Rabu, 29 Oktober 2014

BAIK2 SIMPAN KOLEKSI PERIBADI...JIKA ON INTERNET...KITA SEDANG TONTON...ORANG BIJAK IT BOLEH SEDUT RAKAMAN KITA....BAIK BE HATI2




Roh Suami Kembali Meniduri Isterinya Yang Masih Hidup ?


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga 
bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang 
pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi
 dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi 
semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari 
sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi 
rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki
tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan 
orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini,
pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur
bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya,
benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah 
suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin,
lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya
yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin 
bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh
berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ 
– alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah 
suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat
yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian
daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan 
berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh 
kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya
kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami.
Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini 
memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini 
sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 
yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang meng
hadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, 
adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai 
kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan 
Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat 
teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta
tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. 
Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan
berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu 
keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami 
terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’
adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali 
ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya 
kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam 
Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi 
kepada-Nya tidakmungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia
kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. 
Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara 
dua alam.Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali 
ke alam Barzakhini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, 
ayat 42 yang bermaksud,“Allahlah yang memisahkan nyawa dengan 
mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini 
dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,“Bahawa selepas kematian, mereka
akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati 
berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali 
ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam 
Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali 
ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-
orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada 
balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk
menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh 
kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab
itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam 
keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur,
atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas 
al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali
ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, 
kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti 
orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang 
yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, 
Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak 
tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa 
kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah 
Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada 
dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada 
semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan 
tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila
dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh 
akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah 
suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia
yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya 
Dengan Penyakit Dan Pengubatan 
– Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

GEMPAR!! Mayat Pesakit Ebola Bangkit Semula Menggigit Manusia?

Written By Bendahara Kampung TJ on Tuesday, 28 October 2014 | 18:12

GEMPAR!! Mayat Pesakit Ebola Bangkit Semula Menggigit Manusia?

Pekerja WHO dan orang kampung berlari dengan huru-hara selepas 2 mayat kembali hidup dan cuba menggigit mereka. Laporan pertama tentang Mayat hidup semula datang dari Liberia, Africa. Di Bandar Ganta, penduduk sedang berwaspada selepas pesakit yang mati akibat penyakit Ebola dinampak ‘ berjalan-jalan tidak tentu arah, dan mengaum-ngaum.’

Dua pesakit Ebola, yang membesar di bandar yang sangat kaya, Nimba County, hidup semula didepan keluarga mereka sendiri. Laporan menunjukkan yang pesakit itu berumur dari 40-60 tahun. Sebuah acara mengebumikan mayat sedang diadakan untuk kedua-dua pesakit ini. Penduduk bandar dengan cepat menjadi kagum dan terperanjat, hingga menyebabkan keadaan menjadi sangat huru-hara apabila mayat hidup semula.


Kedua-dua mayat pesakit hidup semula hanya beberapa minit sebelum dikebumikan. Laporan dari Afrika menunjukkan yang 2 perkerja WHO yang digigit mayat pesakit dijangkiti dengan virus Ebola. Banyak negeri lain juga melaporkan yang perkerja WHO sering digigit oleh keluarga-keluarga dan orang yang tidak dikenali, tetapi lebih banyak laporan menunjukkan yang perkerja ini digigit oleh orang yang seperti tidak sedar diri.
#pihak media tidak tahu kesahihanya

Jika Video Seks UAI Palsu, Mungkin Inilah 

Jawapannya Kenapa


Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah memungkinkan dirinya
tidak terhindar daripada sifat busuk hati sesama manusia.Dugaan demi
dugaan yang datang memberikan impak, antaranya wajah UAI kini tidak
kelihatan lagi di kaca TV.

Terbaru, tersebar sebuah video skandal seks yang dikatakan melibatkan  dirinya.Jika dilihat sekali imbas, raut wajah lelaki yang berada di dalam  video tersebut tidak ubah seperti UAI dengan janggut yang lebat tetapi tona kulit kelihatan agak ‘lari’


Sehingga kini, kami sendiri tidak dapat memutuskan kesahihan video 
tersebut sama ada ia tulen atau sengaja dihasilkan untuk menganiaya 
UAI oleh pihak tertentu.



Bagaimanapun sebagai idea untuk dipertimbangkan, berikut disertakan  sebuah video untuk memperjelaskan apa yang mungkin dilakukan oleh  mereka yang berniat jahat.



Caranya, dengan menyunting wajah sesiapa sahaja menggunakan  rakaman sedia ada atau sengaja dicipta agar ia kelihatan lebih ‘sebenar’.

Menggunakan teknologi pemetaan wajah masa nyata atau “real-time  facial mapping”, wajah seorang subjek dapat ditransformasi menjadi pelbagai wajah yang berlainan sama sekali.



Moga dengan penyebaran maklumat ini, dapat membantu memperjelaskan  kepada masyarakat agar jangan percaya seratus peratus dahulu apabila sesebuah video dikemukakan kepada anda.



Bayangkan jika video dengan durasi tidak sampai satu minit itu benar- benar meyakinkan yang ia adalah ‘real’, fikirkan bagaimana pula  sesebuah filem seperti Transformers boleh dibuat hingga tampak begitu  terperinci sekali? Jawapannya, teknologi! MyNewsHub
 

Rabu, 29 Oktober 2014

Fitnah Liwat II: SB penuhi mahkamah dengan 

tidur dan main telefon - Rafizi

PUTRAJAYA 29 OKT: Perbicaraan kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan yang memasuki hari kedua hari ini dipenuhi dengan kehadiran Polis Cawangan Khas (SB) beramai-ramai sehingga tempat duduk disediakan tidak mencukupi.
Difahamkan oleh Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengikuti perbicaraan itu, kira-kira tujuh anggota SB ditugaskan di dalam mahkamah tersebut.
“Ada 6 hingga 7 Special Branch (SB) dalam mahkamah hingga tak cukup tempat. Saya duduk di tengah-tengah dua orang (SB). Yang sebelah kiri tidur, yang sebelah kanan bosan.
“…Abang SB kat sebelah dah bangun dan kini goyang-goyang. Yang sebelah kanan sedang main telefon.
“Mereka jadi mati kutu sebab saya duduk di tengah-tengah diorang. Bosan dan menguap saja kerjanya,” tulis Rafizi di twitter.

Yusuf al-Qaradawi: Anwar tidak patut dituduh tanpa asas

 | October 27, 2014
Mahkamah sebelum ini telah membebaskan Anwar daripada tuduhan itu, tetapi jelas terdapat pihak yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
qaradawiPETALING JAYA: Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, Yusuf al-Qaradawi menyatakan adalah tidak patut bagi badan kehakiman ditukar supaya menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes.
Katanya, perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi dan bukan untuk mencari kebenaran.
“Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin ternama dengan sejarah, pengalaman, perjuangan, kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini.
“Anwar sewajarnya dilayan setimpal dengan jasa perjuangan serta kerja gigihnya, bukan mengenakan beliau dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas,” jelas ulama itu.
Tambah Yusuf lagi, mahkamah sebelum ini telah membebaskan Anwar daripada tuduhan itu, tetapi jelas terdapat pihak yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
“Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari.
“Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara.
“Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya.

Rabu, 29 Oktober 2014


Harapan Anwar Bebas Cerah?

Kes rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan sudah pun masuk hari kedua sejak bermula semalam. Sehingga ini pihak pembela Anwar yang diketuai Sri Ram Gopal belum pun habis lagi mengemukakan hujah pembelaan, kemudian baru diikuti dengan hujah balas pihak pendakwa oleh Shafee Abdullah.



Selepas itu, kedua-dua pihak akan menutup hujah penggulungan masing-masing sebelum lima hakim membuat keputusannya.



Walaupun semalam Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk melanjutkan perbicaraan sehingga Khamis, berbanding ketetapan awal hanya dua hari iaitu 28 dan 29 Oktober saja tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku tidak mustahil ia berlarutan sehingga Jumaat atau disambung lagi pada minggu hadapan.



Dalam hujahan awal semalam, pihak peguambela Anwar membangkitkan isu kredebiliti Saiful yang diragui. Saiful didapati bukan saja menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum mendakwa diliwat dan membuat laporan polis, bahkan gambarnya menghidangkan teh dengan wajah selamba kepada tetamu Anwar sehari selepas kejadian liwat yang didakwa berlaku itu turut juga didedahkan.



Selain itu, meskipun mendakwa diliwat secara paksa dan mendatangkan kesakitan kepadanya, perbuatan Saiful membawa gel pelincir dan menyapu di bahagian sulitnya juga ditimbulkan untuk meragui kredebilitinya.



Beberapa isu lain seperti seluar dalam yang tidak dipakai tetapi ada kesan air mani, tumpahan air mani di karpet, kaitan pertuduhan dengan konspirasi politik turut juga dibangkitkan dalam mahkamah semalam.



Dalam masa yang sama, dapatan dari pemeriksaan di Pusrawi yang mengatakan tiada penembusan pada bahagian sulitnya ketika Saiful mendapatkan rawatan tetapi doktor yang memeriksanya tidak dipanggil sebagai saksi, dibangkitkan sama dalam mahkamah semalam.



Jika semalam isu kredebiliti Saiful dibangkitkan, pada hari kedua iaitu hari ini isu sampel DNA Anwar pula dipertikaikan kesahihannya. Selain DNA Anwar didakwa diambil secara tidak sah iaitu melalui botol air mineral, berus gigi dan tuala "good morning" ketika Ketua Pembangkang itu ditahan di penjara, peguambela juga membangkitkan tiada bukti kukuh menunjukkan ia digunakan oleh Anwar.



Oleh itu, pihak peguambela berhujah kemungkinan ia bukanlah DNA Anwar yang sebenar-benarnya.



Isu lain yang ditimbulkan hari ini ialah mengenai sampel DNA yang hanya disimpan dalam laci  dan bukan dalam peti sejuk serta mungkin terdedah kepada pencemaran atau kerosakan.



Sehingga ini, ramai yang melihat bukan saja hujahan peguambela Anwar  kemas dan teratur tetapi juga dilihat mampu meyakinkan lima hakim yang arif lagi bijaksana itu untuk membuat keputusan membebaskannya.



Sementara menanti pihak pendakwa mengemukakan hujah balasnya pula, di laman  sosial pula tersebar surat permintaan pelbagai pihak yang mahukan Anwar diberikan keadilan dan dibebaskan. Antaranya ialah daripada Ketua Ulama Sedunia, Yusuf Al Qardawi,  Maulana Ihsan Hendrick, ulama tersohor Afrika Selatan, Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada, Profesor Georgetown Universiti di mana anak Najib pernah belajar di universiti berkenaan iaitu John Esposito serta banyak lagi.



Sebelum ini, beberapa negara Barat dan NGO yang berpengaruh di seluruh dunia juga telah pun menyatakan sokongan kepada Anwar serta menuntut beliau dibebaskan.



Sejauh mana semua ini mendatangkan impak kepada keputusan mahkamah masih lagi menjadi persoalan tetapi adalah jelas sorotan dunia makin meluas kepada apa yang berlaku di negara kita sekarang.



Di luar Istana Kehakiman pula, ribuan penyokong Anwar terus berhimpun dan menyatakan solidariti kepada Ketua Pembangkang itu. Kumpulan penyokong Saiful dengan memakai T-Shirt khas turut juga berhimpun sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan persoalan siapakah yang menaja dan membiayai mereka itu?



Tidak seperti Anwar yang mendapat sokongan parti dan rakan-rakan gabungan dalam PR, Saiful hanyalah rakyat biasa yang sebenarnya tiada keperluan langsung untuk mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri bagi menghimpunkan orangramai dan menunjukkan adanya penyokong yang ramai bersamanya.



Jika ditaja pula, siapakah penajanya dan apakah kepentingan mereka dalam kes ini?


Penyokong Anwar bagaimanapun terus bertambah pada hari ini berbanding semalam dan dijangka terus bertambah menjelang hari keputusan diumumkan nanti.


Tiada ulasan: