'Tak undang Mkini, MCA tak matang'
Dua orang bekas presiden MCA menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat
MCA untuk tidak menjemput Malaysiakini untuk membuat liputan mesyuarat
agungnya sebagai keputusan “keanak-anakan” dan “tidak pernah berlaku
sebelum ini”.
Bekas presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak pernah menyekat mana-mana media dari pembuat laporan ke atasnya, walau laporan tersebut tidak disenanginya.
“Salah jika tidak undang (Malaysiakini), anda perlu jemput mereka. Jika Malaysiakini tidak lapor (mengenai perhimpunan agung), orang lain akan lapor juga,” katanya ketika dihubungi.
“Lebih-lebih lagi, sekarang kita ada Facebook. Anda tidak boleh halang sesiapa dari membuat laporan (mengenai perhimpunan agung).
Ditanya jika MCA enggan menjemput Malaysiakini kerana bimbang portal tersebut membuat kesilapan dalam laporannya, Chua berkata pemimpin parti sepatutnya pandai membuat kenyataan yang bermutu dan tidak memaksa media membuat laporan mereka.
“Ini kebudak-budakan. Anda mesti benarkan media mendapat kebebasan dalam membuat laporan mereka.
“Mungkin kadang kala Malaysiakini lebih suka menulis 'berita pembangkang', tapi inilah kebebasan, seperti pembaca ada kebebasan untuk memutuskan sama ada mahu membaca berita itu atau tidak,” katanya.
Beliau bagaimanapun menggesa media bertindak bertanggungjawab dalam liputan mereka.
Sementara itu, seorang lagi bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat berkata langkah itu tidak pernah berlaku dalam MCA.
“Saya fikir ini tidak pernah berlaku bagi MCA. Ketika saya ketuai MCA, saya tidak pernah halang mana-mana media buat liputan.
“Malah semasa pilihan raya umum, saya benarkan dan jemput (akhbar kerajaan negeri) Selangor Times buat liputan sidang media kawasan saya,” katanya.

TERBAIK!!! Khutbah tanpa teks- Dengarlah Rintihan Rakyat - Ustaz Dr Ahmad Jailani 3.10.2014 Masjid Sembilang
Written By canang on Sabtu, 4 Oktober 2014 | 10/04/2014 06:00:00 PTG
JOM TENGOK.... RUPA SEBENAR DALAMAN PIRAMID ?
JOM LIHAT RUPA SEBENAR DALAMAN PIRAMID | 90 peratus manusia di muka bumi ini belum pernah melihat rupa dalam di dalam Piramid. Anda pernah ?Jom tengok.
Macam-macam analasis dan kajian dibuat tentang pembinaan piramid. Antaranya ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramida ditemukan di Mars yang berada satu lintang derajat yang sama dengan lintang derajat di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramida digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau,tapi bagaimana rupa bahagian dalaman piramid?
Jom lihat isi di dalam piramid ini.
Untuk melihat lebih puas hati lagi, anda rancanglah percutian ke sana. Mungkin lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang anda dapat tentang misteri piramid ini.
Penarik kereta ditemui mati di JB
JOHOR BAHRU - Seorang penarik kereta berusia 32 tahun ditemui mati
dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di
tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah di sini awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Baharu Selatan, Superintendan Abdul Wahib Musa berkata, mangsa Asif Khan Ayob ditemui orang awam pada kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu dipercayai baru selesai menjalankan tugas menarik sebuah kenderaan yang
gagal dibayar pemiliknya sebelum itu," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, mangsa ditemui berseorangan dan berpakaian lengkap di dalam kenderaan yang berkunci serta kesemua tingkap ditutup rapat.
Pihak polis katanya akan menyiasat dari semua sudut berhubung kematian lelaki itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung pihak polis di talian hotline 07-2212999 atau pergi ke balai polis berdekatan mereka. - Bernama

Guru mati ditikam di Kundasang
Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang, dekat sini, pagi hari ini.
Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan.
PASUKAN polis tidak membenarkan orang awam memasuki lokasi kejadian ketika anggota forensik mengumpulkan bukti.
"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.
"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Saturday, 4 October 2014
5 FOTO ... KEMALANGAN MAUT MERAGUT DUA NYAWA MELIBATKAN EMPAT KERETA DAN SEBUAH TRELER BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA.
Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.
Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.
Friday, 3 October 2014
KERANA PERSELISIHAN FAHAM BERHUBUNG PENJUALAN LEMBU KORBAN ... SEORANG LELAKI TERKORBAN DILANGGAR DENGAN KERETA.
SETIU: Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.
Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
"Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.
"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi 'aku langgar kamu'," kata Ab Rahman kepada Bernama di sini hari ini.
Susulan rempuhan tesebut, kedua-dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.
Ab Rahman berkata seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu, dengan bantuan orang kampung bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu.
Bagaimanapun Rohadi yang berasal dari Kampung Bukit Loyat, Setiu maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Zakaria yang berasal dari Kampung Jelapang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
Ab Rahman berkata suspek yang bekerja sendiri itu diberkas 8.20 malam pada hari kejadian dan turut merampas kenderaan yang digunakan melanggar mangsa.
Suspek yang berasal dari Kampung Jelapang itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan