Sodomi II: BN mengangkat Anwar ke tahap Mandela
KOMEN: Dengan
lagak mereka meneruskan tindakan undang-undang yang digelar pemerhati
sebagai Sodomi II, kerajaan Barisan Nasional seakan bakal mengangkat
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tahap sehebat Presiden
Nelson Mandela dari Afrika Selatan.
Samada
Anwar layak dipandang sebegitu rupa atau sebaliknya, kini Anwar yang
juga ketua umum PKR sekali lagi dilihat pejuang rakyat.
Sebelum
ini, saya kurang gemar menyamakan tokoh kelahiran Pulau Pinang itu
dengan negarawan ulung Nelson Mandela. Namun pada ketika ini, pendirian
saya sudah sedikit berbeza.
Secara
peribadi, saya dapati cita-cita Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang
mahu menjadi Perdana Menteri tidak layak dibandingkan dengan perjuangan
tokoh Afrika Selatan ini yang tidak dibelenggu kepentingan sendiri.
Beliau
memang banyak berjuang dan boleh dikatakan membina platform ke arah
reformasi, namun platform yang sama digunakannya bagi mencapai cita-cita
peribadi beliau.
Sejak
dahulu lagi, saya melihat perkembangan tokoh Permatang Pauh ini dan saya
berpendapat Anwar seorang ahli politik oportunis yang dianggap hebat
kerana berjaya melonjakkan namanya dalam jangka masa yang singkat.
Namun, saya
berpendirian, sekiranya anda mahu mengukur kepada prinsip dan kehebatan
seseorang pemimpin, sudah tentu perkara paling utama ialah kebolehannya
memimpin dan memberi inspirasi kepada rakyat.
Oleh itu,
saya kagumi mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana
kepimpinan beliau mampu mencetus imajinasi di kalangan penduduk
Malaysia.
Saya juga gemarkan pandangan sinis dan kritis yang sering dilontarkan Doktor M walaupun kadang-kala, ada yang agak keterlaluan.
Tidak
menghairankan, Anwar yang dianggap anak didik Mahathir, juga begitu
mahir dalam meningkatkan daya penarik serta karismanya.
Namun,
kenyataan Anwar yang bersifat “pusing u” yang kerap dihamburnya
menyebabkan saya lebih kagumi langkah terus (direct) dan tepat yang
dilakukan Mahathir.
Ketokohan Anwar bagaimanapun tak pernah padam walaupun daya tarikannya di kalangan golongan muda hari ini telah menurun sedikit.
Beliau
masih dilihat pemimpin hebat dan mampu mencetus emosi serta memberi
inspirasi tidak seperti kebanyakan ahli politik dewasa ini. Anwar mampu
menjadi pemangkin perubahan dan pada masa yang sama, pencetus kekacauan.
Anwar persis seorang bintang “rock”, yang tahu bagaimana mahu memainkan lagu yang menjadi kegilaan para peminatnya.
Tetapi
pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui rakyat Malaysia telah penat
dengan permainan politik. Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh enam
tahun kebelakangan ini.
Dan perbicaraan ini juga sarat dengan butiran teknikal yang bakal menjadikan politik seakan suam-suam kuku bagi para pemerhati.
Bagaimanapun,
langkah BN mungkin menjadikan Anwar legenda yang mencetus satu lagi
gelombang kebangkitan rakyat yang akhirnya mungkin melanda bak tsunami
-- atau paling tidak protes jalanan.
Seperti
yang dicoret Datuk Abdul Kadir Jasin, BN serba salah dalam menghadapi
masalah yang dibawa Anwar ini. Bak kata pepatah “ditelan mati anak,
diluah mati bapak”.
Apapun keputusan perbicaraan Sodomi II, BN akan menjadikan Anwar lebih popular berbanding hari ini.
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagaimanapun tersalah apabila berkata
semua ini tiada kena-mengena dengan integriti kerajaan BN yang
memerintah.
