• kes rogol
1 / 1
GEMAS – Perkenalan singkat seorang pelajar tingkatan tiga dengan lelaki berusia 22 tahun awal tahun ini berakhir tragedi, apabila dia dirogol di rumah keluarga suspek di Rumah Rakyat Gemas, dekat sini, 5 Oktober lalu.

Sumber berkata, mangsa yang bakal menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu telah dijemput oleh suspek menaiki sebuah kereta untuk bersiar-siar, lewat petang kejadian.

Menurut sumber, suspek turut membawa kawannya yang juga dikenali mangsa untuk menemani mereka bersiar-siar.

Bagaimanapun katanya, suspek tidak menghantar mangsa pulang, sebaliknya membawa mangsa serta kawannya ke rumahnya memandangkan keluarga tiada di rumah.

“Suspek telah mengajak mangsa ke suatu ruangan berdekatan dapur rumah yang ditutupi langsir serta menempatkan sebuah katil.

"Suspek bertindak memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks dan akhirnya mangsa dirogol. Sementara itu, rakan mereka yang sedang menonton televisyen terkejut dengan tindakan rakan mereka itu,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu, mangsa yang ditemani keluarganya telah membuat laporan polis di Balai Polis Gemas pada keesokan harinya.

Menurutnya, suspek yang juga penganggur telah ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober ini.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin bagi menjalani pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.


Insiden letupan: Polis buru Ah Hai
  • bom bukit bintang
1 / 1
KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Hai' bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata,  lelaki berkenaan merupakan saksi penting malah sasaran utama yang terlibat dalam kes itu.

"Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama, siasatan awal mendapati, dia merupakan saksi penting dalam kes ini...polis berusaha untuk mengesan dia secepat mungkin," katanya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ah Hai yang juga dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster' dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu.

Tajuddin berkata, pihaknya sebelum ini telah menyelesaikan satu kes lainberkaitan penglibatan Ah Hai dan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Ah Hai pernah terlibat dalam satu kes di Sentul pada bulan Ogos..dakwaan mengatakan dia pernah mengacukan pistol kepada anggota polis," kata Tajuddin.

Beliau menjelaskan, setakat ini, seramai lapan mangsa telah diambil keterangan untuk membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dilakukan. - Bernama

Saturday, October 11, 2014

Serangan AS Gagal Halang ISIS Kuasai Kobane


-Jumaat, Negara Islam (IS)  membuat kemajuan terbaru di kota Syria iaitu Kobane, menguasai sekitar 40 peratus wilayah kota, laporan  kelompok pemantau.

“Mereka telah mengambil sekurang-kurangnya 40 peratus (kota),” Rami Abdulrahman, yang menjalankan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia, melalui perbualan telefon.

Deputi Penasihat Keamanan Nasional AS Tony Blinken,  mengatakan: “Saya tidak tahu apa yang akan terjadi kerana tidak adanya kekuatan darat di sana, itu akan menjadi sulit bila hanya bergantung pada  kekuatan udara untuk mencegah IS dari  mengambil alih kota. “

“Ada Kobane lain di Iraq, dan ada Kobane lain di Syria setiap hari,” katanya.

Demonstrasi Kurdish asal Kobane telah melakukan  kekerasan jalanan terburuk dalam beberapa tahun di Turki, yang memiliki populasi 15 juta orang Kurdish di wilayah Turki . Demonstrasi  telah meningkat sejak Selasa minggu ini , mereka menentang pemerintah Presiden Tayyip Erdogan, dan menuduh pemerintahan Turki membiarkan  kerabat mereka di kota Kobane dibiarkan mati.

Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam tiga hari kerusuhan di seluruh wilayah tenggara Turki, termasuk dua petugas polis ditembak mati oleh penunjuk perasaan. (Arby/Dz) sumber