Kuarantin Peserta Acara Marathon Bagi Mengelak Penularan Wabak Ebola
Written By canang on Selasa, 28 Oktober 2014 | 10/28/2014 09:53:00 PTG
Dunia
dikejutkan dengan virus Ebola iaitu sejenis penyakit demam berdarah.
Penyakit epedemik yang masih tiada sebarang vaksin dan penawar boleh
membawa maut, kini menular di beberapa buah negara luar khususnya negara
Afrika.
Baru-baru ini Negara Malaysia telah
dikejutkan dengan berita seorang penuntut warga negara Nigeria berusia
24 tahun, dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menunjukan
tanda-tanda awal jangkitan Ebola.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesa Kementerian Kesihatan menjelaskan situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sekeliling tidak panik.

Dalam masa yang sama, Kerajaan negeri
P.Pinang melalui Penang Tourism sedang dalam persiapan akhir
menganjurkan satu acara larian tahunan antarabangsa iaitu Penang Bridge
International Marathon 2014 yang akan berlangsung pada 16 November 2014.
Acara marathon seperti ini amat mendapat perhatian dari warga afrika,
termasuklah dari negara yang terbabit dengan wabak ebola.
Sehubungan itu SAMM menyarankan supaya Kementerian Kesihatan memperketatkan pengesanan dan kawalan pintu masuk antarabangsa untuk setiap peserta acara tersebut. Meletakkan mesin pengimbas suhu badan di pintu sempadan semata-mata adalah tidak mencukupi. Sebaliknya, pihak berwajib harus mengenakan saringan berkuarantin khususnya terhadap pelawat dan pelancong dari negara yang terkesan wabak ebola.

SAMM
memandang serius terhadap tahap kesihatan peserta-peserta acara larian
tahunan Penang Bridge International Marathon 2014 dan turut mengharap
agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat berkerjasama dengan
Kementerian Kesihatan untuk memasti tahap kesihatan peserta acara
tersebut terjamin.
Penularan wabak ebola ke atas negara ini harus disekat secara serius, langkah pencegahan yang efektif amatlah dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Peguam minta mahkamah terima gambar Saiful hidang teh
Posted on Tuesday, October 28 @ 13:40:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
LAPORAN LANGSUNG
12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat.
Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.
12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.
Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.
Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.
Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.
12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.
Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."
Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.
Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.
Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada di kondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.
12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.
Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.
Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.
12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.
Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.
11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.
Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.
Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.
Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.
Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.
Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.
Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.
Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.
11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.
Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.
Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.
11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.
Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.
11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.
Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).
Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).
"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.
"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.
Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.
Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.
Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.
Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.
11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.
Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.
"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.
10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.
Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.
Mahkamah berehat seketika.
10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful.
Peguambela itu berkata jika bahan pelincir merupakan satu bahan bukti yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun (2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang lain pada hari berikutnya.
Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi).
Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari.
Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara tertutup.
Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut.
Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti.
Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis.
10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal.
Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada bahagian sulitnya (dubur).
Gopal menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak termasuk KY Jelly itu.
Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful.
Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam pertimbangan) adalah dicabar."
Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu."
9.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya telah mentahkikkan:
Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya.
Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan bahawa pada mulannya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu.
"Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?"
Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP.
Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir.
Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan.
9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.
Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.
Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.
Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.
Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).
Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.
9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan minuman di sana.
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya.
"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur."
Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.
Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.
9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu.
Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly).
"Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet.
"Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar."
9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui.
Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan.
Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu.
9.22am: Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal, Surendran, Ram Karpal dan Sangeet.
Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua.
Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali.
9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu.
Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak.
"Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh.
9.05am: Anwar memberitahu wartawan bahawa Sulaiman tidak sihat kerana dia menjalani pembedahan di kakinya dua bulan lalu dan masih dalam kesakitan.
Ditanya tentang keyakinannya, Anwar berkata: "Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) ... Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan."
Dia menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang 'Lethal Weapon' itu perlu mengeluarkan kenyataan.
"Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman keras). Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik," kata ketua pembangkang mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwa, tiba di dewan mahkamah.
8.59am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh
Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram.
8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah.
Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu.
Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian.
8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.
Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.
8.40am: Selain Latheefa, turut menganggotai pasukan peguambela ialah Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur, J Leela, Ram Karpal dan Eric Paulsen.
Bagi pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibantu peguam dari firma guamannya, bersama dengan timbalan ketua bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.
Shafee dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah, belum sampai.
Turut kelihatan di galeri awam adalah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Lumut Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid.
8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.
Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.
Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar.
8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.
7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.
Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.
Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.
6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar.
Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama. - MK

Ketagih pil khayal usia 15 tahun
- Sesal yang tidak terungkap dengan kata-kata, Ita kini merindui anaknya selepas terpisah kerana menjalani hukuman.
TRAGEDI menyayat hati apabila kehilangan putera sulung yang lemas di sebuah pantai di Terengganu, masih ‘hijau’ ingatannya.
Niat di hati bukanlah mahu melawan takdir, namun bekas penagih yang hanya mahu dikenali sebagai Ita ini pernah merasakan menyesal dan menyalahkan diri sendiri atas kejadian malang menimpa anaknya itu.
Banyak masa juga, wanita berusia 36 tahun ini terfikir, mungkinkah insiden itu adalah peringatan ALLAH SWT terhadapnya, mengingatkan dia atas segala kekhilafan dilakukannya selama ini.
Dilahirkan dalam keluarga besar, Ita mempunyai 11 beradik, tiga daripadanya lelaki dan selebihnya perempuan. Bapanya seorang nelayan dan ibunya pula suri rumah tangga.
Cerita Ita, dia mula berjinak-jinak dengan pil khayal seawal usia 15 tahun. Ketika itu akuinya, dia terpengaruh dengan ajakan rakan dan mula mengambil pil khayal dipanggil ‘Arjon’.
“Arjon dijual dengan harga RM10, tujuh biji. Masa itu saya hanya suka-suka ambil pil tersebut untuk rasa khayal, namun lama-kelamaan saya ketagihan. Dari situlah bermulanya episod duka lara dan segala titik noda yang berlaku di dalam hidup saya,” katanya sebak.
Ita berkata, kerana malu disebabkan hidup miskin, dia mengambil keputusan berhenti sekolah semasa di tingkatan tiga. Segala ilmu yang pernah diajar oleh gurunya itu ditinggalkan, akan tetapi tabiat ketagihan dibawa sehinggalah dia mendirikan rumah tangga pada usia 16 tahun.
“Pada awal usia perkahwinan, saya mengambil keputusan berhenti menagih tetapi suami saya pula yang lebih ‘hebat’ dalam hal ini. Dia juga penagih dadah jenis heroin dan kerana terbiasa dengan tabiat dulu, saya turut sama cucuk untuk memasukkan dadah dalam badan saya,” ujarnya lagi.
Kehidupan mereka berterusan begitu sehingga dikurniakan empat anak. Suatu hari, Ita dikejutkan dengan kedatangan seorang jiran sekampung yang memaklumkan anaknya lemas ketika mandi bersama tiga sepupunya.
“Sebelum itu, saya dengar suara dia bermain-main di halaman rumah. Sekejap sangat, tiba-tiba seseorang datang beritahu anak saya lemas,” katanya yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan dan berhampiran dengan pantai lokasi anaknya lemas.
Ketika itu dia menyesal kerana berasakan tidak menjaga anaknya itu dengan baik sehingga terpaksa ditenangkan abang-abangnya supaya menerima perkara itu sebagai takdir ALLAH SWT yang ada hikmah di sebaliknya.
Pun begitu, penyesalan yang dirasakan hanyalah seketika saja. Ita masih meneruskan tabiat ketagihannya sehingga pada suatu hari, dia rasa betul-betul gian dadah.
“Apabila terlalu ketagih, otak tidak dapat berfikir dengan waras. Saya perlukan duit untuk dapatkan dadah. Saya balik ke rumah untuk meminta wang daripada ibu tetapi dia tiada di rumah.
“Saya kemudian mengambil pisau dengan niat mahu menjual pisau itu kepada peniaga keropok di kawasan kejiranan kampung saya. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya apabila orang yang saya cari untuk jualkan pisau itu tiada di rumah,” katanya yang kemudiannya terserempak dengan seorang kana-kanak perempuan berusia 7 tahun, anak penduduk kampungnya.
Ita meragut rantai leher yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal. Dia kemudiannya menjual rantai berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah yang terlalu diinginkan itu.
Kelegaan dapat melampiaskan giannya itu bagaimanapun tidak kekal lama. Ita berjaya ditahan polis dua minggu selepas kejadian.
“Sekarang saya di sini, di sebalik tirai besi kerana perlu menjalani hukuman empat tahun penjara seperti yang telah diputuskan penghakiman dunia. Ini baru hukuman dunia tetapi saya tetap syukur kerana terpilih untuk berada di sini.
“Inilah tempat saya, tempat yang mengingatkan semula siapa diri saya dan dari mana lahirnya saya. Mengembalikan semula saya kepada Yang Maha Pencipta. Saya bukan sahaja kehilangan seorang anak, malah saya juga hilang suami apabila diceraikan,” katanya mengakhiri cerita perjalanan hidupnya sebelum menghuni Penjara Pengkalan Chepa, di sini.

Mangsa gores, menang terbela
- Mangsa menunjukkan baucar dan kupon yang diterima daripada sindiket gores dan menang membawa kepada kerugian RM10,000.
KUANTAN – Sepasang suami isteri mangsa gores dan menang terpaksa
membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai
jalan terakhir untuk untuk mendapatkan kembali wang RM10,000 yang
‘lebur’ selepas terpedaya dengan hadiah kereta mewah ditawarkan sebuah
syarikat di sini, Ogos lalu.
Tuntutan lelaki berusia 55 tahun dari Ladang Jabor dekat sini mendapat pembelaan sewajarnya apabila kes itu didengar di tribunal itu di sini semalam dan keputusan memihak kepada mereka.
Presiden TTPM, Bernard John Kanny dalam keputusannya semalam mengarahkan syarikat yang beralamat di Jalan Haji Ahmad di sini membayar balik RM10,000 kepada pasangan terbabit yang dinamakan sebagai penuntut.
Bagaimanapun, penuntut juga diarahkan supaya menyerahkan kembali beberapa barangan yang diterima daripada syarikat itu sebelum ini.
Dalam tuntutan yang difailkan penuntut, dia mendakwa didatangi agen sindiket terbabit dengan menawarkan baucar promosi sebuah syarikat yang melayakkan dia dan isteri mendapatkan hadiah percuma.
Bagaimanapun untuk menuntut hadiah tersebut, mereka perlu berurusan di pejabat syarikat terbabit yang terletak di Jalan Haji Ahmad.
Syarikat terbabit memaklumkan mereka pasangan bertuah kerana menjadi pemenang pertama di negeri ini yang bakal membawa pulang hadiah lumayan termasuk sebuah kereta mewah.
Terpedaya dengan tawaran itu, mereka membayar RM5,000 pada hari tersebut dan bakinya RM5,000 lagi dibayar pada hari berikutnya.
Selepas membuat pembayaran, mereka menerima sebuah tilam dan dua hadiah tambahan termasuk dapur elektrik dan penapis air.
Mereka diminta supaya tidak menggunakan tilam tersebut kerana pihak syarikat akan mencari pembeli yang berminat dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun mereka curiga selepas mendapat barangan yang diterima kerana tidak setimpal dengan harga yang dibayar selain tidak mempunyai jaminan.
Curiga dengan helah syarikat terbabit, pengadu mula rasa tertipu dan cuba menuntut kembali wang yang sudah dibayar.
Keengganan syarikat itu untuk memulangkan kembali wang mereka memaksa pasangan suami isteri itu membuat tuntutan di TTPM sebelum kes mereka didengar dan keputusannya dibuat semalam.
PUTRAJAYA: Peguam bela utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi
selesai mengemukakan hujah kenapa Mahkamah Persekutuan harus menolak
keterangan Saiful Bukhari Azlan dan membebaskan Ketua Pembangkang itu
daripada hukuman penjara lima tahun.
Tuntutan lelaki berusia 55 tahun dari Ladang Jabor dekat sini mendapat pembelaan sewajarnya apabila kes itu didengar di tribunal itu di sini semalam dan keputusan memihak kepada mereka.
Presiden TTPM, Bernard John Kanny dalam keputusannya semalam mengarahkan syarikat yang beralamat di Jalan Haji Ahmad di sini membayar balik RM10,000 kepada pasangan terbabit yang dinamakan sebagai penuntut.
Bagaimanapun, penuntut juga diarahkan supaya menyerahkan kembali beberapa barangan yang diterima daripada syarikat itu sebelum ini.
Dalam tuntutan yang difailkan penuntut, dia mendakwa didatangi agen sindiket terbabit dengan menawarkan baucar promosi sebuah syarikat yang melayakkan dia dan isteri mendapatkan hadiah percuma.
Bagaimanapun untuk menuntut hadiah tersebut, mereka perlu berurusan di pejabat syarikat terbabit yang terletak di Jalan Haji Ahmad.
Syarikat terbabit memaklumkan mereka pasangan bertuah kerana menjadi pemenang pertama di negeri ini yang bakal membawa pulang hadiah lumayan termasuk sebuah kereta mewah.
Terpedaya dengan tawaran itu, mereka membayar RM5,000 pada hari tersebut dan bakinya RM5,000 lagi dibayar pada hari berikutnya.
Selepas membuat pembayaran, mereka menerima sebuah tilam dan dua hadiah tambahan termasuk dapur elektrik dan penapis air.
Mereka diminta supaya tidak menggunakan tilam tersebut kerana pihak syarikat akan mencari pembeli yang berminat dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun mereka curiga selepas mendapat barangan yang diterima kerana tidak setimpal dengan harga yang dibayar selain tidak mempunyai jaminan.
Curiga dengan helah syarikat terbabit, pengadu mula rasa tertipu dan cuba menuntut kembali wang yang sudah dibayar.
Keengganan syarikat itu untuk memulangkan kembali wang mereka memaksa pasangan suami isteri itu membuat tuntutan di TTPM sebelum kes mereka didengar dan keputusannya dibuat semalam.
Kes Liwat II (Petang): Tiada tompok air mani pada permaidani, kata peguam bela Anwar
pada 28-10-2014 05:10
Dalam sesi petang, Gopal Sri Ram mengupas hasil siasatan polis yang
tidak menjumpai sampel air mani pada permaidani kediaman di mana
kejadian meliwat itu didakwa berlaku.
Dalam ‘menyerang' Saiful, Gopal juga berkata Mahkamah Rayuan yang
mensabitkan Anwar tidak harus menolak penjelasan kenapa beliau (Anwar)
tidak mahu memberikan keterangan daripada kandang saksi.
Langkah Anwar itu menyebabkan pendakwaraya tidak dapat menyoal siasat
Ketua Pembangkang itu pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Gopal berkata Anwar telah menjelaskan kenapa beliau tidak mengemukakan
pembelaan bagi membuktikan beliau tidak berada di unit kondominium di
mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku.
Beliau menegaskan Mahkamah Rayuan seharusnya tidak mempertikaikan
keputusan Anwar memberikan keterangan dalam cara yang melarang pendakwa
raya menyoalnya.
Gopal akur pasukan peguam bela Anwar tidak mengemukakan pembelaan untuk membuktikan Anwar tidak berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun Gopal menegaskan Mahkamah Rayuan tidak boleh menggunakan
faktor itu untuk mensabitkan Anwar di atas tuduhan meliwat Saiful.
Mac lalu Mahkamah Rayuan menjatuhkan penjara lima tahun ke atas Anwar
selepas mensabitkan beliau di atas tuduhan meliwat Saiful di sebuah
kondominium pada tahun 2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu membebaskan Anwar daripada
tuduhan meliwat Saiful kerana tidak yakin “100 peratus” keputusan sampel
DNA air mani Anwar yang diambil daripada dubur Saiful.
Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa keterangan dua pakar kerajaan pada
perbicaraan Anwar adalah kredibel dan sampel DNA tidak dikomproni.
Hari ini rayuan Anwar terhadap keputusan itu didengar oleh panel lima hakim termasuk Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria.
Anwar dibela oleh 14 peguam termasuk Gopal yang menjadi ketua peguam
bela berikutan kematian Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati
bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa
di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh
Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana
kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004 apabila Mahkamah
Persekutuan mendapati beliau tidak bersalah di atas tuduhan liwat itu.
Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di
seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.
Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan
pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim
perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Kes liwat dua Anwar menjadi tumpuan ketika parti pimpinannya PKR
melalui krisis bersama DAP dan PAS susulan kemelut krisis jawatan
Menteri Besar Selangor.
Sebarang keputusan yang mengenakan hukuman penjara terhadap Anwar
dijangka mempercepatkan proses peralihan kuasa di dalam PKR dan memberi
impak kepada imbangan kuasa parti itu di dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Kira-kira 70 kakitangan Utusan Printcorp hari ini menuntut pihak pengurusan membayar gaji mereka yang tertunggak sejak tiga bulan lalu selain membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Masalah pekerja berkenaan mendapat perhatian Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang Abdul Rahim Mohd Amin yang mendapati terdapat unsur salah urus dan pecah amanah menyebabkan Utusan PrintCorp yang dahulunya milik Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) melepaskan 70% syer biasanya kepada DTSP Konsortium.
“UMMB kemudiannya membeli balik 10% syer Utusan Printcorp setahun kemudian (kini miliki 40% syer) menyebabkan 104 pekerja teraniaya kerana bakal diberhentikan pada 11 November.
“Utusan Printcorp juga mengambil alih syarikat Jaring Communication pada Ogos dengan harga lebih RM100 juta tetapi gagal membayar gaji pekerja. Saya mengesyaki terdapat unsur salah laku dan pecah amanah daripada penjualan Utusan Printcorp oleh UMMB,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kajang hari ini.
Rahim berkata, tiada sebab Utusan Printcorp menamatkan operasinya kerana syarikat itu pernah mencatat keuntungan lebih RM1 juta ringgit pada 2011.
Katanya, masalah yang dialami oleh pekerja Utusan Printcorp sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Oktober dan mereka mahu masalah mereka turut mendapat pembelaan.
“Ini yang harus disiasat polis dan pihak berkuasa. Kita akan pastikan tindakan tertentu dapat dilaksanakan selain nasib 104 pekerja teraniaya akibat salah urus tadi diambil tindakan tertentu.
“Tunggakan KWSP yang tidak dibayar mulai April adalah RM350,000. Jabatan Tenaga Kerja memaklumkan operasi akan dihentikan kerana tidak menguntungkan.
“Kita juga difahamkan ada pengambilalihan MISC Logoistics membabitkan pegangan RM150 juta yang akan diambilalih,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Utusan Printcorp Kyairul Hassme Madan yang hadir dalam sidang media itu berkata mereka mahu syarikat itu meneruskan operasi seperti biasa kerana sukar bagi pekerja mendapatkan pekerjaan baru.
Katanya, UMMB perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan Utusan Printcorp kerana syarikat itu berpotensi mendatangkan pulangan dalam industri percetakan.
“Tiada alasan Printcorp tidak boleh maju. Tender yang kita dapat dari kerajaan sebelum ini, enam tahun kita dapat tender mencetak kertas jawapan peperiksaan untuk PMR dan SPM. Kita tidak nampak perkara itu tidak boleh dilakukan?
“Kita juga mencetak laporan tahunan jabatan kerajaan dan buku perhimpunan agung Umno sebelum ini kami buat, cuma tahun ini tidak buat kerana isu ini,” katanya lapor The Malaysian Insider
Sudah menjadi perbualan umum di kalangan kakitangan Felda dan juga peneroka betapa sejak Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 1hb Januari 2011, Felda seolah-seolah ditadbir urus secara remote control oleh isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang di kahwininya pada April 2010.
Segi nama dan zahir memang Tan Sri Mohd Isa Samad adalah Pengerusi Felda tetapi yang mempengaruhi banyak keputusan penting yang melibatkan Felda terutamanya Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah teman sebilik dan sekatilnya sehinggakan heboh adanya pejabat sendiri di Tingkat 10 Ibu Pejabat Felda siap dengan beberapa pembantu bergaji yang dibayar dari dana Felda.
Lepas satu sistem satu sistem dibuat, sekejap begitu sekejap begini menyebabkan banyak wang habis disebabkan campur tangan keterlaluan tanpa kawalan oleh First Lady Of Felda ( Gelaran yang diberikan oleh pemberi maklumat).
Jika kehendak dan kemahuan isteri Isa Samad tidak dipenuhi dan di turuti maka kakitangan Felda berkenaan kena bersedia untuk ditukar dalam waktu terdekat tanpa memberikan alasan-alasan yang munasabah masuk akal, sampaikan terbina suatu fobia pula kini di kalangan kakitangan Felda jika ini benar.
Fasal pergolakan dalaman, mengenai pertukaran pegawai dilakukan hampir setiap bulan katanya.
Menurut yang memberi maklumat pertukaran itu semata-mata dibuat untuk melindungi sesuatu yang berlaku di dalam Felda. Kemasukan Mohd Isa Samad di Felda dengan campur tangan secara aktif isterinya menimbulkan banyak masalah dan merosakkan ketenangan dalam Felda.
Perkara ini sudah pun di dedahkan kepada umum kira-kira 3 tahun yang lalu tetapi berjaya diperapkan oleh Isa Samad.
Walaupun jawatan Isa Samad dalam pengurusan dan pentadbiran Felda sekadar Pengerusi bukan Eksekutif tapi tindak tanduk dan gaya beliau bertindak dengan masuk campur dan di pengaruhi isterinya secara remote control seolah-olah beliau suami isteri adalah Pengerusi Esekutif dan Penasihat Esksekutif Felda gayanya.
Inilah yang amat merisau warga Felda kini kata pemberi maklumat tersebut sehingga desas desus keuntungan pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khabarnya ada melibatkan isteri Tan Sri Isa Samad secara tidak langsung dan dikatakan antara punca menyebabkan harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) merudum teruk ketika ini.
Omak difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin UMNO berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.
“Harganya imenjadi buah mulut orang UMNO kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan,” begitulah rungutan kecewa tidak puas hati seorang pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh meluah rasa hatinya. Ianya menjejaskan reputasi Felda dan nama baik UMNO luahnya lagi.
“Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan,” katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd 2 tahun lepas.
Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September tahun lepas.
Pemberi maklumat menceritakan betapa isteri Isa Samad, Bibi Sharliza Khalid juga terlibat dalam keputusan FELDA melalui sayap pelaburannya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) membeli 49.45 peratus kepentingan dalam Encorp Bhd membabitkan urus niaga bernilai hampir RM300 juta.
Dua pemegang saham terbesarnya, Lavista Sdn Bhd dan Pegang Impian Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat berasingan bersama FIC bagi tujuan berkenaan.
Menerusi bawah perjanjian pertama, Lavista akan menjual 29.85 peratus modal terbitan dan berbayar dalam Encorp tidak termasuk saham perbendaharaan, 8.33 juta waran lima tahun yang diterbitkan oleh Encorp dan 16.66 juta saham pinjaman boleh tukar boleh tebus (RCSLS) dengan nilai nominal RM1 sesaham membabitkan nilai keseluruhan RM133.69 juta.
Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini.
Ini adalah pendedahan permulaan kata pemberi maklumat yang enggan nama dan identitinya didedahkan .. banyak lagi skandal sedang dikumpul untuk didedahkan kepada umum kerana mau pihak berwajib mengambil suatu tindakan drastik begai mengekang gejala rasuah dan salah guna kuasa ini terus bermaharajalela di Felda katanya.
FELDA cukup mempunyai tempat yang teramat istimewa dalam lubuk hati dan jiwa Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana ianya di ilham dan di bangunkan oleh ayahandanya Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abd Razak Hussein untuk menaikkan ekonomi orang-orang Melayu sambil memastikan rakyat yang berpendapatan rendah ada memiliki tanah.
Mohon agar DS Najib Razak perlu bertindak tuntas dan pantas dengan maklumat yang diperolehi ini demi masa depan survival para peneroka Felda yang rata-rata berketurunan Melayu/Islam.
Isa Samad perlu memberikan respon segera tentang maklumat ini juga demi pencerahan dan kebenaran. Ini suatu pertuduhan yang serius.
Yang menyedihkan kata sumber ialah dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar habis di kaut oleh isteri Isa Samad untuk di agih-agihkan kepada kroni dan kaum kerabatnya. .. Pergh!!! dahsyat sungguh tu jika ini benar.
Pemberi maklumat memberi tahu, banyak lagi akan didedahkan.
Monday, October 27, 2014
Skandal dalam Utusan PrintCorp yang anda mesti baca..

Tuesday, 28 October 2014
APAKAH BENAR CERITA KONONNYA FELDA KINI DIKUASAI OLEH ISTERI ISA SAMAD?????

Tiada ulasan:
Catat Ulasan