Benar Anwar
dituduh melakukan kesalahan peribadi, tetapi rakyat juga menilai cara
kerajaan menangani isu ini dan berpendapat, ia melakukan pelbagai
kesilapan.
Yang bersalah perlu dibuktikan bersalah di dalam mahkamah yang adil, dan penuduh dibebani tanggungjawab ini.
Pihak
pendakwaraya yang mewakili kerajaan BN telah mendapatkan khidmat penguam
berpengaruh yang juga rapat dengan pemimpin kerajaan.
Perbicaraan Anwar sewajarnya dilihat adil dan saksama.
Perdana
Menteri kita pernah berkata kepada sekumpulan penjawat awam bahawa Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan kerana ia membunuh kareer
politik pihak lawan.
Jika ISA digunakan sebegitu, apa lagi langkah yang diambil bagi menyekat pengaruh tokoh-tokoh pembangkang?
Mungkin
kenyataan Najib berupa telahan kerana Anwar Ibrahim bukan sekadar
dibicarakan, namun dilihat dianiaya seperti juga Nelson Mandela.
Tindakan BN bagaimanapun mungkin hanya akan menaikkan namanya dan menjadikan Anwar Ibrahim popular kembali.
(Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dijangka mengambil tempoh seminggu).
Wednesday, October 29, 2014
Akhirnya.. sebuah lagi Kampung Melayu lenyap dari peta Tanah Melayu...
Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan dirobohkan hari ini dan puingnya dibakar hangus.
Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.
Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.
Sehingga kini, mereka yang ditahan ketika bergelut dengan pekerja pihak pemaju yang cuba merobohkan rumah itu, masih dalam tahanan polis.
Menurut Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) Abdul Malek Abdul Razak, kira-kira 30 pelajar yang aktif dalam Gamis dikerah ke kawasan itu apabila mendapat tahu pihak pemaju mahu merobohkan satu-satunya rumah penduduk yang masih bertahan di atas tanah itu.
"Kami diberitahu pengerusi Persatuan Penduduk di situ, dikenali sebagai Pak Ramli, yang rumah Makcik Wahidah mahu dirobohkan hari ini.
"Kami cuba mempertahankan rumah beliau, namun pekerja pihak pemaju memukul kami dan polis yang campur tangan akhirnya menangkap dua rakan kami," kata Malek kepada The Malaysian Insider.
Awal pagi tadi, pihak pemaju tiba bagi merobohkan rumah Wahidah Mat Salleh, 73, yang dibina semula oleh aktivis pelajar dan masyarakat dengan bantuan derma orang ramai selepas semua rumah di kampung itu dirobohkan pada Jun lalu.
Ketika itu, Wahidah bertegas tidak akan meninggalkan kampung dan rumahnya itu.
Turut serta membantu pekerja pemaju dalam operasi hari ini ialah pihak polis Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Situasi menyedihkan berlaku apabila warga emas itu yang sudah 45 tahun tinggal di situ berusaha cuba mempertahankan rumahnya.
Antaranya, beliau melaungkan azan dan berdoa di depan rumahnya.
Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.
Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.
Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.
Menurut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998, pihak yang ingin memajukan kampung itu perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukan setinggan tetapi peneroka bandar.
Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.
Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka.
Yang menjadi persoalan ialah, bilakah tanah mereka dijual kepada pemaju oleh DBKL?
Sebahagian mereka diberikan pampasan RM7,000 oleh pemaju dan satu unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda lapor The Malaysian Insider
3:21PM - 29 Oct 2014
K'jaan tak tegas kutip hutang GLC, kata MP
MP Serdang, Ong Kian Ming mempersoalkan tindakan kerajaan yang
dilihatnya tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut semula bayaran hutang
berjumlah berbilion ringgit dari syarikat berkaitan kerajaan.
Katanya, sikap itu jauh berbeza dengan tindakan kerajaan yang tekun dalam usaha memungut bayaran hutang dari peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ong dalam kenyataannya merujuk kepada hutang berbilion ringgit yang ditanggung oleh GLC seperti syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWK).
“Pada hujung 2012, syarikat ini menanggung hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM4.5 bilion,” kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.
Ong menggariskan bahawa IWK gagal membayar “sesen pun” daripada jumlah itu, dan menanggung hutang lebih RM2 bilion dengan kerajaan persekutuan.
“IWK gagal membayar sesen pun daripada pembayaran semula untuk 2012 dan masih menanggung hutang tertunggak RM1.94 bilion pada akhir 2012, yang meningkat kepada lebih RM2 bilion,” katanya.
Ong juga mendakwa, GLC seperti Cyberview (pemaju utama untuk Cyberjaya), Malaysian Debt Ventures dan Composites Technology Research Malaysia juga menanggung hutang yang besar dengan kerajaan.
MP DAP itu seterusnya mempersoalkan mengenai tindakan ke atas syarikat itu, yang menurutnya tidak berpatutan jika dibandingkan dengan tindakan senarai hitam ke atas peminjam PTPTN.
Beliau menuntut kerajaan menjelaskan kelemahan dalam memastikan syarikat terbabit, terutama yang membuat keuntungan, membayar hutang kepada kerajaan mengikut jadual.
“Mengapa syarikat ini nampakanya diberi pas percuma sedangkan peminjam PTPTN dikenakan layanan lebih buruk, termasuk kemungkinan senarai hitam kredit?,” katanya.

Roket misi penghantaran bekalan ke ISS meletup
VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah roket milik Orbital Science
Corporation, Antares yang membawa bekalan untuk Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS) meletup enam saat selepas dilancarkan dari Wallops
Flight Facility di Pulau Wallops, awal pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pada jam 6.22 petang (7.22 pagi waktu tempatan).
Pelancaran ini merupakan misi penghantaran ketiga modul kargo Cygnus Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) membawa muatan seberat 5,000 paun berupa bekalan makanan, kajian saintifik dan pelbagai peralatan lain.
Menurut jurucakap NASA, Jay Bolden kejadian ini disifatkan sebagai bencana anomali yang berpunca daripada kegagalan fungsi pelancaran, lapor Space Orbital.
Kesan kerosakan dapat dilihat sehingga ke bahagian selatan pulau berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Bagaimanapun, Bolden menegaskan pasukan penyiasat terpaksa mengekalkan keselamatan di kawasan sekitar kejadian kerana roket tersebut turut membawa barangan yang dikalsifikasikan sebagai sulit.
Sementara itu, wakil daripada Orbital, Frank Culberston memberitahu, sistem penamatan penerbangan ditetapkan untuk 20 saat selepas pelancaran dibuat.
Bagaimanapun dia menegaskan hasil siasatan akan memberitahu kesilapan yang mungkin berlaku dalam kejadian tersebut. Manakala pihak mereka akan memperbaiki kesilapan tersebut dan terbang semula.
Difahamkan Orbital mempunyai kontrak bernilai 1.9 bilion dolar dengan Nasa untuk menyediakan lapan penerbangan penghantaran bekalan ke ISS.

Penyokong Saiful pula cetus kekecohan di luar mahkamah
Selepas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan pagi tadi, kini giliran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II, memenuhi perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyatakan sokongan.
Melaungkan "Tangkap Anwar", "Lima Tahun Sungai Buloh" dan "Kalau lebih lagi bagus", mereka mula tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan berpakaian kuning.
Jumlah kehadiran mereka kira-kira 400 orang, dilihat lebih ramai daripada semalam.
Kumpulan "Keadilan untuk Saiful" itu turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan menjulang sepanduk "Justice for Saiful", "PKR Jangan Ugut Mahkamah", "Hormati Sultan, Hormati Undang-Undang" dan lain-lain.
Bagaimanapun, mereka dipisahkan 200 meter daripada kumpulan "baju hitam" pro-Anwar dengan pagar penghadang dipasang Perbadanan Putrajaya.
Penyokong Anwar hadir lebih awal sejak pukul 8 pagi tadi dan membina pentas mini bagi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis berucap lapor The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan