan ucapan dihadapan majoriti bukan Islam di dalam majlis anjuran mereka.

Walaupun isi ceramah dikaitkan dengan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis sering diungkapkan, mereka memberi reaksi yang baik.

Malahan apa jua proram termasuklah ceramah hari-hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya.

Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat.

Justeru itu, tidak ada sebab untuk PAS rasa terasing dan dibuli. Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS merasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka.

Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka. Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah.


MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI Ketua Penerangan PAS Perak.

Thursday, 2 October 2014


KENYATAAN TIMBALAN MENTERI CGPA 3.85 MENGAPA RAKYAT DI BEBANKAN DENGAN KENAIKKAN PETROL RON95 DAN DIESEL 20 SEN SELITER.



Diperturunkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan CGPA 3.85 merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mengenai rasionalnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional naikkan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi.

Mak cik-mak cik Felda tidak perlu baca sebab mereka dah faham sangat sebab itu menyokong tanpa ada dakwa dakwi dan sangsi kepada UMNO/BN selama ini.

Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.


1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan

Kjaan. Tkasih.4:48PM - 1 Oct 2014

Dakwaan 'buli' Nik Abduh malukan PAS

Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan AJK Pusat PAS, Nik Abduh Nik Aziz (bawah) yang mendakwa PAS dibuli PKR dan DAP.

Tuduhan bersifat amat provokatif tapi amat mengaibkan.

Hanya orang yang kurang cerdik dan tak berani saja yang boleh dibuli.

Saya tak boleh bersekongkol menuduh pemimpin-pemimpin PAS bodoh dan penakut.

Hentikanlah kenyataan-kenyataan provokatif yang akhirnya menikam diri sendiri.

Jika tidak berpuas hati isu exco Selangor – dulu empat orang kini tiga – datang jumpa yang berkenaan, tanya kenapa jadi begitu, bincang tak ada masalah yang tak boleh selesai.



ISHAK SURIN yang dipertuan PAS Batu.
Islam Bangkit added a new photo.
2 hrs ·

Tarik subsidi: Bukti kelemahan ekonomi negara
  • RON95
1 / 1
SHAH ALAM – Pengumuman mengenai pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter lewat malam tadi hanya akan menaikkan kemarahan rakyat sekali gus akan boleh mengancam survival politik Umno-BN pada PRU14.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary mendakwa, tindakan kerajaan pada saat akhir hanya mencerminkan ketidakupayaan Umno-BN untuk terus kekal menerajui Putrajaya pada penggal akan datang.

"Ia akan membawa kepada keputusan bersama bahawa negara ini tidak lagi layak ditadbir oleh Umno-BN.

"Pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah sangat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.


Mulai 12.01 tengah semalam, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen dan perkara itu diumumkan oleh KPDNKK melalui kenyataannya, semalam.

Tambahnya lagi, pengurangan subsidi bahan api itu sekali gus menyanggah kenyataan pemimpin Umno-BN yang mengatakan prestasi ekonomi negara dalam keadaan baik.

"Setiap rakyat yang beratur panjang di stesen pam minyak seluruh negara adalah bukti betapa ramai rakyat yang terhimpit ekonomi mereka walaupun di saat pemimpin Umno-BN berdegar-degar berbangga dengan dakwaan prestasi ekonomi negara yang baik.

"Setiap rakyat pasti membantah pengurangan subsidi ini dan mempersoalkan di manakah menteri atau wakil rakyat UMNO," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda Pas turut melahirkan rasa kesal ke atas kenaikan harga minyak secara tiba-tiba yang diumum kerajaan petang semalam.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat, kerajaan sepatutnya memberikan notis awal kepada pengguna bagi mengelakkan suasana panik menyelubungi rakyat Malaysia.

"Keputusan menaikkan harga minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 sen dan diesel mulai 1 Oktober menjadikan harga petrol RON95 RM2.30 seliter sementara diesel dijual pada harga RM2.20.

"Apa yang mengecewakan adalah tindakan kerajaan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel dalam keadaan tergesa-gesa tanpa notis awal kepada rakyat sehingga timbul suasana panik dan kelam kabut untuk mengisi minyak sebelum jam 12.00 malam tadi," katanya.

Suhaizan melalui satu kenyataan hari ini turut mempersoal punca pengurangan subsidi minyak yang diumum kerajaan semalam.

"Adakah pemimpin negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat?

"Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikan minyak?" soalnya.

01 Oktober 2014

BEKAS KETUA BALAI IPD BERA DITAHAN KETIKA MENCURI BARANG KES DI KAWASAN BALAI

Bekas Ketua Balai IPD Bera ditahan bersama 4 lelaki curi barang kes

KUANTAN: Bekas Ketua Balai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bersama empat lelaki ditahan polis malam tadi kerana mencuri barang kes yang diletakkan di luar stor barang kes IPD itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad, berkata kesemua suspek berusia antara 24 hingga 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam tadi semasa sedang memunggah dan memasukkan barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu ke dalam sebuah lori jenis Isuzu.

"Suspek memunggah barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu tanpa kebenaran mana-mana pihak dan polis telah menahan lori itu di hadapan pintu pagar IPD Bera sebelum menangkap mereka berlima," katanya kepada hari ini.

Beliau berkata, selain itu polis berjaya merampas semula barang-barang kes iaitu 63 unit pelbagai jenis monitor komputer, 310 Unit Pemprosesan Pusat dan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai digunakan suspek.


Katanya, kelima-lima suspek itu kini ditahan di IPD Bera untuk siasatan lanjut dan tindakan pendakwaan.

- BERNAMA

Kantoi: 'Mujahidin' sembelih wartawan dibuat dalam studio

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/ | .

Kantoi: Awas Tipu Daya Untuk Memburukkan Mujahidin Dan Menipu Umat Islam Seluruh Dunia Dengan Rakaman Studio



Cerita yang direka untuk memburukkan pejuang Islam. Berita palsu ini juga turut disiar media arus perdana.

Dipetik daripada blog pakat-pakatkalih.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.


18 hrs · Edited ·
Kes Muhammad Fadhil Nurul Huda yg harus dipertimbangkan utk ditukar kpd exco lantikan lain :
1. Sebaran tulisan dan pandangan di fb wall beliau secara umum dgn menghentam, melabel, menuduh, menggunakan kata2 kesat kpd beberapa pimpinan pusat spt YBKS dan shbt2 jemaah PKSA. Walaupun TG Presiden telah keluarkan arahan supaya hentikan label melabel dan tuduh menuduh, Padil tetap langgar arahan.
2. Tindakan tidak beretika dan bermaruah semasa bangun sbg perwakilan DPPSA dlm Muktamar PAS Pusat baru2 ini di mana percakapan Padil menjadi polemik dlm dewan menatijahkan Pengerusi Tetap Ust Kamal Ashaari pun terkejut dgn percakapan Padil dan akhirnya jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Isu ini menjadi buah mulut dan shah alam dikenali perwakilan kwsn2 seantero Msia kerana dewan pemudanya begitu lancang dan tidak beretika.
3. Isu ugutan dan kata2 kesat yg dihamburkan Padil kpd Safwan Anang LENSA dlm perbualan telefon selama lbih kurang 18minit tidak menggambarkan Padil sbg seorg Ustaz dan menampakkan ajk dewan pemuda pas shah alam ini spt samseng dan tidak bermaruah. Isu ini menjadi buah mulut kpd ahli2 pas seluruh Msia dan menatijahkan busuknya nama dan hilangnya maruah dewan pemuda pas Shah Alam khususnya malah lebih teruk PAS Kawasan Shah Alam umumnya...
4. Teguran, nasihat dan peringatan telah diberikan oleh shbt2 jemaah PKSA dan oleh shbt DPPSA sndiri tp malangnya Padil terus terusan membawa sentimen kebencian sesama jemaah dan kebencian kpd pemimpin2 tertentu.
Maka atas sbb2 di atas kami Unit Amal Shah Alam mewakili sebilangan pemuda2 PAS shah alam mendesak DPPSA & PKSA melucutkan jawatan Padil drpd memegang jawatan ajk Lajnah Tarbiyyah DPPSA. Padil juga hanyalah exco lantikan, bukan menang pemilihan semasa AGM DPPSA sessi lepas.
Mohd Shukri Shohimi
Komander,
Jabatan Amal Shah Alam
01 Oktober 2014 bersamaan
6 Zulhijjah 1435H.


Tiada siapa lawat pesakit koma
  • Mohd Tabar ditemui tidak sedarkan diri selepas dilanggar. Mohd Tabar ditemui tidak sedarkan diri selepas dilanggar.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mencari waris seorang warga emas yang kini sedang koma.

Pesakit di kenali dengan nama Mohd Tabar Kadri, 70, ditemui tidak sedarkan diri setelah dilanggar. Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Rahana Mohamad Zain berkata, warga emas itu dimasukkan di Wad Neuro HDW disebabkan ‘traumatil of frantal confusion’.

“Ketika ini tiada waris yang melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan warga emas berkenaan menetap di alamat Lot 535/1, Jalan 1/10 Kampung Lembah Melewar, Off Padang Balang, 51100 Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi 03-26156464.

SEBARKAN!! BANTU POLIS KESAN SAMPAI TERTANGKAP SUSPEK KES BUNUH INI.





Mohon kerjasama orang awam bagi pihak polis mengesan seorang suspek lelaki yang merupakan rakan sekerja mangsa yang dipercayai terlibat berhubung kematian seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah stor simpanan besi di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor. 
Butir-butir suspek :

Nama : Mohammed Alauddin
W/Negara : Bangladesh
No. Pasport : F0069871
Tarikh Lahir : 02/05/1973
Umur : 41 Tahun


Sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohammad Daniel Lee bin Abdullah di talian 019-6820550 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Tiada ulasan: