October 18, 2014
SEDIH.!!! Dua Kawan Saya Ambil Kesempatan “ Henjut ” Saya Ketika Tidur - Izzati Puchong
Shah Alam – “Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta, pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas ‘bersama’ selama sembilan bulan nyata membuatkan kasih saya kepadanya tidak berbelah bagi.
“Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak dapat menerima kehadirannya saya terpaksa relakan dia diserahkan kepada keluarga angkat apabila semua proses dokumentasinya selesai,” kata remaja terlanjur yang ingin dikenali sebagai Izzati, 22, ketika ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini, baru-baru ini.
Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan doktor yang dia mengandung tujuh bulan, dia dihantar ke rumah perlindungan bagi mengelakkan berita mengenai kandungan itu diketahui adik beradik mahupun ahli keluarga lain terutama jiran. Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, jika dia mampu mengubah masa silamnya, semua teguran dan nasihat ibunya pasti dituruti dan kerana kebodohan dirinya yang memberontak gara-gara dikongkong akhirnya memakan diri sendiri.
Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya melarikan diri jauh daripada keluarga terutama ibu yang sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah setiap kali adik-adiknya membuat kesalahan. “Dengan memberikan alasan kerja kursus banyak, saya bebas untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu walaupun jarak antara rumah dan kolej tidak jauh.
Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. “Walaupun baru berkenalan dua bulan, saya tidak sangka yang dia (teman lelaki) memaksa saya melakukan perbuatan asmara dan akhirnya dia pergi tanpa alasan munasabah,” katanya yang baru melahirkan anak lelaki awal Mac lalu.
Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan dengan seorang lagi lelaki lain, namun nasibnya tetap sama apabila lelaki berkenaan juga mengambil kesempatan serta memberi jaminan yang dia tidak akan mengandung sebelum meninggalkannya.
Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang kandungannya sudah mencecah tujuh bulan sehinggalah kedua orang tuanya membawanya ke klinik kerana hairan melihat perubahan pada dirinya. Menurutnya, selepas dimaklumkan doktor yang dia mengandung, dunia dirasakan kelam dan apa yang lebih sedih apabila melihat wajah emak yang kecewa malah ayah ketika itu seakan orang hilang pertimbangan meraung tidak dapat terima hakikat yang anaknya mencipta aib buat keluarga.
“Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya berada,jika adik-beradik bertanyakan kenapa ‘kakak’ tidak balik, emak memberi alasan ‘kakak’ sibuk dengan kelas dan kerja kursus,” katanya, lapor Hmetro.
Inilah antara pemimpin yg digambarkan rasulullah pada akhir zaman....
Pemimpin yg tidak berfikir menggunakan ilmu...auta yg lebih!

Datuk terpaksa rantai tangan cucu
BEIJING - Seorang gadis berusia 17 tahun di bandar Lanzhou terpaksa
menjalani kehidupan seperti banduan apabila tangannya dirantai hampir
setiap hari oleh datuknya.
Cao Maolao, 65, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana cucunya, Wenwen Cao memiliki sikap panas baran dan akan menyerang orang yang tidak dikenalinya lapor Mirror .
"Dia jadi begini kerana dia sakit. Bila tangannya dirantai, dia lebih terkawal dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya.
Difahamkan, remaja berkenaan menghidapi masalah mental dan bertambah teruk ketika usianya 14 tahun.

Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:07 PM
KUALA LUMPUR: Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok
Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan
penduduk, mungkin akan "hilang ditelan laut" dalam tempoh 15 tahun jika
masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.
Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.
"Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.
Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.
Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.
Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.
Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.
Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
"Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.
"Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang," katanya.
Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.
"Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.
"Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)," katanya.
- BERNAMA
SHAH ALAM - Menteri-menteri Malaysia perlu bersiap sedia untuk mengubah cara pemikiran dan tindakan mereka selaras dengan tahap kemajuan negara kini yang menuju ke arah negara maju, kata Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Ezam berkata, perubahan itu penting kerana pemikiran rakyat kini sudah berubah dan sebab itulah menteri perlu melakukan satu anjakan paradigma selaras dengan perubahan yang berlaku kini.
“Negara maju menteri pun juga perlu maju... dari segi pemikiran, dari segi pembacaan, memberi nasihat .
“Rakyat kini kian kritikal, jadi saya harap menteri ada perubahan selaras dengan tahap kemajuan sekarang.
“Saya memang nampak ada masalah itu,yang paling ketara kita nampak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke hadapan tetapi yang lain ada sedikit yang tertinggal,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Ezam berkata sedemikan bagi mengulas isu mengenai penerangan menteri terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara yang mana terdapat segelintir menteri yang memberi penerangan kadang kala tidak ‘masuk akal’ dan sukar difahami oleh rakyat.
MAKA BENARLAH APA YANG MAHATHIR CAKAP ... YANG MASIH TINGGAL DALAM UMNO JENIS SPESIS BODOH-BODOH BELAKA.
BUKAN SEDIKIT KETINGGALAN, TETAPI KETINGGALAN CUKUP JAUH KEBELAKANG.... CONTOH TERBAIK KENYATAAN-KENYATAAN DARI HASAN MALEK, SHAHIDAN KASSIM, AHMAD MASLAN, WAHID OMAR DAN TEUKU ADNAN TEUKU MANSOR.
Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.
"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.
"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.
Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.
Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.
Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.
Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.
Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.
Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.
"Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.
"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."
JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012.
Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.
Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES.
Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.
Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.
Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.
Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.
Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.
Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap. – 18 Oktober, 2014.
Setelah
diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih,
tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana
berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.
Kampung Tok Jembal mungkin hilang akibat hakisan pantai - Penyelidik UMT
Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.
"Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.
Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.
Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.
Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.
Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.
Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
"Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.
"Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang," katanya.
Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.
"Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.
"Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)," katanya.
- BERNAMA
Saturday, 18 October 2014
EZAM MOHD NOR PUN DAH TIDAK TAHAN DENGAN CARA PARA MENTERI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT.
SHAH ALAM - Menteri-menteri Malaysia perlu bersiap sedia untuk mengubah cara pemikiran dan tindakan mereka selaras dengan tahap kemajuan negara kini yang menuju ke arah negara maju, kata Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Ezam berkata, perubahan itu penting kerana pemikiran rakyat kini sudah berubah dan sebab itulah menteri perlu melakukan satu anjakan paradigma selaras dengan perubahan yang berlaku kini.
“Negara maju menteri pun juga perlu maju... dari segi pemikiran, dari segi pembacaan, memberi nasihat .
“Rakyat kini kian kritikal, jadi saya harap menteri ada perubahan selaras dengan tahap kemajuan sekarang.
“Saya memang nampak ada masalah itu,yang paling ketara kita nampak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke hadapan tetapi yang lain ada sedikit yang tertinggal,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Ezam berkata sedemikan bagi mengulas isu mengenai penerangan menteri terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara yang mana terdapat segelintir menteri yang memberi penerangan kadang kala tidak ‘masuk akal’ dan sukar difahami oleh rakyat.
MAKA BENARLAH APA YANG MAHATHIR CAKAP ... YANG MASIH TINGGAL DALAM UMNO JENIS SPESIS BODOH-BODOH BELAKA.
BUKAN SEDIKIT KETINGGALAN, TETAPI KETINGGALAN CUKUP JAUH KEBELAKANG.... CONTOH TERBAIK KENYATAAN-KENYATAAN DARI HASAN MALEK, SHAHIDAN KASSIM, AHMAD MASLAN, WAHID OMAR DAN TEUKU ADNAN TEUKU MANSOR.
Projek AES bernilai RM700 juta kini jadi ‘gajah putih’
Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.
"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.
"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.
Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.
Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.
Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.
Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.
Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.
Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.
"Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.
"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."
JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012.
Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.
Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES.
Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.
Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.
Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.
Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.
Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.
Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap. – 18 Oktober, 2014.
October 18, 2014
GAMBAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA MENANGIS [9 GAMBAR]
Nangis ka tidak?... selepas korang tengok gambar-gambar kat bawah ni.. jangan lupa sediakan tisu sekotak.. :(
Laporan asal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan