MEMANG PARAH !!! APA MAKNANYA BERTUDUNG JIKA BEGINI....(10 Foto)
Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya.
Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung !..
Seperkara lagi ada wanita yang bertudung, tapi berpakaian ketat, sendat. Konsep 'menutup aurat' dengan 'membalut aurat' adalah berbeza.
Ada pula yang bertudung, tapi tiada segan-silu membuat perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita-wanita lain yang bertudung seperti berkhalwat, minum arak dan sebagainya..
Bertudung, tapi dedah lurah depan
ini bertudung, tapi macam telanjang je...pakai legging nipis ketat sampai nampak seluar dalam..
bertudung, tapi tayang g-string, saja nak menunjuk kot..
bertudung tapi buat perkara haram... adui.. pening2..
UNTUK WANITA-WANITA DAN LELAKI JUGA, YANG MASIH KURANG FAHAM TENTANG KONSEP MENUTUP AURAT, IKUTILAH PANDUAN RINGKAS INI.
Labels:
gambar
IPOH: Perjalanan lima sekeluarga pulang ke
kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang
menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di
Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong
Menora, dekat di sini, Sabtu.
Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.
Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.
Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.
Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah
belakang, kemudian treler berkenaan rempuh pula bahagian belakang
kereta yang sedang dipandunya.
"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.
Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut.
"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong...mak dan ayah orang sana," katanya.
Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor.
Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.
"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.
Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.
Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun sama ada pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.
Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Gambar panas insan yang di dakwa pemimpin leka layan GR0
Ini lah senario
politik ada sahaja gambar-gambar panas yang keluar di media sosial yang
membabitkan kan insan-insan yang bergelar pemimpin yang bertujuan untuk
mengaibkan seseorang insan yang bergelar pemimpin tersebut.
Masing -masing
menunding terhadap apa yang mereka lakukan seperti mana gambar di atas,
semata-mata untuk menjelaskan bahawa mereka tidak layak di gelar
pemimpin dengan cara kehidupan mereka yang dilihat keterlaluan.
Kita sebagai
rakyat berhak membuat tafsiran terhadap senario politik sekarang dan
bijak menilai apa yang di lihat seperti dipaparkan di media sosial yang
di lihat lebih menunjukkan sifat buruk seseorang dari sifat baik yang
mereka ada.
Wanita disyaki bersekedudukan lahir 5 anak ditahan
BERNAMA | .
MELAKA:
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menahan seorang wanita
berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan
dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.
Katanya JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.
"Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Rahimin berkata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.
Beliau berkata wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.
Sementara itu Rahimin berkata JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.
"Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama
Untuk berlaku adil, Omak Kau cilok, salin dan tempel 100 peratus apa yang dipaparkan disebuah blog pro UMNO totok mengenai kisah ini.
Begini cerita yang dilaporkan:-
Begini agaknya rupa pandangan dari Penthoouse Pavillion Residences di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Ini kerana di sini merupakan satu pandangan yang lazim buat Ghani Yassin, Pengerusi SLDB yang disiasat SPRM dan sepatutnya di dakwa.
Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Dato Ghani Yassin yang juga Pengerusi SLDB mengaku disiasat SPRM tapi menafikan dia terlibat. Hujahnya kenapa dia seorang yang disiasat saja? Mesti ada pihak lain.
Baca laporan portal pembangkang FMT SINI yang menyokong amalan rasuah dengan mempolitikkan untuk politik Sabah berkocak.
Jika ramai lain juga terlibat, eloklah tapi tak bererti Ghani patut lepas. FMT mungkin tidak tahu bahawa SLDB Settler's Compensation Fund hilang sebanyak RM200 juta dan ini terserlah dalam buku akaun.
Selain punya Penthouse berharga RM14 juta di Pavillion Bukit Bintang Kuala Lumpur, Ghani dikatakan punya berdozen kereta berkenama dan mewah.
Melainkan Ghani boleh buktikan dia adalah ahli keluarga Sultan Brunei yang mana ada beradik Sultan brunei punya gudang di merata Bandar Seri bengawan untuk menyimpan kereta-kereta mewah dan mainan mereka, bagaimana Ghani boleh mampu dengan hanya gaji sebagai Chairman SLDB.
RM200 juta yang hilang bukan duit kepunyaan syarikat tapi dana untuk dibayar pada peneroka ... maknanya duit yang dicuri adalah duit rakyat miskin!!!!
KALAU PENDOKONG UMNO TOTOK PUN DAH MELUAT DAN MENYAMPAH DENGAN GELAGAT PEMIMPIN UMNO RASUAH TIDAK KENAL MASA DAN BATASAN INI .. BAYANGKAN RAKYAT BIASA YANG TAK SOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU YANG BERJUMLAH 53% PENGUNDI BERDAFTAR MENGELUAR UNDI.Posted by OMAK KAU!!!!
Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong berkata pemimpin Umno yang membuat kenyataan tidak masuk akal berhubung isu sekolah vernakular tidak perlu dilayan.
Beliau juga mempertahankan bahawa sekolah vernakular memainkan peranan besar sejak 50 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan negara.
"Saya fikir kita tidak perlu kecoh dengan seorang dua pemimpin pertengahan Umno yang buat kenyataan seperti ini,” katanya kepada pemberita.
Mah berkata media tidak seharusnya memberi ruang kepada pemimpin berkenaan yang hanya membuat kenyataan seperti itu untuk meraih publisiti.
“Kita tidak patut beri publisiti begitu banyak, jika tidak semua orang akan buat kenyataan tidak masuk akal seperti itu dan turut mendapat publisiti,” katanya.
Presiden GERAKAN itu berkata, sekolah vernakular diiktiraf oleh kerajaan, yang turut menyalurkan bantuan.
"Jadi saya fikir ia bukan satu isu,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak lagi mengulas apa-apa kenyataan dari kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
“Dia boleh kata apa yang dia suka, saya tidak peduli sangat sekarang.
"Saya rasa media juga tidak perlu memberi begitu banyak liputan, dan tidak perlu mengulas semua isu.
"Ada orang buat kenyataan untuk dapatkan lima minit (publisiti) atau dalam akhbar,” katanya lagi.
Isu berkenaan antara lainnya ditimbulkan oleh ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggesa keranaan melihat kepada usaha menubuhkan sekolah aliran tunggal.
Katanya, mungkin masanya sudah tiba untuk memansuhkan sekolah vernakular, yang dianggapnya sebagai platform untuk meniupkan sentimen perkauman.
Syed Ali berpendapat bahawa sekolah beraliran tunggal akan dapat membentuk identiti Malaysia di kalangan pelajar dan menyediakan suasana untuk semua pelajar berinteraksi.
PADAN MUKA UMNO ... KWAH KWAH KWAH ... BERTUNGKUS LUMUS BERHEMPAS PULAS BUAT KERJA TANPA KENAL PENAT LELAH MAU MEMENANGKAN PRESIDEN GERAKAN SEMASA PRK TELUK INTAN BARU-BARU INI .. BUKANNYA UCAPKAN TERIMA KASIH TETAPI KENA BELASAH LAGI ADA.... KWAH KWAH KWAH ... PADAN MUKA MU WEH!!!!!.Posted by OMAK KAU!!!!
Oleh Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: "Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro." Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu 'She's Gone' menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu.
Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu. Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.
Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.
Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.
"Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda," jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.
"Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid," katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun.
Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.
"Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat," katanya lagi.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.
Katanya JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.
"Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Rahimin berkata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.
Beliau berkata wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.
Sementara itu Rahimin berkata JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.
"Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama
Tuesday, 7 October 2014
HEBOH GEGAK GEMPITA DI BEBERAPA BLOG PRO UMNO YANG KETUA UMNO BAHAGIAN PENSIANGAN YANG DI SIASAT SPRM BERHUBUNG KES RASUAH RM200 JUTA MEMILIKI SEBUAH PENTHOUSE DI PAVILLION RESIDENCES BUKIT BINTANG BERHARGA LEBIH RM4 JUTA?????
Untuk berlaku adil, Omak Kau cilok, salin dan tempel 100 peratus apa yang dipaparkan disebuah blog pro UMNO totok mengenai kisah ini.
Begini cerita yang dilaporkan:-
Begini agaknya rupa pandangan dari Penthoouse Pavillion Residences di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Ini kerana di sini merupakan satu pandangan yang lazim buat Ghani Yassin, Pengerusi SLDB yang disiasat SPRM dan sepatutnya di dakwa.
Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Dato Ghani Yassin yang juga Pengerusi SLDB mengaku disiasat SPRM tapi menafikan dia terlibat. Hujahnya kenapa dia seorang yang disiasat saja? Mesti ada pihak lain.
Baca laporan portal pembangkang FMT SINI yang menyokong amalan rasuah dengan mempolitikkan untuk politik Sabah berkocak.
Jika ramai lain juga terlibat, eloklah tapi tak bererti Ghani patut lepas. FMT mungkin tidak tahu bahawa SLDB Settler's Compensation Fund hilang sebanyak RM200 juta dan ini terserlah dalam buku akaun.
Selain punya Penthouse berharga RM14 juta di Pavillion Bukit Bintang Kuala Lumpur, Ghani dikatakan punya berdozen kereta berkenama dan mewah.
Melainkan Ghani boleh buktikan dia adalah ahli keluarga Sultan Brunei yang mana ada beradik Sultan brunei punya gudang di merata Bandar Seri bengawan untuk menyimpan kereta-kereta mewah dan mainan mereka, bagaimana Ghani boleh mampu dengan hanya gaji sebagai Chairman SLDB.
RM200 juta yang hilang bukan duit kepunyaan syarikat tapi dana untuk dibayar pada peneroka ... maknanya duit yang dicuri adalah duit rakyat miskin!!!!
KALAU PENDOKONG UMNO TOTOK PUN DAH MELUAT DAN MENYAMPAH DENGAN GELAGAT PEMIMPIN UMNO RASUAH TIDAK KENAL MASA DAN BATASAN INI .. BAYANGKAN RAKYAT BIASA YANG TAK SOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU YANG BERJUMLAH 53% PENGUNDI BERDAFTAR MENGELUAR UNDI.Posted by OMAK KAU!!!!
Wednesday, 8 October 2014
PRESIDEN GERAKAN BELASAH LUNYAI PARTI YANG BANTU KERAS MASA PRK TELUK INTAN.
Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong berkata pemimpin Umno yang membuat kenyataan tidak masuk akal berhubung isu sekolah vernakular tidak perlu dilayan.
Beliau juga mempertahankan bahawa sekolah vernakular memainkan peranan besar sejak 50 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan negara.
"Saya fikir kita tidak perlu kecoh dengan seorang dua pemimpin pertengahan Umno yang buat kenyataan seperti ini,” katanya kepada pemberita.
Mah berkata media tidak seharusnya memberi ruang kepada pemimpin berkenaan yang hanya membuat kenyataan seperti itu untuk meraih publisiti.
“Kita tidak patut beri publisiti begitu banyak, jika tidak semua orang akan buat kenyataan tidak masuk akal seperti itu dan turut mendapat publisiti,” katanya.
Presiden GERAKAN itu berkata, sekolah vernakular diiktiraf oleh kerajaan, yang turut menyalurkan bantuan.
"Jadi saya fikir ia bukan satu isu,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak lagi mengulas apa-apa kenyataan dari kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
“Dia boleh kata apa yang dia suka, saya tidak peduli sangat sekarang.
"Saya rasa media juga tidak perlu memberi begitu banyak liputan, dan tidak perlu mengulas semua isu.
"Ada orang buat kenyataan untuk dapatkan lima minit (publisiti) atau dalam akhbar,” katanya lagi.
Isu berkenaan antara lainnya ditimbulkan oleh ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggesa keranaan melihat kepada usaha menubuhkan sekolah aliran tunggal.
Katanya, mungkin masanya sudah tiba untuk memansuhkan sekolah vernakular, yang dianggapnya sebagai platform untuk meniupkan sentimen perkauman.
Syed Ali berpendapat bahawa sekolah beraliran tunggal akan dapat membentuk identiti Malaysia di kalangan pelajar dan menyediakan suasana untuk semua pelajar berinteraksi.
PADAN MUKA UMNO ... KWAH KWAH KWAH ... BERTUNGKUS LUMUS BERHEMPAS PULAS BUAT KERJA TANPA KENAL PENAT LELAH MAU MEMENANGKAN PRESIDEN GERAKAN SEMASA PRK TELUK INTAN BARU-BARU INI .. BUKANNYA UCAPKAN TERIMA KASIH TETAPI KENA BELASAH LAGI ADA.... KWAH KWAH KWAH ... PADAN MUKA MU WEH!!!!!.Posted by OMAK KAU!!!!
'Imam Rock' cetus fenomena
Kuala Lumpur: "Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro." Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu 'She's Gone' menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu.
Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu. Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.
Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.
MOHD Azlan Ahmad yang juga dikenali sebagai Alen Castello. FOTO NSTP
"Syukur Alhamdulillah, apabila video yang dipaparkan HM sebelum ini
menjadi viral usaha saya berdakwah menjadi lebih mudah kerana semakin
ramai pengguna FB mengenali saya," kata bapa kepada tiga anak itu.Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.
"Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda," jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.
"Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid," katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun.
Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.
"Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat," katanya lagi.
Kemalangan Di Terowong Menora: "Saya Minta Maaf Mak" - Anak
Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 7:30 PM
(Ubah saiz teks)
Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.
Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.
Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.
"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.
Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut.
"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong...mak dan ayah orang sana," katanya.
Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor.
Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.
"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.
Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.
Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun sama ada pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.
Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan